Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 3

Ciri-Ciri Guru yang disayangi:


1. Bertanggungjawab
2. Penyayang
3. Baik hati
4. Peramah
5. Prihatin
6. Berdedikasi

- dapat menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Selain itu beliau juga dapat
membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa yang
dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik.

- mempunyai kualiti peribadi yang efektif Kualiti ini membantu guru dalam
melaksanakan tugas dengan dengan lebih baik di dalam bilik darjah.

- bersemangat dan proaktif, mampu memotivasikan murid sehingga murid
berasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadap guru yang menunjukkan
keyakinan dan ketabahan.

- Sensitif & Peka terhadap keperluan muridnya, mampu mengubahsuai cara
pengajarannya dengan mengambil kira perbezaan yang wujud dalam bilik
darjah, boleh mewujudkan peluang pembelajaran untuk semua murid, yang
akan mendorong murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran apabila keperluan mereka diberi perhatian.

- bersikap peramah, mesra Contohnya, apabila guru memanggil murid dengan
namanya, murid merasakan dirinya penting dan dikenali oleh guru. Situasi itu,
secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan antara guru & murid.



Implikasi sekiranya guru gagal menjadi seorang guru yang efektif
- guru tidak dapat mengesan perkembangan murid yang menyebabkan murid
mundur dalam pelajarannya, masalah disiplin meningkat dimana murid tidak
menghormati guru.

- Wujud jurang antara guru dan murid. Selain itu, kelas tidak terkawal. Murid
malas dan tidak mendengar arahan guru. Isi pengajaran juga tidak dapat
disampaikan dengan berkesan dan paling teruk sekali, murid tidak faham apa
yang diajar oleh guru.


Untuk membentuk sebuah bilik darjah yang kondusif, guru haruslah
- mengurus murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual
bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi dan meja.

- menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan
lebih berkesan serta mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

- mewujudkan iklim bilik darjah terbuka, iaitu menggalakkan murid bebas
berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah.

- membentuk murid dengan sikap dedikasi, berinisiatif, bekerjasama, ramah
dan mesra, spontan dan kreatif , serta lebih tinggi motivasi.

Anda mungkin juga menyukai