Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN ISTILAH GURU


Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.
Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok
Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk
mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai
bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki
pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru
mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar
haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik,
bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi
pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran,
menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi
pengajaran.
Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana
merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim
yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai
kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk
manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :
Maksudnya: Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di
antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan
kamu) beberapa darjat. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong.
Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik
mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan peranan guru itu
memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada
zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.
Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu, Mudarris yang
bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
Muallim yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka
tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain. Mursyid yang bermaksud guru yang
menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar. Murabbi yang bermaksud guru
yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia
yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.












1.1 PENGENALAN TUGASAN

Bagi tugasan projek EDU 3093 pada semester ini, guru pelatih
dikehendaki untuk mengkaji dan membuat ulasan tentang 2 soalan yang
telah diberikan. Bagi soalan pertama, secara individu setiap guru pelatih
dikehendaki untuk menghuraikan dan menerangkan implikasi isu-isu dan
cabaran semasa dalam pendidikan. Saya telah memilih untuk menghuraikan
tentang kepelbagaian budaya sebagai isu dalam pendidikan.

Bagi tugasan kedua pula, setiap guru pelatih diminta untuk memberi
ulasan secara kritis secara individu tentang satu isu atau cabaran
pendidikan dalam bentuk artikel berkaitan ganguan emosi murid atau guru.

Anda mungkin juga menyukai