Anda di halaman 1dari 28

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD KHAIRI BIN KHAIRUL ANUAR


MUHAMMAD AIZAT BIN ZAKARIA
AHMAD NASHARUDIN BIN MOHD FAUZI.
Menurut Kajian Kesatuan Eropah dan Jabatan Negara
Amerika, pemerdagangan manusia ini dapat menjana
keuntungan yang lumayan dan dianggarkan sebanyak US 33
bilion setahun ( angka tidak rasmi )

Menurut Artikel 3 Protokol Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
dalam mencegah, menyekat dan menghukum
Pemerdagangan manusia terutamanya dalam kalangan
wanita dan juga kanak-kanak telah mendefinisikan
Pemerdagangan Manusia sebagai perekrutan,
pengangkutan, pemindahan, penampungan atau
penerimaan orang dengan cara ancaman atau penggunaan
kekerasan atau bentuk paksaan lain, penculikan, penipuan,
penyalahgunaan kuasa atau kedudukan kerentanan, atau
memberi atau menerima bayaran atau pemanfaatan untuk
mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan
keatas orang lain, untuk tujuan eksploitasi iaitu pelacuran,
buruh paksa atau perhambaan dan pemindahan organ-
organ.

Kanak-kanak merupakan mangsa utama bagi pelaku
pemerdagangan manusia. Ini disebabkan kanak-kanak
dianggap senang dikawal dan tidak berupaya untuk
melakukan sebarang tindakan di luar jangkaan. Ini
boleh dikaitkan juga dengan fikiran mereka yang belum
matang, yang tidak dapat membezakan apa yang betul
dan apa yang salah. Ini adalah kelebihan yang
digunakan oleh penjenayah untuk menjalankan
kegiatan mereka. Kanak-kanak biasanya dijual kepada
orang kaya dengan tidak mengikut prosedur yang
ditetapkan. Di samping itu, mereka juga dimanfaatkan
untuk kegiatan pengagihan dadah.
Selain daripada golongan kanak-kanak, golongan wanita
juga menjadi tumpuan bagi penjenayah. Golongan
wanita yang lemah dan tidak dapat melindungi diri
sendiri selalunya dipaksa membuat sesuatu yang tidak
diingini seperti menjadi pembantu rumah yang tidak
sah di sisi undang-undang, penjaga bayi yang tidak
berlesen, GRO ataupun pelacur. Kehidupan yang
dialami oleh mereka sangat dahsyat. Maruah wanita
diabaikan dan hak-hak kaum wanita langsung tidak
dihormati.

Manakala bagi golongan pemuda, mereka selalunya
ditipu dengan muslihat yang diberikan oleh
penjenayah. Penjenayah mungkin merancang satu
penipuan seperti kerja di luar Negara yang dapat
mengaut keuntungan yang besar dengan cepat.
Pemuda-pemuda yang terpengaruh dengan tipu
muslihat tersebut akan dipergunakan untuk
melakukan perbuatan yang melanggar undang-
undang. Pada kebiasaannya, tugasan yang diberi
ialah menjual pil estacy atau mengedar heroin di
tempat awam seperti disko atau pub. Pemuda
tersebut akan terperangkap dengan penipuan dan
akhirnya tidak dapat melepaskan diri.

Menurut Wikipedia pemerdagangan manusia
adalah perdagangan dan perniagaan yang
melibatkan pergerakan atau migrasi manusia
secara haram, termasuk aktiviti buruh secara
sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan
dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan
advokasi untuk merujuk kepada perekrutan,
pengangkutan, perlindungan, atau
pengambilan manusia bagi tujuan
perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa
(termasuk melalui ikatan hutang).

Pengeksploitan pemerdagangan manusia
termasuk memaksa orang melakukan
pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain,
buruh paksa, hamba atau amalan yang sama
seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak,
ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran,
pengambilan anak angkat antarabangsa yang
tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau
pengambilan kanak-kanak sebagai tentera,
pengemis dan tujuan permainan, atau untuk
tujuan kegiatan keagamaan.

