Anda di halaman 1dari 30

1

KERTAS KERJA 1 CERAMAH GURU



PROGRAM CERAMAH PENINGKATAN PROFESIONAL PERGURUAN
SK SRI MELOR 2013

1. PENDAHULUAN
Program Ceramah Etika dan Profesionalisme ini adalah sebagai mengisi aktiviti Latihan
Dalam Perkhidmatan di mana guru-guru dikehendaki menghadiri kursus, minimum selama
tujuh hari atau 42 jam setahun.

Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan
kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan
salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu
kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah
laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah
pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan
mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan
menghalangnya.Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang
baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah
tingkah laku yang sebetulnya.

2. OBJEKTIF

a. Meningkatkan prestasi guru dalam menjalankan tugas seharian.
b. Meningkatkan pengetahuan guru-guru tentang Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
c. Menjadikan guru-guru seorang yang bertanggungjawab terhadap pekerjaannya.
d. Mengelakkan guru-guru daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar
peraturan.
e. Meninggikan martabat profesion perguruan.
2


3. TARIKH PELAKSANAAN
13 Jun 2013

4. TEMPAT
Bilik mesyuarat SK Sri Melor

5. SASARAN
a. Guru-guru SK Sri Melor

6. JAWATAN KUASA INDUK DAN PELAKSANAAN

Pengerusi : En Nik Rohimi Bin Nik Idris (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En Mohd Azmi Bin Mat Deris (GPK 1)
En Roslan Bin Idris ( PK HEM )
En Mohammad Bin Salleh ( PK KO )

Setiausaha : Encik Wan Abdullah b Wan Ismail
( Penyelaras Program Ceramah )

Bendahari : Pn. Suriani Binti Mohamed @ Mohd Amin
Dokumentasi : Puan Fatimah Binti Hamid
Laporan : En Wan Suria Bin wan Yaacob
Ajk Persiapan tempat : En Rosly Hamat
En Dzhuhaily Bin Sapian

Ajk Makanan dan minuman :
Pn Rusmawati Bt Ab Rahman
Pn Roslin Asnida Bt Shahimi
Pn Surianis Zakaria
Ajk PA sistem : En Rosly Bin Hamat
3

7. TENTATIF PROGRAM

BIL MASA BUTIRAN
1

1.45 petang - Ketibaan peserta
- Pendaftaran

2 2.00 petang - Bacaan doa
- Ceramah Etika dan Profesionalisme disampaikan
oleh (GPK 1)
3 4.30 petang


- Sesi soal jawab
4 5.00 petang - Tamat dan bersurai


8. PELAKSANAAN

a. Perbincangan dengan pihak pentadbir
b. Menyediakan kertas kerja program
c. Mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa pelaksanaan program
d. Membuat pengagihan tugas
e. Melaksanakan Program
f. Membuat pemantauan dan penilaian program
g. Membuat laporan program


DISEDIAKAN OLEH:


-----------------------------------------
(WAN ABDULLAH B WAN ISMAIL )
PENYELARAS PROGRAM CERAMAH
4

LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM

(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA

Guru-guru dan staf telah mula masuk ke tempat ceramah mulai jam 1.45 tengah hari.
Sebaik sahaja masuk, mereka menandatangani senarai kehadiran. Ceramah dimulakan
pada jam 2.00 petang. Ceramah disampaikan sendiri oleh Guru Penolong Kanan
Pentadbiran di SK Sri Melor. Ceramah disampaikan dengan disertakan paparan slaid yang
berkaitan. Isi ceramah adalah mengenai tatakelakuan profesionalisme guru seperti perkara
berikut:

1. Tujuan peraturan tatatertib
2. Usaha ke arah pemantapan disiplin dalam perkhidmatan awam
3. Tugas dan tanggungjawab ketua jabatan
4. Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berserta contoh
5. Pelanggaran Peraturan berserta contoh

Ceramah tamat lebih kurang pada jam 5.00 petang.


ISU / MASALAH (Jika ada)

Tiada masalah sepanjang ceramah disampaikan. Program yang diadakan berjalan lancar.

(B) Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Mendapat sokongan penuh dari pentadbir sekolah.
2. Penceramah adalah Guru Penolong Kanan Pentadbiran itu sendiri.
3. Bahan-bahan ceramah adalah dari sumber yang sah iaitu dari Unit Tatatertib Jabatan
Pelajaran Negeri Kelantan.

