Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG MEI 2014






HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN













NAMA PELAJAR : ALICIUS LUCAS
NO. MATRIKULASI : 780926125297001
NO. KAD PENGENALAN : 780926125297
NO. TELEFON : 019-8003700
E-MEL : aliciuslucas@yahoo.com


PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN



HBEF2303


1
ISI KANDUNGAN


Perkara Muka surat



Pendahuluan 2

1.0: Aplikasi Android. 3
1.1: Sejarah perkembangan Sistem Operasi (OS) Android. 3
1.2: Kelebihan dan kelemahan penggunaan aplikasi Android
dalam PPBK 4

2.0: Aplikasi Belajar ABC. 7
2.1: Bagaimana aplikasi Belajar ABC berfungsi. 8
2.2: Borang Penilaian Sumatif 11
2.3: Kaedah penilaian 11

3.0: Rumusan penggunaan aplikasi Belajar ABC dalam PPBK. 12

Penutup 18

Rujukan 19

Lampiran 20








HBEF2303


2
Pendahuluan.

Selari dengan kemajuan dan perkembangan teknologi telefon pintar dan tablet,
penggunaan telefon pintar dan tablet dalam pengajaran dan pembelajaran mulai berkembang
dengan pesat. Kelebihan yang terdapat pada telefon pintar dan tablet memberikan satu
pengalaman yang baik, bermotivasi dan menyeronokkan, di samping dapat menggantikan kaedah
pengajaran tradisional. Teknologi telefon pintar dan tablet telah banyak menyumbang kepada
teknologi pendidikan yang berfungsi sebagai suatu media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Teknologi telefon pintar (Smart Phone) yang banyak diperkatakan pada masa kini
mulai diterima dalam bidang pendidikan sebagai salah satu medium dalam pengajaran dan
pembelajaran. Teknologi ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang pendidikan dengan
pembangunan pelbagai perisian pembelajaran (Learning Software) yang bersifat interaktif dan
menarik.

Terdapat beberapa sistem operasi (OS) yang digunakan dalam telefon pintar telah
diperkenalkan seperti sistem Android, Apple Apps (iOS), Windows Mobile dan Symbian. Setiap
sistem operasi ini mampu menyokong pelbagai perisian pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Kewujudan perisian pembelajaran ini bukan sahaja
memberi peluang kepada guru-guru memilih bahan pembelajaran yang sesuai, malah menjadi
salah satu alat bantu mengajar yang boleh menggantikan komputer dalam bilik darjah.

Penggunaan telefon pintar dan tablet dalam pendidikan telah mengubah proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Murid-murid berpeluang menerokai pengalaman baru dunia
pendidikan yang semakin hebat, menarik, canggih serta moden. Bagi mengaplikasikan
kecanggihan telefon pintar dan tablet dalam proses P&P ini, pelbagai perisian pembelajaran telah
dibangunkan. Kebanyakan perisian ini dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Android dan
Apple Apps (iOS).

Dalam tugasan ini, saya memilih satu perisian pembelajaran yang menggunakan aplikasi
andriod yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk murid-murid Tahun 1
mengenal dan membunyikan huruf-huruf vokal dan konsonan.

HBEF2303


3
1.0: Aplikasi Android
Android adalah sistem operasi mudah alih (OS) berdasarkan kernel Linux yang
dibangunkan oleh Google. Dengan antara muka pengguna berasaskan manipulasi langsung,
Android direka terutamanya untuk peranti mudah alih skrin sentuh seperti telefon pintar dan
komputer tablet. Sistem operasi android menggunakan teknologi input sentuh (touch screen)
mesra pengguna yang memudahkan pengguna menggunakannya tanpa memerlukan alatan input
tambahan sepertimana tetikus pada komputer.

1.1: Sejarah perkembangan Sistem Operasi (OS) Android.
Pada peringkat awal penubuhan, Android dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang
kemudiannya dibeli oleh Google). Selepas Google mengambil alih Android Inc., Google tehal
mengembangkan android dengan menubuhkan Open Handset Alliance. Konsortium ini terdiri
daripada 34 buah syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm,
T-Mobile, dan Nvidia.