Pemerdagangan orang ertinya segala
perbuatan yang melibatkan
pemerolehan atau pengekalan tenaga
kerja atau perkhidmatan seseorang
melalui paksaan, dan termasuklah
perbuatan merekrut, mengangkut,
memindahkan, melindungi,
menyediakan atau menerima seseorang

Penyeludupan migran ertinya mengatur,
memudahkan atau merancang, secara langsung
atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara
tidak sah ke dalam atau melalui, atau
pengeluaran seseorang secara tidak sah dari
mana-mana Negara yang orang itu bukan
warganegara atau pemastautin tetap sama ada
dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa kemasukan atau
pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan
merekrut, mengangkut, memindahkan,
menyembunyikan, melindungi atau menyediakan
apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan
melaksanakan perbuatan yang disebut di
atas. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang
dan Antipenyeludupan Migran 2007)

PEMERDAGANGAN ORANG PENYELUDUPAN MIGRAN
Instrumen/ undang-undang antarabangsa
yang terlibat adalah Protocol to Prevent,
Suppress and Punish Trafficking in Persons,
especially Women and Children di bawah UN
Convention on Transnational Organised
Crime.
Instrument/ undang-undang antarabangsa
yang terlibat adalah Protocol Against The
Smuggling Of Migrants By Land, Air And Sea
di bawah UN Convention on Transnational
Organised Crime.
Elemen utama bagi membuktikan sebarang
kesalahan berhubung dengan
pemerdagangan orang adalah unsur
eksploitasi dan ia boleh berlaku di dalam
sesebuah Negara tanpa melibatkan aspek
rentas sempadan. Ianya boleh juga
berlaku di peringkat domestik
Elemen penting di dalam penyeludupan
migran adalah ianya mesti melibatkan unsur
rentas sempadan
Melibatkan elemen eksploitasi,
manipulasi, ancamanterhadap mangsa yang
terlibat. Eksploitasi berterusan dan
berulang.
Melibatkan kerelaan orang yang
diseludupkan dan keuntungan terhadap
sindiket penyeludupan manusia. Kegiatan
penyeludupan tamat apabila tiba di
destinasi.
Sebahagian besar mangsa pemerdagangan manusia terdiri
daripada 2 juta pekerja asing sah dan 1.9 pekerja asing
tanpa izin di Malaysia.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata,
mengikut statistik, keseluruhan aktiviti pemerdagangan
orang dari 2008 hingga Mac lalu adalah sebanyak 439 kes
melibatkan 621 jumlah tangkapan.

Bagi kes penyeludupan migran pula katanya, sebanyak 31
kes telah disiasat, 47 tangkapan telah dilakukan dan 655
migran diseludup ke Malaysia dari November 2010 hingga
Mac lalu.
(Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120629
/dn_08/Bersama-tangani-jenayah-pemerdagangan-
orang#ixzz37t1ibtJz Utusan Melayu (M) Bhd )




BIL PERKARA
TAHUN JUMLAH
KESELUR
UHAN
2008 2009 2010 2011 2012
1
JUMLAH
KES
17 151 132 117 174 591
2
JUMLAH
TANGKAPA
N
20 217 195 159 206 797
3
JUMLAH
MANGSA /
PERINTAH
PERLINDU
NGAN
SEMENTAR
A (IPO)
85 956 870 447 1005 3363
4
JUMLAH
MANGSA
SEBENAR /
PERINTAH
PERLINDU
NGAN (PO)
29 206 471 220 309 1235
STATISTIK KES
PENYELUDUPAN MIGRAN
MULAI 15.11.2010 SEHINGGA 30.11.2012

http://www.moha.gov.my/index.php/ms/sekretariat-statistik
PUNCA PEMERDAGANGAN
MANUSIA


1.TERPENGARUH DENGAN TAWARAN KERJA.
-Mereka terpedaya dengan janji-janji manis sindiket yang
bertopengkan agen mencari pekerjaan.
-Mereka yang tidak menyelidik dan kurang pengetahuan mudah
terpengaruh dengan tawaran gaji yang lumayan.
-Mereka tidak berfikir panjang dan akhirnya terjebak dalam kegiatan
ini.

2.MATERIALISTIK
-Teruja untuk menikmati kehidupan yang serba mewah dan
menggunakan barangan berjenama.
-Mudah menerima tawaran tanpa menyiasat kesahihannya.

3. TARAF PENDIDIKAN.
-Kebanyakkan mangsa yang terlibat dalam kegiatan ini
mempunyai taraf pendidikan yang rendah.
-Hal ini membuatkan mereka mudah diperdaya oleh
pelbagai sindiket tertentu,
-Mangsa tidak tahu tindakan yang perlu diambildan
menggunakan saluran yang betul untuk mengatasi
masalah ini.

4.PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEMAH.
-Kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
-Ada kalanya penguat kuasa ini terlibat dengan gejala
rasuah dan mereka tidak mengambil sebarang tindakan
terhadap kegiatan ini.
-Kesannya, kegiatan ini semakin berleluasa dan sukar
untuk dikesan.

KESAN KEGIATAN
PEMERDAGANGAN MANUSIA


1.MENCEMARKAN IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA.
-Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam
mengekang isu pemerdagangan manusia mencemarkan imej negara di
mata dunia.
-Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan
undang-undang.
-Negara Malaysia dianggap sebagai sarang jenayah.

