Anda di halaman 1dari 17

Bab 3: Confucius dan Mencius

1

This chapter
B
BBa
aab
bb 3
33
C
CCO
OON
NNF
FFU
UUC
CCI
IIU
UUS
SS d
dda
aan
nn M
MME
EEN
NNC
CCI
IIU
UUS
SS



















Mukadimah
Bab ini membincangkan dua tokoh falsafah Cina terkenal; iaitu Confucius dan
pengikutnya Mencius. Sistem pendidikan yang diperkenalkan Confucius telah
mempengaruhi pendidikan di negara Cina selama 2000 tahun. Falsafah pendidikan
beliau terkandung dalam karyanya The Analects dan beberapa buku klasik lain.
Mencius juga telah menulis beberapa buku yang mengemukakan pandagannya
tentang matlamat pendidikan dan mata pelajaran yang patut diajar.




Ringkasan Bab

3.1 Siapakah?
3.2 Pendidikan menurut Confucius
3.3 Kurikulum menurut Confucius
3.4 Guru dan pengajaran
3.5 Pengaruh Confucius
3.6 Siapakah Mencius?
3.7 Pendidikan menurut Mencius
3.8 Pendidikan moral
3.9 Guru dan pengajaran

Kata Kunci
Ringkasan
Rujukan

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:
Mengenal pasti pandangan Confucius tentang pendidikan
Menerangkan ciri-ciri kurikulum yang dicadangkan Confucius
Menganalisis kaedah mengajar yang dicadangkan Confucius
Membezakan matlamat pendidikan menurut Mencius
Menjelaskan konsep kurikulum oleh Mencius
Membincang kaedah mengajar dan pembelajaran yang dicadangkan oleh
Mencius
Bab 1:
Pengenalan

Bab 2:
Perspektif Awal Tentang Kurikulum

Bab 3:
Confucius dan Mencius

Bab 4:
Al-Farabi dan Ibnu Sina

Bab 5:
Socrates, Plato & Aristotle

Bab 6:
Jean Rousseau, John Locke & Frederick Froebel

Bab 7:
Paulo Freire dan Ivan Illich

Bab 8:
Rabindranath Tagore and Vivekananda

Bab 9:
Kemahiran Abad ke21


Bab 3: Confucius dan Mencius


2


Confucius (disebut sebagai conn-FYU-shuss
dalam Bahasa Inggeris ) dan dalam Bahasa Cina sebagai
Kung Fu Tzu dilahirkan pada 551 sebelum masihi (iaitu
kira-kira 2600 tahun yang lampau) di Quyi (kini di
Wilayah Shandong). Bapanya meninggal dunia ketika dia
masih kecil. Keluarganya sungguh miskin. Apabila dia
menghabiskan bersekolah, beliau kembali ke
kampungnya dan menjadi seorang guur. Beliau mencebur
diri dalam politik dan dilantik sebagai Pengarah Kerja
Raya dibandaraya Zhongdu dan kemudian Menteri
Keselematan dan Keadilan di daerah Lu ketika beliau
berumur 50 tahun.
Kemudian dia meletak jawatan sebagai Menteri
dan mengembara dari bandar ke bandar di Cina bersama
pengikutnya. Kerap kali dia meluahkan pendapatnya
tentang kepentingan nilai moral tinggi dikalangan ahli
pemimpin. Ramai diantara mereka tidak senang dengan
pandangan Confucius dan dia dimasukkan ke penjara selama lima hari. Ketika
umurnya 67 tahuan, kembalik ke Lu dan menulis buku dalam bidang falsafah,
sejarah, ekonomi, budaya, music dan matematik. Confucius sungguh minat belajar
dan mengajar dan pengaruh beliau dikenalai seluruh negara Cina.
Pada ketika itu di Cina, pendidikan hanya terhad kepada pegawai
Kerajaan dan golongan aristokrat. Pendidikan untuk golongan muda aristokrat
bertumpu kepada pendidikan seni, ketenteraan, muzik, kalifrafi, matematik, memanah
dan memandu kereta kuda. Rakyat biasa tidak menerima apa jua pendidikan dan tidak
wujud profesion guru penuh masa.
The akhir tempoh Musim Bunga dan Luruh, masyarakat Cina yang dilanda
dengan huru-hara dan keganasan yang berdasarkan pemilikan hamba telah berubah
kepada masyarakat feudal. Masyarakat dibahagikan kepada golongan aristokrat,
sarjana, petani, pekerja mahir, saudagar dan rakyat jelata. Pendidikan dikhususkan
untuk golongan atasan sahaja. Confucius mencabar monopoli akses pendidikan
kepada golongan atasan dengan menubuhkan sebuah akademi swasta yang
menawarkan pelung pendidikan kepada semua orang miskin dan kaya.
Menurut Confucius, Pengajaran saya, adalah terbuka kepada semua orang, tanpa
perbezaan.
Confucius mula menerima pengikut ketika dia berusia 30 tahun dan memilih
kira 3000 orang telah menjadi pengikutnya yang telah didedahkan kepada falsafah
dan pengajarannya. Pengikutnya telah mencatat idea-idea Confucius sehingga beliau
meninggal dunia pada usia 72 tahun. Pengaruh Confucius agak nyata dalam bidang
politik, ekonomi, budaya, etika dan moral Cina. Berikut ialah ENAM hasil karya
beliau yang terkenal:

1) Book of Odes (Syair Pujian) (Shi)
2) Book of History (Buku Swjarah) (Shu)
3) Book of Rites (Buku Upacara Adat Resam) (Li);
3.1 SIAPAKAH CONFUCIUS?
Conficius
[551-479 S.M]

Bab 3: Confucius dan Mencius


3

4) Book of Music (Buku Musik) (Yue)
5) Book of Changes (Buku Perubahan) (Yi)
6) Spring and Autumn Annals (Buku Musim Bunga & Luruh) (Chunqiu).
















Rajah 3.1 Analects oleh Confucius

Kata-kata Confucius pula dicatat dan disusun oleh pengikut-pengikutnya
dalam satu koleksi yang dipanggil Analects yang terdiri daripada 20 buku (lihat
Rajah 3.1). Dalam Analects ini dibentangkan hujah-hujah Confucius tentang
keluarga yang menekankan ketaatan kepada ibu bapa, isteri menghormati suami
dan penghormatan kepada nenek-moyang. Selain itu dibincangkan isu-isu yang
berkaitan dengan agama, pendidikan, adat resam, musik, kerajaan dan kebaikan.
Buku-buku ini oleh Confucius telah menjadi asas sistem pendidikan Cina feudal
selama 2000 sehingga tahun 1919.











Menurut Confucius, peranan pendidikan ialah untuk melahirkan orang
budiman yang yang kompeten dan mempunyai nilai moral yang tinggi
(Lihat Rajah 3.2). Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah kesayangan kepada
ibu bapa, menghormati orang tua, menjimat-cemat dan sebagainya.

3.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Ceritakan riwayat hidup Confucius. Rujuk kepada bahan
Internet untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang
Isi-kandungan buku-buku beliau menulis.
3.2 PENDIDIKAN MENURUT CONFUCIUS

Bab 3: Confucius dan Mencius


4

Dengan mempertingkatkan nilai
moral individu, masyarakat akan
menjadi lebih mulia, rakyat akan
mematuhi undang-undang, negara
ditadbir dengan sebaik-baiknya dan
semua individu akan mengikuti jalan
yang lurus dan tidak menyeleweng.

Pendidikan memainkan peranan penting
dalam pembangunan masyarakat
dengan mengubah sifat individu.

Confucius mengecam pilih kasih dan
pemindahan jawatan daripada satu
generasi kepada generasi seterusnya
dikalangan golongan aristokratik yang wujud. Beliau mencadangkan
pelantikan kesesuatu jawatan berdasarkan merit dan keupayaan (Analects,
Zi Lu).

Menurut Confucius, pendidikan adalah untuk semua manusia, tanpa
pengecualian (Analects, Wei Ling Gong). Pelajar-pelajar beliau datang
daripada golongan paling rendah hingga ke golongan tertinggi. Pembukaan
peluang pendidikan kepada lebih ramai orang telah menyumbang kepada
reformasi politik serta penyebaran budaya.

Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan individu budiman yang
berupaya (xiancai) atau individu berkualiti (junzi) yang bermulia tinggi dan
kompeten. Orang seumpama ini akan memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam dan menjalankan tugas dengan penuh berintegriti
(Analects, Zhang Zi).










Menurut Confucius, TIGA asas pendidikan ialah: perkembangan nilai moral,
pengetahuan dan kemahiran (Lihat Rajah 3.3).

