Anda di halaman 1dari 22

SKRIP DRAMA KANAK-KANAK

ROHANA BINTI ABD.JALIL


BM (A) PPG AMBILAN FEB.2012
UP: PUAN FAZIAH BINTI SULAIMAN
TAJUK : SIAPA PENCURI
BABAK 1
LATAR:
DI HUTAN DI ATAS SEBATANG POKOK BESAR TEMPAT TINGGAL SEKUMPULAN
BINATANG. ( MUZIK LEMBUT YANG MENYAMANKAN )
SUASANA PAGI SESUDAH FAJAR YANG NYAMAN DAN SEJUK BEGITU
MENYAMANKAN. SANG NURI DAN SANG MURAI SUDAH BERSEDIA UNTUK
KELUAR MENCARI REZEKI..
SANG MURAI : ( SUARA RAKAMAN SUARA MURAI BERKICAU )
Nyaman sungguh pagi ini. Sejuk sampai ke tulang hitam..malas rasanya hendak
bangun..
SANG NURI : ( BUNYI RAKAMAN SUARA NURI )
Apa yang bebalkan sorang sorang tu Murai
SANG MURAI : Tak ada apa-apa aku hanya menikmati angina pagi..sungguh
nyaman
SANG NURI : Ya sungguh nyaman..macam suaca di puncak gunung sahaja..mengigil
aku..





TIBA-TIBA SUASANA BISING MUNCUL TIBA-TIBA ( RAKAMAN SUARA TUPAI
YANG BISING )
SANG MURAI : Mengapa Sang Tupai menjerit-pagi-pagi lagini..
SANG NURI : Ehtahlahmari kita pergi lihat
SANG MURAI: Mari
KEDENGARAN BUNYI YANG RIUH RENDAH MENGANGGU SUASANA PAGI
SESUDAH SUBUH ITU. ( KEADAAN HUTAN MASIH GELAP ). KELIHATAN AHLI
YANG TINGGAL DI ATAS KELAM- KABUT KERANA SEEKOR IBU TUPAI
(PENGHUNI DI POKOK BESAR ITU) KEHILANGAN KACANG IAITU MAKANAN
UNTUK SARAPAN ANAK-ANAKNYA . KEDENGARAN SUARA ANAK-ANAK TUPAI
MENANGIS KELAPARAN. SEMENTARA IBU TUPAI KELIHATAN BERLARIAN KE
SANA-SINI UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA PENGHUNI POKOK
YANG LAIN. PENGHUNI POKOK TERKEJUT DENGAN TERIAKAN ANAK-ANAK
TUPAI. ADA PENGHUNI YANG MERUNGUT-RUNGUT KERANA TIDUR MEREKA
TERGANGGU. SEMUANYA PENGHUNI POKOK DATANG BERKUMPUL DI
TEMPAT TINGGAL TUPAI DAN ANAK-ANAKNYA DENGAN KEADAAN MAMAI.(
SEPARUH SEDAR KERANA BANGUN DARI TIDUR KERANA TERKEJUT)

SANG NURI
( KEHAIRAN DAN KERISAUAN SAMBIL MENGESAT-NGESAT MATANYA DAN
SAMBIL MENGELIAT )
Sang Tupai, mengapa kau dan anak-anak kau membuat kecoh pada pagi-pagi ni,
anak-anak kau semuanya menangis terlalak terlolong, dan kau pulak terlompat-lompat
ke sana ke mari , habis bergegar dahan-dahan pokok ni..seperti kehilangan sesuatu ?
Apa yang telah berlaku?





( PERBUALAN MEREKA DISUSULI OLEH SUARA SANG BIAWAK DAN SANG ULAR
MENJERIT SAYUP-SAYUP ) KERANA MEMBANTAH SUASANA BISING YANG
MENGANGGU TIDUR MEREKA)
Sang Biawak: Kalau nak bergaduh laki-binipunkaduhlah jauh-jauh sikit..jangan
gaduh kat pokok ini..bisinglahaku nak tidur ninak- menangis nangislah jauh-jauh
..
Sang Ular: Hoi bisinglahapalah memekaknya pagi-pagi ni

SANG TUPAI
TERDIAM SEJENAK( MUKA YANG KESEDIHAN DAN AIR MATA YANG
BERLINANGAN DI PIPINYA)

SANG TUPAI :
Aku sedih Sang Nuri, buah rambutan yang aku simpan untuk sarapan anak-anak aku
telah hilang, ghaib entah ke mana. Aku semalam simpan di sini.( sang tupai meraba-
raba dengan kaki di kawasan di dalam lubang pangkal pokok yang telah kosong.)

SANG NURI
( MENUNJUKKAN MUKA SIMPATI. SAMBIL MENGUIS-GUIS DENGAN KEPAKNYA
KEPADA SANG TUPAI ).
Sang Tupai, Kau mesti bertenang. Nanti anak-anak kau susah hati melihat perlakuan
kau ini. Ambil buah rambutan ini. Beri anak-anak kau makan. Pujuk mereka semua.
Pergilah ke lubang kau semula.

(BINATANG YANG LAIN- SANG MONYET, SANG AYAM, SANG MURAI, SEMUANYA
MENGIKUT PERLAKUAN YANG NURI MENGURUT-URUT BAHU SANG TUPAI
SEBAGAI TANDA SUPAYA BERTENANG SECARA BERGILIR-GILIR.

SANG TUPAI
( Sang Tupai mengganggukkan kepala. Dia mengambil kacang lalu masuk ke dalam
lubang)





SANG TUPAI
Terima kasih semua..

SANG NURI
( MELEPASKAN PANDANGAN KEPADA SANG TUPAI. KEMUDIAN DIA BERALIH
KEPADA PENGHUNI POKOK YANG LAIN SEDARI TADI HANYA SEBAGAI
PEMERHATI.

SANG NURI
Kawan-kawan mari kita berbincang. ( Sang Nuri mengajak Sang Monyet, Sang ayam,
Sang Murai, ). Sang Nuri berkumpul di bawah pokok.


BABAK 2

SANG NURI BERDIRI DI ATAS SEBATANG BATU YANG BESAR LAGAK SEPERTI
PEMBACA QUTBAH MEMBERIKAN PENERANGAN KEPADA RAKAN-RAKAN
MENGENAI MASALAH YAG MELANDA DI TEMPAT TINGGAL MEREKA.

SANG NURI
( Berdiri tegak, untuk memberikan taklimat kepada rakan-rakan )
Seperti sedia maklum tempat tinggal kita sekarang ini mengalami masalah kecurian.
Setakat ini kita belum mampu untuk menyekat kegiatan kecurian ini. Kalau sebelum ini
kawan kita si ayam dan si Murai telah mengalami kesusahan apabila telur dan
sarang mereka mereka dimusnahkan dan di makan oleh musuh yang tidak dikenali.
Sekarang ini Sang Tupai juga mengalami masalah yang sama. Kacang untuk sarapan
anak-anaknya telah dicuri dan kulitnya di buang merata-rata tempat. Ada sesiapa yang
melihat kes kecurian ini?

( BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )




SANG AYAM: Tolonglah kawan-kawan kita jadi ikhtiar, telur-telur saya yang kecil-kecil
itupun habis dimusnahkan oleh si pencuri yang durjana itu. Kasihan anak sayatiada
harapanlah dia untuk mempunyai adik..keturunan kami akan pupus sekiranya masalah
ini berterusan

SANG BIAWAK
Telur ayam kecil dan terlalu hanyirpatut dibuang sahaja..tak payah menangislah
Sang Ayam..telur kau tu bukannya sedap sangat. ( SUARA SANG BIAWAK DARI
ARAH BELAKANG KUMPULAN YANG SEDANG BERKUMPUL ITU ).

SANG MURAI (BERSUARA DENGAN SUARA KESEDIHAN )
Sarang dan telur saya juga habis dirosokkan oleh si pengkhianat itu. Sarang disiat-siat
seperti terlalu marah. Memanglah di dalam sarang saya itu telurnya hanya sebijisaya
baru sahaja mula bertelursekarang aku terpaksa membuat sarang yang baru.