2.MENGANCAM KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA
-Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan
terutamanya wanita dan kanak-kanak.
-Golongan ini sering diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti
pelacuran, pengemis, pusat hiburan, rumah urut dan sebagainya.
-Sindiket yang terlibat juga akan melakukan aktiviti jenayah lain untuk
mengumpulkan kekayaan.

3.PENINGKATAN MASALAH SOSIAL.
-Masalah sosial bertambah dan merebak dalam
masyarakat.
-Seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum
arak dan sebagainya.
-Meningkatnya keruntuhan akhlak dalam kalangan
masyarakat.

4.PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT.
-kemasukan pendatang asing kemungkinan membawa
penularan wabak penyakit.
-Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit
kelamin, hepatitis dan sebagainya akan kembali menular
dalam kalangan masyarakat.
-Hal ini semestinya suatu yang amat membimbangkan.

1. Penguatkuasaan undang-undang
[Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan
Keganasan 2000]
[Akta Antipermerdagangan Orang 2007]

2. Memperketat kemasukan pelancong asing
serta mengawal pintu masuk sempadan
dengan lebih teliti


3. Koordinasi antara Kementerian
Penguatkuasaan yang bersepadu antara
kementerian dapat membantu mengurangkan
aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara
Kementerian Pelancongan dan Kementerian
Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara
ketenteraman dan keselamatan negara.

SEKSYEN KESALAHAN PENALTI
12 Memperdagangkan orang
yang bukan merupakan
seorang kanak-kanak, bagi
maksud eksploitasi
Apabila disabitkan, hukuman
penjara tidak lebih lima belas
(15) tahun dan boleh dikenakan
denda
14 Memperdagangkan orang
yang merupakan seorang
kanak-kanak, bagi maksud
eksploitasi
Apabila disabitkan, hukuman
penjara tidak kurang tiga (3)
tahun tetapi tidak melebihi dua
puluh (20) tahun dan boleh
dikenakan denda
15 Kesalahan mendapatkan
keuntungan daripada
pengeksploitasian orang
yang diperdagangkan
Apabila disabitkan, hukuman
penjara tidak lebih lima belas
(15) tahun dan boleh
dikenakan denda lima ratus ribu
ringgit tetapi tidak melebihi
satu juta ringgit dan boleh juga
dilucuthakkan keuntungan
daripada kesalahan itu
KESALAHAN MENURUT AKTA ANTI PEMERDAGANGAN ORANG
2007
SEKSYEN KESALAHAN PENALTI
15A Kesalahan membawa dalam
tansit orang yang
diperdagangkan melalui Malaysia
(darat, laut dan udara) atau
mengatur atau memudahkan
perbuatan itu dilakukan
Apabila disabitkan,
hukuman penjara
tidak lebih tujuh (7)
tahun dan boleh
dikenakan denda
26A Kesalahan menjalankan
penyeludupan migran
Apabila disabitkan,
hukuman penjara
tidak lebih lima belas
(15) tahun dan boleh
dikenakan denda atau
kedua-duanya.
26C Kesalahan membawa dalam
transit seorang migran yang
diseludup menerusi Malaysia
melalui darat, laut, atau udara
atau selainnya mengaturkan atau
memudahkan perbuatan itu.
Apabila disabitkan,
hukuman penjara
tidak kurang tujuh
(7) tahun dan boleh
dikenakan denda atau
kedua-duanya.
Berdasarkan kajian dan rumusan yang kami dapat mengenai
jenayah pemerdagangan manusia ini,kami dapati jenayah ini
kurang diberi perhatian oleh segelintir masyarakat khususnya dari
golongan marhain.Hal ini kerana,mereka merasakan jenayah
sedemikian melibatkan pihak antarabangsa dan jauh dengan
kehidupan mereka.Kami juga dapati masalah ini tidak dapat
diatasi dengan baik oleh pihak berkuasa kerana mereka sendiri
yang melaksanakanya dari pegawai kerajaan tidak dapat
membezakan apa itu pemerdagangan dan penyeludupan.Hal ini
demikian, menjadi satu penemuan baru buat kami mengenai
perbezaan pemerdagangan dan penyeludupan.Justeru,bagi
mengatasi jenayah sedemikian,pihak kerajaan harus
menyediakan latihan berkala kepada pegawai kerajaan dari segi
pengetahuan dan fiziakal bagi mengatasi permasaalahan
ini.Pastinya segala input dan output yang saya terima
berdasarkan kerja kajian kami ini menambahkan lagi kefahaman
kami dan menambah kematangan kami akan soal-soal berkaitan
negara.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai