Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK


(Soalan Tugasan, JPT dan PMM)

Subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Randah (Kod Kursus BMM 3101)
Tempoh Pelaksanaan: 3 Minggu
Program Program Prnsiswazahan Guru (PPG) Semester/Tahun 2/2013
Kunmpulan
Terlibat
Program Pensiswazahan Guru (PPG)
Disediakn oleh: PN. ROKIAH BT KARIM Disahkan oleh KETUA JABATAN PENGAJIAN
MELAYU
Tarikh mula 21 hb. September 2013 Tarikh selesai 12 hb. Oktober 2013

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menguasai organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran dan Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
2. Mengaplikasi pengetahuan mengenai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah serta
menganalisis kesesuaian aktiiviti Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

OBJEKTIF TUGASAN KERJA KURSUS
1. Menjelaskan konsep 5P dan Eleman Kemahiran Bernilai Tambah berdasarkan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.
2. Menganalisis dan menilai aktiviti berdasarkan RPH yang dipilih.
3. Merumuskan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti






TUGASAN KERJA KURSUS BMM 3101

SOALAN TUGASAN
Menguasai kemahiran berdasarkan sukatan pelajaran adalah merupakan tuntutan kepada seorang guru khususnya guru Bahasa
Melayu. Setiap Hasil pembelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran perlu dikuasai oleh murid. Ketrampilan berbahasa
murid adalah mencerminkan penguasaan setiap kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Sehubungan dengan itu guru
perlu merancang pengajaran mereka agar ketampilan berbahasa murid dapat diterjemahkan dalam aktiviti berbahasa mereka.

Bincangkan bagaimanakah seorang guru boleh merancang aktiviti kearah melahirkan murid yang memiliki ketrampilan berbahasa
dengan mengambil kira elemen yang terkandung dengan sukatan pelajaran bahasa Melayu. Elemen-elemen ini termasuklah Konsep
5P dan Kemahiran Bernilai Tambah.

PERINCIAN TUGASAN
Bagi melaksanakan tugas ini anda dikehendaki:

1. Mengenal pasti dan membincangkan Konsep 5P dan Kemahiran Bernilai Tambah.
2. Pilih satu RPH Bahasa Melayu nilai kesesuaian rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan kandungan kurikulum dan
bincangkan kekuatan dan kelemahan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih.

ARAHAN PENTADBIRAN
1. Pelaporan tugasan individu hendaklah bertaip menggunakan fornt jenis Arial , saiz 12 dan langkauan 1.5 baris
2. Sumber/bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format APA
3. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan serta dimasukkan dalam senarai (lampiran)
4. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
i. Nama Pelajar
ii. No. Kad Pengenalan
iii. Kumpulan/Unit
iv. Pengkhususan
v. Soalan Tugasan
vi. Nama Sekolah
vii. Nama Institut
5. Tugasan ini pensyarah pada 12 hb. Oktober 2013.

Anda mungkin juga menyukai