SANG ULAR:
Sarang macam rumah setinggan..macam rumah tak siap..memang patutlah sedang
roboh dan dimusnahkan Tak apayah sedihlah Sang Murai..he..he..he ( SUARA
SANG ULAR DARI ARAH BELAKANG KUMPULAN YANG SEDANG BERKUMPUL
ITU ).

SANG MONYET
( MENGANGKAT TANGAN ) Semalam saya pulang lambat ke pokok ini. Saya pergi
mencari buah-buahan untuk dibawa ke majlis Sang Nuri hujung minggu ini. Jadi
semasa kejadian itu saya tiada di atas pokok ini.

( SANG ULAR DAN SANG BIAWAK MASUK KE PENTAS )
( SANG ULAR DAN SANG BIAWAK LEWAT KE PERJUMPAAN ITU )

SANG BIAWAK ( BERCAKAP DENGAN NADA YANG MARAH ):




Mengapa berkumpul ramai-ramai nilepas tu cakap kuat-kuatmenganggu kehidupan
orang lain sungguh.

SANG ULAR:
Ya laaku benci betul dengan keadaan macam ini. Kalau boleh aku nak pidah ke
tempat laintempat ini dah buat aku jadi tak tenteramsemua binatang ni tidak tahu
menghormati perasaan jiran yang lain.

SANG MURAI:
Kamu ini memang tidak prihatin dengan masalah kawan-kawan lain yang berada dalam
kesusahantahunya merungut sahaja..kadang-kadang menyampah pulak aku dengan
perangai kau berdua ini..

SANG BIAWAK :
Apa hal sampai ada yang terpekik terlolng pagi-pagi buta ini? Bingit telinga aku
inikalau suara tu merdu tak apalah juga tertekan aku macam ni..( sambil
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal)

SANG AYAM:
Untuk pengetahuan kau berduatempat tinggal kita ini ada masalah yang
terbaru.ada kes kecurian lagikacang makanan si tupai telah dicuri pulatulah
kauorang datang awal semasa mesyuarat..kau datang lewat..lepas itu membebel
pulasuka benar kau orang berdua menyakitkan hati orang..tak berubah-ubah..

SANG ULAR.
Saya sudah tidur semasa kejadian kecurian itu berlaku. Saya makan terlalu kenyang
pada hari semalam, kerana saudara saya membuat majlis makan-makan. Disebabkan
makan terlalu banyak saya tidur dengan begitu lena. Sang Nuri boleh saya bertanyakan
soalan. Ke mana perginya ibu Tupai semasa makanan anaknya itu dicuri?

SANG NURI




Sang Tupai pergi ke pokok sebelah bertemu dengan ibunya di pokok hujung kampung
ini. Dia mengambil peluang semasa anaknya tidur untuk ke lubang ibunya. Jika anak-
anaknya tidak susah untuk dia melompat ke pokok tempat tinggal ibunya. Anak-
anaknya masih kecil dan belum cekap untuk melompat dari dahan ke dahan.

SANG BIAWAK
(BERCAKAP DENGAN MEGAH DAN BONGKAK )
Itulah akibatnya jika ibu yang tidak sayangkan anak-anaknya. Tinggalkan anak-
anaknya untuk pergi bergosip dengan ibunya. Kalau saya tidak akan tinggalkan anak-
anak saya walaupun seminitpun. Saya akan keluar dari sarang apabila anak saya
sudah besar. Barulah jadi ibu yang bertanggung jawab. Ini sebenarnya balasan untuk
ibu yang tidak bertanggungjawab.


SANG MONYET
Kau suka mencari silap orang lain Sang Biawak. Kau tidak pernah cuba untuk
memberikan buah fikiran cara untuk menyelesaikan masalah kecurian di tempat
tinggal kita ini. Tahunya mencaci orang sahaja kerjanya.

SANG BIAWAK
SANG MONYET MENJAWAB DENGAN AYAT MENYINDIR MONYET.
Kau pun sama sang monyet hanya tahu cari kutu dan makan pisang sahaja, yang lain-
lain kau bukan tahu buat apa-apapun.