5

(ii) KELEMAHAN

1. Ada di kalangan peserta ceramah tidak mencatat perkara-perkara penting yang
berkaitan dengan mereka.
2. Ada di kalangan kumpulan sasaran iaitu guru-guru yang bermasalah tidak dapat hadir
ke ceramah tersebut. Mesej tidak dapat disampaikan kepada golongan tersebut.
3. Hand-out tidak diberikan kepada peserta.
4. Guru besar menyuruh staf-staf bukan guru mengikuti ceramah tersebut pada saat-saat
akhir. Ada di antara mereka yang lambat masuk ke bilik mesyuarat dan tertinggal
beberapa slaid di hadapan.

(iii) PELUANG

1. Mendapat sambutan dari guru-guru dan staf.
2. Guru-guru dan staf memberi komen yang baik mengenai ceramah tersebut.
3. Isi ceramah disampaikan diselang-selikan dengan slaid-slaid animasi supaya peserta
tidak bosan.
4. Contoh-contoh pelanggaran peraturan yang diberi adalah yang biasa berlaku dalam
kehidupan seharian.


(iv) ANCAMAN


1. Bilik mesyuarat agak sempit untuk memuatkan semua guru dan staf.
2. Tiada peruntukan makanan peserta dari Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengadakan
Latihan Dalam Perkhidmatan seperti tahun-tahun lepas.


(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Meningkatkan pengetahuan pelajar PPG dalam mengendalikan program ceramah.
6

2. Menguatkan jati diri pelajar PPG.
3. Menjadikan pelajar PPG sentiasa bersedia dalam menghadapi apa saja cabaran.
4. Mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pentadbir dan juga antara guru dan guru.
5. Menggalakkan pelajar PPG menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif dalam
merancang aktiviti dan perisian program.

(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. Menyediakan tempat ceramah yang lebih besar seperti di dewan supaya dapat
memuatkan lebih ramai peserta.
2. Menyediakan makan dan minum peserta supaya mereka rasa lebih selesa mendengar
ceramah.



Tandatangan Pelapor:


..
(WAN ABDULLAH B WAN ISMAIL )
PENYELARAS PROGRAM













7

KERTAS KERJA 2 AKTIVITI KEMASYARAKATAN

PROGRAM GOTONG ROYONG
MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN ISLAM


1. PENDAHULUAN
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan(3k) adalah merupakan satu program yang
berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai
kemudahan fizikal dan infrastruktur yang selamat. Persekitaran yang bersih dan sihat
akan memberansang suasana pembelajaran kehidupan dan yang berkesan.

2. OBJEKTIF
a. Mewujudkan impak kualiti dan kuantiti yang terhasil melalui iklim persekitaran
yang konduksif dan selesa
b. Penghayatan dan amalan individu sebagai insane yang percaya dan patuh
kepada ajaran agama.
c. Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen
perubahan
d. Membantu perkembangan sahsiah murid yang bersepadu seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
e. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
f. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan
pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan,
kesihatan dan keselamatan.
g. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah dan tempat tinggal yang
bersih, sihat dan selamat.
h. Meningkatkan jalinan pemuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan begi membentuk
jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Perlaksanaan Program 3K.
3. VISI
Melahirkan generasi berkeperibadian seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
8

dan sosial menjelang tahun 2020.



4. MISI
Sekolah sebagai intitusi yang menterjemah, merealisasi dan membudayakan komponen
kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

5. MATLAMAT
Membentuk ketrampilan dan keperibadian murid yang unggul melalui pengukuhan program
3K berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

KONSEP 3K



SEKOLAH



TAKRIFAN:
Kebersihan- Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang
bersih, indah dan konduksif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti dan berkesan.
Kesihatan- Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek supaya
murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian
akademik da pembangunan sahsiah diri.
KEBERSIHAN
MURID BERPERIBADI
UNGGUL
KESIHATAN
KESELAMATAN
9

Keselamatan- Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh
meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalam diri(jati diri murid) daripada sebarang
pengaruh dan ancaman luar.

6. TARIKH PELAKSANAAN
17 Jun 2013

7. SASARAN
80 orang murid termasuk guru dan ibu bapa

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Seperti anggaran kos yang telah dinyatakan di dalam butiran anggaran kewangan.

9. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En. Nik Rohimi bin Nik Idris
Guru Besar

Naib Pengerusi : 1) En Mohd Azmi bin Mat Deris
Guru Penolong Kanan 1

2) En. Muhamad Bin Salleh
Guru Penolong Kanan Ko- kurikulum

3) En. Roslan bin Idris
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha : En. Wan Abdullah b Wan Ismail
Penyelaras Program

Bendahari : Pn. Suriani Binti Mohamed @ Mohd Amin
Guru Tahun 6


10

Ahli Jawatankuasa : Pendaftaran
1) Pn Amnah Bt Abd Halim
2) Cik Nik Norliza Bt Nik Hussin

Makanan
1) Pn. Maznira Juliati Bt Ibrahim
2) Pn. Norhilmiyah Bt Che Hassan
3) Pn. Rohaniah Bt Salleh
4) Pn. Sabrina Bt Hassan
5) Pn. Rosmani Bt Seman

Fotografi
1) En. Mohd Samizi bin Abd Rahman
2) En. Wan Suria bin Wan Yaacob

Keselamatan dan Kebajikan
1) Ustaz Mohd Raimi Bin Ab Razak
2) Ustazah Wan Zubairah Binti Wan
Hashim

Peralatan
1) En Azman Shah Bin Mat
2) En Mat Din Bin Abdullah

10. PELAKSANAAN
Mesyuarat diadakan di antara barisan pentadbir sekolah dan AJK induk.
Pembentangan kertas kerja program Gotong Royong Pembersihan Tanah
perkuburan Islam.
Permohonan sumbangan dan peruntukan daripada beberapa pihak luar seperti
PIBG.
Mesyuarat bersama ahli jawatankuasa yang terlibat dengan program.
Melaksanakan Program Gotong Royon Pembersihan Tanah Perkuburan Islam

Cadangan tarikh ialah pada 17 Jun 2013
11

Kawasan pembersihan Tanah Perkuburan akan dikendalikan oleh guru yang
telah ditugaskan.
Semua guru kelas diminta mewujudkan kerjasama bersama ibu bapa sekurang-
kurangnya 4 orang untuk bekerjasama dan bersama-sama membantu gotong
royong yang akan dijalankan.
Bantuan seperti kewangan dan bahan atau peralatan sangat-sangat diharapkan
oleh pihak sekolah. Ibu bapa boleh memberikan sumbangan kepada pihak
sekolah berupa wang, bahan atau alatan.

11. BUTIRAN KEWANGAN

Butiran Kewangan :

Pendapatan :
Sumbangan PIBG : RM 150.00
Sumbangan Guru : RM 150.00
JUMLAH : RM 300.00

Perbelanjaan :
Peralatan :RM 100.00
Makan dan minum :RM 150.00
Sumbangan kepada masjid :RM 50.00
JUMLAH :RM 300.00

12. TENTATIF PROGRAM
BIL MASA BUTIRAN
1 4.00 petang Pendaftaran
2 4.15 petang - Bacaan Doa
Ustaz Mohd Raimi Bin Ab Razak
- Taklimat perjalanan program gotong royong
oleh Pn Fatimah Bt Hamid,
(Guru Penyelaras Program)
-Taklimat dan tazkirah adab adab ketika
berada di kawasan perkuburan oleh Ustaz
12

Mohd Raimi Bin Ab Razak
3 4.30 6.30 petang -Gotong Royong dimulakan
-Majlis tahlil
4 6.30 petang Menjamu selera dan bersurai


Disediakan oleh :


..
(WAN ABDULLAH B WAN ISMAIL)
PENYELARAS PROGRAM
GOTONG ROYONG





















13

LAMPIRAN

BIL BIDANG TUGASAN TINDAKAN
1





Pendaftaran





1) Menyediakan meja pendaftaran dan
borang kehadiran
2) Urus setia sesi pendaftaran
3) Memberikan penerangan kepada
pertanyaan tentang kemusykilan
program dan tempat (sekiranya perlu)

Pn Amnah Bt Abd Halim
Cik Nik Norliza Bt Nik Hussin

2 Makanan

1) Menempah makanan
2) Menyediakan makanan
3) Mengedarkan makanan
Pn. Maznira Juliati Bt Ibrahim
Pn. Norhilmiyah Bt Che
Hassan
Pn. Rohaniah Bt Salleh
Pn. Sabrina Bt Hassan
Pn. Rosmani Bt Seman

3 Fotografi 1) Mengambil gambar dan membuat
video sepanjang program

En. Mohd Samizi Bin Ab
Rahman
En. Wan suria Bin wan
Yaacob
4 Peralatan Menyediakan peralatan dan
kelengkapan gotong royong
En Azman Shah Bin Mat
En Mat Din Bin Abdullah

5 Keselamatan
dan kebajikan
Memastikan keselamatan dan
kebajikan peserta semasa program
berlangsung
Ustaz Mohd Raimi Bin Ab
Razak
Ustazah Wan Zubairah Binti
Wan Jusoh






14

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN
PROGRAM BINA INSAN GURU
TAHUN 2013


LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA

Semua guru,murid,dan ibu bapa telah mula datang ke sekolah mulai jam 4.00 petang.
Acara dimulakan dengan pendaftaran dan bacaan doa .Semua warga sekolah diberi
taklimat ringkas tentang gotong royong yang akan dilaksanakan dan kawasan-kawasan
yang terlibat. Murid,guru dan ibu bapa dibahagikan kepada kawasan-kawasan khas untuk
dibersihkan dan diberi peralatan yang secukupnya untuk digunakan semasa gotong royong
dilaksanakan. Tazkirah tentang adab adab ketika memasuki dan semasa berada di tanah
perkuburan disampaikan oleh Ustaz Mohd Raimi Bin Ab Razak.