Pada bulan September 2007, sebuah kajian melaporkan bahawa Google mengemukakan
hak cipta aplikasi telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Android. Telefon pintar
pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream, yang dikeluarkan pada 22
Oktober 2008. Pada penghujung tahun 2009, dianggarkan sekurang-kurangnya terdapat 18 jenis
telefon pintar yang dikeluarkan di seluruh dunia telah menggunakan sistem operasi Android.

Pada 9 Mac 2009, Google secara rasminya telah melancarkan Android versi 1.1. Android
versi ini dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice search (carian
suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel. Dua bulan berikutnya iaitu pada
pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan menggunakan
Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa
pembaharuan, penambahan dan kemas kini telah dibuat seperti kemampuan merakam dan
menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari
telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar
Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan sistem.

HBEF2303


4
Android versi 1.6 (Donut) telah dikeluarkan pada tahun yang sama iaitu pada bulan
September 2009 dengan menampilkan proses carian yang lebih baik berbanding versi
sebelumnya. Selain daripada itu, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN juga telah
diperkenalkan. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar
yang akan dihapuskan; kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO,
802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to
change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA.

Pada 3 Disember 2009, Google kembali dengan melancarkan telefon Android dengan
versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan
Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan
(phone contacts) yang baru, sokongan flash untuk kamera 3.2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth
2.1. Dengan semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah telefon Android,
semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi mereka kepada sistem
operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi Android adalah Shazam,
Backgrounds, dan WeatherBug. Sistem operasi Android dalam laman Internet juga dianggap
penting untuk mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace dan Facebook.

Selepas Android versi Eclair diperkenalkan, Google terus menambah baik dan
mengemaskini dengan memperkenalkan beberapa versi Android yang lain iaitu Android versi 2.2
Froyo (20 Mei 2010), Android versi 2.3 Gingerbread (6 Disember 2010), Android versi 3.0/3.1
Honeycomb, Android versi 4.0 ICS: Ice Cream Sandwich (19 Oktober 2011) dan yang terkini
adalah Android versi 4.4 KitKat.

1.2: Kelebihan dan kelemahan penggunaan aplikasi Android dalam PPBK.
Terdapat pelbagai kelebihan dan kelemahan penggunaan perisian pembelajaran
berteraskan aplikasi Android. Antara kelebihan perisian pembelajaran Android adalah seperti
berikut.

1. Mudah didapati dan murah.
Kebanyakan aplikasi pembelajaran yang menggunakan Android mudah diperolehi dan
dimuat turun daripada Google Play. Guru-guru perlu rajin meneroka dan mencuba setiap
HBEF2303


5
aplikasi pembelajaran tersebut agar aplikasi tersebut sesuai dengan tahap umur murid-
murid. Aplikasi ini juga kebanyakannya adalah percuma. Oleh yang demikian, guru
bukan sahaja berpeluang memilih aplikasi pembelajaran yang sesuai dan menarik, malah
dapat menjimatkan kos kewangan.

2. Perkakasan yang pelbagai dan murah.
Telefon pintar dan tablet yang menawarkan sistem operasi Android semakin banyak dan
harganya juga mampu milik. Guru boleh memilih jenama yang diingini, sesuai dengan
kemampuan kewangan masing-masing.

3. Kurang penyelenggaraan.
Tidak seperti komputer riba (laptop), telefon pintar dan tablet bersifat lebih mesra
pengguna dan kurang penyelenggraan. Virus yang dicipta untuk operasi Android masih
kurang dan tidak menyeluruh. Ini berbeza dengan penggunaan komputer yang
mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti virus. Selain daripada saiznya yang mudah
dibawa ke mana-mana, guru juga tidak perlu memikirkan perkakasan sokongan
sebagaimana tetikus pada komputer riba.

