Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER/MEI 2012

HBPS 3303 : PERKEMBANGAN AFEKTIF DAN PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK



NO. MATRIKULASI : 750505136273002
NO. KAD PENGENALAN : 750505136273
NO.TELEFON : 014-7054450
EMAIL : irfantwin5575@yahoo.com



PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KAMPUS KUCHING,
SARAWAK








OPEN UNIVERSITY
MALAYSIA
1

KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka Surat

1. Pengenalan 1

2. Teori Dan Perkembangan Emosi 2-6

3. Pemilihan Dan Pemerhatian Bayi 6-10

4. Hasil Dapatan Daripada Pemerhatian 10-11

8. Rumusan 11

9. Rujukan 12

2


1.0 Pengenalan

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. .Apa-apa sahaja benda
atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak
sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang
sebarang dialog. Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan
khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak
langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah
pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi ,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita,
dan merangsang imaginasi. Selaindaripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi pengalaman
belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar
untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.
Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang
perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah hidup.
Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih,
marah dan lain-lain.Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang
dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka
dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar,
menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan
pelajar.Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetap iboleh juga
berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika
boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun
sekumpulan kanak-kanak.

1.1 Sejarah ringkas
Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah
berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh
3

orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan adalah kayu, tanah liat atau tulang binatang.
Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan gading gajah. Bonekayang dibuat pada masa
itu bukan dibuat sebagai mainan kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan
keagamaan atau upacara adat yang rasmi.Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu
yang membayangkan akan bermain dengan boneka-boneka ini. Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran
yang terdapat pada masa kini. Dulu, bentuknya tidak menarik, dan dikatakan sangat menyeramkan
dan menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan memilikinya. Boneka tersebut sangat kaku
dan tidak boleh digerak-gerakkan.Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan buat
pertama kalinya pada 600 tahun sebelum Masihi. Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan
untuk upacara ritual dan keagamaan
.
1.2 Boneka Barat
Bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm Ausburg dan Sonnerberg Jerman, boneka telah dibuat
sebagai alat mainan kanak-kanak. Boneka tersebut telah diperbuat dari tanah liat, kayu, dan
lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang
sama, fabrik pembuat boneka di Inggeris, Perancis, Itali, dan Belanda membuat boneka yang sama
dengan pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini banyak dijual
untuk dijadikan cenderamata. Pada abad ke 16,Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas
dan dapat digerakkan sehingga boneka dilihat menjadi lebih hidup. Tahun 1675 boneka telah
diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak
dijumpai pada masa kini. Pada tahn1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat boneka
yang dapat menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735. .Di akhir Perang Dunia
I, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara penghasil boneka terbesar di dunia. Di
antara tahun 1925 dan Pernag Dunia II, kilang membuat boneka berjaya membuat boneka
menjadi yang lebih menarik, lebih menyerupai bentuk yang ditirunya. Boneka ini telah
dilengkapi dengan mata yang dapat mengedip lengkap dengan bulu matanya, dan dapat
membuka mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi atau boneka yang dapat makan dan
minum sendiri. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga yang mahal.

1.3 Perancangan Boneka Untuk Kanak-kanak
4

Boneka merupakan sebarang objek yang digerak lakonkan sama ada secara sentuhan atau
arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka
sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka, pemain menghidupkan
watak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka juga digunakan sebagai alat
bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan.Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita dengan
penuh tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Kesannya cukup baik ke arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea yang kreatif dalam
penciptaan cerita, dan merangsang daya imaginasi. Selain itu, penggunaan boneka dapat
memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman
luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi
andaiannya.
2.0 Jenis-jenis boneka
(a) Boneka Jari
Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang
dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam
boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari
mereka.Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari
kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian
untuk dimasukkan jari.
(b) Boneka Tangan
Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal
digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan
pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk Bagi menyediakan
boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg
kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan
sebagainya, boleh digunakan bekas telur, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik.Boneka
tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih bebas.
(c) Boneka berbatang
5

Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh
kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung
batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada
bahagian bawah kepala tersebut. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana
tangan merekabebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu
pergerakkan dan lebih fleksibel.
(d) Boneka tali
Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupabentuk. Ia
lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan
pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan
dengan menggunakan tali Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan
watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa
tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik.
Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar
masuk sesuatu watak.
(e) Shadow Pupppets
Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan
nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh
menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang kayu Ia
boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk memainkan
peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik seperti bentuk yang boleh
digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow
puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam
sesuatu cerita.
3.0 Penggunaan boneka sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan
menggunakan boneka dalam kelas adalah pembelajaran lebih seronok, pengajaran lebih tersusun, pembelajaran
menjadi lebih dekat dan juga memperkayakan pengalaman.Kelebihan pertama menggunakan boneka dalam
proses pembelajarandan pengajaran dalam kelas ialah pengajaran lebih tersusun. Mengikut pendekatan sistem,
media ialah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran,
6

pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya lebih tersusun. Dengan bahan bantu
mengajar seperti boneka, pengajaran lebih tersusun kerana boneka memudahkan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran terutamanya dalam penyampaian cerita kanak-kanak.
Kelebihan yang kedua adalah pembelajaran menjadi lebih dekat. Untuk makluman, sesuatu perkara yang
perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dibawa melalui watak-watak yang digemari oleh kanak-
kanak. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut
boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke dalamkelas. Sebagai contoh ialah cerita-cerita istana.
Watak-watak dalam istana boleh di dedahkan dalam kelas melalui penggunaan boneka.Seterusnya, kelebihan
ketiga ialah memperkayakan pengalaman. Seperti yang diketahui umum, terdapat pelbagai jenis boneka yang
dihasilkan oleh pelbagai negara. Namun begitu, boneka dari setiap negeri adalah berbeza.Contohnya ialah
Kelantan. Boneka yang popular di Kelantan ialah boneka wayang kulit. Jadi, negeri-negeri lain seperti Johor dan
Kuala Lumpur mungkin tidak mengenali wayang kulit. Dengan adanya penggunaan boneka wayang kulit
melalui persembahan media dan persembahan realistik dalam kelas.
pengetahuan dan pengalaman murid-murid di negeri-negeri tersebut akan
bertambah.Kelebihan keempat ialah pembelajaran lebih seronok. Pembelajaran berlaku apabila terdapat
perubahan tingkah laku dalam kalangan murid. Dengan melihat pelbagai jenis boneka, pelajar akan lebih fokus
untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronok kepada murid kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh
sebab seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut,perubahan tingkah laku murid akan lebih
mudah terhasil.
4.0 Rumusan
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu
pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan.
Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi
dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.Kepentingan boneka dan
hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak,
menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan
tekanan,meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada
penggunaan kata simbolik.Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
7

penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan
untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan
mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap
mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka
dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.