SANG ULAR : Patutlah badan besarkurang senaman..he..he.. hari tu aku dengar
pisang dia pun hilang jugaharapkan badan aje yang besar..makanan sendiripun tak
boleh jaga..ha..ha..ha..( gelak dengan kuat )

SANG MONYET
SANG MONYET MENERKAM KE ARAH SANG BIAWAK DAN MENCENGKAM
LEHER SANG BIAWAK. SANG ULAR MENYOROK DI BELAKANG SANG BIAWAK..




Kau memang suka cari gaduhkan Sang Biawak.


SEMUA BINATANG YANG ADA DI SITU MELERAIKAN PERGADUHAN ANTARA
SANG BIAWAK DAN SANG ULAR SANG MONYET.

SANG MURAI : Sudah-sudahlah tu..malu dilihat oleh anak-anak kita..setiap perlakuan
kita dijadikan contoh oleh anak-anak kita.

SANG MURAI: Bawa bersabar sang monyet.. ( sang murai-mengurut-ngurut badan
sang monyet )

SANG MONYET:
Entah-entah masalah ditempat kita ini berpunca daripada mereka berduamereka
berdua sahaja yang tidak mengalami masalah, dan mereka berdua sahaja yang suka
makan telur

SANG ULAR:
kau jangan main tuduh-tuduh..aku tidak pernah mencuri..nanti aku boleh saman kau
tahu tak..

SANG BIAWAK :
Tengok oranglah..badan besar, kebal, kuat siapa berani nak curi harta benda aku..kalau
berani cubalah..teruk aku kerjakan nantiha..ha..ha..

SANG NURI
Sudah-sudah kita berkumpul di sini bukan untuk bergaduh tetapi mencari jalan
penyelesaian kepada masalah kita ini. Kamu ni sang biawak, sang ular dan sang
monyet macam budak-budak, suka sangat bergaduh. Pergaduhan tidak menyelesaikan
masalah.





TIBA-TIBA SANG MURAI MENDEKATI SANG NURI UNTUK MEMBERIKAN BUAH
FIKIRAN. SANG MURAI BERJALAN TERKEDEK-KEDEK MENDEKATI SANG NURI .

SANG MURAI
Tadi saya dan Sang ayam ada berbincang tentang masalah kecurian di tempat tinggal
kita ini. Kami berdua berasa kita perlu mengupah seorang penyiasat persendirian
untuk menyiasat kes kecurian ini.

SANG BIAWAK ( dengan nada angkuh dan menyindir)
Siapa yang hendak menyiasat kes yang kecil sebegini. Lagipun kita mana ada wang
untuk memberi upah kepada penyiasat itu apabila dia telah selesaikan kes. Suka beri
pandangan yang tidak masuk akal..he..he..he.. Sang Murai..sang Muraiberfikirlah
sebelum bercakapjangan nanti diketawakan oleh orang

SANG ULAR
Sayapun tiada wang untuk dihulurkan kepada penyiasat itu. Saya makanpun kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Saya ni cukup-cukup makan sahaja. Baik beli
makanan mengeyangkan perut dari membazir kepada sesuatu yang tidak berfaedah..

SANG AYAM
( menghampiri Murai dan sang Nuri )
Saya dengar tuk penghulu hutan kita sang kancil yang bijaksana telahpun pulang dari
lawatan kerjanya. Saya rasa elok kiranya kita pergi bertemu dengannya untuk
mengadu hal tentag masalah kita ini. Itulah cadangan saya dan Sang Murai.

SANG BIAWAK
( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN BERANG TANDA JENGKEL DENGAN
CADANGAN SANG MURAI DAN SANG AYAM )
Buat apalah kita nak menyusahkan sang kancil itu. Tentu dia keletihan kerana baru
balik daripada merantau. Ini Cuma masalah kecillah, kita boleh selesaikan sendirilah.




Apakah kamu semua ni. Suka sangat membazirkalau kau orang lebih saagat duit beri
aje kat aku ni.. atau sedekahkan kepada anak-anak yatim dapat juga pahala..

SANG ULAR:
Betul..betul tu sang biawak kalau susah sangat beri aje kepada aku ni..aku ni anak
yatim juga..ha..ha.ha.. mereka semua memang bodoh..suka mencadangkan sesuatu
yang tak masuk akalkalau dah ada masalah selesaikan sendiri..ini sibuk
menyusahkan orang laintak faham aku.dengan kau semua ini..

KEDENGARAN SUARA-SUARA PENGHUNI POKOK YANG BERCAKAP SESAMA
SENDIRI UNTUK MEMBERIKAN PENDAPAT MEREKA.

SANG NURI.
Baiklah kita sekarang mempunyai dua pendapat cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Sang ayam dan sang Murai bercadang untuk menjemput sang Kancil untuk
menyelesaikan masalah kita ini. Ada benarnya juga pendapat sang itik dan sang ayam
itu. Sang Kancil sebagai Tuk Penghulu perlu tahu masalah kita ini. Pendapat yang
kedua kita selesaikan masalah kita sendiri mengikut pendapat biawak . Baiklah kita
buat undian. Siapa yang menyokong pendapat sang itik dan sang ayam boleh angkat
tangan dan siapa yang sokong pendapat sang biawak juga boleh mengangkat tangan.

SANG BIAWAK DAN ULAR BEREDER DARI SITU KERANA SEBELUM UNDIAN
DIBUAT




SANG NURI
Siapa yang menyokong pendapat sang itik dan sag ayam untuk menjemput sang kancil
bagi menyelesaikan masalah kecurian ini?





( SEMUA PENGHUNI POKOK MENYOKONG PENDAPAT SANG AYAM DAN SANG MURAI
KECUALI SANG ULAR DAN SANG BIAWAK.)

Siapa yang menyokong pendapat sang biawak ?
( TIADA YANG MENGANKAT TANGAN )

SANG NURI
Baik, penghuni pokok sebulat suara telah menyokong pendapat sang ayam dan sang
itik untuk menjemput sang kancil menyelesaikan masalah kita ini. Esok pagi-pagi lagi
saya akan bertemu dengan sang kancil.

( ANAK SANG KANCIL TELAH LAMA DUDUK DI SITU MENCURI DENGAR
PERBINCANGAN YANG DIBUAT OLEH PENGHUNI POKOK ITU )

ANAK SANG KANCIL: Nanti-nanti Sang Nuriayah saya tak ada di rumah sekarang
inibulan depan dia baru balikAyah saya pergi melawat di hutan yang lain.

SANG AYAM : Nampaknya kita kena cari cara lain untuk menyelesaikan masalah kita
ini..( dengan nada kecewa )

SANG NURI : Betul tu..



BABAK 3

KEDENGARAN LAGU NYANYIAN LAGU SI BONGKOK TIGA OLEH ANAK-ANAK
PENGHUNI POKOK. ( ANAK TUPAI, ANAK AYAM, ANAK MONYET, ANAK MURAI )
SEHINGGA LAGU HABIS MEREKA BERMAIN-MAIN ..

ANAK MONYET:




Mana Si anak kancil ni. Kata nak datang ..tapi muka hidung diapun tak nampak dari
tadi

ANAK AYAM:
Mak dia tak kasi dia keluar kotayah diakan tak ada..mak dia minta tolong dia buat
kerjalah tu

ANAK MURAI:
Tadi aku ada nampak dia tengah makan pucuk ubi di hujung jalan sana tusyok
sangat makanlah tu sampai lupa kita di sini

ANAK TUPAI:
Anak Kancil tak pernah mungkir janji..tunggulah sekejap lagi..tentu dia datang nanti
Mari kita menyanyi lagikita nyanyi lagu lain pulak

ANAK AYAM, ANAK MONYET, :
Lagu apa?

ANAK TUPAI:Lagu ini ( muzik dimainkan Lagu kanak-kanak yag sesuai )

ANAK KANCIL SAMPAI KE TEMPAT ITU DENGAN TERMENGAH-MENGAH..

ANAK KANCIL
Berhenti nyanyi..berhenti nyanyi( Muzik diberhentikan )
Kawan-kawan Semasa dalam perjalanan ke sini tadi aku nampak sang ular dan sang
biawak sedang makan kacangdi mana mereka dapat ya..( bercakap dengan nada
yang termengah-mengah )
ANAK TUPAI:
Tah-tah kacang ibu kita tak..hari tu kan kacang kat rumah kita hilang..