Jam 4.30 pagi gotong royong telah dilaksanakan.Semua pihak yang terlibat telah beredar ke
kawasan yang telah ditentukan. Mereka telah memulakan kerja-kerja pembersihan di
kawasan berkenaan.Mereka telah melaksanakan kerja tersebut dalam suasana riang
gembira.

Majlis diteruskan dengan mengadakan majlis tahlil yang diketuai oleh Ustaz Mohd Raimi Bin
Abdul Razak. Program gotong royong berakhir pada pukul 6.30 petang.
Program gotong royong telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan objektif program
tersebut dapat dicapai sepenuhnya.

ISU / MASALAH (Jika ada)

Tiada masalah sepanjang gotong royong diadakan. Program yang diadakan berjalan lancar.





15

Analisis SWOT

KEKUATAN

1. Mendapat sokongan penuh daripada pentadbir sekolah.
2. Sumbangan kewangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru melancarkan perjalanan
program tersebut.
3. Sokongan daripada semua pihak termasuk warga sekolah dan ibu bapa serta penduduk
setempat menjayakan program tersebut.
4. Perancangan yang teliti menghasilkan kejayaan program yang dilaksanakan.

KELEMAHAN

1. Kekangan masa terutama guru PPG yang mempunyai banyak tugasan dan tanggung
jawab yang diamanahkan.
2. Ada di kalangan kumpulan sasaran iaitu murid - murid yang bermasalah tidak dapat
hadir ke program tersebut kerana masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.
3. Program pada hari tersebut bertindan dengan program lain iaitu kelas tambahan Tahun
6.
4. Terdapat banyak aktiviti dalam masa satu hari menyebabkan murid-murid penat.

PELUANG

1. Mendapat sambutan daripada murid murid, guru - guru dan warga sekolah
2. Kawasan perkuburan menjadi lebih bersih, ceria dan kemas.
3. Guru - guru dan murid - murid bertugas di kawasan yang diarahkan menyebabkan kerja-
kerja lebih teratur dan sistematik.
4. Penyertaan ibu bapa dan orang kampong mewujudkan kerja sama dalam komuniti
setempat.

ANCAMAN

1. Pertindihan aktiviti.
2. Guru dan murid ada yang datang lambat semasa program dilaksanakan.
16


MANFAAT PROGRAM BIG

1. Meningkatkan pengetahuan pelajar PPG dalam mengendalikan program khidmat
masyarakat.
2. Menguatkan jati diri pelajar PPG.
3. Menjadikan pelajar PPG sentiasa bersedia dalam menghadapi apa saja cabaran.
4. Mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pentadbir dan juga antara guru dan guru
seta guru dengan masyarakat setempat.
5. Menggalakkan pelajar PPG menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif dalam
merancang aktiviti dan perisian program.

PENAMBAHBAIKAN

1. Memperuntukkan waktu yang secukupnya untuk melaksanakan program
2. Mengadakan carta aliran kerja.

.

Tandatangan Pelapor:


..
( WAN ABDULLAH B WAN ISMAIL )
PENYELARAS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
( GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KUBUR)





17

SURAT PANGGILAN MESYUARAT CERAMAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MELOR,16400 MELOR,
KOTA BHARU, KELANTAN.
..................................................................................................................................

Ke Majlis,
..
Tuan/Puan,
MESYUARAT PROGRAM CERAMAH ETIKA DAN PROFESIONAL PERGURUAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput ke majlis di atas sebagaimana
berikut :
Tarikh : 10 Jun 2013
Hari : Isnin
Masa : 1.15 tghari
Tempat : Bilik Gerakan

3. Berikut adalah agenda-agenda mesyuarat :
3.1 Ucapan Pengerusi Majlis
3.2 Ucapan Guru Besar/PK Kurikulum
3.3 Pembentangan kertas kerja program
3.4 Ajk induk dan pelaksana program
3.5 Bidang tugas AJK program
18

3.12 Hal-hal lain

4. Kerjasama, keprihatinan dan tindakan lanjut pihak tuan/puan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA



Yang menurut perintah,


..
( WAN ABDULLAH B WAN ISMAIL )
Setiausaha / Penyelaras Program.