3.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Rujuk kepada Analects daripada internet.
b) Komen tentang matlamat pendidikan menurut Confucius.
3.3 KURIKULUM MENURUT CONFUCIUS
Rajah 3.2 Pendidikan bertujuan
menghasilkan individu yang
kompeten dan bermoral tinggi

Bab 3: Confucius dan Mencius


5















Rajah 3.3 Asas Pendidikan Confucius

Nilai Moral:
Nilai moral yang diberi penekanan berkait rapat dengan hubung kaitan
diantara manusia dan terdiri daripada berikut:
Menyayangi ibu bapa (xiao),
Menghormati orang tua (ti),
Kesetiaan (zhong),
Kemaafan (shu)
Menghormati (gong),
Budi pekerti (kuan),
Ketekunan (min),
Keikhlasan (hui),
Berbuat baik (liang),
Berjimat-Cermat (jian).
Toleransi (rang),
Hikmah (zhi),
Keberanian (yong),
Berbakti (di)

Konsep pendidikan moral yang dicadangkan oleh Confucius berlandaskan
konsep ren atau sifat kemanusiaan (persahabatan antara manusia,
saling menghormati) yang juga bermakna menyayangi jiran tetangga.
Dengan memahami ren, seseorang itu dapat mendisiplin diri sendiri untuk
mematuhi norma-norma sosial dan adat istiadat yang dianggap betul dan mulia
oleh masyarakat. Konsep pendidikan moral Confucius bertujuan untuk
menamatkan kekacauan politik dan keruntuhan moral di Cina pada ketika itu.
Yang diperlukan ialah individu bermoral tinggi yang dapat membantu
golongan aristokrat mentadbir negara dengan penuh integriti.

Confucius menyaranakan bahawa semua orang perlu memupuk kelakuan baik
dan menerima pendidikan moral.

PENDIDIKAN
Nilai Moral Pengetahuan Kemahiran

Bab 3: Confucius dan Mencius


6

Confucius, sebagai pengasas sistem pendidikan feudal Cina, telah
mencadangkan kandungan dan garis panduan pengajaran pendidikan moral.
Dia berpegang kepada kepercayaan bahawa pendidikan moral boleh diajar
dan kemuliaan boleh diperkembangkan. Idea-idea yang dikemukakan oleh
Confucius telah menentukan rangkaian hubungan sosial di Cina feudal.


Pengetahuan:
Selain pendidikan moral, Confucius juga
prihatin dengan perkembangan intelek.
penerapan budaya, kebolehan dan
kemahiran untuk menjalankan
tanggungjawab rasmi. Beliau
mencadangkan ENAM KARYA yang
menjadi asas pengetahuan yang perlu
dikuasai pelajar seperti berikut:














ENAM karya-karya meliputi aspek-aspek seperti falsafah, sejarah, politik,
ekonomi, budaya dan music yang digunakan dengan meluas di Cina.

Kemahiran/Seni:
Selain Enam buku klasik yang bertujuan menyediakan satu budaya umum,
sistem pendidikan yang diutarakan oleh Confucius juga meliputi ENAM
SENI yang terdiri daripada:
upacara adat resam
musik
memanah
memandu kereta-kuda
kaligrafi dan matematik





1) Book of Odes (Syair Pujian) (Shi)
2) Book of History (Buku Swjarah) (Shu)
3) Book of Rites (Buku Upacara Adat Resam) (Li);
4) Book of Music (Buku Musik) (Yue)
5) Book of Changes (Buku Perubahan) (Yi)
6) Spring and Autumn Annals (Buku Musim Bunga & Luruh) (Chunqiu).
Rajah 3.4 Buku Upacara Adat
Istiadat

Bab 3: Confucius dan Mencius


7

Tujuan unsur-unsur seni ini adalah untuk meningkatkan kemahiran melalui
amalan. Menurut Confucius mempelajari Enam KLASIK dan penguasaan Enam
SENI, akan menghasilkan individu yang bermoral tinggi dan mempunyai asas budaya
yang kukuh sangat diperlukan untuk berkhidmat dalam perhidmatan awam dengan
berkesan.
Agak aneh bahawa Confucius tidak begitu berminat dengan pekerjaan yang
berkaitan dengan pertanian, perniagaan dan perdagangan. Beliau lebih mengutamakan
pendidikan yang menyediakan individu bekerja dengan perkhidmatan awam.







