Anda di halaman 1dari 42

BAB 7

PENYEDIAAN TEKS:
KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN
TEKS UCAPAN
TOPIK UTAMA
PENGENALAN
KATA ALU-ALUAN
PRAKATA
TEKS UCAPAN
KESIMPULAN
PENGENALAN
Sesebuah teks yang berformat mesti
mempunyai pelbagai dokumen yang bersistem.
Teks yang lengkap dengan format yang khusus
akan lebih berkesan dan sistematik.
Kata alu-aluan, prakata dan teks ucapan yang
berkesan dan sistematik dapat membantu
melicinkan lagi penyediaan sesebuah teks.
KATA ALU-ALUAN
Kata-kata yang disampaikan sama ada secara
lisan ataupun tulisan bertujuan untuk
mengalu-alukan sesuatu perkara.
Lazimnya didapati dalam buku cenderamata
yang diedarkan kepada jemputan dalam majlis-
majlis rasmi seperti seminar, persidangan,
mesyuarat agung, majlis perasmian dan
sebagainya.
Format Kata Alu-aluan
Kata alu-aluan tidak mempunyai format yang
khusus.
Walau bagaimanapun, kebiasaannya kata alu-aluan
ditulis dengan menggunakan 5 ciri berikut:
1. Tajuk
Menggunakan pelbagai frasa yang menarik
seperti Sekapur Sirih, Seulas Pinang, Seuntai
Bahasa, Sekilas Rasa
2. Gambar penulis
Gambar diperlukan untuk menunjukan tanda
takzim dan hormat kepada penulis kata alu-
aluan
3. Kandungan
i. Pengenalan - ringkas, dengan hanya mengucapkan
kesyukuran, rakaman ucapan terima kasih atau
memberi salam
ii. Isi - harus disesuaikan dengan majlis
- Ditulis berperenggan
a. Permulaan- salam permulaan, ucapan
terima kasih
b. Ulasan tentang majlis ditujukan kepada
penganjur yang menjayakan majlis
c. Harapan penulis
iii. Penutup - ringkas, seperti Sekian, terima kasih atau
Semoga berjaya

4. Tanda tangan
Tanda tangan diperlukan untuk mengesahkan
tulisan kata alu-aluan tersebut daripada penulis
yang sebenar.

5. Nama penuh dan gelaran
Nama penuh dan gelaran diperlukan untuk
memudahkan urusan salutasi
Contoh:
Prof. Dato Dr. Ir. Ahmad Izham Ayob, PPK, IMT
Tajuk

Pengenalan

Isi 1
Isi 2
Isi 3

Penutup

Tanda tangan
Nama penuh / gelaran
Gambar
Foto Terbaru
PRAKATA
Kata-kata pendahuluan daripada penulis
tentang buku yang ditulisnya.
Boleh didapati dalam buku-buku terutamanya
buku bercorak ilmiah.
Lazimnya ditulis oleh pengarang sendiri.
Terdapat juga prakata yang ditulis oleh orang
lain, dan orang tersebut mesti seorang yang
pakar dalam bidang berkaitan buku yang
dihasilkan.
Kandungan Prakata
Menyampaikan hasrat pengarang kepada pembaca
tentang buku yang ditulisnya iaitu semoga pembaca
mendapat faedah daripadanya.
Menyatakan apa yang dikaji dan masalah semasa
membuat kajian sekiranya buku tersebut ialah buku
hasil kajian.
Menyatakan sampel kajian dan kawasan kajian serta
hal-hal yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan.
Merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang
terlibat.
Format Prakata
Tajuk ditulis dengan huruf besar PRAKATA
Kandungan ditulis berperenggan
Nama penulis ditulis di bahagian bawah
berserta gelaran atau jawatan (jika ada)
TEKS UCAPAN
Teks ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan,
syarahan, pidato, kata-kata penghargaan ataupun
kata-kata yang melahirkan terima kasih.
Menyampaikan idea-idea secara lisan kepada
khalayak dalam bentuk pidato.
Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis tertentu
seperti majlis perasmian, majlis pelancaran sesuatu
projek dan majlis perpisahan .
Panduan Menulis Teks Ucapan
Secara Umum
Perlu memberi penekanan pada aspek maklumat
dan penyusunan maklumat supaya mesej dapat
disampaikan dengan berkesan.
Perlu memikirkan keperluan audiens atau pembaca
dan suasana majlis sama ada formal ataupun tidak
formal.
Perlu membuat pertimbangan yang teliti untuk
memperbaiki serta melengkapkan bahan dengan
tujuan untuk meningkatkan mutu penulisan.

Terbahagi kepada 3 peringkat:
1. Peringkat perancangan
Penulis perlu mengenal pasti perkara atau
subjek yang hendak ditulis.
2. Peringkat penulisan
Penulis perlu menyusun idea dengan sempurna,
jelas dan sistematik bagi menggambarkan satu
kesatuan fikiran atau idea
3. Peringkat menyemak
Penulis perlu mengenal pasti masalah yang
terdapat dalam bahan yang merupakan draf
awal penulisan.

Jenis-jenis teks ucapan
Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan
rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan
ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak
penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat
datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para
jemputan.

Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan
pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang
membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan
juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.

Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang
disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu
majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih
panjang daripada teks ucapan alu-aluan.

Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima
kasih kepada tuan rumah yang mengundang,
maklumat yang berkaitan dengan majlis,
perkembangan institusi yang mengundang dan
harapan tetamu
Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan
yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks
ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan
pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan
yang dibalas oleh orang yang diraikan.

Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak
penganjur selalunya mengandungi ucapan terima
kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan
oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga
harapan penganjur kepada orang yang diraikan.

Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang
diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih
kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap
rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.

Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan
permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah
atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada
semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke
rumah.


Prapersediaan dalam
menyediakan teks ucapan
i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?

Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu
mengetahui orang yang akan membaca teks
tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan
yang ditulis mesti selari dengan jawatan,
perawakan dan latar belakang pendidikan
orang tersebut.

ii. Siapakah audiens yang
mendengar ucapan tersebut?
Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang
mendengar ucapan tersebut sebelum mula menulis
teks ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks
ucapan yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahap
pengetahuan audiens. Jika teks yang ditulis untuk
disampaikan kepada audiens yang dalam golongan
pelajar sekolah menengah, maka laras bahasa yang
digunakan mestilah sesuai dengan tahap pemikiran
pelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis
teks ucapan mestilah memastikan bahawa teks yang
ditulis sesuai dengan tahap pemikiran audiens yang
akan mendengar ucapan tersebut.

iii. Siapakah tetamu yang akan
hadir?
Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh
penulis teks ucapan. Oleh itu, penulis teks ucapan
perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat
berserta jawatan dan kedudukan tetamu mengikut
peringkat yang ditetap-kan oleh pihak penganjur.
Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis
teks ucapan dapat menyusun bahagian kata alu-
aluan tersebut mengikut protokol dan hal ini dapat
memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana
nama mereka tidak disebut atau tersalah panggilan
hormatnya.

iv. Apakah tujuan majlis tersebut?
Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis
teks ucapan. Tujuan majlis penting dalam
penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan
terutamanya perlu menyentuh tujuan majlis
tersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks
ucapan tidak mengetahui tujuan majlis
diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan
yang ditulis.


v. Berapa lamakah ucapan
tersebut perlu berlangsung?
Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang
diperuntukkan oleh penganjur. Teks ucapan yang baik ialah
teks ucapan yang dapat mengikut masa yang ditetapkan oleh
pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan perlu mengetahui
masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapan
yang diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang
diperuntukkan selama lima minit untuk tamu kehormat
menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah
dalam lingkungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yang
ditaip dengan tulisan bersaiz 16 dengan langkauan dua baris
Contoh Teks Ucapan

Proses Menulis
Penulisan ialah satu proses.
Menghasilkan penulisan yang berkesan
memerlukan satu proses menulis yang
sistematik.
McCuen dan Winkler (1990) mencadangkan
2 kaedah dalam menulis sesuatu penulisan
iaitu:
1. Menulis (writing)
2. Menulis semula (rewriting)
1. Menulis
a. Perancangan penulisan
i. Prapenulisan
- berfikir
- memilih tajuk
- membentuk dan mengawal idea
ii. Draf penulisan pertama
- mencipta (membuat penulisan bebas)
- mengingati fakta yang berkaitan
- memerhati (pencerapan secara kritis)
- menyelidik (guna pelbagai kaedah)
b. Penyusunan
- Draf penulisan kedua
- Merancang dan menyusun (pilih, rancang dan
susun bahan yang diperlukan)

c. Penulisan
- Draf penulisan ketiga
- Menulis (menulis berdasarkan draf yang telah
dihasilkan)

d. Penyemakan
- Masih dalam draf penulisan ketiga
- Menyemak dan mengedit (proses menyunting
penulisan)
- Terbahagi kepada dua iaitu:
i. Penyuntingan Substantif
Penyuntingan secara umum atau menyeluruh
ii. Penyuntingan Kopi
Penyuntingan yang lebih terperinci


