Anda di halaman 1dari 11

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

1

Dalam kehidupan seharian semua yang kita perhatikan mempunyai sempadan,
contohnya bilik yang mempunyai dinding sebagai sempadan, setiap negara
mempunyai sempadan dan lautan mempunyai pantai sebagai sempadan.
Persoalan sama ada alam semesta mempunyai sempadan menimbulkan banyak
penghujahan dan pencerapan yang menunjukkan bahawa alam semesta adalah
tersangat luas dan tidak mempunyai sempadan. Oleh kerana tiada sempadan
maka ia juga tidak mempunyai titik tengah.

Menurut andaian yang rasional alam semesta mempunyai banyak bintang yang
berkumpul dan membentuk galaksi, yang kemudiannya berkumpul membentuk
gugusan galaksi. Cahaya dari gugusan galaksi sepatutnya menjadikan langit
tersangat cerah walaupun pada waktu malam. Melalui pencerapan (observation)
langit kelihatan gelap pada waktu malam. Ini menyebabkan wujudnya konflik
antara teori dan pencerapan yang dikenali sebagai Paradoks Olbers. Heinrich
Olbers membuat andaian bahawa alam semesta adalah sangat luas dan tiada
sempadan, mempunyai usia yang tidak terhingga (infinite), bersifat statik dan
dipenuhi dengan bintang. Maka setiap garis pandangan dari Bumi ke angkasa
lepas akan berakhir pada permukaan sesuatu bintang. Bintang yang jauh
kelihatan malap berbanding bintang yang hampir dengan Bumi. Semakin jauh
kita pandang ke dalam angkasa lepas, semakin besar isipadu yang dicakup oleh
pandangan dan semakin banyak bintang yang dicerap. Oleh itu cahaya dari
bintang-bintang tersebut akan menjadikan langit cerah, sama cerah dengan
permukaan bintang bersaiz sederhana dan tidak kelihatan gelap.

10.3.2 Apakah look-back time?

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

2

Dalam astronomi jarak yang sangat besar dinyatakan dalam unit tahun cahaya.
Satu tahun cahaya adalah jarak yang dilalui oleh cahaya dalam masa satu tahun,
iaitu hampir 10
13
km atau 63.000 AU (astronomical unit). Tahun cahaya adalah
unit bagi jarak dan bukannya unit bagi masa. Cahaya dari galaksi bergerak
melalui jarak yang diukur dalam unit tahun cahaya untuk sampai ke Bumi.
Apabila kita mencerap suatu galaksi yang terletak berjuta tahun cahaya dari
Bumi, kita tidak melihat keadaan galaksi itu pada masa kini tetapi kita melihat
keadaannya berjuta tahun dahulu iaitu semasa cahaya darinya mula bergerak
kearah Bumi. Kita sebenarnya melihat masa silam galaksi tersebut yang
mempunyai magnitud, dipanggil look-back time. Look- back time adalah masa
dalam unit tahun yang bersamaan dengan jarak yang dilalui oleh cahaya dari
galaksi untuk sampai ke Bumi. Jarak ini diukur dalam tahun cahaya.

10.3.3 Perbezaan antara alam semesta dengan alam semesta yang dicerap

Ahli kosmologi mendapati Paradoks Olbers dibuat berdasarkan andaian yang
kurang betul. Alam semesta adalah sangat luas dan tiada sempadan, tidak
terlalu berusia tetapi kewujudannya bermula dari satu waktu tertentu. Terdapat
bintang yang terlalu jauh dari Bumi sehinggakan cahaya dari bintang tersebut
belum lagi sampai ke Bumi menyebabkan kita tidak dapat melihat bintang
tersebut. Bila kita meneroka jauh ke angkasa lepas kita akan menghampiri
permulaan usia alam semesta iaitu ketika bintang yang pertama mula bersinar.
Langit kelihatan gelap kerana alam semesta baru bermula.

Penerangan tentang persoalan Olbers memberi huraian jelas tentang perbezaan
antara alam semesta dengan alam semesta yang dicerap (observable
universe). Alam semesta adalah semua yang wujud di angkasa lepas dan
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

3

saiznya adalah tidak tertakrif. Alam semesta yang dicerap, walaupun besar,
adalah sebahagian (mungkin bahagian yang sangat kecil) daripada alam
semesta sebenar, yang dicerap dari Bumi dengan menggunakan teleskop yang
paling berkuasa. Alam semesta yang dicerap dianggarkan berusia lebih kurang
14 bilion tahun. Ini bererti objek yang tersangat jauh dari Bumi tidak dapat
dicerap kerana jaraknya melebihi masa look- back time iaitu melebihi 14 bilion
tahun.


Spektrum Elektromagnet
Dari teori gelombang bagi cahaya, spektrum elektromagnet adalah julat semua
frekuensi sinaran elektromagnet yang disusun seperti berikut:



SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

4

Cahaya inframerah mempunyai panjang gelombang yang lebih besar tetapi
tenaga yang kurang dan frekuensi yang lebih rendah berbanding gelombang
cahaya yang boleh dilihat (visible). Manakala cahaya ultraungu mempunyai
panjang gelombang yang lebih kecil tetapi tenaga dan frekuensi yang lebih tinggi
daripada gelombang cahaya yang boleh dilihat.

Kesan Doppler
Kesan Doppler terhasil daripada perubahan ketinggian nada siren yang
kedengaran dan bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan laju yang mendekati atau
menjauhi pendengar. Nada bunyi menjadi lebih tinggi bila kenderaan mendekati
pendengar, contohnya bunyi siren ambulan dan kereta bomba. Nada bunyi
berkurangan apabila kenderaan melepasi dan menjauhi pendengar.

Kesan Doppler juga berlaku pada gelombang cahaya. Jika sumber cahaya
mendekati pemerhati, frekuensi gelombang cahaya bertambah dan ini dipanggil
anjakan biru (blue shift) kerana peningkatan frekuensi menghala kearah warna
biru di dalam spektrum warna. Apabila cahaya menjauhi pemerhati, frekuensi
berkurangan dan dipanggil anjakan merah (red shift) kerana anjakan cahaya
kearah hujung merah di dalam spektrum yang mempunyai frekuensi yang
rendah.

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

5


Anjakan merah dan anjakan biru
Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa)
sebagai satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai Big Bang. Ia
disokong oleh data yang diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh
ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad lamanya. Menurut Big Bang,
seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas).

Kemudian terjadi Big Bang (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-
galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet,
matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik
dan kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak sengaja adalah sifar.

10.3.4 Pengembangan kosmik

Pada tahun 1929 Edwin Hubble mendapati saiz anjakan merah (redshift)
bagi galaksi adalah berkadar terus dengan jarak galaksi dari Bumi. Galaksi yang
berdekatan Bumi mempunyai anjakan merah yang kecil berbanding galaksi yang
jauh dari Bumi. Kewujudan anjakan merah menunjukkan bahawa galaksi-galaksi
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

6

sedang bergerak menjauhi antara satu sama lain atau alam semesta sedang
mengembang. Pengembangan alam semesta tidak bermaksud Bumi menjadi
lokasi penting sebagai pusat pengembangan. Pengembangan alam semesta
boleh dianalogi dengan pengembangan roti kismis semasa pembakaran seperti
dalam rajah di bawah.



Semasa doh mengembang kismis ditolak menjauhi antra satu sama lain pada
kelajuan yang berkadar terus dengan jaraknya. Dua kismis yang berdekatan
akan tertolak menjauhi satu sama lain secara perlahan-lahan tetapi dua kismis
yang jauh akan tertolak pada kelajuan yang lebih tinggi. Dengan merujuk kepada
mana-mana kismis anjakan merah mana-mana kismis lain adalah sama. Ini
menunjukkan pengembangan alam semesta berlaku secara sekata.

10.4 Teori Evolusi Alam Semesta

Pelbagai teori dikemukakan untuk menerangkan asal usul alam semesta.
Antaranya ialah Teori Keadaan Mantap (Steady State Theory) dan Teori Letupan
Besar ( Big Bang Theory)
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

7


10.4.1 Teori Keadaan Mantap (Steady State Theory)

Sekitar tahun 1920 Sir James Jeans mengemukakan The Steady State
Cosmology berdasarkan hipotesis tentang penciptaan jirim secara berterusan
dalam alam semesta. Teori tersebut dikaji semula pada tahun 1948 oleh Fred
Hoyle, Thomas Gold, Hermann Bondi dan lain-lain. Teori Keadaan Mantap
menyatakan alam semesta berterusan mengembang tetapi secara statistik tidak
berubah walaupun jirim baru sentiasa dicipta. Alam semesta tidak ada permulaan
dan tiada pengakhiran. Pada tahun 1915 Albert Einstein merumuskan teori
kerelatifan am (General Theory of Relativity). Pengiraan matematik menurut teori
kerelatifan am menunjukkan adalah mustahil untuk alam semesta mengembang
dan kemudiannya mengecut untuk kekal statik. Einstein menambah ke dalam
persamaan kerelatifan itu satu pemalar kosmologi yang tidak dipengaruhi oleh
pengembangan ataupun pengecutan supaya alam semesta kekal statik.

10.4.2 Teori Letupan Besar dan Teori Keadaan Mantap
Pada tahun 1929 tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, telah
menemui bukti kukuh yang menyokong teori Letupan Besar. Dengan
menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati bahawa alam ini sedang
berkembang sekali gus mengukuhkan pendapat bahawa alam ini bercantum
padu pada asalnya dan letupan besar telah berlaku yang menyebabkan
pengembangan itu. Pengumuman Hubble bahawa alam semesta mengembang
menyebabkan Einstein menulis bahawa pemalar kosmologinya merupakan
"kesilapan besar" beliau. Pada 1931 Georges-Henri Lematre mengemukakan
teori yang dipanggil teori Letupan Besar sebagai asal-usul alam semesta.
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

8

Penyelidikan berhubung dengan tahap radiasi dan tentang gas helium yang
tersebar secara seimbang di angkasa, adalah selari dengan teori Letupan Besar.
Kedua-dua Teori Letupan Besar dan Teori Keadaan Mantap merupakan
persaingan hebat. Pada tahun 1964, penemuan gelombang-gelombang tertentu
di udara mengesahkan kewujudan Letupan Besar. Penyangkalan terhadap Teori
Keadaan Mantap memuncak pada tahun 1965, apabila Arno Penzias dan Robert
Wilson menemui sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik (cosmic
microwave background radiation) yang dijangkakan terhasil daripada Letupan
Besar. Teori Letupan Besar terus diterima ramai sebagai asal-usul alam
semesta.

10.4.3 Teori Letupan Besar

Letupan Besar bergantung kepada tiga anggapan iaitu 1) Kesejagatan
Hukum Fizik 2) Prinsip Kosmologi dan 3) Prinsip Copernican. Pada mulanya
idea ini dianggap sebagai postulat (dalil) tetapi pelbagai usaha telah dijalankan
untuk mengujinya.

Pengukuran ruang-masa dengan unit metrik telah digunakan untuk
menentukan jarak di antara dua titik. Titik-titik ini boleh jadi galaksi, kumpulan
bintang atau objek lain yang diberi koordinat atau grid mengikut pengukuran
ruang-masa. Pengukuran ini diparameterkan oleh faktor skala yang
menerangkan bagaimana alam semesta berubah mengikut masa. Pengukuran
ruang-masa menggunakan sistem koordinat yang dipanggil comoving
coordinates iaitu grid koordinat yang mengembang apabila alam semesta
mengembang. Oleh itu objek yang bergerak disebabkan pengembangan alam
semesta masih kekal pada grid koordinat yang sama. Maka jarak segerak
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

9

(comoving distances) di antara objek-objek masih kekal sama tetapi jarak fizikal
di antara objek-objek tersebut telah bertambah, mengikut nisbah faktor skala
pengembangan alam semesta.

Letupan Besar tidak boleh dianalogi sebagai satu jasad yang meletup dan
menghasilkan serpihan kecil. Letupan Besar bukanlah letupan jirim yang
bergerak untuk mengisi ruang kosong, tetapi yang berkembang adalah ruang-
masa itu sendiri. Pengembangan ini menyebabkan jarak fizikal di antara titik-titik
segerak bertambah. Letupan Besar lebih tepat dianggap Regangan Besar (Big
Stretch). Namun objek yang terikat bersama disebabkan ikatan graviti seperti di
galaksi kita tidak mengembang bersama pengembangan ruang-masa kerana
hukum fizik menentukan yang semua itu harus seragam dan galaksi kita amat
kecil serta tidak dapat diukur oleh teknik masa kini.

10.4.4 Bukti-bukti pencerapan

Tiga pemerhatian yang menyokong teori Letupan Besar adalah
pengembangan jenis Hubble yang dilihat pada anjakan merah galaksi,
pengukuran terperinci latar belakang gelombang mikro kosmik dan
nukleosintesis Letupan Besar.

Pengembangan Hukum Hubble
Pemerhatian ke atas galaksi dan kuasar jauh menunjukkan objek-objek
tersebut mengalami anjakan merah, iaitu cahaya yang dipancarkan dari objek
telah dianjakkan kepada jarak gelombang yang lebih panjang. Ini dilihat dengan
mengambil spektrum frekuensi objek tersebut dan memadankan dengan corak
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

10

spektroskopik garis pancaran atau garis serapan. Dari analisis ini, anjakan
merah sepadan dengan anjakan Doppler bagi sinaran tersebut boleh diukur, iaitu
boleh diterangkan melalui halaju gerakan dari bumi. Apabila halaju gerakan ini
diplot melawan jarak objek, hubungan linear yang dikenali sebagai Hukum
Hubble diperoleh:

di mana adalah halaju galaksi atau objek lain
jarak ke objek tersebut
pemalar Hubble (71 4) km/s/Mpc oleh alat WMAP

Pemerhatian Hukum Hubble mempunyai dua penjelasan yang mungkin. Pertama
adalah kita sebagai pusat peletupan galaksi, iaitu bercanggah dengan Prinsip
Copernican. Penjelasan kedua adalah alam semesta berkembang secara
seragam di mana-mana sebagai sifat unik ruang-masa.
Sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik
Dalam bidang kosmologi, sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik
adalah sinaran terma yang memenuhi alam semesta hampir seragam.

Teleskop
radio yang cukup sensitif menunjukkan satu cahaya latar belakang yang samar-
samar, hampir sekata pada semua arah, yang datangnya bukan daripada mana-
mana bintang, galaksi atau objek lain. Cahaya paling kuat dalam rantau
gelombang mikro spektrum radio. memiliki spektrum jasad hitam terma pada
suhu 2.725 K, dengan itu puncak spektrum dalam frekuensi julat gelombang
mikro. sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik.
Kajian tambahan yang dilakukan di antara tahun 1989 hingga 1993,
dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang dikenali sebagai COBE
Spacecraft, juga telah mengesahkan tentang perkara ini. Pada hari ini dengan
SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

11

alat dan prasarana yang lebih canggih, seperti makmal CERN yang terletak
berhampiran dengan Geneva, banyak kajian baru yang dapat dilakukan. Kajian-
kajian terkini dari makmal ini telah mengukuhkan lagi teori Letupan Besar.

Nukleosintesis Letupan Besar

Kajian menunjukkan bahawa pengembangan berlaku di dalam keadaan
suhu yang tinggi diikuti dengan penyejukan. Semasa alam semesta berusia
0.0001 saat selepas Letupan Besar, suhunya turun sehingga 10
12
K. Pada dua
minit kemudian proton telah bercantum dengan neutron dan melahirkan gas
deuterium (hidrogen berat atau heavy hydrogen). Pada minit ke tiga, deuterium
bertukar menjadi helium. Tiada atom lain yang lebih berat daripada helium
terbentuk kerana tiada nukleus yang stabil daripada berat atom 5 dan 8. Nukleus
5 dan 8 adalah radioaktif dan mereput serta merta menjadi nukleus yang lebih
kecil. Selepas tiga minit alam semesta menjadi sejuk dan hampir semua tindakan
nukleus terhenti. Selepas 30 minit tiada lagi tindakan nukleus dan hampir 75%
daripada alam semesta terdiri daripada protons nukleus hydrogen. Selebihnya
adalah nukleus helium. Ini disebut juga sebagai primary nebula.

Selepas lebih kurang sejuta tahun, gas di angkasa membeku dan
kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi,
bintang-bintang dan bumi.

Anda mungkin juga menyukai