Confucius lebih minat menjadi guru dan disanjung tinggi oleh masyarakat Cina.
Berdasarkan pengalamannya sebagai guru, beliau telah mencadangkan beberapa
prinsip yang perlu di amalkan oleh guru. Perlu diingat bahawa idea-idea ini
dikemukakan lebih 2400 tahun yang lampau sebelum kemunculan disiplin-disipin
seperti psikologi pendidikan, pedagogi dan sosiologi pendidikan.

Guru yang baik hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat, komited
dengan kerjayanya. Dia harus mempunyai pengetahuan luas dan kukuh
tentang mata pelajaran yang diajar supaya pelajar mendapat manfaat
sepenuhnya (Lihat Rajah 3.5).
Guru mesti memahami tingkahlaku unik
setiap pelajar dan menggunakan kaedah
mengajar yang sesuai dengan keupayaan
dan umur pelajar.
Guru ialah seorang penyayang yang tidak
kenal penat lelah mengembangkan
potensi pelajar sambil menjadi sumber
inspirasi kepada mereka.
Guru perlu menunjukkan kesopanan dan
budi bicara ketika bercampur gaul
dengan orang lain.
Guru hendaklah menjadi teladan yang
baik kepada pelajar, sentiasa menganalisis
diri sendiri dan sanggup menerima
kritikan.
Guru mesti sentiasa belajar serta sentiasa
mengaitkan teori dengan amalan.
Rajah 3.5 Guru hendak
menyampaikan ilmu dengan
penuh minat
3.3 GURU & PENGAJARAN MENURUT CONFUCIUS
3.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Rujuk kepada Analects daripada internet.
b) Komen tentang TIGA matlamat pendidikan menurut
Confucius.

Bab 3: Confucius dan Mencius


8

Sepanjang kerjaya beliau sebagai guru, Confucius telah mencadangkan beberapa ciri
yang harus diamalkan oleh seorang guru:

Menentukan bahawa pengajaran yang diterima adalah sepadan dengan
kecenderungan pelajar
Memberi inspirasi dan membimbing pelajar
Memimpin pelajar secara beransur-ansur
Mengajar diri sendiri sambil mengajar orang lain
Mengaitkan keadaan kini dengan merujuk kepada masa lalu
Mengaitkan teori dengan amalan
Menggalakkan pemikiran bebas
Mengambil kira umur pelajar
Mengamalkan kawalan dan analisis kendiri
Menjadi teladan yang baik
Membetulkan kesilapan dan memperbaiki diri
Membendung daripada kejahatan dan meninggikan yang baik
Mengalu-alukan kritikan



Falsafah Confucius mempunyai pengaruh meluas ke atas pembangunan
masyarakat Cina selama 2000 tahun. Falsafah beliau juga mempunyai kesan yang
nyata di negara-negara seperti Korea, Jepun dan Vietnam (Lihat Rajah 3.6). Falsafah
Confucius juga telah sampai ke negara-negara Asia Tenggara dan telah menjadi
sebahagian budaya penduduk di negara-negara ini.




















3.3 PENGARUH CONFUCIUS
Rajah 3.6 Penyebaran prinsip-prinsip Confucius ke negara-
negara benua Asia

Bab 3: Confucius dan Mencius


9

Falsafah Confucius telah mempengaruhi sistem pendidikan di negara-negara
ini dan buku-buku klasik beliau menjadi buku teks di sekolah-sekolah. Selain
kurikulum, prinsip-prinsip Confucius telah diamalkan dalam penentuan kenaikan
pangkat guru, penilaian dan pemilihan guru serta penempatan pelajar. Di Jepun,
Confucius disanjung tinggi dan digelar sebagai Tokoh Guru Terulung. Tumpuan
falsafah beliau kepada budi mulia (virtue) telah diterima ramai oleh penduduk di
negara-negara ini.
Prinsip Confucius juga telah meresap ke dalam pendidikan kekeluargaan, adat
istiadat kerajaan feudal di Cina dan Jepun. Buku-buku klasik beliau digunakan
sebagai panduan. Contohnya di Jepun, kerajaan feudal Shogun menggunakan prinsip-
prinsip Confucius dalam perlantikan pegawai-pegawai kerajaan dan adat istiadat raja.
Pada tahun 1982, Kerajaan Singapura telah menggesa rakyatnya untuk belajar
prinsip-prinsip Confucius dalam kehidupan seharian serta mengintegrasi Etik
Confucius kedalam sistem pendidikan sekolah menengah.















