Khas untuk susur galur RichMommy Lydzar Rusman Dec 13
Strategi Little Effort (aktiviti kecil, jualan besar)
Adaptasi daripada tips marketing daripada Aqif Azizan. Strategi-strategi cheapo (kecil dan kelihatan murah) adalah strategi yang boleh penjual gunakan untuk tingkatkan jualan dengan mudah, serta rendah kos.
Satu daripada strategi yang bagus dan berkesan adalah strategi, "Little effort."
Dalam istilah Melayu, ia adalah teknik usaha kecil, impak besar.
Sebagai penjual produk atau servis, menggunakan strategi ini dapat memberikan pulangan jangka masa panjang.
Ia juga menanam benih ingatan dalam minda pelanggan. Supaya sentiasa ingat nama dan jenama bisnes kita untuk jangka masa panjang.
====================== 2 Contoh Strategi Little Effort Lumayan ======================
Kajian Kes #1
Di Malaysia, terdapat stesen minyak yang menggunakan strategi little effort.
Pekerja yang menjaga kawasan pam minyak akan minta izin pemilik kenderaan, untuk membasuh bahagian luar keretanya.
100% percuma.
Mereka hanya perlukan sekitar 1 - 3 minit (maksimum) untuk basuh cermin belakang dan hadapan.
Aktiviti yang kecil usahanya ini berkemampuan untuk menarik minat pelanggan supaya datang ke stesen minyak itu, setiap kali mahu mengisi minyak keretanya.
Kajian Kes #2
Apabila berada di pasaraya, satu daripada aktiviti kita adalah mengangkat barang dan letakkan ia ke dalam troli.
Strategi little effort boleh diaplikasikan bagi memikat hati pelanggan, supaya datang ke pasaraya ini berkali-kali.
Contohnya, setiap section dalam pasaraya itu mempunyai individu yang bertugas untuk membantu mengangkat barang ke dalam troli pelanggan.Usaha ini adalah usaha kecil. Namun dari kaca mata pelanggan, ia besar dan bermakna nilainya.
Tips Marketing RichFamily
Khas untuk susur galur RichMommy Lydzar Rusman Dec 13 Bagaimana kita mahu kaitkan Little Effort ini kedalam bisnes Shaklee? Apabila seseorang bakal customer approach kita dan bertanya tentang produk yang sesuai dengan mereka, apa yang anda boleh buat secara step by step: 1) Greet mereka dengan mesra seolah mereka betul-betul sedang memasuki kedai anda. Tanyakan apa yg boleh anda bantu. Terima kasih kerana menghubungi saya untuk mendapatkan info lanjut tentang produk Shaklee. Insya allah saya cuba bantu cik/puan untuk mendapatkan produk yg bersesuaian dengan keperluan puan 2) Beritahu mereka, konsultasi pertama kali adalah percuma. Dan bila dah mula membeli nanti, konsultasi 100% percuma. Sebelum kita pergi jauh tentang vitamin dan produk Shaklee ni, saya suka kalau kita bincang lebih lanjut tentang tujuan utama cik/puan nak ambil produk ABC dan DEF ni. Jangan risau, konsultasi dengan saya ni memang FREE sahaja. Siapa yang tak suka perkataan FREE Usaha yang kecil.. tapi insya allah jika dipraktikkan ia akan menambah sale anda.