Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN UPSR (CERITA)

Tindakan Apabila Rakan Tercedera



SOALAN :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik
Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana
terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.


Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup.
Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu
Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas.
Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu.
Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas
ke bilik Kemahiran Hidup.
Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang
terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara
yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun
lalu.
Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon
kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa
tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih
atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup
tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin
pulih.
Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran
Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan Menolong Murid yang Jatuh

Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti merentas desa peringkat sekolah.
Semasa mengikuti aktiviti tersebut, seorang murid tahun lima telah terjatuh di
hadapan kamu.
Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Pada hari jumaat yang lepas, sekolah kami telah mengadakan aktiviti
merentas desa peringkat sekolah. Semua murid tahun lima dan tahun enam telah
menyertai aktiviti ini.
Tiba-tiba, peserta dari tahun lima iaitu George telah terjatuh di hadapan
saya. Saya segera berhenti untuk menolongnya. Rupa-rupanya George terjatuh
selepas tersepak batu besar di tengah jalan.
Kaki George telah terseliuh. Bahagian lututnya juga terluka dan darah
sedang mengalir keluar dari lukanya. George tidak dapat berdiri dan mengerang
kesakitan di atas jalan raya.
Saya memapah George ke tepi jalan demi keselamatannya. Saya
mengeluar tisu yang dibawa untuk mengelap darah lukanya. Selepas itu, saya
membalut lukanya dengan sapu tangan saya untuk menghentikan pendarahan.
Seterusnya, saya menyuruh George berehat seketika sementara saya
meminta bantuan daripada guru. Selepas mendengar kisah saya, Cikgu Ali memandu
keretanya ke tempat kejadian untuk menghantar George ke hospital. Saya mengikut
bersama untuk meneman George.
Sesampai di hospital, George dimasukkan ke bilik kecemasan untuk
dirawat. Ibu bapanya sudah menunggu di hospital. Mereka mengucapkan terima
kasih dan memuji atas keberanian saya.
Akhirnya, saya tidak memenangi sebarang pingat dalam aktiviti merentas
desa kali ini. Namun begitu, saya tetap berasa gembira kerana saya telah membuat
satu perkara yang bai






Membantu Rakan yang ditimpa Kemalangan


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan sekelas menghadiri kelas tambahan
di sekolah. Setelah kelas tambahan berakhir, saya, Hafiz dan Syafiq berjalan kaki
untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan, kami ternampak Syazwan, salah seorang
murid sekolah kami yang menunggang basikalnya dengan laju. Tiba-tiba, tayar
hadapan basikalnya terlanggar seketul batu. Dia gagal mengawal basikalnya lalu
terjatuh di bahu jalan. "Aduh!" Kedengaran jeritannya yang mengerang kesakitan.

Saya dan kawan-kawan saya segera mendapatkan Syazwan. Dia cedera di
bahagian tangan dan kaki kiri. Kami membantu Syazwan untuk bangun sambil
menanyakan alamat rumahnya. Setelah berbincang sesama sendiri, kami sebulat
suara mahu menghantar Syazwan pulang ke rumah.

Lima belas minit kemudian, kami tiba di rumah Syazwan lalu memberi salam.
Seorang wanita yang merupakan ibu Syazwan menjemput kami masuk ke dalam
rumah. Dia terkejut melihat keadaan anaknya. Syafiq meletakkan basikal Syazwan di
tepi pagar manakala saya dan Hafiz memapah Syazwan. Kami membaringkan
Syazwan di atas katil di biliknya. Kemudian, kami kembali ke ruang tamu.

Kami menceritakan apa yang telah terjadi kepada ibu Syazwan. Ibunya
menggeleng-gelengkan kepala memikirkan sikap Syazwan yang tidak menjaga
keselamatan diri. Setelah menghidangkan sepiring kuih karipap dan sejag minuman
sejuk kepada kami, ibu Syazwan pun beredar ke bilik Syazwan untuk melihat
keadaan anaknya.

Selepas membersihkan luka di tangan dan kaki Syazwan, ibunya menyapu ubat
antiseptik. Mujurlah Syazwan hanya cedera ringan. Pada pukul dua petang, kami
meminta diri untuk pulang. Ibu Syazwan mengucapkan terima kasih kerana
membantu anaknya.

Saya sampai di rumah agak lewat. Ibu dan bapa berasa susah hati dan
menanyakan sebab mengapa saya balik lewat. Saya menceritakan apa yang telah
terjadi. Ibu saya memuji tindakan saya itu. Saya bersyukur kerana dapat membantu
rakan saya.


Karangan - Tindakan
Anda sedang membeli barang di sebuah kedai. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan dan
diikuti asap yang berkepul-kepul dari bahagian belakang kedai tersebut.

Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan bagaimana anda menolong pekedai
tersebut.