Anda di halaman 1dari 4

Sumbangan Ibnu Battutah

Ibn Batuttah adalah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal
pada zaman pertengahan. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah dibukukan
dan membuka minda masyarakat Eropah. Sumbangan utama beliau ialah sebagai seorang
pelopor pengembaraan yang menghasilkan buku karangan mengenai benua Asia dan Afrika
berdasarkan pengalaman perjalanan sendiri. Antara sumbangan-sumbangannya adalah seperti:
1. Sumber Rujukan Sejarah.

Ibnu Battutah dijadikan sebagai sumber rujukan sejarah serta rujukan dari aspek yang
lain, contohnya tentang pelayaran, ilmu-ilmu keagamaan, budaya serta adat resam dan
bermacam-macam lagi. Hal ini bertepatan dengan penulisan sebuah buku oleh beliau sendiri
yang bertajuk Al-Rihlah apabila seorang sultan sangat mengagumi pelayarannya sehingga
meminta Ibnu Battuta membukukan segala catatan harian yang beliau tulis sepanjang
perjalanan serta pemerhatian beliau di setiap tanah hentian di benua Afrika serta Asia yang
dijejaki oleh Ibnu Battuta dalam sebuah buku. Dalam Al-Rihlah itu mengandungi pelbagai aspek
yang telah dicatatkan oleh Ibnu Battuta seperti aspek ekonomi, budaya dan sosial, poloitik,
masyarakat serta aspek keagamaan. Buku ini telah menjadi sumber rujukan yang penting pada
zaman pertengahan. Beliau banyak menulis tentang negara-negara Islam, terutamanya India
semasa pemerintahan Sultan Muhammad Taghluq, Anatolia, Maldives, Afrika, China dan Asia
Tenggara.

2. Menjadi Contoh serta Dorongan Pengembara Islam dan Barat

Dalam usia seawal 21 tahun mengharungi satu pengembaraan yang jauh menempuh
gelora bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi kejayaan Ibnu Battuta sebagai seorang penjelajah
muda yang Berjaya menjadi ikutan serta pendorong kepada penjelajah yang lain, bukan sahaja
kepada penjelajah Islam, tetapi juga pendorong kepada penjelajah dari Barat. Ekoran dari
kejayaan pelayaran beliau, muncul ramai nama-nama baru dalam arena pelayaran, contohnya
Ibn Majid dan Sulayman Al-Mahri yang Berjaya merentasi Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
Catatan mereka pula telah menjadi sumber panduan kepada para pelayar dari Eropah yang
berusaha untuk mencari jalan ke Timur pada abad 15 dan 16 Masihi, seperti Vasco da Gamma.


3. Menambahkan sumber rujukan dalam bidang pelayaran dan geografi.

Pelayaran Ibnu Battuta telah membuka satu lembaran baru dalam dunia pengembaraan
dalam bidang pelayaran khususnya serta dalam bidang Geografi. Catatan-catatan beliau yang
telah dibukukan telah menjadi sumber yang penting kepada ramai ilmuan serta penjelajah telah
diterbitkan dalam pelbagai terjemahan bahasa seperti bahasa Inggeris, Jerman, Belanda dan
Perancis. Sebagai contoh, seorang professor, Prof. H.A.R Gibb menterjemah buku Al-Rihlah
kepada The Travels of Ibn Battuta. Dengan ini, catatan pelayaran beliau telah menjadi rujukan
di seluruh dunia, bertepatan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang digunakan hampir di
seluruh dunia. Para orientalis barat pula memberi nama gelaran kepada Ibnu Battuta dengan
gelaran The Prince Of Muslim Travellers yang meletakkannya sebaris dengan nama
pengembara terkemuka di dunia seperti Marco Polo.

4. Meningkatkan Pengetahuan Politik dan Diplomasi.

Sepanjang pengembaraannya, beliau telah menemui ramai orang-orang penting dalam
sesebuah pemerintahan serta pentadbiran negara atau negeri seperti sultan, menteri, pegawai
dan sebagainya. Keperibadiannya, akhlak yang terpuji, berwibawa, mempunyai pengetahuan
dalam bidang agama serta pandai berdiplomasi menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila
memerlukan bantuan uantuk meneruskan perjalanan pengembaraannya. Beliau pernah dilantik
menjadi qadi oleh Sultan Muhammad Taghluq di India serta diberi kepercayaan untuk menjadi
utusan ke negara China pada tahun 1342 Masihi. Apabila singgah di Pasai, sultan Al-Malik Al-
Zahir memberikan penghormatan kepada beliau sebagai seorang ulama dengan menyediakan
sebuah tongkang besar yang lengkap dengan peralatan untuk pelayaran ke negara China.


5. Menambahkan pengetahuan sosiologi dan antropologi.

Dalam penulisan buku Al-Rihlah, beliau memperincikan setiap budaya serta kehidupan
masyarakat di setiap negara. Sebagai contoh, beliau begitu kagum dengan keindahan kota
Constatinople yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang diperbuat dari batu serta gereja
yang bernama Santa Sophia yang terletak di tengah-tengah kota tersebut. Selain itu, di China,
beliau memuji tentang keamanan negara itu dengan mengatakan inilah negara paling aman
yang pernah beliau kunjungi serta kecantikan corak kain sutera buatan orang Cina yang sangat
mengagumkan. Dalam aspek keagamaan pula, Ibnu Battuta ada menulis tentang budaya
keagamaan penganut Hindu, aktiviti ritual mereka serta perayaan serta kehidupan sosial
masyarakat India yang beragama Hindu.

6. Memperluaskan Tamadun Islam

Pengambaraan Ibnu Battuta memberi sumbangan besar dalam memperluaskan
tamadun khususnya tamadun Islam sendiri. Berlakunya interaksi antara tamadun apabila Ibnu
Battuta mengembara dari tempat kelahirannya ke tempat lain, contohnya ke Mekah, India,
China dan sebagainya. Perkara yang dibawa oleh beliau adalah ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan ajaran agama Islam, selok-belok pelayaran, ilmu perkapalan serta ilmu yang pelbagai
yang telah dicurahkan serta disebarkan mencetuskan satu interaksi serta situasi yang sama
apabila beliau menimba serta mendapatkan ilmu dari tempat lain.

Sebagai seorang remaja yang akan menjana serta tunjang kepada negara pada masa
akan datang, nilai-nilai moral yang ada pada diri Ibnu Battuta sememangnya wajar untuk
diadaptasi sekaligus dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perkara yang paling utama sekali
ialah berilmu pengetahuan. Ibnu Battuta begitu mengambil berat tentang aspek ilmu. Beliau
sanggup mengembara sehingga ke Mekah serta ke pelusuk dunia yang lain semata-mata untuk
memperluaskan ilmunya. Selain itu, usaha beliau tidak tertumpu kepada menimba ilmu sahaja,
malahan beliau juga turut mencurahkan ilmunya kepada orang lain. Dalam pengembaraannya
pula, beliau mampu untuk meneruskan pelayarannya berbekalkan ilmu yang ada, kerana tanpa
ilmu yang cukup, pelayarannya itu berkemungkinan akan menghadapi masalah yang sukar
untuk diatasi. Begitu juga dalam kehidupan seharian kita, seharusnya mempunyai ilmu untuk
menghadapi cabaran-cabaran yang bakal menyapa di dunia yang penuh dengan pancaroba ini.

Seterusnya ialah berakhlak mulia. Kerana sifatnya yang terpuji, Ibnu Battuta mendapat
pelbagai jenis bantuan serta diberikan kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Sebagai contoh, Sultan Muhammad Taghluq memberi kepercayaan kepada Ibnu Battuta
menjadi seorang qadi serta menjadi utusan ke negara China. Selain itu, sifat beliau yang
dihormati bukan sahaja oleh masyarakat, malahan oleh orang-orang kenamaan seperti Sultan
Pasai yang telah menghadiahkan sebuah tongkang besar sebagai tanda penghormatan kepada
seorang ulama. Akhlak yang terpuji itu penting dalam diri individu, kerana akhlak itu sendiri
boleh dijadikan sebagai cermin kepada perilaku kita terhadap orang lain. Apabila kita berlaku
baik dengan orang lain, maka tidak dinafikan orang lain akan berlaku baik dengan kita.

Selain itu, sifat rajin dan tidak mengenal erti jemu juga boleh dijadikan sebagai
inspirasi terhadap diri sendiri serta dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, Ibnu Battuta
akan membuat catatan berkaitan dengan kehidupan masyarakat setempat, membuat kajian
mengenai sesuatu masalah, pemetaan geografi serta tidak jemu untuk menuntut ilmu. Sebagai
seorang pelajar, perkataan rajin itu sendiri sudah sebati dengan hidup di alam pembelajaran
sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Rajin dalam pelbagai aspek, rajin ke sekolah, membuat
ulangkaji, bertanyakan soalan,menjaga kebersihan dan macam-macam lagi. Di samping itu,
tidak perlu untuk merasa bosan untuk berusaha demi mencapai kejayaan, kerana ianya mampu
menumpulkan fokus perjalanan individu untuk sampai ke puncak kejayaan.

Selain itu,antara nilai serta sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh Ibnu Battuta ialah dari
aspek kepimpinan. Dalam konteks ini, Ibnu Battuta patut dicontohi kerana sifat kepimpinan
beliaulah yang berjaya untuk membawanya ke arah kejayaan. Beliau boleh dikatakan seorang
pemimpin yang baik bukanlah kerana beliau seorang ulama atau seorang nakhoda, tetapi
beliau mempunyai ciri-ciri serta sifat sebagai seorang pemimpin. Beliau Berjaya untuk menjadi
pemimpin untuk dirinya sendiri sehingga mampu menjadikannya seorang pengembara yang
ternama serta menjadi ikutan kepada pengembara yang lain. Beliau menegaskan kepada
dirinya sendiri untuk pergi menuntut ilmu di tempat lain Berjaya menjadi seorang pemimpin
ketika berlaku serangan dari pihak orang Hindu. Seorang pemimpin yang baik adalah seorang
yang disegani, dihormati serta dipandang mulia oleh orang lain.

Secara konklusinya, pengembaraan Ibnu Battuta bukan saja meninggalkan kesan
terhadap dunia pengembaraan, tetapi juga dalam aspek rohaniah itu sendiri apabila individu
menginterpretasikan pengembaraan itu dalam erti kata yang lain, iaitu kehidupan seharian.
Dalam kehidupan, manusia seharusnya memiliki segala kelengkapan seperti sebuah kapal
yang sarat dengan segala kelengkapan. Kehidupan manusia perlu ada sifat yang terpuji, akhlak
mulia, beilmu pengetahuan luas serta mempunyai sifat kepimpinan.

Anda mungkin juga menyukai