secara rasmi pada 12 Januari 1993. MATLAMAT Matlamat utamanya ialah untuk bertindak sebagai pemangkin atau ejen bagi membangunkan semua aktiviti Ekuin di Malaysia. Tumpuan aktiviti Majlis ini adalah meneruskan latihan dan pendidikan untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan bagi semua sektor di dalam industri. Majlis ini juga memberikan tumpuan yang meluas dalam sukan menunggang kuda dengan mempromosikan aktiviti menunggang di peringkat sekolah dalam negara yang layak bagi program ini.
OBJEKTIF UTAMA Bertindak sebagai Badan Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk mempromosikan segala aktiviti Ekuin dan juga sebagai badan Induk bagi menyelaras semua aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat-Pusat Ekuin. Bertindak sebagai Penasihat/Perunding kepada Kerajaan bagi semua aktiviti ekuin. Untuk mempertingkatkan tahap Pengurusan dan Penjagaan kuda keseluruhannya kearah melahirkan ke tahap Horsemanship dan Horsemastership. Mempromosikan Penubuhan Pusat-Pusat menunggang kuda dan menyediakan bantuan teknikal, peralatan dan kemudahan bagi pengendaliannya.
LEMBAGA PENGARAH Penaung YBhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Pengerusi YBhg Dato' Sri Hj. Mahamad Fathil Bin Dato Mahmood Lembaga Pengarah YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato Seri Diraja Syed Amir Abidin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail YBhg Dato Ong Eng Khuan YBhg Jeneral Tan Sri Dato Sri Azizan bin Ariffin YBhg Dato Azian bin Yahya YBhg Datin Rozaina binti Zainuddin Ketua Pegawai Eksekutif Yin Yee Yuen Setiausaha Syarikat Siuagamy Ramasamy Setiausaha Eksekutif YBhg Dato' Malek Jeremiah KEJURULATIHAN Akreditasi Jurulatih Ekuin Memberi perkhidmatan latihan dibawah pengendalian Jurulatih yang layak serta di iktiraf khususnya melatih penunggang baru Membina kod latihan yang bertaraf untuk pelaksanaan dan keselamatan Latihan Penjagaan dan Pengurusan Kuda Menambah pengetahuan dan kefahaman tentang penjagaan dan pengurusan kuda di kandang Meningkatkan kesedaran keselamatan semasa melaksanakan kerja-kerja dengan kuda Mengemaskini kemahiran diri dengan menyediakan subjek elektif melatih kuda seperti lungeing kuda untuk latihan dan melatih kuda mematuhi arahan
Kursus Pengurusan Kuda Senior Menyediakan program berterusan untuk kelayakan sebagai profesional bagi mereka yang terlibat dengan penjagaan kuda serta melatih kuda dengan selamat Memberi latihan untuk mengurus kawasan kandang stable yard dan pusat-pusat ekuin Dapat memelihara dan mengendali serta mengekalkan kuda dalam keadaan sihat dan selamat di tunggang
Latihan dan Pembangunan Atlet Atlet Elit Membantu Persatuan Ekuestrian Malaysia untuk latihan dan penyertaan atlet elit ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Atlet Muda Membantu dan meyokong program latihan atlet muda bersama Majlis Sukan Negara, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah-Sekolah Sukan. Membantu dan menyokong atlet Sekolah Sukan menyertai pertandingan untuk mecapai kejayaan dan kecemerlangan.
Pembangunan Industri Melobi untuk peningkatan mutu perkhidmatan Industri Ekuin Melobi untuk pengiktirafan latihan dan pendidikan bagi pembangunan kerjaya ahli profesional ekuin Melobi untuk promosikan pengurusan kuda yang baik bagi kepentingan penternak dan pemilik kuda Melobi untuk menyokong pembangunan ternakan poni bagi sektor sukan dan rekreasi.
PROGRAM MEA MENGENAI RISP Program menunggang kuda di sekolah menyediakan latihan Penjagaan dan Pengurusan Kuda serta latihan menunggang kepada guru-guru di Malaysia. Selain itu, program ini juga menyediakan latihan Penjagaan dan Pengurusan serta menunggang kuda kepada pelajar-pelajar muda berumur 9- 17 tahun. Program ini juga menubuhkan Pergerakan Kelab Poni di Sekolah. TUJUAN RISP Mewujudkan penglibatan meluas dengan penubuhan Kelab Poni di sekolah-sekolah disamping membina minat dan rasa cinta pada kuda Menggalakan pelajar-pelajar menunggang disamping menikmati keseronokan dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kuda Memberi latihan dalam menunggang dan pengurusan serta mendidik penunggang menjaga serta mengurus kuda dengan betul Membina dan mempertingkatkan semangat kesukanan dan membina sifat kerakyatan yang tinggi kearah pembinaan akhlak dan disiplin diri OBJEKTIF RISP Mengadakan kerjasama antara Majlis Ekuin Malaysia dengan Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pusat-Pusat Ekuin Menubuhkan Kelab Poni di semua pusat ekuin dan sekolah Mewujudkan satu organisai dengan latihan yang berstruktur berlandaskan konsep Kelab Poni dan pelaksanaan projek
RAKAN PROJEK Kementerian Pelajaran (Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum) Kementerian Belia dan Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Majlis Sukan Negara (Bahagian Pembangunan) Majlis Sukan Negeri
PUSAT- PUSAT MENUNGGANG Pusat Ekuin UTM, Johor Pusat Ekuestrian Kelab Lumba Kuda Selangor, Sg. Besi Pusat Ekuestrian dan Latihan Kelab Lumba Kuda Perak, Ipoh Pusat Ekuestrian Kelab Lumba Kuda Batu Gantong, Pulau Pinang Pusat Ekuin Bandar Darulaman, Jitra Kedah Pusat Ekuin Sekolah-Sekolah Negeri Pahang, Tg. Lumpur Pusat Ekuin Tentera Udara Di Raja (MAFEC) Pusat Ekuin Triple Bar, Taman Rimba Komanwel, Rawang, Selangor Pusat Ekuin Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan
Pusat Ekuestrian Alysha's Farm Pusat Ekuin Terengganu Equestrian Resort, Terengganu Pusat Ekuin Taman Ekuestrian Putrajaya, Putrajaya