19

SURAT PANGGILAN MESYUARAT AKTIVITI KEMASYARAKATAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MELOR
16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN.


Ke Majlis,
..
Tuan/Puan,
MESYUARAT PROGRAM KHIDMAT MASTARAKAT
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput ke majlis di atas sebagaimana
berikut :
Tarikh : 12 Jun 2013
Hari : Rabu
Masa : 1.15 tghari
Tempat : Bilik Gerakan

3. Berikut adalah agenda-agenda mesyuarat :
3.1 Ucapan Pengerusi Majlis
3.2 Ucapan Guru Besar/PK Kurikulum
3.3 Pembentangan kertas kerja program Khidmat masyarakat
3.4 Ajk induk dan pelaksana program
3.5 Bidang tugas AJK program
3.12 Hal-hal lain

20

4. Kerjasama, keprihatinan dan tindakan lanjut pihak tuan/puan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA



Yang menurut perintah,


..
( WAN ABDULLAH B WAN ISMAIL )
Setiausaha / Penyelaras Program,








21

SENARAI NAMA GURU TERLIBAT DALAM ACARA INI
1 EN. NIK ROHIMI BIN NIK IDRIS
2 EN. MOHD AZMI BIN MAT DERIS
3 EN. ROSLAN BIN IDRIS
4 EN. MOHAMAD BIN MOHD SALLEH
5 EN. AHMAD SAIFUL NIZAM
6 EN. AZMAN SHAH BIN MAT
7 EN. MAT DIN BIN ABDULLAH
8 EN. MOHD DZULHAILY BIN SAPEIN
9 EN. MOHD RAIMI BIN AB RAZAK
10 EN. MOHD ROSLY BIN HAMAT
11 EN. MOHD SAMIZI BIN AB RAHMAN
12 EN. WAN SURIA BIN WAN YAACUB
13 PN. AMNAH BINTI ABDUL HALIM
14 PN. FATIMAH BT HAMID
15 PN. HASLINA BT MOHD GHAZALI
16 CIK KHAIRUNNISA BT MOHD YUSOF
17 PN. MAZNIRA JULIATI BT IBRAHIM
18 PN. NORHIDAYAH BT MIDIN
19 PN. NORHILMIYAH BT CHE HASSAN
20 PN. NUR ADIANIE BT MOHD NAWI
21 PN.NUR BASYIHAH BT BAHARUDIN
22 CIK RABA'ATUL SHAHERA BT MOHAMED
23 PN. ROHANIAH BT SALLEH
24 PN. ROSLIN ASNIDA BT SHAHIMI
25 PN. ROSMANI BT SEMAN
26 PN. RUSMAWATI BT AB RAHMAN
27 PN. SABRINA BINTI HASSAN
28 PN. SITI HEIRIAH BT ABDUL HAMID
29 PN. SURIANI BINTI MOHAMED
30 PN. SURIANIS BT ZAKARIA
31 PN. SURIATI BINTI YUSOFF
32 PN. WAN ZUBAIRAH BT WAN JUSOF
33 PN. YUSNASHAIDA BT MD YUNOS
34 PN. ZUNAIDAH BT MAMAT



22

SENARAI NAMA MURID/PESERTA PROGRAM GOTONG ROYONG
BIL NO SIJIL LAHIR NAMA MURID
1 AX04517 AHMAD FARIS B ISMAIL
2 AU05763 MIOHD IKMAL HAFIZ B MOHD FAROZI
3 DBA7386005 MOHAMAD FIRDAUS B MOHAMAD NOOR
4 AV51558 MOHAMAD HAFIZI B MOHD ROSELI
5 AX64012 MOHAMAD SALAHUDIN B MOHD FAUZAI
6 AU06269 MOHAMAD SYAFRI BIN SAMSUDIN
7 AX04562 MOHD ASYRAF B ASRI
8 AV56456 MUHAMAD IRWANSHAH B MOHD AZLI
9 AW97272 MUHAMAD JUMAITU ANUAR B ZAKARIA
10 DBA7386001 MUHAMAD SAIFUL AMRI B NIK MEGAT
11 AV56436 MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ
12 AX64631 MUHAMMAD FITRY AIMAN BIN ISMAIL
13 AV51509 MUHAMMAD SHAHIDIL B MAZLAN
14 AV56071 NAIS AIMAN ZAQWAN B NAIS SUZAMI
15 AV55205 NAJIHA BT MOHD SUHAIMI
16 AT54459 NIK NUR SYARWANI BT CHE MAT YEH
17 AW97173 NOR AFIQAH BT MAT YUSOF
18 AX04991 NUR AINA NASUHA BT ABDUL RAHMAN
19 AV56322 NUR ATHIRAH BT SHAFIE
20 AV51605 NURUL ASMIRA BT MOHD RASHID
21 AV03243 NURUL IZZAH BT MOHD AZANI
22 AW97397 NURUL IZZATI NATASHA BT MOHAMMAD ROFI
23 AW97015 NURUL MUNIERAH BT AB RAMLI
24 AT73221 NURUL SHAHIDA BT MAHADI
25 CF87946 NURUL SUHANA BT WAHAB
26 AU06249 PARDZIRULLAH B PARDZI
27 AV51734 SITI AISYAH BT MOHD NOR
28 AW45003 ANIS SYAFIQA BT SHAMSUDDIN
29 AV51573 FIEQAH BT MOHD GHAZALI
30 AU06438 MOHAMAD AMIRUL ASWADI B CHE NAKAF
31 AT54435 MOHAMMAD ASRAF B MOHAMED AFENDI
32 AW97083 MUHAMAD SYAKIR B ZULKIFLI
33 AV56292 MUHAMMAD AFIQ ASHRAF BIN FIKRI
34 AW97631 MUHAMMAD AZLY RUZAINI BIN ANUAR
35 AU06109 MUHAMMAD EIKBAAR B IBRAHIM
36 AX02799 MUHAMMAD NORHAKIM B MUHAMMAD @ MUHAMMAD NAWI
37 AU06280 NIK NUR FATIHAH BT NIK ROHIMI
38 AW97145 NIK ZAHRATUL IMANUL HUSNA BT NIK HIM
39 AX04584 NOOR AELIZA SHAMYZA BT ZAINUDDIN
40 AX04801 NOORAIN SYAZIRA BINTI MOHD AZMI
41 AV51676 NOR ALYAA SYAFIQAH BINTI ALI
42 AV56256 NORHAFIZA BINTI RAZALI
43 AW97023 NORRUWAIDA BINTI MOHD ASRI
23

44 AV54450 NUR ASIAH ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM
45 AW 10325 NUR ATHIRAH SAHIRA BINTI SUKRI
46 AW44137 NUR FATIHAH MUNIRAH BT OSMAN
47 AT54996 NUR NABILAH BINTI CHE MOHD ZAIN
48 AU06270 NURUL AISYAH BINTI MOHD SHAKRI
49 SB057480 NURUL FATHIAH BINTI MAZLAN
50 AU06011 NURUL SARAH YASMIN BINTI MOHD ZAHARI
51 AT88089 QHAIRUNNISA SAHIRA BINTI MOHD SHUKRI
52 AU06328 ROSELIANA SYAFIKA BINTI MOHD RAWI
53 AV51781 SHAHIDA KHAIRUNNISA BINTI MOHD MAIDIN
54 AV56338 SITI NUR AINNASUHA BINTI ROZALI
55 AV51669 SITI NUR SHAFIQAH BINTI MOKHTAR
56 AU06471 TUAN NUR NAJIBAH BINTI TUAN MOHD ROSDI
57 AV56321 ZAILANUDIN B ZANOL ABIDIN
58 AX04517 AHMAD FARIS B ISMAIL
59 AU05763 MIOHD IKMAL HAFIZ B MOHD FAROZI
60 DBA7386005 MOHAMAD FIRDAUS B MOHAMAD NOOR
61 AV51558 MOHAMAD HAFIZI B MOHD ROSELI
62 AX64012 MOHAMAD SALAHUDIN B MOHD FAUZAI
63 AU06269 MOHAMAD SYAFRI BIN SAMSUDIN
64 AX04562 MOHD ASYRAF B ASRI
65 AV56456 MUHAMAD IRWANSHAH B MOHD AZLI
66 AW97272 MUHAMAD JUMAITU ANUAR B ZAKARIA
67 DBA7386001 MUHAMAD SAIFUL AMRI B NIK MEGAT
68 AV56436 MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ
69 AX64631 MUHAMMAD FITRY AIMAN BIN ISMAIL
70 AV51509 MUHAMMAD SHAHIDIL B MAZLAN
71 AV56071 NAIS AIMAN ZAQWAN B NAIS SUZAMI
72 AV55205 NAJIHA BT MOHD SUHAIMI
73 AT54459 NIK NUR SYARWANI BT CHE MAT YEH
74 AW97173 NOR AFIQAH BT MAT YUSOF
75 AX04991 NUR AINA NASUHA BT ABDUL RAHMAN
76 AV56322 NUR ATHIRAH BT SHAFIE
77 AV51605 NURUL ASMIRA BT MOHD RASHID
78 AV03243 NURUL IZZAH BT MOHD AZANI
79 AW97397 NURUL IZZATI NATASHA BT MOHAMMAD ROFI
80 AW97015 NURUL MUNIERAH BT AB RAMLI







