Anda di halaman 1dari 6

Analisis keberkesanan kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan.


Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terdapat tujuh cadangan
kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran
bernlai tambah boleh dilksanakan secara solo mahupun secara bergabung atau berpasangan.
Jenis kemahiran bernilai tambah yang terlibat dalam pengajaran saya ini ialah
kemahiran berfikir dimana Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan
pendapay Mayer(1977 dan 1991) dan frenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai
proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.Proses asas
berfikir ialah apabila kita mengemukakan pertanyaan. Kerana untuk mengemukakan
pertanyaan kita perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Melalui analisis yang saya buat
sebelum ini jenis kemahiran berfikir yang terlibat ialah mengumpul maklumat dan kemudian
mentafsirkan maklumat yang dikumpul berpandukan tajuk kempen kitar semula. Secara
keseluruhannya melalui senarai semak yang saya buat penguasaan murid dalam
kemahiran berfikir ini berada pada tahap yang amat memuaskan iaitu 86% dan
yang tidak kuasai hanya 14%. Perkara ini terjadi kerana sebahagian murid(14%) tidak
dapat memahami apa yang mereka baca sehingga menyebabkan mereka tidak dapat
mengumpul maklumat yang dikehendaki dan mentafsirkannya. Cara untuk mengatasi
14% murid yang tidak dapat kuasai kemahiran berfikir ini ialah mereka perlu berbincang
bersama rakan lain untuk lebih memahami dan menguasai maklumat yang ada agar
dapat memudahkan murid yang lemah ini memahami teks yang diberikan. Kemudian,
jenis kemahiran berfikir yang ketiga yang terlibat ialah membuat analogi. Secara
keseluruhannya murid yang dapat membuat analogi dengan memberikan maksud
peribahasa dalam dialog secara tepat sebanyak 63% dan selebihnya 37% tidak dapat
membuat analogi dengan tepat. Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir dengan
membuat analogi ini adalah pada tahap sederhana dimana 63% murid dalam kelas
dapat membuat analogi manakala 37% lagi tidak dapat membuat analogi. Hal ini
berlaku kerana murid kurang membaca sekaligus menyebabkan mereka kurang
terdedah dengan peribahasa yang diberikan. Cara untuk mengatasi murid yang tidak
dapat membuat analogi ini ialah menggalakkan murid membaca buku-buka tambahan
yang mengandungi peribahasa supaya mereka kerap terdedah dan mudah memahami
peribahasa yang mereka dapati dalam buku yang mereka baca. Seterusnya jenis
kemahiran berfikir yang keempat ialah mengenalpasti idea utama dan idea sokongan
dan seterusnya mentafsir idea yang diperolehi. Murid yang dapat mengenalpasti idea
utama dan mentafsirkannya ialah sebanyak 51% dan yang tidak dapat mengenalpasti
idea utama pula ialah sebanyak 49%. Daripada analisis senarai semak lembaran kerja
yang diperolehi ini menunjukkan satu pencapaian murid yang lemah kerana hanya
separuh kelas dapat kenalpasti idea utama dan idea sokongan dan seterusnya
mentafsirkannya. Dengan ini saya telah membuat keputusan mengubah cara
pengajaran saya kepada pengajaran berkumpulan supaya murid dapat bekerjasama
bersama ahli kumpulan lain untuk kenalpasti idea utama dan idea sokongan seterusnya
pula secara tidak langsung murid yang pandai dapat dididik untuk berkongsi ilmu
pengetahuan bersama rakan-rakan sekelas yang lemah. Jenis kemahiran berfikir yang
terakhir terlibat dalam pengajaran saya kali ini ialah merumus. Melalui pemerhatian
saya dalam pengajaran yang saya buat majoriti murid dalam kelas ini iaitu sebanyak 85%
dapat merumuskan isi pelajaran yang mereka pelajari pada hari ini dengan tepat dan peratusan
yang selebihnya pula dapat membuat rumusan pembelajaran mereka tetapi mereka tidak dapat
membuatnya dengan tepat menggunakan ayat yang lengkap dan teratur.
Jenis kemahiran bernilai tambah yang kedua yang terdapat dalam pengajaran saya
ialah kecerdasan pelbagai. Image Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How
ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing,
preceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan
masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang
mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a
kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai
bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga
sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang
lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.
Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-
beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi
yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak
sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.Kecerdasan pelbagai yang terlibat
ialah verbal linguistik, interpersonal. Dalam pengajaran langkah 1, murid perlu membentangkan
hasil perbincangan mereka secara lisan dihadapan kelas (verbal linguistik dan
interpersonal). Secara keseluruhannya penguasaan murid dalam kecerdasan pelbagai
melalui verbal linguistik dan interpersonal ini berada pada tahap yang sederhana iaitu
71% dan 14% murid tidak dapat menguasai. Daripada 71% ini bermaksud hanya 25
orang murid yang dapat kuasainya daripada jumlah 35 orang murid dalam kajian yang
dibuat. Daripada 25 orang murid ini 4 orang murid berkomunikasi secara lisan antara
sela masa 0- 5 minit, 7 orang murid berkomunikasi secara lisan antara sela masa 5- 10
minit dan 14 orang murid berkomunikasi secara lisan dalam masa lebih 10 minit.
Daripada analisis yang dibuat masih menunjukkan tidak semua murid terlibat dalam
pengajaran langkah 1 ini sedangkan murid perlu terlibat aktif dalam pengajaran langkah
1 oleh itu,guru perlu lebih aktif merangsang murid untuk bertutur secara lisan untuk
memperbaiki penguasaan murid-murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
Seterusnya jenis kemahiran bernilai tambah yang ketiga ialah pembelajaran
kontekstual. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) pembelajaran kontekstual
merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan
isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran
Pembelajaran secara kontekstual menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands on dan minds on dalam persekitaran yang pelbagai. Dengan
ini pembelajaran ini dipraktikkan dalam pengajaran guru pada langkah 1,guru memilih
seorang murid secara rawak untuk menceritakan tentang kawasan tempat tinggal
mereka secara sumbangsaran menyatakan aktiviti yang telah dijalankan untuk menjaga
kebersihan kawasan persekitaran.





Analisis penglibatan murid dalam pembelajaran kontekstual
Nama murid Pembelajaran Kontekstual
Terlibat Tidak terlibat
1. Alexan Lazarus /
2. Alfred Bansing /
3. Alvin Wan /
4. Azzamri /
5. Brian baja /
6. Darien /
7. Emmanuel /
8. Hermon /
9. Mitchel /
10.Izudin /
11.Madza /
12.Naim /
13. Nicholas Mada /
14. Owen /
15. Rio /
16. Wayner /
17. Anastasia /
18. Anjelie /
19.Elebat Banun /
20. Elizabeth /
21. Elizabeth Impa /
22. Evina /
23. Iliona /
24. Jesse /
25. Josie /
26.Lia Naatasha /
27.Mayviss /
28. Nirmala /
29. Nisyarina /
30. Nur Ain /
31. Nur Anisah /
32. Nur Halisya /
33. Nur Syafiqah /
34. Nurul Iman /
35. Racheal /
Jumlah 15 20
Peratusan % 43% 58%

Melalui senarai semak yang saya buat murid yang terlibat dalam pembelajaran
kontekstual dalam pengajaran guru adalah kurang hanya sebanyak 43% dan
selebihnya tidak terlibat. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah guru perlu merancang
satu kaedah pengajaran yang lebih aktif tetapi santai contohnya menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif agar muridmurid disediakan dengan satu suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak terkongkong yang menyebabkan mereka
berasa segan untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran mereka.
Secara keseluruhannya, daripada ketiga-tiga kemahiran bernilai tambah yang
saya gunakan saya dapati tidak semuanya dapat dijalankan secara efisien di dalam
kelas pengajaran saya seterusnya ia tidak dapat membantu saya untuk meningkatkan
keberkesanan teknik pengajaran saya. Oleh itu, saya telah merancang beberapa
kaedah untuk mengatasi kepincangan saya dalam menerapkan kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu saya di
dalam kelas. Sebenarnya kemahiran Bernilai Tambah ini memberikan idea alternative
kepada guru dan murid untuk menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih
ceria, bermakna dan berkesan.




Bibliografi
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hassan Basri Kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al. (2007). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu
Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Kamarudin bin Jeon, Khadijah binti Yusuf, Mohd. Nasar bin Sukor, Zainal Arifin bin Yusuf.
(2006). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamarudin Haji Husin, et al. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001

Anda mungkin juga menyukai