4. Perisian yang lebih ringan dan laju.
Kebanyakan aplikasi Android dibina dengan menggunakan flash player. Ini
membolehkan aplikasi tersebut dapat dibina dengan saiz fail yang lebih kecil. Terdapat
aplikasi pembelajaran Android yang mempunyai saiz sebesar 300kb. Ini berbeza dengan
aplikasi berteraskan Windows yang memerlukan saiz yang lebih besar. Ini bukan sahaja
dapat menjimatkan ruang storan pada peranti, malah membolehkannya beroperasi dengan
lancar.





HBEF2303


6
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menggunakan aplikasi Android yang
dipasang di dalam telefon pintar dan tablet adalah seperti berikut;

1. Fungsi peralatan yang agak terhad.
Penggunaan telefon pintar dan tablet agak terhad kerana pada masa ini, telefon pintar dan
tablet belum diintegrasikan dengan peralatan lain seperti mesin pencetak dan projektor.
Guru perlu mencetak lembaran kerja untuk murid terlebih dahulu sebelum memulakan
sesi pengajaran.

2. Kekurangan kemahiran.
Walaupun pada masa kini kebanyakan guru mempunyai telefon pintar dan tablet, terdapat
segelintir guru yang kurang mahir dalam menggunakan peralatan ini. Guru yang kurang
mahir menyebabkan timbul sikap malas dan kurang minat menggunakannya dalam
pengajaran dan pembelajaran.

3. Tidak boleh diubahsuai.
Aplikasi yang telah siap untuk digunakan tidak boleh diubahsuai oleh guru mengikut
kesesuaian mereka. Ini adalah kerana, pengubahsuaian memerlukan kemahiran dan latar
belakang pembangunan perisian Android. Berbeza dengan menggunakan perisian power
point untuk membuat persembahan slide, guru boleh mengubahsuai mengikut
kesesuaian pada bila-bila masa.

4. Jurang digital.
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat bandar dan luar bandar dari sudut
ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya
akan memberi impak negatif kepada penggunaan teknologi. Keadaan ini menyukarkan
pengajaran guru di dalam bilik darjah memandangkan sosioekonomi murid-murid di
luar bandar yang rendah. Penggunaan telefon pintar dan tablet yang terhad dan tidak
cukup juga boleh membantutkan penerimaan ilmu pengetahuan yang hendak
disampaikan.

HBEF2303


7
2.0: Aplikasi Android Belajar ABC
Aplikasi Android yang saya pilih bertajuk Belajar ABC, yang dibangunkan oleh
Didik Manja. Aplikasi ini menggunakan bahasa Melayu dan boleh dimuat turun dari Google
Play Store secara percuma (Rujuk rajah 1). Aplikasi ini bersaiz 11.71 MB dan sesuai dipasang
ke dalam telefon pintar ataupun tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Guru-guru
boleh memuat turun perisian ini ke dalam telefon pintar dan tablet yang menggunakan sistem
operasi Android.













Rajah 1: Aplikasi Belajar ABC

Saya telah memuat turun dan memasang aplikasi ini ke dalam telefon pintar Samsung
Galaxy Note 2 dan Samsung Galaxy Grand Quattro untuk membuat penilaian kesesuaiannya di
dalam telefon pintar. Saya juga telah memasang aplikasi ini ke dalam tablet Samsung Galaxy
Tab 7.7 untuk melihat aplikasi ini beroperasi di dalam tablet.

Aplikasi ini berfungsi dengan lancar di dalam telefon pintar dan tablet Android tanpa
sebarang masalah. Aplikasi ini dibangunkan dalam bahasa Melayu. turut dilengkapi dengan
audio dalam bahasa Melayu. Individu yang membangunkan aplikasi ini turut menyertakan
alamat email dan facebook di dalamnya agar memudahkan pengguna membuat aduan atau feed-
back tentang aplikasi ini.
HBEF2303


8
2.1: Bagaimana aplikasi Belajar ABC berfungsi.
Aplikasi ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur seawal 3 tahun belajar
mengenal huruf dan membunyikannya. Paparan antara-muka aplikasi ini adalah mesra pengguna
dengan butang home disediakan pada setiap slaid/paparan. Ini memudahkan kita kembali ke
paparan sebelumnya. Pemilihan warna latar dan tulisan/huruf yang sesuai serta audio yang
sangat jelas banyak membantu murid-murid.

Aplikasi ini terdiri daripada tiga bahagian (Rujuk rajah 2). Pada bahagian pertama dan
kedua, aplikasi ini berfungsi dengan murid menyentuh huruf yang dipaparkan pada skrin. Huruf
yang disentuh akan mengeluarkan bunyi huruf tersebut(Rujuk rajah 3a dan 3b). Perbezaan yang
terdapat pada bahagian pertama dan kedua adalah; pada bahagian pertama, murid bebas memilih
huruf secara rawak. Murid bebas memilih huruf A kemudiannya huruf F dan seterusnya huruf Y
tanpa terikat dengan susunannya.













Rajah 2: Paparan utama aplikasi Belajar ABC





HBEF2303


9













Rajah 3a: Paparan bagi bahagian pertama















Rajah 3b: Huruf yang disentuh akan mengeluarkan bunyi huruf tersebut


HBEF2303


10
Ini berbeza dengan bahagian kedua, yang mana murid tidak mempunyai pilihan untuk
mencuba huruf secara rawak. Murid perlu bermula dari huruf A, diikuti dengan huruf B, dan
seterusnya huruf C (Rujuk rajah 4). Secara ringkasnya, pada bahagian kedua ini, huruf disusun
secara linear. Ini bermakna murid perlu belajar mengikut susunan yang betul.








Rajah 4: Paparan bagi bahagian kedua

Pada bahagian ketiga, ianya lebih mirip kepada ujian untuk menilai ingatan dan
kefahaman murid-murid. Ujian ini juga bersifat linear, iaitu murid perlu mengikutinya bermula
dari huruf A diikuti dengan huruf B dan seterusnya C. Murid perlu memilih huruf yang betul
berdasarkan bunyi yang disebut. Jawapan yang betul akan disusuli dengan ucapan pujian sebagai
pendorong semangat kepada murid-muird untuk meneruskan kepada huruf seterusnya (Rujuk
rajah 5).











Rajah 5: Paparan bagi bahagian ketiga
HBEF2303


11
2.2: Penilaian aplikasi Belajar ABC
Objektif utama tugasan ini adalah untuk mendapatkan pandangan/pendapat, cadangan
dan maklum balas (feedback) daripada guru-guru yang menggunakan aplikasi ini untuk mengajar
di dalam bilik darjah. Saya telah memilih beberapa orang guru yang mengajar murid prasekolah,
murid Tahun 1 dan murid pemulihan sebagai responden. Ini adalah kerana, aplikasi Belajar ABC
ini sesuai digunakan untuk mengajar murid prasekolah, murid Tahun 1 dan murid Pemulihan
yang masih belum menguasai huruf.

Berdasarkan kepada rujukan dan sumber-sumber dari internet, saya telah membuat satu
borang penilaian sumatif berbentuk soal selidik yang bersesuaian untuk menilai keberkesanan
aplikasi ini pada pandangan guru-guru. Borang penilaian sumatif ini dibuat berdasarkan kepada 4
elemen utama berikut.

1. Kandungan Perisian
2. Hasil Pembelajaran
3. Mesra Pengguna
4. Ciri-ciri Multimedia
Sampel borang soal selidik adalah seperti dalam Lampiran 1

2.3: Kaedah penilaian aplikasi Belajar ABC
Penilaian bagi aplikasi Belajar ABC ini dibuat dengan menggunakan borang penilaian
sumatif. Seramai 10 orang guru yang mengajar murid prasekolah, murid Tahun 1 dan murid
pemulihan dipilih untuk menyertai penilaian sumatif ini.

Guru-guru yang telah dipilih dikehendaki memuat turun dan memasang aplikasi Belajar
ABC daripada Google Play Store di dalam telefon pintar dan tablet masing-masing. Mereka
diberi tempoh selama seminggu mencuba dan menggunakan aplikasi ini sebagai alat bantu
mengajar semasa mengajar murid masing-masing. Selepas seminggu, guru-guru dikehendaki
melengkapkan Borang Penilaian Sumatif berdasarkan pengalaman mereka menggunakan aplikasi
ini.