ANAK MONYET:




Kesian kauhari tu aku tengok mak kau nangiskaupun nangis jugakan..

ANAK TUPAI:
Emm..emm..sedih aku laparlahsebab tu nangis..

ANAK AYAM:
Mak aku pun nangis hari tu..telur mak aku kena makan dengan pencuri..habis
semua..tak tinggal satupunkesian mak akunanti aku tak ada adik..kesian aku
..sebatang kara

ANAK MONYET:
Mak akupun kehilangan pisang juga..nasib baik sang Nuri beri aku buah rambutan
kalau tidak tentu aku lapar..

ANAK MURAI:
Nasib baik mak kau tak sempat bergaduh dengan sang ular dan sang biawakkalau
tidak mesti bergaduh besar( ANAK MURAI MEMBUAT AKSI BERGADUH )

ANAK MONYET:
Kau janganlah sebut perkara itu aku malulahnanti aku cili mulut kau baru tahu..

ANAK KANCIL:
Sudahlah tu aku bukan nak suruh kau semua bergaduh sebenarnya aku rasa kita
kena buat rancangan untuk memerangkap pencuri itu
ANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM:
Macam mana ?

ANAK KANCIL:
Mari sini aku beritahu





( ANAK-ANAK BINATANG INI BERKUMPUL SAMBIL BERPEGANGAN SEPERTI
PERBUATAN PEMAIN BOLA SEPAK SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN )

ANAK MURAI, ANAK MONYET, ANAK TUPAI, ANAK AYAM:
O..OOOO..OOO..Macam tu ke ..he..he..he ( sambil membuat gaya kepada penonton )



BABAK 4

KELIHATAN SANG ULAR DAN BIAWAK SEDANG BEREHAT-REHAT DI BAWAH
POKOK.

SANG BIAWAK :
kita ni lama dah tidak pergi mencari makanan. Aku teringin nak makan telurlah

SANG ULAR
Aku ada terjumpa telur busuk kau hujung belukar tu..kau nak keaku boleh pergi
ambilkan..

SANG BIAWAK:
Aku tak makan telur busuk..cis..meloya aku..kau ini Sang Ularaku selalu makan telur
yang segarbaru tiba dari ladang


SANG ULAR:
Kau ni memilihkerja malas

SANG BIAWAK:
Kau jangan sebut malas-malas tu aku tak sukaaku selalu dapat makanan
terpijakjadi buat apa aku menyusahkan dirisekeliling aku banyak makanan..he..he..





SANG ULAR
Nak hidup mesti pandai putar belitkan .

SANG BIAWAK
Taupun kau..sebab itu aku suka berkawan dengan kau..kau begitu memahamiKalau
kau ada sumber terbaru beritahulah aku.aku teringinlah telur..

SANG ULAR
Aku tidak masuk campur ya Sang Biawakkalau kau ditimpa masalah lagi aku tak
mahu tolong dah.. ya..

(TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA KECIL DISEBALIK SEMAK BERHAMPIRAN
DENGAN TEMPAT SANG ULAR DAN SANG BIAWAK BEREHAT)

ANAK MURAI :
Mak aku kata..nanti proes pengumpulan telur burung, telur ayam akan dikumpulkan
pada satu tempat yang jauh dari sini.

ANAK KANCIL:
Kenapa buat macam tu?

ANAK MURAI:
Nak selamatkan telur tu dari dimakan oleh pencuri

ANAK AYAM :
Simpan kat mana..mak aku tak beritahupun..

ANAK MONYET:
Kau janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar





ANAK TUPAI:
Aku dengar telur tu akan disimpan di sarang di dalam kumpulan busut-busut itu..

ANAK AYAM
Janganlah cakap kuat-kuat nanti orang dengar.. bila nak simpannya..

ANAK MURAI DAN ANAK KANCIL:
Tengah mala mini..( sambil berbisik-bisik )

( SANG BIAWAK YANG MENDENGAR PERBUALAN ITU TERSENYUM SUMBING )

SANG BIAWAK
Rezeki aku dah sampai Sang Ular

SANG ULAR
Belum pasti lagi Sang Biawak..itu cuma cakap budak-budak sahajabukan boleh
percaya..

