Anda di halaman 1dari 49

BAB 5

LARAS BAHASA
1
Tumpuan bab 5
2
1. Definisi/ konsep laras
2. Ciri-ciri laras
3. jenis-jenis laras
a. Laras biasa/umum ciri-ciri laras
b. Laras bahasa akademik
(saintifik/teknikal) ciri-ciri laras
- jenis-jenis : i. laras ekonomi
ii. Laras komputer
iii. Laras sains
iv . Laras bahasa media
massa
v. Laras sastera
vi. Laras perundangan

3
Kepentingan laras
Kesimpulan
Laras Bahasa Secara Umum
4
Bahasa dapat dijeniskan kepada dua aspek
utama iaitu:
Pengguna
- orang yang menggunakan bahasa & ini
menyebabkan wujudnya dialek daerah @ loghat.
- individu yang menggunakan bahasa
Penggunaan
- Kesesuaian jenis bahasa yang digunakan
dengan keadaan sewaktu penggunaan bahasa
itu.
- kesesuaian mengikut konteks. Kalau majlis
berkaitan ekonomi- laras ekonomi- istilah khusus
dalam bidang
Penggunaan Bahasa
5
Penggunaan menimbulkan konsep laras
(register) @ dialek sosial.
Konsep ini diperkenalkan oleh Reid
pada tahun 1956.
seseorang penutur dalam situasi
bahasa yang berbeza-beza akan
menggunakan laras mengikut situasi
sosial yang berlainan
6
Penutur akan menggunakan laras yang
distingtif (tersendiri)
Mengikut keadaan tertentu
Reid menggunakan konsep ini sebagai istilah
teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa
(linguistik behavior) seseorang individu.
Perbezaan laras dan gaya : laras merujuk
khusus kepada bidang penggunaan :
Gaya merujuk kepada cara pengungkapan
fikiran, matlamat yang hendak dicapai,
suasana yang hendak ditimbulkan, dan
suasana yg menjadi latar penggunaan bahasa
berkenaan.
Laras sastera- dalam laras ini terkandung
gaya bahasa sastera- personifikasi, simile,
hiperbola dsb


Definisi / Konsep Laras
7
Gaya @ cara penggunaan sesuatu
bahasa
Variasi yang ada pada tiap-tiap penutur
& berubah mengikut situasi.
Halliday(1968) - Reading in the sociology
of language: The users & uses of
language
Laras sebagai variasi bahasa yang
berlainan berdasarkan fungsi. Laras
berubah-ubah mengikut situasi.
8
Halliday menjeniskan laras kepada tiga
kategori:
i) Tajuk wacana (field of discourse)
ii) Cara penyampaian wacana (mode of
discourse)
iii) Gaya wacana (style of discourse)
9
Brian Seaton(1982;153) A handbook of English language
teaching terms of practice
- Satu variasi bahasa yang wujud drpd situasi yang berlainan
seperti umur, jantina @ tajuk perbualan. Laras dlm bidang
kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya
berbeza sama ada dalam bentuk percakapan @ bentuk
penulisan/tulisan.
Oleh itu, tidak hairanlah seseorang itu memiliki beberapa
laras bahasa yg berlainan.
Individu akan melalui pelbagai situasi
10
Ure & Ellis (1977) Register in Descriptive
Linguistics & Linguistic Sociology
- pola-pola penggunaan bahasa yang lazim
digunakan dalam keadaan tertentu.
- merupakan satu bentuk bahasa yang khusus
untuk situasi tertentu & dapat dibezakan drpd
bentuk yg digunakan dlm situasi yg lain.
11
Nik Safiah Karim (1989) Laras Bahasa
- Gaya @ penggunaan sesuatu bahasa
- Penggunaan bahasa - berubah
mengikut konteks, bidang dan juga
peringkat sosial

12
Asmah Haji Omar (1987) Bahasa
Malaysia Saintifik
- ciri-ciri khusus dlm penggunaan
bahasa menurut bidang
penggunaannya
- kelainan @ variasi bahasa yg
digunakan mengikut disiplin ilmu yg
berbeza-beza

