Anda di halaman 1dari 7

Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula

sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa
percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Gurulah pendidik yang akan
menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada
masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan
kepentingannya. Oleh yang demikian seorang guru haruslah mempunyai kualiti diri
yang baik.
Perubahan yang pantas memerlukan individu sentiasa belajar bagi
meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Begitulah juga dengan guru.
Disebabkan kemahiran memerlukan pengetahuan, maka sebagai seorang bakal guru ,
saya perlulah mempunyai satu pelan pembelajaran profesionalisme untuk berhadapan
perubahan-perubahan ini.
Pelan pertama adalah pembelajaran secara berterusan. Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan
dimana seluruh individu dan minda melalui situasi yang berubah-ubah untuk
menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Pembelajaran berterusan ini adalah
penting untuk saya menjadi lebih profesional dan sentiasa releven mengikut perubahan
semasa. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menyatakan bahawa pendidikan
merupakan aspek yang berterusan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, saya perlu
mempunyai semangat dan cita cita yang kuat untuk meneruskan kehidupan dengan
menambahkan ilmu pengetahuan.
Kepentingan pembelajaran sepanjang hayat adalah kerana pengetahuan dalam
kalangan individu merupakan kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi. Justeru,
organisasi di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu akan berusaha mencapai
matlamat yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap guru akan meningkatkan lagi
kompentensinya dalam melaksanakan tugas. Ini akan dapat meningkatkan kualiti
pendidikan di sekolah. Melallui pembelajaran sepanjang hayat ini, pengetahuan yang
diperoleh saya dapat memperkuatkan lagi kemahiran bagi menghadapi cabaran pada
masa akan datang serta mewujudkan peluang baharu dimasa hadapan.
Seterusnya, saya perlu mengamalkan budaya ilmu. Budaya Ilmu bermaksud
kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik
secara langsang atau tidak langsung dengan kegiatan keilmuan di setiap kesempatan
dan keadaan dimana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi
diperingkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan.
Selain itu, budaya ilmu adalah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas
ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga,
masyarakat, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, memang sangat wajar bagi saya
untuk merangka pelan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya saya sentiasa
mempunyai pengetahuan terkini untuk di kongsi bersama dengan murid.
Seterusnya, untuk memperoleh ilmu ini, saya perlu melanjutkan pelajaran
kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi
subjek yang diajar, saya perlu mencari banyak peluang untuk menambahkan ilmu
tersebut. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu
dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmulah yang membina
kekuatan minda kearah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan
bangsa. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh
itu, ilmu saya haruslah lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang dilakukan
adalah tepat. Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang
amat digalakkan . Memandang kelak, saya adalah contoh atau role model yang paling
dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar (learn how to learn) perlu
dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan saya sendiri.
Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil
oleh Kementerian Muridan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di
samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Saya boleh meningkatkan
keupayaan saya dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang
disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme antaranya adalah
seperti Program Berkembar Institut Aminuddin Baki (IAB) dengan pihak Universiti
Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak
dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian
dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut,
Kementerian Muridan Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan mutu pendidikan
terus dikawal dan sentiasa berda di paras yang maksimum telah menjalankan bebrapa
program khas bagi memastikan terus berkembang.
Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki
dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan
program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki
dengan universiti universiti di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.
Seterusnya, satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-
negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan
pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti
pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara
pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk
pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan
kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak
berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan
bagi meningkatkan pencapaian murid.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah
digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran
bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson
demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian
pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara
kolaboratif (collaborative teaching). Oleh itu, salah satu pelan pembangunan
profesionalisme saya adalah dengan mengikuti Komuniti Pembelajaran Profesional
yang diamalkan ini apabila berada di sekolah nanti.
Seterusnya, saya perlu mengikuti satu program pembangunan professional yang
amat popular di Jepun dimana ia dipanggil Lesson Study. Lesson Study berasal dari
bahasa Jepun, jugyokenkyu yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu jugyo
bermaksud muridan, dan kenkyu yang bererti pengkajian. Oleh itu, Lesson Study
merupakan penelitian atau pengkajian terhadap muridan. Ia merupakan satu program
pembangunan professional guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara
konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri
individu guru dan anggota kumpulan. Melalui kegiatan Lesson Study, saya perlu
mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif ke
arah memperkembangkan kualiti pengajaran saya supaya dapat memberikan impak
yang positif terhadap aspek pembelajaran murid.
Hal ini kerana, menghadiri kursus semata-mata adalah tidak memadai untuk
mengubah amalan lazim guru. Lesson Study akan bertindak sebagai program
pembangunan guru yang berterusan dimana ianya menggalakkan saya bekerja secara
kolaboratif dan melibatkan sokongan rakan sekerja serta amalan reflektif dan ianya
adalah satu model yang boleh diguna pakai dan diubahsuai dengan konteks pendidikan
di Malaysia.
Seterusnya, antara pelan pembangunan profesionalisme saya yang lain adalah dengan
perlu merancang intervensi dalam profession supaya saya dapat menambahbaik
kualiti pendidikan yang ditawarkan kepada murid. Perancangan intervensi ini boleh
dilakukan melalui penyelidikan dan pemerhatian terhadap murid. Saya boleh melakukan
penyelidikan seperti kajian tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran saya.
