Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA

(13/07/2014 17/07/2014)
Bilangan jurnal : 1/8
Nama : NORASHIKIN BT ZULKIFLI
No Kad Pengenalan : 910410-11-5082
Kursus : PISMP
Opsyen : PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Masalah
Pada semester 6, saya akan menjalankan praktikum fasa 2 di Sekolah
Kebangsaan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah selama lapan minggu. Saya telah
disediakan tempat di kelas Pendidikan Khas. Ini kerana Opsyen saya Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran dan elektif saya akan mengajar murid aliran perdana iaitu mata
pelajaran pendidikan jasmani. Bilangan murid seramai 41 orang bagi murid Pendidikan
Khas. Kemudahan asas, infrastruktur dan prasarana yang dibekalkan kurang
memenuhi keperluan murid-murid sehingga segala aktiviti sama ada kurikulum dan
kokurikulum adakalanya tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Peranan saya dalam sekolah adalah sebagai seorang guru pelatih pendidikan
khas yang dipertanggungjawabkan mengajar subjek pendidikan khas masalah
pembelajaran (matematik dan bahasa). Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar
murid pendidikan khas tahun 3 sebanyak 4 waktu, tahun 3 sebanyak 6 waktu, tahun 3
aliran perdana 1 waktu dan tahun 4 aliran perdana juga 1 waktu.
Pada minggu pertama saya tidak diberi jadual bertugas kerana pada minggu
tersebut saya mendapat tugasan untuk melengkapkan portfolio. Pada hari pertama
hingga ketiga sesi orientasi dijalankan untuk guru pelatih yang baru memulakan
praktikum. Sesi orientasi ini kami diperkenalkan dengan Guru Besar, Guru Penolong
Kanan 1 dan guru-guru lain di sekolah tersebut. Sementara itu juga saya berpeluang
untuk mengumpul maklumat portfolio mengenai sekolah ini.
Hari keempat dan kelima pula saya telah menjalankan ujian diagnostik bagi
pengumpulan maklumat awal untuk kajian tindakan saya pada masa akan datang. Ujian
ini saya jalankan kepada murid kelas 3 Cekal dan 5 Bestari. Seramai lima belas orang
murid telah menduduki ujian ini. Selepas ianya selesai saya akan membuat pengukuran
tahap pencapaian setiap murid.
Bagi ujian ini saya mengahadap sedikit masalah kerana tidak mahir dalam
prosedur ujian diagnostik. Saya dibimbing oleh guru pembimbing bagaimana hendak
menjalankan ujian tersebut. Hasil dari bimbingan Puan Nasseriah saya dapat
memahami dan melakukan ujian ini dengan jayanya.
Analisis Masalah
Sebelum melaksanakan ujian diagnostik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Malaysia terdapat beberapa soala yang telah dikemukakan oleh
saya:-
1. Apakah ujian diagnostik?
2. Bagaimana melaksanakannya di dalam kelas?
3. Adakah perlu mengikut modul-modul tertentu?
4. Bagaimana pengukuran ujian diagnostik dijalankan?
Demi lebih memahami tahap pencapaian bahasa Malaysia beberapa soalan telah
dikemukan oleh saya, iaitu:
1. Adakah murid tersebut menepati kriteria untuk menduduki ujian diagnostik?
2. Tahap pencapaian atau kemahiran yang dapat dikuasai oleh mereka?



Cadangan
Demi proses perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan sempurna, beberapa cadangan telah disenaraikan,
iaitu:
1. Pengumpulan Maklumat
a. Buku-buku rujukan
b. Internet (laman sesawang)
2. Perjumpaan dan perbincangan dengan
a. Guru pembimbing bagi mengetahui prosedur ujian diagnostik
b. Guru pendidikan khas untuk mengumpul maklumat sampingan
c. Pensyarah pembimbing demi memahami cara pelaksanaan ujian di
dalam kelas
d. Berbincang dengan rakan-rakan lain demi memahami masalah yang
dihadapai oleh mereka sama ada atau tidak dan berkongsi maklumat
yang dihadapi oleh mereka.
Kesimpulan
Berdasarkan masalah-masalah yang disenaraikan,saya berasa amat risau sama
ada saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dan berkesan untuk murid
pendidikan khas ataupun sebaliknya. Saya berharap cadangan-cadangan yang tersebut
dapat menyelesaikan masalah saya sehingga tidak mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran akan datang. Di samping itu, murid-murid juga dapat menerima
bantuan dan bimbingan yang sepatutnya sehingga mereka dapat meneruskan
pembelajaran mereka seperti rakan lain.



Tindakan Susulan
Mula-mula saya telah mengumpulkan maklumat tentang ujian diagnostic
daripada buku-buku rujukan dan internet. Prosedur dan cara perlaksanaan telah saya
dapat bimbingan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Tujuan untuk
saya melaksanakan ujian diagnostik ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian
murid. Melalui ujian ini saya dapat membuat pengukuran terhadap kemahiran murid dan
tahap pencapaian mereka dalam kelas tersebut. Selepas itu saya akan dapat
bahagikan mereka kepada kumpulan yang akan dikategorikan kumpulan cemerlang
dan kumpulan lemah.
Ianya bagi memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran mengikut tahap
kefahaman mereka. Selain itu, saya juga akan dapat mencapai objektif pengajaran
saya dengan berkesan dan berjaya. Oleh itu, pada minggu pertama saya memulakan
praktikum saya telah mengadakan ujian diagnostik dan telah mengenalpsati murid yang
akan saya pecahkan kepada kumpulan tertentu.
Hal ini telah memudahkan saya untuk meneruskan interaksi pengajaran pada
masa akan datang. Ianya juga untuk memastikan pelaksanaan aktiviti pdp saya lebih
lancar dan sempurna serta kelemahan saya dapat diperbaiki.

Anda mungkin juga menyukai