Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

1

1. PENDAHULUAN

Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang
berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi
dan Misi Bahagian Pendidikan Guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program ini sebagai
landasan untuk pelajar mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima semasa pengajian di IPGM
dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.


2. KONSEP

Amalan Profesional perlu dilihat sebagal satu kontinum dalam program latihan perguruan
praperkhidmatan di IPGM. Program ini terbahagi kepada tiga bahagian:

(i) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

(ii) Praktikum (Pengajaran makro dan mikro dijalankan sebelum praktikum oleh Jabatan Ilmu
Pendidikan/Jabatan Pengkhususan/Jabatan Major)

(iii) Internship

Pembahagian ini dapat digambarkan seperti rajah berikut:



Amalan Profesional




PBS Praktikum Internship


Rajah 1.1 : Konsep Amalan Profesional


3. RASIONAL

Amalan Profesional menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam
amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri.
Hasil daripada pengalaman, proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan
menggunakan kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan (situational knowledge) dan inovasi yang menjadi
asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar
dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan
yang berkesan.

Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian.
Proses ini memerlukan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar antara IPGM dan sekolah.
Permuafakatan yang mantap dan berstruktur ini dapat membantu perkembangan sistem latihan
terutamanya dari segi peningkatan profesionalisme keguruan.
GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN


2


























R = Refleksi

Rajah 1.2 : Proses Pembinaan Insan Guru dalam Amalan Profesional


4. MATLAMAT

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, teori,
kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional. Amalan Profesional
juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri
dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiah guru yang
unggul dan bukan sebagai guru di bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian, Amalan Profesional
perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan usaha sama antara IPGM, JPN
dan sekolah.


5. OBJEKTIF

5.1 Melalui Amalan Profesional, diharapkan pelajar akan dapat:

(i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai
profesional perguruan;

(ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti;

R
R
R
INSAN
GURU
PENAMBAHBAIKAN
ILMU PROFESIONAL PERGURUAN
ILMU BINAAN
(SITUATIONAL KNOWLEDGE)

TEORI TERSENDIRI
(PERSONAL THEORIES)
PENAMBAHBAIKAN
PENAMBAHBAIKAN
TEORI PRAKTIS
PELAJAR
R R
R R
GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN


3

(iii) meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;

(iv) menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;

(v) menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran;

(vi) menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran;

(vii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, seterusnya
memperkembangkan potensi mereka sebagai guru;

(viii) membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas
guru; dan

(ix) membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional
perguruan.

5.2 Melalui Amalan Profesional ini juga, pihak IPGM dan sekolah dapat:

(i) memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek
pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah;

(ii) mengeratkan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah
melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks
pengajaran pembelajaran dan;

(iii) menilai prestasi pelajar semasa Amalan Profesional.

6. PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN PROFESIONAL

Program amalan profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan seperti dalam Jadual
1.1.

Program
Tempoh Pelaksanaan Program Amalan Profesional
Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship
PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Prak 1 Prak 2 Prak 3 Internship
Tempoh
1
minggu
1
minggu
1
minggu
1
minggu
4
minggu
8
minggu
12
minggu
4
minggu
Semester 1 2 3 4 5 6 7 8
Kredit - 2 4 6 2
Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional


GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN


4

7. PENILAIAN AMALAN PROFESIONAL

Wajaran bagi penilaian amalan profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2. Perincian bagi setiap
aktiviti PBS, praktikum dan internship dihuraikan dalam bahagian yang berkaitan.

Program
Wajaran Markah Amalan Profesional
Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship
PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Prak 1 Prak 2 Prak 3 Internship
PISMP
1
minggu
1
minggu
1
minggu
1
minggu
4
minggu
8
minggu
12
minggu
4
minggu
Wajaran
Wajaran untuk PBS dimasukkan dalam
tugasan mata pelajaran major/elektif
100 % 100 % 100 % 100 %

Jadual 1.2 : Wajaran Untuk Penilaian Amalan Profesional


7.1 Syarat Penentuan Keputusan

Prestasi pelajar dalam amalan profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkan
dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG).

(i) Penentuan lulus adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

- Kehadiran 100% dalam amalan profesional
- Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir setiap praktikum dan
internship
- Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan

(ii) Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

- Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam
kategori lulus.
- Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan
bimbingan yang diberikan.
- Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak tiga kali.
- Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebanyak tiga
kali sepanjang tempoh praktikum.
- Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan
kesalahan.

Anda mungkin juga menyukai