Semasa melakukan kajian tindakan inilah, saya dapat mencari kelemahan pengajaran
saya dan melakukan intervensi terhadap murid.
Budaya menyelidik ini sangat penting untuk memperbaiki amalan pengajaran
saya rentetan daripada masalah dan kelemahan yang dikenal pasti sesudah
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Kemmis
(1988) berpendapat bahawa penyelidikan tindakan berupa suatu bentuk inkuiri reflektif
kendiri yang dilaksanakan oleh peserta-peserta seperti guru-guru, pelajar atau
pengetua dalam sesuatu situasi sosial seperti pendidikan bertujuan untuk memperbaiki
amalan-amalan sosial dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap amalan-
amalan tersebut. Dengan melaksanakan penyelidikan tindakan, saya dapat menambah
baik amalan pengajaran saya dan melakukan perubahan dalam slot pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang. Lantaran itu, Kementerian Pengajaran Malaysia
telah memperkenalkan penyelidikan tindakan melalui kurikulum Ijazah Sarjana Muda
Perguruan yang dilaksanakan di 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG).
Selain itu, penulisan jurnal reflektif sangat penting kepada saya sebagai salah
satu cara untuk mengesan kelemahan dan kekuatan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan selaras dengan pendapat yang telah
dikemukakan oleh Briggs (1999) bahawa refleksi sebagai cerminan sebenar sesuatu
yang berlaku yang juga berupa tindakan profesional untuk menambah baik sesuatu
amalan. Saya perlu mengamalkan amalan reflektif supaya saya lebih sedar dan kritis
mengenai amalan kita sendiri dan dengan ini sesuatu amalan pengajaran dapat
ditingkatkan. Amalan reflektif yang diamalkan ini penting kepada saya untuk membantu
saya dalam membuat keputusan yang matang mengenai teori dan amalan pengajaran.
Guru yang reflektif sentiasa menyoal, mencuba, menilai kembali, dan menambah baik
amalannnya ( Grant & Zeincher, 1984).
Seterusnya, saya perlu menerapkan perasaan cinta terhadap profesion perguruan.
Hal yang demikian adalah kerana seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika
perguruan dengan mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat
gaji pada hujung bulan semata-mata. Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja
dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya. Oleh itu, saya akan
memastikan bahawa setiap saya mempunyai sifat cintakan profesion dengan cara menyertai
kursus seperti kursus Biro Tatanegara (BTN), kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan
sebagainya. Melalui kursus-kursus seperti berikut dapat memupuk dan mengukuhkan lagi sifat
cintakan akan profesion keguruan di dalam diri setiap guru. Tambahan pula, saya dapat
memberikan sumbangan yang besar kepada murid khasnya dan kepada guru-guru yang lain
amnya apabila kembali daripada kursus-kursus tersebut. saya perlu mengambil peluang untuk
meningkatkan diri dengan menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini
dalam bidang pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan
kepada lebih ramai guru yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab saya sebagai seorang
guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik
murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion perguruan.
Akhir sekali, pelan pembangunan profesionalisme yang saya akan jalankan adalah
menerapkan budaya membaca didalam diri. Bangsa yang maju dan berjaya merupakan
bangsa yang menjadikan membaca sebagai budaya dalam kehidupan mereka. Tindakan ini
juga adalah untuk menyokong Pela ncaran Tahun Pembaca pada tahun 1988 yang bertemakan
Membaca Jambatan Ilmu oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamed. Beliau menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya membaca bagi memastikan
mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka memandangkan peranan mereka
sebagai pendidik dan rol model kepada murid di sekolah. Saya perlu mempunyai komitmen
yang tinggi untuk memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang berkualiti. Salah satu
cara guru boleh meningkatkan martabat profesion keguruan ialah melalui kecemerlangan
keputusan peperiksaan awam di mana masyarakat setempat membuat penilaian kepada
pengajaran guru.
Bagi memastikan kecemerlangan tersebut, saya perlu banyak membaca dan tiada lagi
sebarang alasan untuk tidak membaca kerana pada masa kini terlalu banyak sumber bacaan
yang ada seperti buku-buku, majalah dan akhbar, internet dan sebagainya. Saya akan turut
sama mengajak rakan-rakan guru yang lain untuk menyertai saya. Oleh itu, saya akan
memperbanyakkan aktiviti budaya membaca di sekolah seperti Kempen Mari Membaca,
Pertandingan Membaca buku terbanyak dan Program 1 hari 1 buku di mana guru-guru perlu
membaca buku pada setiap hari dan mencatatkannya. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan supaya
guru-guru dapat memupuk budaya membaca dalam diri mereka. Dengan membaca guru dapat
menimba ilmu dan pengetahuan yang lebih dan ia boleh disumbangkan kepada murid iaitu
dengan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.
Kesimpulannya, pelan pembangunan profesionalisme adalah penting bagi saya
untuk merancang apakah jalan yang saya perlu tempuhi sebagai pendidik kelak untuk
meningkatkan tahap profesionalisme didalam diri saya. sifat profesional guru bukan
sahaja ketika mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah,
tetapi banyak skop lain yang mempengaruhi pembentukan sikap profesional guru ke
arah mencapai kecemerlangan. Oleh hal demikian, saya perlu mempersiapkan diri
dengan ilmu yang mendalam, ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran
masa kini kerana peredaran masa banyak perubahan yang berlaku.