HBEF2303


12
3.0: Rumusan penggunaan aplikasi Belajar ABC dalam PPBK.
Berdasarkan maklum balas daripada guru-guru dan keputusan borang soal selidik, saya
telah membuat rumusan dalam bentuk jadual dan graf. Jadual dan graf ini dibuat dengan tujuan
untuk memudahkan kita memahami keputusan borang soal selidik yang diberi.


















Jadual 1: Keputusan Analisis Borang Soal Selidik

Berdasarkan kepada keputusan analisis borang soal selidik (Rujuk Jadual 1), saya telah
memplot beberapa graf yang berkaitan untuk memudahkan kita memahami keputusan soal
selidik yang telah diberikan kepada guru-guru. Saya telah membahagikan graf tersebut kepada
empat bahagian mengikut elemen masing-masing.




Jumlah
1 2 3 4 5 Responden
1 0 0 0 3 7 10
2 0 0 0 0 10 10
3 0 0 0 2 8 10
4 0 0 0 2 8 10
5 0 0 2 3 5 10
6 0 0 1 2 7 10
7 0 0 1 2 7 10
8 0 0 0 2 8 10
9 0 0 2 3 5 10
10 0 0 2 3 5 10
11 2 2 3 3 0 10
12 0 0 3 2 5 10
13 0 0 3 2 5 10
14 10 0 0 0 0 10
15 10 0 0 0 0 10
16 0 0 1 2 7 10
17 0 0 0 2 8 10
18 0 0 0 2 8 10
19 0 0 1 3 6 10
20 0 0 0 2 8 10
D
Nombor Item
Skala
Bahagian
A
B
C
HBEF2303


13
Graf keputusan bagi Bahagian A, mengikut skala































0
2
4
6
8
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian A: Item 1
0
2
4
6
8
10
12
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian A: Item 2
0
2
4
6
8
10
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian A: Item 3
0
2
4
6
8
10
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian A: Item 4
0
1
2
3
4
5
6
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian A: Item 5
HBEF2303


14
Graf keputusan bagi Bahagian B, mengikut skala































0
2
4
6
8
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian B: Item 6
0
2
4
6
8
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian B: Item 7
0
2
4
6
8
10
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian B: Item 8
0
1
2
3
4
5
6
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian B: Item 9
HBEF2303


15
Graf keputusan bagi Bahagian C, mengikut skala































0
1
2
3
4
5
6
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian C: Item 10
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian C: Item 11
0
1
2
3
4
5
6
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian C: Item 12
0
1
2
3
4
5
6
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian C: Item 13
0
2
4
6
8
10
12
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian C: Item 14
0
2
4
6
8
10
12
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian C: Item 15
HBEF2303


16
Graf keputusan bagi Bahagian D, mengikut skala































0
2
4
6
8
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian D: Item 16
0
2
4
6
8
10
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian D: Item 17
0
2
4
6
8
10
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian D: Item 18
0
1
2
3
4
5
6
7
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian D: Item 19
0
2
4
6
8
10
1 2 3 4 5
B
i
l
a
n
g
a
n

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Skala
Bahagian D: Item 20
HBEF2303


17
Berdasarkan graf yang telah diplot, saya membuat kesimpulan bahawa perisian Belajar
ABC ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Daripada graf, kita mendapati
bahawa ada item dalam borang soal selidik tersebut mendapat skor keseluruhan skala 5 iaitu item
3. Ini bermaksud kesemua responden yang terlibat dalam soal selidik sangat bersetuju dengan
pernyataan item 3.

Terdapat juga beberapa item yang mendapat skor yang agak tinggi iaitu lapan responden
sangat setuju dengan pernyataan item 4,5,8,17,18,20, empat responden sangat setuju dengan
pernyataan item 2,6,7 dan 16. Ini memberi gambaran bahawa item 2,4,5,6,7,8,16,17,18 dan 20
merupakan kelebihan bagi perisian ini.