SANG BIAWAK
Belum cuba..belum taurezeki jangan ditolak ..musuh jangan dicari..he..he..heaku
nak beredar dah Sang Ular ..aku nak rehatkan diri..aku perlukan banyak tenaga untuk
menjalankan misi aku ini.

SANG ULAR
Ikut suka kau sang Biawak..aku tak masuk campur..

BABAK 5

SANG BIAWAK TERANGKAK-RANGKAK MENYOROK DIBELAKANG POKOK. DIA
SEDANG MEMERHATIKAN KEADAAN SEKELILING BUSUT ITU. TIADA KELIHATAN
SESIAPA DI BUSUT ITU. SANG BIAWAK MEMPERCEPATKAN LANGKAHNYA




MENUJU KE ARAH BUSUT ITU DENGAN MATA MEMERHATIKAN SEKELILING
SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA

SANG BIAWAK:
Banyaknya telur ini..putih-putih belakatentu sedap ni..telur baru..terbaik dari ladang
( SANG BIAWAK TERUS MENYUAP KE MULUTNYA SETELAH PUAS DIA
MENGHIDU DAN MENJILAT-JILAT KULIT TELUR ITU )

SANG BIAWAK:
Adui..kerasnya telur initelur besi ke telur apa initapi sedaplah( SANG BIAWAK
SEMPAT MAKAN TIGA BIJI TELUR DENGAN LAHAP KERANA KELAPARAN )

SAMPAI TELUR YANG KE EMPAT:
SANG BIAWAK
Aduh sakitnya gigi aku ini( sambil meluahkan dari mulut ) gigi aku patah..
Aduh sakitnya perut akuaduh tolong-tolong sakitnya perut aku

( TIBA-TIBA KELUAR DARI SEMAK PENGHUNI HUTAN )

SEMUA BINATANG:
Haitulah akibatnya makan telur terbaik dari ladang

SANG MONYET
Mari aku kerjakan kau

SANG AYAM:
Sabar-sabar sang Monyet( SAMBIL MENANRIK TANGAN SANG MONYET )

SANG MONYET
Aku sebenarnya sudah lama syakkan Sang Biawak ini. Tapi aku tiada bukti..





SANG NURI
Rupanya kau yang dalang disebalik kecurian di hutan initidak sangka betul..sang
Biawak..kau penghuni hutan yang mementingkan diri sendiri.
SANG BIAWAK:
Tolong aku..sang Nuri..aku sakitaku dah tidak berdaya untuk bergerak.. tolong aku
kawan-kawantolonglah aku kali ini..( SANG BIAWAK BERCAKAP DENGAN SUARA
MERAYU SAMBIL MENGADUH KESAKITAN)

SANG NURI
KAWAN-KAWAN ..MARI KITA PERGI DARI SINI

SEMUA BINATANG:
Jom pergi

BINATANG-BINATANG ITU SEMUANYA BEREDAR DARI TEMPAT ITU DENGAN
PERASAAN MARAH.

BABAK 6

SANG BIAWAK:
Tiada siapakah yang sudi datang melawat aku Sang Ular?

SANG ULAR
Tiada siapa yang datangsabarlah..jangan sedih sangat.. nanti kau lambat sembuh
pula.
SANG BIAWAK:
Nanti bila dah sembuh aku akan pergi berjumpa dengan semua penghuni hutan ini
untuk minta maaf. Aku banyak menyusahkan mereka.

SANG ULAR




Baguslah kalau kau dah sedarkita pergi sama-sama ya..akupun banyak buat salah
pada penghuni pokok ni

( TIBA-TIBA ADA SUARA DI DEPAN SANG BIAWAK DAN SANG ULAR )

SANG MURAI:
Kami sudah maafkan kamu sang biawak dan sang ular. Kita tidak boleh lama-lama
bergaduhberdosa..

SANG NURI: Buang yang keruh ambil yang jernih..marilah kita bermaaf-maafan..

(PENGHUNI POKOK BERSALAM-SALAMAN ANTARA SATU SAMA LAIN )
( MENYANYI LAGU MUAFAKAT MEMBAWA BERKATATAU LAGU LAIN YANG
SESUAI )
TAMAT