24

SURAT KEBENARAN WARIS AKTIVITI KEMASYARAKATAN




BORANG AKUAN KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA


Saya __________________________________________K/P NO. ______________________________
Ibubapa/penjaga yang sah dengan ini memberi akuan Membenarkan / Tidak Membenarkan anak
jagaan saya;

Nama Murid : _________________________________________________

Tahun/Darjah : _________________________________________________

No. KPT : _________________________________________________

Untuk menyertai / mewakili / mengambil bahagian dalam lawatan / perlawanan / pertandingan / aktiviti
Sebagaimana berikut:

Lawatan / perlawanan / pertandingan / aktiviti :


Tarikh : ____________________________________________

Tempat : ____________________________________________

Masa : ____________________________________________

2. Sungguhpun saya tahu pihak sekolah menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, tetapi
saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak
Jabatan atau Sekolah atau Sekolah Pengelola atau Wakil mereka berkaitan dengan apa-apa kemalangan,
kecederaan, kematian, kecacatan atau kehilangan anggota badan dan sebarang kecederaan lain yang
berlaku ke atas anak / anak jagaan saya sepanjang penglibatan dalam lawatan / perlawanan /
pertandingan /
aktiviti tersebut.

3. Saya juga dengan ini bersetuju untuk membenarkan pihak Jawatankuasa Pengelola lawatan /
Perlawanan / pertandingan / aktiviti ini atau wakilnya untuk memberi apa-apa rawatan dan pertolongan
Perubatan kepada anak/anak jagaan saya sekiranya didapati perlu.



SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MELOR
16400 KOTA BHARU,
KELANTAN

25

Yang benar, Saksi,


.......................................................... ....................................................
(Nama: ) (Guru Besar / Penolong Kanan)

Alamat: ............................................

.........................................................




















26

REFLEKSI SELEPAS ANJUR CERAMAH DALAMAN.

Alhamdullillah akhirnya kursus dalaman yang saya anjurkan di sekolah SK Sri Melor
telah berjaya dan berjalan dengan lancarnya. Di atas tiket Kursus Etika dan Profesionalisme
untuk memenuhi kouta kursus Dalam Perkhidmatan yang memerlukan guru-guru memenuhi
kouta kursus selama 7 hari atau 42 jam. Walaupun melalui sedikit sedikit kesukaran dalam
menganjurkan kursus ini tapi dengan kerjasama dan komitmen rakan-rakan alhamdulillah
kursus ini berjalan dengan jayanya.
Setelah menerima tugasan BIG dari En. Norman, saya telah berbincang dengan Ahli
Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah untuk menganjurkan satu kursus.
Memandangkan kepayahan untuk mendapatkan penceramah untuk pelbagai tajuk, AJK telah
bersetuju untuk mengadakan kursus Etika dalam Profesionalisme kerana PK1 sekolah saya
merupak salah seorang penceramah negeri dalam bidang ini. Jadi tidak sukar untuk mendapat
janji temu dengan beliau yang sentiasa penuh dengan komitmen untuk sekolah.
Fasa pertama kursus, saya selaku SU AJK LDP sekolah telah bertemu dengan Guru
Besar dan berbincang tujuan diadakan kursus itu. Walaupun merupakan serampang dua mata
bagi saya tapi tuan Guru Besar juga menyedari kepentingan hal itu untuk guru-guru. Tuan Guru
Besar kata apa salahnya saya menangguk di air yang keroh. Dengan keizinan yang telah
diberikan kami AJK bersetuju untuk meneruskan kursus itu.
Fasa kedua, saya mengeluarkan surat panggilan kepada semua AJK LDP sekolah untuk
bermesyurat dan menentapkan semua ketetapan. Apabila bermesyuarat saya sedar segala
kesusahan dapat dikurangkan kerana kita dapat membahagi tugasan kita dan perancangan
yang rapi dapat dilakukan. Perkara pertama yang kami bincangkan adalah untuk mementukan
Objektif Kursus untuk diterangkan kepada semua guru dalam mesyuarat keseluruhan nanti.
Dalam perbincangan itu, kami telah mencapai 5 objektif. Antara perkara lain yang kami tetapkan
dalam mesyuarat AJK ini ialah seperti :
a) Tarikh kursus akan diadakan pada 13 Jun 2013
b) Tempat kursus Bilik Gerakan sekolah
c) Penubuhan Jawatan Kuasa Kerja
d) Tentatif program
27


