Anda di halaman 1dari 11

NAMA PENSYARAH : USTAZAH

ROHIDA BT ISMAIL

NAMA PELAJAR NO PELAJAR
CASSIDY JADUM 2013408694
FERDYNAND COLLIN
ANAK JULIAN
2013252224
FREDNICKKY BLARE 2013203652
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di
Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-
bukti lain yang bertaburan di rantau ini.
Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di
Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di
Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu
Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod
penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan
pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta
pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.
Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan
kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian
utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga
menembusi Maluku dan Sulu.
Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan
siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam
di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang
ditemui bagi memastikan bilakah tarikh
kedatangan mereka dan golongan manakah yang
terlebih dahulu menyebarkan Islam.
Walau bagaimanapun, dengan berpandukan
beberapa penemuan batu bersurat dan catatan
sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan
tempatan telah membuat pelbagai teori
kedatangan Islam ke Nusantara . Berikut adalah
teori yang dikatakan ahli sejarawan tempatan.
Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut
bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang
Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun
684, mereka telah mendirikan sebuah
perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.
Menurut satu catatan lagi, pada zaman
pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-
Rashid, seorang nakhoda telah memimpin
seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang
dari kalangan mereka berketurunan Quraish
belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan
Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka
mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya
mengislamkan baginda.
Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu
denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara
mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl
perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja
tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu
diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi
Sultan Perlak.
Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut
bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan
laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar
dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan
ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di
Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika
mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan
menyebarkan agama Islam di situ.
Hubungan India dengan beberapa negara di
Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13
Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab
menguasai bahagian barat dan timur India, mereka
menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan
sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat
perhubungan antara timur dengan barat.
Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-
saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering
berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan
sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada
penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan
kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah
Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.
Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-
13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan
penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai
pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut
merantau ke Nusantara untuk mengembangkan
ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada
mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu
menjadikan rumah mereka sebagai tempat
mengaji Quran dan fardhu ain
Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman
Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah
menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang
bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk
menyebarkan agama Islam di negara China yang luas
itu.
Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-
Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke
sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut
telah menghadap raja China dan berunding dengannya.
Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk
di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China
telah memeluk Islam
Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah
Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke
Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap
di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap
di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab
itulah,sesetengah seni bina masjid lama di
Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai
senibina Cina.
Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat
kedatangan Islam ke Nusantara melalui China
telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal
abad ke-11.
Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di
pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran
Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk
catatan pada 1292 oleh Marco Polo mengenai negeri-
negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-
pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai
yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang
mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh.
Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah
antara yang paling awal dalam Asia Tenggara
memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini
termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada
pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan
dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan
pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.
Kesimpulan daripada teori-teori di atas, tiada
jawapan yang pasti siapakah atau golongan
manakah yang pertama kalinya membawa
pengaruh Islam ke Tanah Melayu.
Namun, ahli-ahli sejarahwan mampu membuat
teori-teori melalui penemuan-penemuan batu
bersurat dan tinggalan-tinggalan artifak lampau.
Walaupun teori-teori tersebut bercanggah di
antara satu sama lain, namun setiap pentaksiran
yang diolah masih dijadikan sebagai bukti
penting untuk mengetahui asal-usul kedatangan
Islam ke Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai