Anda di halaman 1dari 2

Meningkatkan Ekuiti Dalam pendidikan :-

Menaik taraf prasarana pendidikan peringkat sekolah.


Memastikan semua kelas mendapat keperluan asas.
Memastikan bilik darjah yang kecil (tidak mengikut standard) diberi perhatian.
Memastikan murid-murid miskin mendapat bantuan (E-kasih) dan pelbagai bantuan
kebajikan.
Memastikan kepakaran guru dimanfaatkan (Teacher Deployment).
AKSES EKUITI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Menurut Kamus Dewan edisi yang ke-4, akses bermaksud proses atau cara untuk mencapai atau
memperoleh sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh didefinisikan sebagai capaian. Bagi ekuiti
pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuah organisasi atau saksama dan juga adil.
Oleh itu, akses dan ekuiti dalam pendidikan bermaksud keupayaan dan kemampuan sistem
pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja
luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia (PPKPM) yang
dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah satu elemen rujukan bagi
mencorakkan dunia pendidikan pada masa depan bagi negara Malaysia. Pembangunan Pendidikan
2001-2010 juga bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK); meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar; meningkatkan
budaya ilmu; membudayakan sains dan teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat;
menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia; menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan
Malaysia pada peringkat antarabangsa. Rancangan ini disusun mengikut teras iaitu meningkatkan
akses kepada pendidikan dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, meningkatkan kualiti
pendidikan, dan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pula telah mengubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN) yang komprehensif dan holistik bagi tujuan memartabatkan pengajian tinggi negara
supaya menjadi satu bahagian dalam kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan strategik
ini telah menggariskan tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti,
menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi,
memperkasakan institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuhkan sistem penyampaian KPT.

Secara keseluruhannya, akses dan ekuiti berkait rapat antara satu sama lain dan amat penting dalam
meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dalam pembentukan
Pembangunan Pendidikan dan PSPTN, kedua-dua pelaksanaan ini mempunyai matlamat atau
objektif yang sama iaitu dapat meluaskan akses dan meningkat ekuiti agar semua warganegara
memperoleh peluang pendidikan berkualiti secara keseluruhannya. Agihan input pendidikan pula
dibuat secara adil kepada semua institusi pendidikan bagi membolehkan semua pelajar menikmati
pembelajaran sebenar pada tahap optimum. Pembangunan. Sistem pendidikan yang berkualiti dan
berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan.

Pendidikan matematik adalah pendidikan yang memberi penekanan kepada perkembangan pelajar
secara menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap, psikomotor dan penerapan nilai-nilai
murni untuk menjadikan rakyat berguna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat
pendidikan matematik pula adalah untuk membentuk individu yang berfikiran matematik,
berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan, bertanggungjawab
dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berupaya menangani cabaran dalam
kehidupan harian hasil perkembangan sains dan teknologi.

Seperti yang kita ketahui, matematik berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia yang mana
penggunaan matematik telah meliputi pelbagai jenis aktiviti. Kemajuan negara bergantung kepada
kemajuan sains dan teknologi, perkembangan perdagangan dan ekonomi yang berkait rapat dengan
penggunaan matematik. (Mok Soon Sang, 1996). Justeru itu adalah penting sekiranya setiap pelajar
diberikan peluang untuk menikmati pendidikan matematik yang bukan sahaja luas tetapi juga adil,
saksama serta bermutu. Akses dan ekuiti dalam pendidikan matematik didefinisikan sebagai hak
semua individu mendapatkan pengetahuan matematik dengan sempurna dan mendapat peluang
seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan matematik melalui pendidikan sama
rata.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik, dua elemen penting yang terlibat
adalah guru dan juga pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya
melibatkan secara aktif antara guru dan pelajar supaya penyampaian guru dan penerimaan pelajar
terhadap perkara yang dipelajari berjaya tanpa berlaku sebarang halangan. Namun begitu, sehingga
kini ialah masih terdapat pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan akses dan ekuiti dalam
pendidikan yang membawa kepada halangan atau cabaran dalam pendidikan matematik di institusi-
institusi pengajian di Malaysia. Keadaan ini dinyatakan oleh Noraini Idris, (2005) dalam buku beliau,
dalam proses P&P matematik, terdapat kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses
pengajaran.