Walau bagaimanapun, terdapat dua item yang perlu diambil perhatian oleh pengeluar
perisian ini iaitu item 14 dan 15. Saya mendapati kesemua responden sangat tidak bersetuju
dengan kedua-dua item ini kerana item ini tidak disediakan di dalam perisian tersebut. Walaupun
perisian ini nampak mudah dan ringkas, namun pengeluar/pembina perisian ini perlu mengambil
kira untuk menyertakan panduan cara menggunakannya kerana kebiasaannya bakal pengguna
perisian ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan tahap pendidikan. Selain daripada
itu, pengeluar perisian ini perlu menyediakan bantuan off-line sebagaimana perisian
pembelajaran yang lain. Ada kemungkinan pengguna menggunakan perisian ni di kawasan yang
tidak mempunyai apaian internet. Oleh yang demikian, sangat penting bagi pengeluar
menyertakan sekali panduan pertolongan secara off-line.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan perisian Belajar ABC ini kerana
ianya boleh dimuat-turun secara percuma. Kandungan perisian ini juga sangat menarik minat
murid-murid. Penyusunan isi kandungan dan pemilihan warna serta audio sesuai bagi murid-
murid sekolah rendah.

Masih terdapat beberapa ruang yang masih boleh diperbaiki dalam penghasilan perisian
ini. Salah satu elemen yang perlu diambil perhatian adalah dari sudut capaian antara slaid dengan
slaid yang lain. Sebagai contoh, perisian ini sangat baik jika pengguna tidak perlu mengikutinya
secara linear. Dengan erti kata lain, pengguna bebas memilih huruf secara rawak dan tidak terikat
HBEF2303


18
kepada susunan huruf A-B-C..-Z. Ini dapat mengurangkan murid daripada menghafal semata-
mata susunan huruf-huruf tersebut tanpa mengenalinya.

Penutup
Guru-guru perlu mengambil peluang ke atas perkembangan dalam bidang perisian
aplikasi telefon pintar dan tablet dalam usaha mempelbagaikan cara dan kaedah pengajaran di
dalam kelas. Walaupun komputer masih menjadi tunjang utama dalam PPBK, namun guru-guru
perlu bersikap lebih terbuka mempersiapkan diri dengan kemajuan tekologi yang berkembang
pesat.

Kebanjiran perisian-perisian pembelajaran berorientasikan aplikasi Android perlu
dipandang sebagai satu peluang dan rahmat kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran. Kebanyakan perisian pembelajaran yang dikeluarkan boleh didapati dengan
percuma. Guru perlu bjiak memilih aplikasi pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap
penguasaan murid masing-masing.

Selain daripada itu, kerajaan perlu menggalakkan guru-guru mempelajari asas dalam
pembuatan perisian pembelajaran menggunakan aplikasi android agar guru-guru tidak terlalu
bergantung kepada perisian yang dibuat dari luar negara. Walaupun pada peringkat awal, perkara
ini agak sukar untuk direalisasikan, namun ianya tidak mustahil sebagaimana ketika guru-guru
dahulu mula-mula diperkenalkan dengan komputer dan perisian microsoft. Saya masih ingat
semasa kerajaan mula-mula memperkenalkan penggunaan komputer riba sebagai alat
pengajaran, ramai guru yang merungut dan memberi pelbagai alasan. Namun pada masa kini,
hampir kesemua guru-guru telah didedahkan dengan komputer dalam PPBK.

Bagi pengeluar/pembina perisian pembelajaran, kerajaan perlu memberikan intensif
berupa bantuan kewangan dan sokongan kepada mereka. Ini kerana, kebanyakan pembuat
perisian aplikasi android ini adalah individu persendirian yang tidak bermotifkan keuntungan.

Akhir sekali, saya berharap agar kerajaan dapat menjadikan aplikasi Android sebagai
salah satu mata pelajaran yang wajib diajar kepada semua bakal-bakal guru yang masih belajar di
institut perguruan seluruh negara, sebagaimana perisian komputer berasaskan windows/office.
HBEF2303


19
Rujukan.

Ahmad Zaki bin Amiruddin, Dr. Ahmed Thalal bin Hassan, Ahmad bin Abdul Rahman, Nor
binti Abdul Rahman, Mohd Shahriman bin Abu Bakar (2014). Penggunaan aplikasi atas
talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga: Pengenalan kepada
Quiz.com. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014. Batu Pahat, JOHOR.

Mohd Fadli Ahdon, Supian Jolen Ke Arah Pembelajaran Mobile Learning Di Politeknik
Malaysia (2006). Penggunaan komputer dalam pengajaran-pembelajaran dalam
kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia,
Pulau Pinang.

Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Ahmad, Azman Abdullah. (2014). HBEF2303
Teknolog Maklumat dalam Pendidikan. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Saedah Siraj. (2005). Pembelajaran mobile dalam kurikulum masa depan. Journal on
Isues of Education, 27, 115-126.

Zuraida Yusof. (2003). Pembangunan dan penilaian perisian multimedia. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, PTSL, UKM.













HBEF2303


20
Lampiran.

Lampiran 1: Borang Soal Selidik
BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN APLIKASI ANDROID
NAMA APLIKASI: BELAJAR ABC
Arahan sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah jawab dengan jujur dan ikhlas
1 2 3 4 5
Sangat tidak setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

A. KANDUNGAN PERISIAN
Bil. Item
Skala
1. Huruf disusun dengan teratur mengikut turutan
1 2 3 4 5
2. Huruf yang terkandung terlalu mudah dikenal pasti
1 2 3 4 5
3. Huruf yang terkandung mempunyai saiz yang sesuai
1 2 3 4 5
4.
Isi kandungan perisian boleh digunakan untuk mengajar
mengenali huruf
1 2 3 4 5
5. Isi kandungan perisian adalah bertepatan dengan kurikulum
1 2 3 4 5

B. HASIL PEMBELAJARAN
Bil. Item
Skala
6.
Selepas menggunakan perisian ini, murid dapat mengenal huruf-
huruf vokal dan konsonan
1 2 3 4 5
7.
Selepas menggunakan perisian ini, murid dapat membunyikan
huruf konsonan dan vokal dengan betul
1 2 3 4 5
8.
Selepas menggunakan perisian ini, murid dapat mengenal pasti
huruf besar dan huruf kecil
1 2 3 4 5
9.
Selepas menggunakan perisian ini, murid dapat menulis huruf
vokal dan huruf konsonan di buku latihan
1 2 3 4 5
HBEF2303


21
C. MESRA PENGGUNA
Bil. Item
Skala
10.
Guru seronok menggunakan perisian ini kerana menu dan butang
yang disediakan sentiasa membantu untuk meneroka perisian ini.
1 2 3 4 5
11. Guru boleh keluar daripada perisian ini pada bila-bila masa.
1 2 3 4 5
12.
Ikon yang digunakan dalam perisian senang dikenal pasti
fungsinya.
1 2 3 4 5
13. Ikon yang digunakan di dalam perisian ini konsisten dan tersusun.
1 2 3 4 5
14.
Butang pertolongan disediakan untuk membantu guru
sekiranya timbul masalah.
1 2 3 4 5
15.
Perisian dilengkapi dengan manual pengguna untuk memudahkan
guru menggunakannya
1 2 3 4 5


D. CIRI-CIRI MULTIMEDIA
Bil. Item
Skala
16. Saiz, jenis font dan warna huruf yang digunakan adalah sesuai.
1 2 3 4 5
17.
Susunan huruf dalam perisian ini teratur, sistematik dan tidak
terlalu padat.
1 2 3 4 5
18.
Animasi yang digunakan bersesuaian dengan perisian dan
menarik perhatian murid.
1 2 3 4 5
19.
Warna, bentuk dan kedudukan butang interaktif memudahkan
penerokaan guru dan murid.
1 2 3 4 5
20. Audio yang digunakan dapat didengar dan difahami dengan jelas.
1 2 3 4 5