Anda di halaman 1dari 3

Sebelum kedatangan penjajah tanah melayu diperintah oleh kesultanan

melayu Melaka. Di mana rakyatnya terdiri daripada kaum Melayu. Rakyat


hidup senang lenang di bawah pemerintahan raja-raja melayu, pembesar.
Rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai. Kemudian dating pula saudagar
dari india dan china untuk berdagang di Tanah melayu. Banyak barang
dagangan telah diperdagangkan di Melaka dan tanah melayu menjadi rebutan
kebanyakan kuasa asing kerana tanah melayu kaya dengan bahan mentah dan
juga kawasan pelabuhan yang startegi. Penjajah Barat yang pertama datang ke
Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada
awalnya mereka datang dalam tahun1509 dengan tujuan untuk menjalankan
perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-kerajaan
Melayu tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba menjadi kemegahan orang-
orang barat untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya di negeri-negeri
timur maka Portugis telah memerangi Melaka. Disebabkan kekuatan politik
orang-orang Melayu pada waktu itu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya
amat ketara pada mata peniaga-peniaga dari barat itu, Maka Portugis
mengambil kesempatan dengan menggunakan krisis dalam negeri serta
pengkhianatan dari anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir luar
bertambah pula yang tidak berpuashati dengan pemerintah, Portugis telah
Berjaya menakluki Melaka pada tahun 1511.
Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Kisah
jajahan Portugis bermula dari permusahan antara Portugis dan Melaka. Pada
mulanya Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah
kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Angkatan itu tiba di Melaka
pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya
mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada
Sultan tetapi penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini
dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat, orang-orang Melayu mula
mengerumuni mereka. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna
kulit orang-orang Portugis ini dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih
Kerajaan mula mencurigai orang Portugis lalu membuat strategi untuk
menyerang Portugis.
Alfonso D Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur
mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan
sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400
anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar,
lalu menuju ke Melaka. Angkatan D Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka
pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah
kerajaan baru. D Albuquerque dan angkatannya telah melepaskan tembakan
meriam ke atas Melaka, Sultan Mahmud Syah menuntut penjelasan tentang
tindakan Portugis ini. D Albuquerque menuntut pembebasan orang-orangnya
yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung.
Pihak Portugis mengambil keputusan untuk membakar sebahagian rumah yang
terletak di persisiran pantai serta kapal-kapal perdagangan yang sedang
berlabuh kecuali tongkang-tongkang China dan kapal-kapal India dari Tanjung
Kormorin. Justeru, Melaka membebaskan semua tawanan akan tetapi D
Albuquerque masih belum berpuas hati. Dia mengarahkan satu serangan
dilakukan ke atas kota Melaka.
D Albuquerque merancang untuk menguasai jambatan yang menghubungkan
kedua bahagian kota ini bagi menghalang mereka daripada saling bantu
membantu di antara satu sama lain. Serangan tersebut dilancarkan pada 25 Julai
1511. Beliau sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke
bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan.
Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera
Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh.
Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja
yang disyaki menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak.
Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin
dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta
benda mereka kepada Portugis.
Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya
merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan
rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong
emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam
tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan
kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan
Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis. Bagi
mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan Portugis, Alburquerque
telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah tinggi dan
Sungai Melaka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa.
Beratus-ratus pekerja, hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk
membina kubu tersebut. Batu-batu daripada masjid-masjid yang telah musnah
dan makam-makam diraja telah digunakan untuk membina tembok tebal kubu
ini. Di dalam kubu tersebut dibangunkan pula Istana Gabenor dan istana Paderi
Besar, kamar Dewan Kerajaan, beberapa gereja, berek-berek, dua buah hospital,
biara dan sebuah penjara. Alburquerque telah melantik Rui de Brito sebagai
Gabenor dan Nina Chattu sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudiannya
memastikan keamanan serta aktiviti perdagangan dipulihkan dengan
menggalakkan pedagang-pedagang membuka kembali perniagaan mereka.
Selain itu, beliau juga telah menghantar beberapa misi persahabatan ke Siam,
Jawa, China dan Kepulauan Maluku. Magellan, yang merupakan orang pertama
belayar ke seluruh dunia dari tahun 1519 hingga ke tahun 1522, adalah salah
seorang pegawai Albuquerque ketika penawanan Melaka.



Bagi memastikan perdagangan berjalan lancar, Albuquerque telah
memperkenalkan mata wang yang baru di Melaka. Walaupun aktiviti
perdagangan secara amnya dijalankan secara barter, terdapat juga beberapa urus
niaga yang dijalankan dengan menggunakan wang timah Melayu. Wang baru
yang diperkenalkan oleh Portugis adalah dalam bentuk timah atau tembaga,
perak dan emas apabila beliau telah berpuas hati dengan keadaan di Melaka,
Albuquerque pun kembali ke markasnya di Goa. beliau meninggalkan Melaka
pada Januari 1512. Setelah Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka
datang pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak kurang
rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor
penjajah Belanda dapat mengalahkan Portugis di Melaka dalam tahun 1641.
Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan sahaja di negeri
Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga di seluruh kepulauan Melayu yang lain,
di mana dikenali kemudiannya sebagai Indonesia, maka penjajah Inggeris
datang dan berjaya mengambil Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian
pertukaran wilayah (seolah-olah negeri-negeri Melayu harta kepunyaan mereka
pulak) pada tahun 1824.