Mencius (Mengzi), seorang pemikir
dan pendidik adalah pengikut ulong
Confucius. Sepanjang hayatnya, dia sanjung
tinggi Confucius. Dia pernah berkata '....tidak
ada seorang pun boleh dibandingkan dengan
Tuan Kong dan azam saya adalah untuk
mengikuti contoh Tuan Kong'.
Mencius, yang nama pertamanya
adalah Ke, adalah berasal dari Zou (sebuah
daerah di wilayah Shandong, di Lu. Beliau
dilahirkan pada 551 SM. Ayahnya meninggal
dunia ketika dia masih muda dan dibesarkan
oleh ibunya yang telah membuat
pengorbanan besar untuk mendidik beliau.
Dia bersama ibunya telah berpindah rumah
kerap kali. Baca kisah dibawah ini:
Confucius (551 479 SM)
3.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Jelaskan strategi pedagogi yang dicadangkan oleh
Confucius. Bolehkan ia diamalkan di sekolah-sekolah
masa kini?
b) Apakah peranan guru menurut Confucius? Bolehkan
ia aplikasi dalam sistem persekolahan masa kini?
c) Bincangkan pengaruh doktrin Confucius di negara
seperti Jepun, Vietnam, Korea & Singapura.
3.3 SIAPAKAH MENCIUS?

Bab 3: Confucius dan Mencius


10












Mencius digelar sebagai cendiakawan kedua selepas Confucius [Al-
Farabi digelar sebagai guru kedua selepas Plato]. Mencius telah menghasilkan
beberapa karya dan yang paling terkenal ialah Mengzi yang merupakan koleksi
hujah-hujah beliau. Buku ini telah digunakan sebagai salah satu klasik Confucius
dalam pendidikan Cina semasa Dinasti Song (Lihat Rajah 3.7).












Mencius adalah seorang lelaki yang bijaksana dan baik hati dan menjauhi-
diri terlibat daripada kegiatan-kegiatan jahat.
Ketika beliau seorang kanak-kanak, keluarganya tinggal berhampiran
kawasan perkuburan. Untuk hiburan Mencius sering mengikut-ikut
upacara pengebumian yang dia melihat. Ibunya tidak senang melihat
apa yang berlaku kepda anaknya dan pernah berkata, "Ini bukan
tempat di mana saya mahu mendidik seorang kanak-kanak."

Kemudian mereka berpindah ke kawasan pernigaan dan membeli-
belah. Mencius pula meniru tingkah-laku orang berniaga. "Ini bukan
tempat di mana saya mahu mendidik anak saya, berkata ibunya
sekali lagi.

Kemudian, mereka berpindah ke kawasan sekolah. Mencius meniru
amalan-amalan dan tabiat pelajar. Ibunya sungguh gembira dan
berkata, "Ini adalah tempat dimana kita akan menetap mulai
sekarang."

Rajah 3.7 Menzhi

Bab 3: Confucius dan Mencius


11

Mencius menyanjung tinggi idea-idea Confucius dan hujah-hujah beliau
berkait rapat dengan pandangan Confucius. Gabungan kedua-dua tokoh ini
telah mewujudkan gelaran Cara Confucius dan Mencius ((Kong Meng zhi
dao).

Mencius telah menumpukan sebahagian besar riwayatnya sebagai guru.
Mencius telah mengembara keseluruh negara Cina bersama ratusan
pengikutnya menyebarkan pandangan politik beliau. Selain mengajar dan
menyebarkan falsafahnya, beliau telah menghabiskan masa menulis beberapa
buku sehingga meninggal dunia pada tahun 479 SM pada usia 83 tahun.

Mencius meninggalkan legasi yang tidak ternilai untuk generasi akan
datang. Beliau menduduki tempat yang penting dalam sejarah pendidikan
negara China purba.

Falsafah Mencius berlandaskan doktrin Confucius yang berpegang kepada
konsep ren (perkemanusiaan atau kemurahan hati). Dia percaya bahawa
manusia adalah pada asasnya baik hati. Perikemanusiaan, kebaikan dan
penghormatan adat istiadat adalah sifat-sifat semulajadi bagi semua
manusia.

Mencius mencadangkan bahawa mereka yang berkuasa hendaklah
mentadbir dengan kemurahan hati dan perikemanusiaan. Agak menarik
iaitu Mencius mencadangkan bahawa,sSeberapa boleh hukuman terhadap
rakyat hendakah dielakkan. Juga rakyat tidak boleh dikenakan membayar
cukai yang terlalu tinggi. Rakyat hendaklah diberika lima mu tanah untuk
mendirikan tempat kediaman dan 100 mu untuk bercucuk-tanam supaya
mereka tidak mati kebuluran.