Ciri-Ciri Laras
13
Dapat dibahagikan kepada dua ciri
utama iaitu;
i) ciri-ciri keperihalan
a) situasi luaran
- latar belakang sosial &kebudayaan
sesuatu masyarakat bahasa yg
merangkumi struktur sosial
&keseluruhan cara hidup yg
menentukan perlakuan-perlakuan
anggota masyarakat.
14
b) Situasi persekitaran
- mencakupi aspek-aspek yg terlibat
secara langsung dgn penggunaan
bahasa. Antaranya:
cara penyampaian
perhubungan sosial dan peribadi
bahan yg diperkatakan
fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa
15
ii) Ciri-ciri Linguistik
- berkait rapat dgn faktor sosial seperti latar
belakang org yg bercakap @ menulis
Contoh : orang berpendidikan laras akademik
- sifat-sifat bahasa (kehadiran sst ciri @
ketidakhadiran sst ciri, kekerapan kehadiran &
susunan struktur tertentu)
- tiga ciri linguistik
a) aspek fonologi
b) aspek morfologi
c) aspek sintaksis
Contoh : bahasa Melayu

Jenis- jenis Laras
16
Laras bahasa umum/biasa
Laras akademik/ilmiah
Laras perniagaan
Laras perundangan
Laras sastera
Laras media massa
Dan sebagainya
Laras biasa / umum
17
Digunakan dalam interaksi masyarakat
sehari-hari - difahami oleh semua orang
Dalam situasi sosial utk menyampaikan
maksud, hajat, hasrat hati dsbnya dengan
mudah dan dapat difahami orang lain
Tidak mengandungi istilah @ pola-pola
khusus
Terbahagi kepada 2:
Laras bahasa biasa formal
Laras bahasa biasa tidak formal
Laras bahasa biasa formal
18
Contoh: Laras untuk majlis akad nikah
Laras sewaktu majlis pertunangan
Digunakan dalam majlis yang agak rasmi
Majlis akad nikah: Aku terima nikahnya
seperti nama yang disebut dengan mas
kahwinnya RM15,000 tunai.
Majlis pertunangan:
Kami datang ini dengan niat menyunting
bunga di taman.
Laras bahasa biasa tidak formal
19
Contoh: Bahasa di pasar harian
Bahasa sewaktu membeli barang di gerai-
gerai
- Cakap-cakap mulut sahaja disebabkan
keperluan untuk berkomunikasi
- Kadangkala bahasa dicampuradukkan
dengan bahasa penutur yang berlainan ras
dan tempat
- Adakala digunakan dalam komunikasi dalam
kalangan kaum berbeza
- Bahasa yang dipermudahkan untuk
perhubungan
20
Contoh:
Di pasar : Mari.. Mari mari ikan murah sekilo
RM10
Termasuk juga bahasa kolokial
Apa la hang ni..
Demo la ni tidak sopo dulo.. Tak berani kawe
nak tegur..


Ciri-ciri laras bahasa biasa @umum
21
Bebas dan mudah difahami
Penggunaan bebas dan kurang terkawal
aspek tatabahasa
Menggunakan unsur kemesraan
menggunakan kata ganti nama aku, saya,
makcik, abang, adik, dsb.
Pengguguran kata sendi nama dari, daripada,
di, akan, hingga
Laras Bahasa Akademik/Ilmiah(saintifik dan
teknikal)
22
Merupakan ragam bahasa Melayu yg digunakan
untuk pembinaan dan pengembangan ilmu,
pemikiran dan teknologi.
Laras bahasa ilmiah juga dpt dihubungkan dgn
laras bahasa saintifik.
Hal ini demikian krn ilmu itu bersifat saintifik,
iaitu mempunyai peraturan dan kaedah, di
samping lebih mementingkan ketepatan makna.
23
Asmah Hj Omar (1987)- gaya ilmiah ialah
yg sudah mengalami pengintelektualan
Ilias Hj Zaidi (1991) gaya ilmiah ditandai
dengan susunan ayat tertentu, format
tertentu, keintelektualan berhujah,
penggunaan sistem rujukan dsb.nya.
Unsur ptg yg diberi perhatian
penggunaan istilah2 khusus menurut
bidang
- gaya pengungkapan
- gaya bahasa bertulis melibatkan
pemilihan dan penyusunan kata, ayat,
perenggan dsb.nya
Ciri-Ciri Laras Bahasa Ilmiah
nada formal dan
objektif
sudut pandangan
orang ketiga
ragam pasif
istilah khusus
tingkat bahasa
rasmi
wacana pemaparan


nada bersahaja
Elakkan kata
mubazir (yang
berlebih-lebih)
ayat majmuk
bantuan ilustrasi
format yang baku