Aspek Penyuntingan Substantif
Penelitian dibuat mengenai:
a. Tema wacana - tajuk bersesuaian dengan
isi
b. Kesinambungan / hubungan antara bahagian,
bab dan tajuk - penyusunan isi secara lojik
c. Kesesuaian isi dengan pembaca sasaran
d. Kesesuaian isi / idea dengan dasar penerbit dan
tidak menyalahi etika, agama dan undang-
undang
e. Kesempurnaan / kekurangan isi - tentukan
perkara utama / kurang utama
f. Kelancaran isi - elakkan kelewahan/mubazir
g. Kesahihan fakta - mestilah dapat
dipertanggungjawabkan
h. Keseimbangan dari segi panjang pendek antara
bahagian, bab dan tajuk
i. Skop perbincangan - terlalu sempit / luas
Aspek Penyuntingan Kopi
Penggunaan kamus, tesaurus, buku tatabahasa,
pedoman istilah sebagai rujukan
Penelitian dibuat mengenai:
a. Fakta
b. Bahasa - kosa kata, tatabahasa, ayat &
pemerengganan,ejaan, istilah, tanda baca,
penomboran
c. Gaya persembahan - jadual kandungan,
nombor
halaman, tajuk, subtajuk, petikan, bibliografi
d. Ilustrasi


2. Menulis semula
a. Menulis semula
Menulis semula selepas menjalankan aktiviti
penyuntingan.
b. Salinan akhir
i. Dari segi kandungan
Jelas, tepat, ringkas, dan berpaut
ii. Dari segi fizikal
Kemas, bersih, dan mengikut format
Ciri Penulisan Yang Baik (TAJMAHAL)
T - Tepat
A - Adil
J - Jelas
M - Mudah
A - terAtur
H - Halusi
A - berAdab
L - Lancar
TEPAT
Dari segi rakaman dan hakiki
Rakaman - mudah diperolehi kerana
pelajar hanya perlu membaca laporan
atau mewawancara seseorang.
Hakiki - memerlukan pelajar mengetahui
adakah maklumat yang dilaporkan atau
dakwaan orang yang diwawancarakan itu
benar pada hakikatnya.

ADIL
Dilihat dari 4 sudut:
1. Keadilan kepada orang yang terlibat
2. Keadilan pada hal yang dibicarakan
3. Keadilan kepada pembaca
4. Keadilan kepada penulis sendiri

JELAS
Memerlukan kejelasan fikiran terutama
bagi perkara-perkara yang sebenarnya
tidak wujud
Kejelasan dalam penulisan membantu
pembaca dari segi kefahaman

MUDAH
Penulisan yang mudah difahami akan
membantu pembaca mendapat mesej
dengan mudah
Penulis yang faham tentang apa yang
dibicarakan akan mampu menyampaikan
maklumat kepada pembaca dengan mudah

terATUR
Penulisan yang baik perlulah disusun
dengan teratur, bukan sahaja dari segi
format tetapi juga kandungannya
Keteraturan juga menekankan aspek
hubungan yang lojik dan lancar di antara
satu idea, hujah, gambaran, huraian, dan
sebagainya.

HALUSI
Penulisan perlu cermat, teliti dan halusi
Bermula dari pencarian maklumat, proses
manulis dan semakan yang dibuat
Setiap peringkat perlu diberi perhatian oleh
penulis

berADAB
Penulisan yang baik adalah penulisan
beradab
Penulisan beradab hanya mampu dihasilkan
oleh penulis yang beradab
Penulisan perlu mempunyai nilai-nilai
murni
Kebebasan menulis tidak bermakna penulis
boleh menulis sesuka hati
LANCAR
Dari segi susunan idea dan penggunaan
bahasa
Kelancaran boleh dilihat dari segi
pengolahan idea dan perkembangan idea

RUJUKAN UTAMA
McCuen, & Winkler (1990)
Nadell, McMeniman, & Langan (1991)
Nuraini Yusoff (1991)
Rais Yatim (2003)
Trimmer (1998)