Fasa ke tiga ialah menyediakan kerta kerja program. Saya tidak melalui sesuatu yang
sukar dalam menyiapkan kerta kerja kerana mendapat pertolongan dari semua AJK. Setelah
kertas kerja siap saya menyerahkan kepada Guru Besar untuk penelitian awal. Setelah semua
telah dipersetujui oleh GB saya berjumpa dengan PK1 untuk membincangkan tarikh kursus.
Alhamdullillah pada tarikh itu PK1 tidak ada aktiviti lain. Kemudian satu mesyuarat dengan
semua guru diadakan pada 10 Jun 2913 pada jam 1.17 tengahari. Dengan perancangan yang
rapi yang telah dibuat selama beberapa hari saya tidak mengahadapi masalah ketika
membentangkan kertas kerja program. Semua guru-guru berpuas hati dan tidak menunjukkan
rasa tidak puas hati. Saya menerangkan tugasan masing-masing di dalam JK Kerja Program
dan memnita semua guru boleh memberi komitmen sepenuhnya untuk kepentingan bersama.
Pada hari kursus, 2 guru tidak hadirkan diri kerana alasan tersendiri yang amat kukuh.
Manakal guru-guru lain melahirkan rasa terima kasih kerana pendedahan input yang baru itu.
Dengan pengagihan tugas yang jelas kepada semua guru-guru mesyuarat itu berjalan dengan
lancar. Kemudian selepas kursus saya menyediakan laporan kursus untuk diserahkan kepada
tuan guru besar. Laporan itu disahkan dan dengan ucapan terima kasih dan tahniah dilahirkan
kepada saya. Dengan rasa bangga saya menerima itu semua. Dari itu kini saya sedar sesuatu
yang dirancang dengan rapi dan diadakan dengan sistematik akan berjalan dengan lancar.

Sekian.








28

REFLEKSI AKTIVITI KEMASYARAKATAN CUCI KUBUR


Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada beberapa aktiviti yang
terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu
sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan.
Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari
peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai
keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Selepas taklimat diberikan, kami telah mengadakan perbincangan bersama bagi memilih lalu
menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program kemasyarakatan iaitu mencuci kubur
di kwasan berhampiran sekolah SK Sri Melor. Sepanjang program Bina Insan Guru ini
dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap
sebagai faktor kekuatan dalam program ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan
penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke
pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami
sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan
program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya.

Kekuatan program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang
sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam
mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi
mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses
mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas
tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi hubungan guru dan ibubapa
itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan
aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga
banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan
penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan juga banyak membantu dalam
29

menjayakan program ini. Contohnya semasa aktiviti gotong-royong itu yang sekaligus
mengeratkan hubungan di antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang
program Bina Insan Guru di tempat tersebut.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang menggangu
dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama dari segi cuaca,
cuaca yang panas antara jam 3-00 hingga 5.00 petang menyebabkan aktiviti gotong royong
tidak dapat dijalankan secara maksimum. Lain kali program seperti ini adalah wajar dijalankan
pada waktu pagi Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Aktiviti yang dijalankan selama 2
jam tidak sempat untuk memaksimakan hasil yang dikehendaki. Walauapaun semua hal yang
lain berjalan dengan lancar dan bagi saya program anjuran saya ini telah berjaya. Motif utama
untuk mengeratkan hubungan guru, ibubapa dan murid tercapai.


Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh itu
kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa
sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan
mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai
panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Selain itu, seorang guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat dan
membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, kerana ia dapat
membantu para guru merapatkan diri dengan masyarakat dan ibubapa., melalui program
seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi.

Sekian.




30

ISI KANDUNGAN

1. Maklumat diri pelajar PPG
2. Soalan
3. Isi kandungan
4. Kertas Kerja 1 Ceramah Guru m/s 1 3
5. Laporan Program Ceramah Guru m/s 4 6
6. Kertas Kerja 2 Aktiviti Kemasyarakatan m/s 7 13
7. Laporan Program Aktiviti Kemasyarakatan m/s 14 16
8. Contoh Surat Panggilan Mesyuarat m/s 17 20
9. Senarai Nama Guru ceramah m/s 21
10. Senarai Nama Murid Aktiviti Kemasyarakatan m/s 22 23
11. Contoh Surat Kebenaran Waris m/s 24 25
12. Refleksi Ceramah m/s 26 27
13. Refleksi Aktiviti Kemasyarakatan m/s 28 29
14. Lampiran Foto program
15. Lampiran DVD/video program

Anda mungkin juga menyukai