24
Contoh-contoh Laras Bahasa
25
Laras perundangan
Laras bahasa Melayu lama
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sains
Laras bahasa ekonomi
Laras komputer
Dan lain-lain
*
Laras Bahasa Undang-Undang
26
Contoh laras bahasa undang-undang dalam
surat perjanjian:
1) Sebagai balasan bagi pihak yang diberi oleh
Pengarang kepada Penerbit mengikut Fasal 1,2
dan 3(1) itu, Penerbit bersetuju membayar
royalti kepada Pengarang
2) Perjanjian ini hendaklah diertikan dan berkuat
kuasa mengikut undang-undang Malaysia
3) BAHAWASANYA Pengarang telah menulis
sebuah karya sastera yang berwatak asal
bertajuk dan dalam bahasa seperti yang
tercatat...

Drpd contoh di atas, terdapat penggunaan
ungkapan-ungkapan khusus dlm laras
undang-undang bg surat rasmi.
Antaranya:
Terdapat penggunaan perkataan fasal
1,2, dan 3(1) bagi merujuk sesuatu
perkara yg telah disebutkan dengan
ditandai oleh bilangan (nombor @ abjad)
27
28
Terdapat juga perkataan kuat kuasa - bermakna sah @
mempunyai kesahan yg biasanya dikaitkan dengan
peraturan @ undang2
Terdapat juga ungkapan kesungguhan bahawasanya yg
mendukung maksud kesungguhan niat dlm surat
perjanjian. Ungkapan bahawasanya ditulis @ dicetak dgn
huruf besar @ tebal supaya jelas & disedari oleh pihak
yang berkenaan.

Contoh laras bahasa Melayu lama:
Hatta berapa lama-nya Raja Muda
bertunang itu berbagai-bagai-lah
cheritanya yang indah, sa-hingga tiada
di-suratkan oleh orang yang
mengarangkan hikayat ini. Telah berapa
antara-nya,maka tersebut-lah pula
perkataan Dato Bendahara pergi di-
titahkan oleh baginda menjerat gajah
besar ka-Kapar
29
30
. Sa-telah gajah itu dapat, maka Dato
Bendahara pun pulang-lah ke-Brahman
Indera mengadap baginda itu. Maka baginda
pun terlalu-lah sukacita beroleh gajah besar
itu. Sa-telah sudah dapat itu, maka Dato
Bendahara mendapat sakit yang terlalu berat-
nya.

Daripada contoh di atas, terdapat ungkapan
khusus yg menandai ciri-ciri laras bahasa
Melayu lama.
Dari aspek tatabahasa, terdapat penggunaan
perkataan maka, setelah sudah, antara
beberapa, syahdan dan sebagainya
31
32
Struktur ayat yang panjang dan berbelit-belit
serta sukar difahami.
Terdapat perulangan kata seperti maka, setelah
itu.


33

Contoh laras bahasa sastera:

Dengan kalbu remuk menggapai bayangan
meniti daun-daun waktu merimbun
menyambut gerimis doa membentang
senja
menggapai cahaya gementar getir
dari merengkuh garis kelabu
kita masih di sini
menghitung kerikil janji
membilang sukma berdiri
kita masih di sini
masih di sini
34
Contoh laras sastera di atas ditandai oleh:
penggunaan bahasa figuratif
- personafikasi - memberi sifat manusia kepada
benda2 tidak bernyawa, cth. kalbu remuk
menggapai bayangan
- metafora - pemakaian kata-kata yg
menyatakan sesuatu makna @ maksud yang
lain drpd makna biasa @ makna sebenar
perkataan yg berkenaan, cth. daun-daun waktu
penggunaan unsur perulangan kata - kita masih
di sini
Laras bahasa sains
1. Penyumbang utama penyakit
kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu
gumpalan lemak yang terkumpul dalam
saluran darah.
2. Penyakit diabetes berlaku disebabkan paras
glukosa yang tinggi di dalam badan seseorang
3. Persenyawaan ialah proses percantuman
antara gamet jantan dengan butir debunga
dengan gamet betina dalam ovul.
35
Ciri-ciri laras sains
Ditandai istilah-istilah khusus.
Menggunakan struktur ayat majmuk.
Bersifat formal
36
Laras ekonomi
Bursa saham jatuh lagi, dan ia berlaku bukan
pada kadar biasa. Jatuhnya pada kadar dua
peratus, tiga peratus dan sehingga empat
peratus sehari. Sepanjang minggu lalu sahaja,
kejatuhan Indeks Komposit, Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL) adalah sebanyak 65.60
mata.


37
Ciri-ciri
Istilah khusus.
38
Laras bahasa media massa
39
Media massa memainkan peranan penting dlm
proses pembangunan negara
Digunakan dlm penulisan berita, rencana, rencana
pengarang,esei ttg isu semasa
Disiarkan dlm akhbar, majalah, radio dan
televisyen
Kurang mementingkan gaya dan nahu
khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung
Menggunakan jalan bahasa yg mudah, ayat yg
tegas dan padat
Contoh- berita akhbar
40
KUALA LUMPUR - Peguam K. Patmanaban yang tahanan
remannya dilanjutkan sehingga 25 September ini didapati
menyimpan dua pekerja wanita warga asing yang tidak mempunyai
dokumen perjalanan yang sah.
Dua wanita terbabit ialah seorang wanita warga Indonesia dan
seorang rakyat Filipina berusia lingkungan 30-an.
Kedua-dua wanita itu dipercayai diambil bekerja oleh Patmanaban
sebagai pembantu rumah yang menguruskan semua kerja rumah di
ladang ternakan ayam dan kambing di Ladang Gadong, Tanjung
Sepat, Banting. Ladang Gadong ialah lokasi jutawan kosmetik,
Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya dibunuh.
Kosmo- 19 Sept 2010
BENARKAH ada pihak yang sengaja
menghebohkan dan mencipta
permainan tentang hubungan cinta
antara aktres yang baru bercerai, Maya
Karin dengan aktor yang sebelum ini
dikaitkan dengan dirinya iaitu Remy
Ishak?
42


Contoh petikan Rencana Pengarang
Saranan Perdana Menteri supaya projek
pembinaan sekolah tidak dilakukan secara
mewah perlu diberi perhatian serius oleh semua
pihak.
Projek pembinaan sekolah yg mewah spt
menggunakan hiasan seni bina yang mahal
adalah membazir krn pelajar tidak dapat
memanfaatkannya.

43
Berdasarkan contoh di atas, laras media
massa merupakan satu wacana yg
mempunyai struktur yg tersendiri
Dalam berita mengandungi 5w 1h- ciri2
Ciri bahasa yg ringkas dan padat
Penggunaan kiasan, perkataan yg susah,
metafora dan istilah teknikal harus dielakkan
Laras komputer
44
Istilah-istilah dalam bidang komputer
Mouse (tetikus)
Worm ( sejenis virus)
Monitor ( skrin komputer)
Keyboard (papan kekunci)
Highlight (serlahkan)
ROM read only memory
DOS disk operating system
<ENTER>
CAPS LOCK
Kepentingan Laras
45
Kepentingan dapat dilihat melalui ciri-ciri
sesuatu laras berdasarkan bidang
penggunaanya.
1. Penggunaan bahasa yang sesuai
berdasarkan situasi.
2. Pengetahuan tentang laras membantu
maklumat disampaikan dengan lebih tepat
dan berkesan.
3. Bahasa akan menjadi luas dan berkembang
4. Menepati golongan khalayak.
5. Mementingkan pemilihan kata dan ayat yang
sesuai berdasarkan bidang.

Kepentingan Laras
46
Pengetahuan laras yg berbeza-beza amat
penting bagi pengguna bahasa
jumlah laras mencerminkan keadaan
bahasa & menjadi ukuran maju
mundurnya bahasa.
Faktor ini disokong kuat oleh
Ferguson(1968)- menyatakan bahawa
satu drpd ukuran utk menentukan taraf
kemajuan sst bahasa ialah menerusi
jumlah laras yg wujud dlm bahasa itu.
47
Antara kepentingan penggunaan laras ialah;
i) menyampaikan maklumat dgn tepat dan jelas
ii) mencerminkan latar belakang penutur
iii) memupuk nilai penyesuaian diri dgn
persekitaran
iv) mengeratkan perhubungan sosial dan peribadi
v) kejelasan isu yang dibincangkan
gambaran sosial perlakuan bahasa
Kesimpulan
48
Penting dalam memperluaskan sesuatu
bahasa.
Pengetahuan tentang laras membantu
seseorang itu hadir dalam pelbagai situasi.
Laras berubah-ubah mengikut situasi.
49