Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2013


SMK TAMAN TELUK

OLEH :
PENGETUA

PADA :

20 MEI 2013

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih puan pengerusi majlis,
Yang Berbahagia Datuk Hoh Hee Lee
Yang Berusaha,
Puan Sofia Nor Binti Molhit

(Penolong Kanan SMK Taman Teluk)

Encik Iqbal Zain Bin Ahmad Umar

(PK Hal Ehwal Murid)

Puan Anita Mazlina Bt Azman

(PK Kokurikulum)

Yang dihormati,
Barisan Ketua Bidang,
Guru-guru Cemerlang,
Para guru,
Seterusnya guru-guru yang dikasihi sekalian.

1.

Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana

dengan izin-Nya jua, dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Teluk.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Pada
tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan disambut di Nilai,Negeri Sembilan.
Justeru, tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di
sekolah ini. Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak
mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk
mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan
yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan
harapan dan keparcayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru
dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat
wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan
istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi

ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa
guru yang tidak ternilai

2.

Tidak dapat kita nafikan, kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nikmati pada

hari ini adalah hasil sumbangan dan berkat kegigihan serta pengorbanan guru dalam bidang
pendidikan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang
dan holistik tidak akan tercapai tanpa peranan besar yang dimainkan oleh para guru. Segala
dasar dan pelan pendidikan yang terbaik tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen dan
dedikasi para guru. Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi masa kini
memerlukan bimbingan para guru. Bahkan, tugas guru pada alaf ini menjadi semakin
penting kerana bidang pendidikan merupakan penentu kejayaan sesebuah negara. Cabaran
besar untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormati perbezaan adat
dan budaya serta memperkukuh perpaduan dan jati diri memerlukan guru yang bukan
hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing.
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
Guru-guru yang saya hormati sekalian,
3.

.Pada tahun ini, kemeterian memilih GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

sebagai tema Hari Guru. Pada hemat saya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat
Kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah kita lancarkan. Tema ini
merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih
cemerlang di negara kita. Seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak
dalam PPPM dengan berusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh
lapisan kanak-kanak sesuai dengan prinsip pendidikan untuk semua tanpa membezakan
kaum, status sosial, taraf ekonomi, dan agama.

Guru-guru sekalian,
4.

Kementerian Pelajaran telah merangka pelan pembangunan yang komprehensif

untuk mencapai matlamat PPPM. 100 inisiatif utama telah dibentuk bagi pelaksanaan PPPM
2013-2025 yang merangkumkan dasar-dasar utama kerajaan termasuk Pelan Transformasi
Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10. Saya juga amat
bersyukur kerana sasaran enam inisiatif untuk 100 hari gelombang pertama PPPM telah pun
berjaya dicapai.

KEJAYAAN 100 HARI PERTAMA PPPM


5.

Antaranya, 61,000 orang guru Bahasa Inggeris telah diuji melalui Cambridge

Placement Test (CPT) bagi mengenal pasti tahap profisiensi guru dalam bahasa Inggeris.
Berdasarkan analisis keputusan CPT yang telah dilaksanakan, kohort pertama yang terdiri
daripada 5,000 guru telah memulakan latihan bagi meningkatkan lagi tahap profisiensi
mereka. Seterusnya, program latihan Professional English Language Teaching (Pro-ELT)
dilaksanakan secara berfasa melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris yang berkenaan.
6.

Dengan kejayaan mencapai matlamat inisiatif 100 hari pelaksanaan PPPM, saya

suka mengingatkan agar kita semua janganlah lalai dan leka. Usaha yang berterusan perlu
digiatkan bagi memastikan anak didik kita menguasai kemahiran, pengetahuan dan
pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Justeru, usaha bagi merealisasikan kesemua 19
inisiatif PPPM perlu kita laksanakan sedaya upaya dengan penuh komitmen agar menjelang
2015 segala perancangan strategik berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Saya amat
mengharapkan jasa baik dan bantuan guru-guru untuk berganding bahu bersama-sama
saya menjayakan inisiatif PPPM yang telah kita usahakan.
Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,

7.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik

sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak
bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar
menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan
cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat
serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita
seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita.
Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan
masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.
8.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-

cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai