Anda di halaman 1dari 1

i

REFLEKSI
Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu ( BMM 3117 ) yang
bertajuk Pembelajaran Masteri ini, dapat dirumuskan bahawa Pembelajaran Masteri
memberi fokus utama iaitu murid-murid mesti menguasai hasil pembelajaran yang telah
ditentukan oleh guru. Oleh itu,guru seharusnya bijak menentukan hasil pembelajaran
yang ingin dikuasai oleh murid-murid sesuai dengan kebolehan murid yang berbeza-
beza.
Hasil dapatan semasa saya menyiapkan tugasan ini juga telah memberi saya
suatu ilmu yang berguna untuk diri saya mengaplikasikannya semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian, saya lebih memahami
konsep Pembelajaran Masteri dengan lebih mendalam dan bagaimana untuk
menjalankan model Pembelajaran Masteri ini di dalam kelas.
Melalui tugasan ini, saya mendapat input-input yang berguna tentang prinsip-
prinsip asas model Pembelajaran Masteri. Walaupun, pada peringkat permulaan
penghasilan kerja kursus ini saya menghadapi sedikit masalah kerana sesi perjumpaan
bersama pensyarah pembimbing terhad iaitu hanya sekali dalam sebulan. Namun,
semua itu tidak menjadi penghalang yang terbesar kerana dengan kemudahan internet
yang dimiliki banyak membantu saya mengatasi masalah tersebut.
Sesungguhnya, pepatah melayu ada mengatakan kalau tidak dipecahkan
ruyungnya, manakan dapat sagunya. Begitulah kesimpulan yang dapat saya simpulkan
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Walaupun, banyak cabaran yang dihadapi, namun
semua itu memberikan saya pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk saya
jadikan iktibar dan pedoman pada masa akan datang.
Diharapkan, tugasan yang dihasilkan ini memenuhi kehendak pensyarah
pembimbing saya iaitu Puan Hamidah binti Musa khususnya dan pihak Institut
Perguruan Temenggong Ibrahim.

Anda mungkin juga menyukai