Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Profesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi
era baharu. Di dalam sistem pendidikan, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah
cara pengetahuan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan dahulu yang hanya tertumpu
sebagai penyampai ilmu. Selaras dengan perubahan sistem pendidikan kini, guru harus
lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya dan sentiasa memikirkan
pendekatan baharu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pada masa kini
seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti
(Jemaah Nazir, 2001). Peningkatan kualiti ini merujuk kepada kualiti proses dan yang paling
penting ialah kualiti produk.
Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merujuk kepada satu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan khas. Bagi konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion. Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru Ornstein dan Levine (1993) menyatakan terdapat empat ciri di dalam satu
profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan
kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli
serta kebenaran diberi kepada suatu profesion oleh masyarat untuk beroperasi.
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, dapat dinyatakan di sini
bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam
pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu juga, guru profesional perlu mempunyai sasiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga merupakan pemimpin
yang dapat mempengaruhi pelajar untuk berubah, berkembang, berdikari,
bertanggungjawab dan mencapai matlamat. Guru yang berkesan mempunyai kemahiran
moral, intelek dan sosial untuk menggunakan kepimpinan demi kebaikan pelajar, rakan
sekerja dan ibu bapa.
Oleh yang demikian, seorang guru perlu berusaha keras bagi meningkatkan dan
memantapkan lagi profesionalisme diri guru dari peringkat pra perkhidmatan sehingga
menjadi seorang guru yang profesional. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh
seorang guru bagi menjadikan dirinya sebagai seorang yang berkeyakinan serta mempu
berhadapan dengan semua golongan masyarakat. Selain itu juga, setiap peringkat yang
dilalui dapat memberikan ilmu serta pengetahuan baru kepada guru untuk menjadikan diri
sebagai seorang guru yang berkrebiliti tinggi serta berwawasan.
1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme Guru
Daripada dahulu lagi, para pendidik bermint untu mengetahui dan memahami proses
melahirkan seorang guru dari peringkat praperkhidmatan sehingga menjadi seorang guru
yang profesional. Terdapat pelbagai perbincangan tentang bagaimana seorang guru melalui
perubahan bermula dari peringkat praperkhidmatan ke peringkat guru profesional.
Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Trotter
(1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru
menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Di antara lima peringkat tersebut ialah :