Falsafah pendidikan Mencius berkait rapat dengan idea-idea Confucius.
Menurut beliau, pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan
sosial negara Cina.

Fungsi utama pendidikan adalah untuk membangunkan minda dan
memperkukuhkan nilai-nilai murni seperti kemurahan hati, perikemanusiaan,
berakhlak dan menghormati adat istiadat.
3.3 PENDIDIKAN MENURUT MENCIUS
3.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah menzhi?
b) Jelaskan falsafah Mencius.


Bab 3: Confucius dan Mencius


12


Mencius berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan
orang yang baik hati dan tahu kedudukan mereka dalam masyarakat.

Mencius berpendapat bahawa
negara Cina yang kini berpecah-belah
harus disatukan oleh pemimpin yang
berhemah dan bermulia. Oleh
demikian beliau menekankan pentingnya
pendidikan yang dapat menawan hati
rakyat.

Menurut Mencius, tujuan
pendidikan adalah untuk mengajar
anak-anak bertanggungjawab
terhadap ibu bapa mereka dan
tanggungjawab orang muda terhadap
orang lebih tua (Lihat Rajah 3.8).
Pihak berkuasa atau pemerintah
mesti memahami hubungan manusia
dan mesti bersopan santun apabila
mendekati dengan rakyat. Jika pihak
pemerintah mematuhi prinsip-prinsip ini, pertelingkahan di antara rakyat akan
berkurangan dan keharmonian akan wujud.

Beliau berpendapat bahawa manusia secara semula jadi adalah berbudi
mulia (virtuous). Bagaimana pun sifat berbudi mulia yang ada pada manusia
perlu dipupuk.

o Individu yang memupuk sifat budi mulia yang sedia ada ini akan
menjadi seorang yang baik dan bijaksana

o Individu yang enggan atau gagal memupuk sifat budi mulia yang
sedia ada akan menjadi jahat, biadab atau makhluk yang tidak jauh
berbeza daripada haiwan.

Budi mulia yang tersemai ini tidak boleh diperkembangkan kecuali seseorang
itu menguasai pengetahuan melalui pendidikan.

Mencius memperlihat pendidikan sebagai perkembangan diri ke arah
menjadi insan yang baik. Contohnya, seseorang yang kehilangan ayam atau
anjing atau kuchingnya akan bertungkus-lumus mencarinya. Kenapa manusia
tidak berbuat demikian apabila dia hilang keinginan berbuat baik?

Dalam erti kata lain, seseorang perlu memelihara hati yang baik dan belajar
mengetahui diri-sendiri. Sama seperti anda akan mencari haiwan kesayanag
anda yang hilang, anda perlu berusaha untuk menjadi seorang yang baik
yang merupakan peranan pendidikan
Rajah 3.8 Kanak-Kanak mesti
menghhormati orang yang
lebih tua

Bab 3: Confucius dan Mencius


13












Mencius mengakui bahawa segala
yang mengelilingi kita mempunyai kesan ke
atas perwatakan kita, kualiti kemoralan dan
daya ketahanan kita. Walau pun, pengaruh
sekeliling begitu berkesan, ia tidak mukta
mad. Mencius berpendapat bahawa sifat budi
mulia dan perwatakan manusia adalah sesuatu
yang semula jadi. Contohnya, kekayaan atau
kemiskinan yang diberikan kepada seseorang
ditentukan oleh Tuhan dan adalah diluar
kawalannya. Apa yang manusia harus lakukan ialah untuk mencari dalam diri
sendiri untuk memperkembangkan dan membangkitkan kecenderungan kearah
kebaikan yang boleh dikawal. Berikut adalah beberapa prinsip pendidikan moral
yang dicadangkan oleh Mencius

1) Memelihara Kebaikan Semulajadi dan Mengawal Nafsu
Mencius berpendapat bahawa cara berkesan untuk menjadi individu yang baik
ialah untuk mengelak ditawan oleh hawa nafsu.

Individu yang tidak banyak keinginan atau hawa nafsu
akan kehilangan sedikit kebaikan semula jadinya.
Sebaliknya, individu yang mempunyai keinginan atau hawa
nafsu yang berlebihan akan ketinggalan hanya beberapa
sifat-sifat semulajadi yang baik (dalam Menzhi)

2) Meneroka Diri Sendiri.
Mencius melihat ini sebagai cara penting untuk peningkatan nilai moral
seseorang:

o Jika saya melayan seseorang dengan kasih sayang dan dia masih
menjauhkan diri, saya mesti bertanya pada diri sendiri sama ada
saya ikhlas
o Jika seseorang diletakkan di bawah jagaan saya tetapi tidak
mematuhi arahan saya, saya mesti bertanya diri sendiri sama ada
saya telah bertindak dengan bijaksana;
3.3 PENDIDIKAN MORAL MENURUT MENCIUS
3.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah matlamat dan peranan pendidikan menurut
Mencius?
b) Kenapa Mencius menekankan pentingnya pemimpin
diberikan pendidikan?


Bab 3: Confucius dan Mencius


14

o Jika saya telah memberi pertimbangan sewajarnya kepada
seseorang tetapi dia tidak membalasnya, saya mesti bertanya pada
diri sendiri sama ada saya memberinya penghormatan sewajarnya,

Pendek kata, apabila tingkah laku seseorang tidak menghasilkan keputusan yang
dijangkakan, dia mesti mencari sebab-sebabnya dalam diri sendiri.

3) Bertaubat dan Membaiki Kelakuan Diri Sendiri
Mencius berpendapat bahawa individu yang enggan mengakui bahawa
keinginan kebendaan akan menyebabkan kehilangan kebaikan
semulajadi akan melakukan perbuatan yang buruk atau jahat. Seseorang yang
telah melakukan sesuatu yang buruk dan merasa malu dan insaf boleh
bertindak untuk memulihkan diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Bagaimana pun, individu berkenaan perlu berusaha untuk bertaubat dan cuba
untuk memperbaiki diri sendiri.

Sanggup Kembali Ke Pangkal Jalan
Menurut Mencius, salah satu punca ke arah nilai moral yang tinggi ialah
dengan mengawal hawa nafsu, bertaubat dan membetulkan kesilapan
yang dilakukan.

Menunjukkan Sifat Kesungguhan
Untuk membenteras kejahatan, individu harus menunjukkan watak yang
kuat, mempunyai minda yang mulia dan melakukan kerja seharian dengan
bersungguh-sungguh dan penuh minat.

Memperkukuh Keazaman
Ini adalah konsep yang paling penting dalam pendidikan moral yang
dicadangkan oleh Mencius. Untuk mencapai hikmah (dehui) dan dahagakan
ilmu (giuzhi), seseorang mesti berhadapan dengan berbagai kecelakaan dan
kesukaran. Seseorang itu mesti melalui beribu-ribu ujian atau dugaan
sebelum ia boleh dianggap benar-benar memahami dunia yang akan
memperkasakan keupayaannya untuk menangani pelbagai cabaran.











3.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Bincangakan prinsp-prinsip pendidikan moral
yang dicadangkan Mencius
Berikan komen anda.


Bab 3: Confucius dan Mencius


15



Mencius memberi keutamaan kepada pengajaran yang disampaikan oleh
seorang tok guru. Menurutnya, guru akan mendapat kenikmatan besar dengan
menyampai hadiah-hadiah yang diturunkan daripada syurga (dalam Menzhi).
Beliau berpendapat, adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mendidik anak-
anaknya dan anak sulong juga ditugaskan mendidik adik-beradiknya. Bapa harus
memastikan bahawa mana-mana anak yang berkelakuan jahat diberi panduan untuk
balik ke jalan kebaikan. Juga anak-anak yang tidak berbakat perlu diberi didikan.
Mencius juga telah memberi tumpuan kepada kaedah mengajar yang
berdasarkan pengalaman luas beliau sebagai guru. Berikut ini ialah beberapa
pandangan beliau tentang kaedah mengajar:

Guru mesti mengetahui latar belakang pelajar yang diajar dan
menyesuaikan pengajaran kepada aptitud atau kecenderungan setiap
individu.

Guru harus menggunakan kaedah mengajar atau pendekatan yang menarik
dan sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar.

Guru mesti memperkenalkan peraturan yang ketat dalam bilik darjah sambil
mengglakkan pelajar mengambil inisiatif dan memberi mereka peluang untuk
mempraktik dan belajar sendiri.

Teknik Penjelasan:
o menggunakan perkataan mudah ketika menjelaskan idea-idea yang
kompleks.
o menggunakan analogi dan membuat perbandingan untuk
menerangkan sesuatu.
o Menggunakan contoh daripada kehidupan seharain untuk menerangkan
sesuatu konsep yang kompleks

Guru hendaklah memastikan pengetahuannya tentang sesuatu adalah mantap
dan meluas supaya dia dapat memberi penjelasan yang terperinci.

Prinsip pengajaran: Mengajar murid-murid apa yang mereka tidak tahu
berdasarkan apa yang mereka sudah mengetahui.

Mencius sendiri kerap menggunakan analogi untuk menyokong hujah-hujahnya dan
imej-imej mudah untuk menjelaskan sesusatu yang kabur. Begitu juga, beliau sering
menggunakan perbandingan yang mudah difahami untuk menjawab soalan atau
menyelesaikan masalah



3.3 PENGAJARAN & KAEDAH MENGAJAR MENURUT
MENCIUS

Bab 3: Confucius dan Mencius


16




















Kung Fu Tzu dilahirkan pada 551 sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun
yang lampau) di Quyi (kini di Wilayah Shandong).

Confucius mencabar monopoli akses pendidikan kepada golongan atasan
dengan menubuhkan sebuah akademi swasta yang menawarkan pelung
pendidikan kepada semua orang miskin dan kaya.

Kata-kata Confucius pula dicatat dan disusun oleh pengikut-pengikutnya
dalam satu koleksi yang dipanggil Analects yang terdiri daripada 20 buku.

Menurut Confucius, peranan pendidikan ialah untuk melahirkan orang
budiman yang yang kompeten dan mempunyai nilai moral yang tinggi.

Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah kesayangan kepada ibu bapa,
menghormati orang tua, menjimat-cemat dan sebagainya

Confucius mengecam pilih kasih dan pemindahan jawatan daripada satu
generasi kepada generasi seterusnya.

Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan individu budiman yang
berupaya (xiancai) atau individu berkualiti (junzi) yang bermulia tinggi dan
kompeten.

KEY TERMS
Ren Buku Perubahan Cendiakawan Kedua
Analects Menzhi Berbudi mula
Seni Pendidikan moral Pilih kasih
Kebaikan Pengaruh Confucisu Kesopanan
Adat istiadat Sayang ibu bapa Sistem feudal
3.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah peranan guru menurut Mencius?
b) Jelaskan kaedah mengajar yang dicadangkan oleh
Mencius.

RINGKASAN

Bab 3: Confucius dan Mencius


17

Confucius ialah seorang tok guru dan telah mencadangkan beberapa ciri yan
harus dimiliki oleh seorang guru.

Confucius juga telah membentangkan beberapa prinsip pengajaran dan
pembelajaran.

Falsafah Confucius mempunyai pengaruh meluas ke atas pembangunan
masyarakat Cina selama 2000 tahun. Falsafah beliau juga mempunyai kesan
yang nyata di negara-negara seperti Korea, Jepun dan Vietnam.

Mencius telah menghasilkan beberapa karya dan yang paling terkenal ialah
Mengzi yang merupakan koleksi hujah-hujah beliau.

Menurutnya, guru akan mendapat kenikmatan besar dengan menyampai
hadiah-hadiah yang diturunkan daripada syurga

Mencius berpendapat bahawa sifat budi mulia dan perwatakan manusia adalah
sesuatu yang semula jadi.

Guru mesti mengetahui latar belakang pelajar yang diajar dan menyesuaikan
pengajaran kepada aptitud atau kecenderungan setiap individu.




RUJUKAN

Chen Jinpan. Educational ideas of Confucianism. Wuhan, Hubei Educational Press,
1985.

Du Jenzhi; Gao Shuzhi. The finest system of Confucianism. Xian, Shanxi Peoples
Publishing House, 1985.

Ge Zhengming (1994). MENCIUS (372-289). Prospects: the quarterly review of
comparative education. International Bureau of Education), vol. XXIV, no. 1\2, 1994,
p. 121-130.

Mao Lirui; Chen Guanqun, (eds.). Zhongguo jiaoyu tongshi [General History of
Education in China]. Shandong jiaoyu chubanshe, 1986. 2 v.

McIntyre. S. (2003). The Analects.
http://nothingistic.org/library/confucius/analects/toc.html

Yang Huanini (1993). CONFUCIUS (KUNG TZU) (551-479 BC). Prospects: the
quarterly review of comparative education. International Bureau of Education), vol.
XXIII, no. 1/2, UNESCO: Paris