Rajah 1 : Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme Guru



Peringkat Novis
Peringkat Novis Lanjutan
Peringkat Cekap
Peringkat Mahir
Peringkat Pakar
2.0 Cara Guru Mencapai Peringkat Perkembangan dan Tahap Profesionalisme
Setiap guru mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh mereka untuk
mencapai tahap profesionalisme dalam bidang perguruan. Untuk berganjak dari peringkat
awal iaitu peringkat novis dan menjad seorang yang pakar dalam bidangnya, guru akan
mengambil jangka masa di antara 10 hingga 15 tahun. Menurut Trotter (1986), guru
memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk berganjak ke peringkat mahir dan hanya
segelintir daripada merka akan mencapai perkembangan di peringkat pakar. Guru-guru
praperkhidmatan mungkin akan bergerak dari peringkat paling bawah iaitu peringat novis ke
peringkat novis lanjutan dan mulai menuju ke peringkat cekap apabila mereka menjadi guru
permulaan di sekolah.
Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk
menjadi seorang pakar dalam bidang yang diceburinya. Lima peringkat perkembangan
tersebut bermula daripada peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap,
peringkat mahir dan yang terakhir ialah peringkat pakar. Seperti yang dinyatakan oleh
Berliner (1988), dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru,
hanya segelintir kaum guru berjaya menamatkan perjalanan kerjaya keguruannya hingga ke
peringkat guru pakar.Pendedahan kepada peringkat-peringkat perkembangan guru mungkin
dapat membantu guru untuk menyediakan diri menempuhi setiap peringkat tersebut.
Peringkat pertama yang akan dilalui oleh setiap guru untuk mencapai penguasaan
dalam bidang yang diceburi ialah peringkat novis. Peringkat ini akan bermula apabila anda
telah mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru dalam Program Ijazah Perguruan. Antara
cara guru mencapai peringkat perkembangan pada peringkat novis ini ialah guru novis ini
akan berusaha mempelajari fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai
konsep asas dan peraturan asas untuk bertindak. Selain itu juga, pada tahap ini, guru
sedang belajar dan berusaha untuk membentuk suatu pandangan secara menyeluruh untuk
memahami pengertian menjadi seorang guru.
Beberapa kemahiran asas harus diperolehi dan dicapai pada peringkat
perkembangan ini seperti mempelajari cara mengajar serta menguasai peristilahan yang
berkaitan dengan profesionnya. Guru juga mula menghimpunkan idea-idea awal tentang
tugas mengajar dan mereka dapat membentuk dan mempraktikkan satu peta kognitif
tentang tugas-tugas am seorang guru profesional. Walaupun guru pada peringkat novis
masih belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan pengajaran di dalam
sesebuah kelas, mereka akan mempelajarinya pada kursus yang telah ditawarkan dalam
Program Ijazah Perguruan seperti pengenalan kepada psikologi dan perkembangan kanak-
kanak, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan Negara.
Soalan (A)
Bagaimanakah guru dapat menambahkan nilai profesionalisme bagi menghadapi
dunia pendidikan yang penuh mencabar.
Bagi meningkatkan nilai profesionalisme seseorang guru, Sistem pementoran boleh
dilaksanakan sebagai salah satu strategi yang berkesan. Pementoran bermaksud
seorang guru yang lebih berpengalaman akan bertindak sebagai role model,
penasihat dan pembimbing kepada guru-guru lain yang kurang berpengalaman.
Proses ini melibatkan sesi pengajaran, bimbingan, galakan, kaunseling dan membina
persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga wajar
mengamalkan konsep belajar seumur hidup, member peluang kepada diri sendiri
membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Konsep ini dapat
memahirkan guru, seterusnya dapat meningatkan profesinalisme guru tersebut. Ilmu
pengetahuan sahaja yang boleh menjadikan manusia itu bertaqwa kepada Allah,
mengagumi Allah dan mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir
alam ini. Kepesatan globalisasi dan multimedia, akses jalur lebar dan internet
memungkinkan guru-guru bertukar-tukar maklumat dan berhubungan secara lebih
baik dalam dunia tanpa sempadan.
Amalan reflektif di kalangan guru juga membantu guru menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Guru boleh memasukkan
nilai tambah pada sesi pengajaran seterusnya. Pihak sekolah juga boleh menjadikan
program Bimbingan Rakan Sekerja sebagai salah satu usaha membantu guru-guru
lain di sekolah untuk meningkatkan mutu pengajaran. Pihak kementerian juga boleh
menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru-guru yang
boleh dilantik sebagai guru cemerlang.
Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya
setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru
mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-
ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar.
Berkualiti dari Segi Jasmani seperti Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik,
iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Memiliki kesihatan tubuh badan
yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.Selain itu Kemahiran
fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform
bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting
untuk pembentukan jati diri pelajar.
Berkualiti dari Segi Emosi dimana aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru
berkualiti dari segi emosi ialah Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan
Etika Perkhidmatan serta Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan
tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan
kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.







Minat suka membaca juga membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu
pengetahuan.Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan
kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan.Di samping itu,
sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan
orang yang jahil.Oleh itu sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan
kualiti profesion guru.
Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT dimana Perkembangan sains dan
teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke
semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti,setiap guru hendaklah berusaha untuk
sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini
memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer
dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada
mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini.Kebolehan ini
membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.
Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagog. Pengajaran menjadi pengukur utama
kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core business
guru terhadap pelajar. Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang
teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut
ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori
Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran
Konstruktivis.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan
Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal seperti mampu berkomunikasi
dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar ibubapa masyarakat dan pihak
pengurusan sekolah.
Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.
Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif.
Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan
ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.
Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata
pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.
Kebersihan Diri. Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala
kekotoran adat atau syarak iaitu mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan
peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, pemarah atau mempunyai sifat-sifat
lain yang keji.
Keikhlasan Dalam Bekerja.
Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang
menbdorong kearah kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang
guru, antara cirri-ciri keikhlasan yang perlu wujud dalam dirinya ialah:
i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat.
ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar.
iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa.
iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya.
v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya.
Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan
berterusan berusaha untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan
merasa dirinya sebagai murid yang sedang mencari kebenaran.

Anda mungkin juga menyukai