Anda di halaman 1dari 11

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa , tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
yang dikagumi saya, En.Nordin Bin Wan Daud kerana telah banyak membantu dan
membimbing saya tanpa rasa jemu. Walaupun ini adalah pertama kalinya beliau mengajar saya
sepanjang saya menuntut di institute ini, namun keserasian mudah menjelma membuatkan
ukhwah yang terjalin lebih bermakna. Berbekalkan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak kepada ibu bapa dan
keluarga saya yang memberi semangat dan sokongan moral untuk mengahadapi tahun
terakhir bergelar siswazah di institute ini. Merekalah yang sering mendengar keluhan dan
luahan perasaan sekiranya saya menghadapi saat-saat genting, dan kepada mereka juga saya
berkongsi manisnya kehidupan ini. Alhamdulillah. Mereka jugalah pemudahcara untuk saya
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

Tidak dilupa juga, rakan-rakan seperjuangan saya sepanjang berada di institut. Jutaan
terima kasih diucapkan kerana telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung
dalam menyiapkan tugasan ini. Setiap pertanyaan saya dijawab dengan penuh sabar dan tidak
kedekut untuk berkongsi ilmu.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.


Pendahuluan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Falsafah
Pendidikan Kebangsaan)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat FPK ialah untuk melahirkan
insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara malaysia yang baik dan berguna.
Secara ringkasnya FPK bermatlamat untuk menjadikan insan :
















Berakhlak
mulia
Bertanggungjaw
ab terhadap diri,
masyarakat,
agama dan
negara
Memiliki sahsiah
yang seimbang
dan sepadu
Percaya dan
patuh kepada
tuhan
Memupuk
perpaduan di
kalangan rakyat
berbilang kaum
Berilmu
pengetahuan
Matlamat
FPK
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkara yang terkandung di
dalamnya sangat berkait rapat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) .
Berdasarkan sumber PPPM 2013-2015, KPM 2013) mengatakan PPPM dibangunkan dengan
tiga objektif khusus seperti berikut :
Memahami prestasi dan cabaran semasa
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas
Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan dalam kementerian
Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.
Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan
generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan
menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu,
kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk
menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi
Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi Negara dalam persaingan ekonomi
global. ( YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di
dalam PPPM 2013-2025).

Selain itu PPPM juga boleh dikaitkan dengan FPK melalui matlamat yang disebut oleh FPK.
Sebagaimana yang terdapat di dalam PPPM iaitu Pendidikan merupakan perkara utama yang
berupaya mempengaruhi pembangunan diri individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam
mencorakkan kehidupan masa depan. Pendidikan juga mendasari proses pembangunan modal
insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi yang merupakan faktor kritikal bagi menyokong
pertumbuhan sosial, budaya dan ekonomi sesebuah negara. Komitmen dan usaha
mempertingkat kualiti pendidikan merupakan sebahagian daripada pelaburan utama
Kementerian ke arah menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa depan. Sehubungan
itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mengenal pasti cabaran dan jurang dalam sistem
pendidikan kebangsaan, dan seterusnya merangka kaedah penyelesaian terbaik bagi
menanganinya. Bersandarkan input ini, Kementerian telah berjaya menghasilkan Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menggariskan strategi dan inisiatif bagi
mengupayakan peningkatan kualiti sistem pendidikan kebangsaan.

analisis bab 2 pppm

Pada tahun 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah
diperkenalkan oleh Kementerian Kerajaan Malaysia. Terdapat lapan bab yang telah
ditekanakan di dalam PPPM 2013-2025. Walaubagaimanapun, bab yang ingin diulas adalah
bab dua iaitu Visi dan Aspirasi. Berdasarkan bab 2 visi dan aspirasi terbahagi kepada dua
dahan besar iaitu aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid. Setiap dahan mempunyai
ranting-ranting tertentu. Bagi dahan aspirasi sistem pendidikan pecahan dahan terbahagi
kepada lima iaitu akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti
untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan
berkecekapan tinggi. Pecahan dahan bagi aspirasi murid pula terbahagi kepada enam iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian dan identiti nasional.

Berdasarkan pecahan bab dua, aspirasi sistem pendidikan merupakan transformasi
sistem pendidikan bagi membentuk murid yang lebih berkualiti dan mempunyai ilmu
pengetahuan serta nilai yang dapat digunakan di dalam kehidupan seharian. Sebagaimana
yang terdapat di bawah pecahan aspirasi sistem pendidikan iaitu akses kepada kejayaan.
Perkara ini menekankan mengenai semua murid diberi peluang untuk mendapat pendidikan
sama ada menerusi akademik ataupun kemahiran. Selain itu semua murid juga akan mendapat
tempat di sekolah dan sekurang-kurangnya lulus subjek teras dan sekaligus boleh menaikkan
nama Malaysia setanding Negara maju yang lain.

Selain itu aspirasi system pendidikan Malaysia juga menekankan ekuiti untuk semua
murid. Ekuiti untuk semua murid bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan murid dengan
memberikan hak sama rata dan merapatkan jurang tanpa mengira status sosioekonomi,
kedudukan sekolah sama ada Bandar atau luar Bandar dan juga gender. Kementerian
memainkan peranan penting bagi memastikan peluang pendidikan dapat dirasai oleh semua
dengan menyediakan keperluan bagi murid berkeperluan khas serta membantu kumpulan
minoriti yang terdapat di Malaysia supaya setiap individu dapat mengembangkan potensi diri
masing-masing.

Aspirasi sistem pendidikan juga menekankan mengenai memupuk perpaduan dalam
kalangan murid. Perpaduan dikalangan murid dapat dibentuk sekiranya murid disemai dengan
semangat perpaduan dan kerjasama yang tinggi sejak di bangku sekolah lagi. Menurut pepatah
melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Murid akan menghabiskan masa mereka
berada di sekolah, maka dengan itu semangat perpaduan dalam diri murid dapat disemai dan
bercambah dari masa ke semasa. Murid akan lebih menghargai kepelbagaian budaya, bangsa
dan agama yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan merasakan setiap individu
mempunyai keistimewaan tersendiri yang harus dihormati dan di sokong selagi iainya tidak
bercanggah dengan prinsip dan gaya hidup mereka. Bukan itu sahaja, murid juga akan lebih
menghormati budaya dan agama lain kerana sikap perpaduan yang tinggi dapat disemai dan
sekaligus membentuk masyarakat yang sering hormat-menghormati, dan bekerjasama bagi
membentuk Negara yang aman damai dan sentosa.

Bukan itu sahaja PPPM juga menekankan 6 perkara di dalam aspirasi untuk setiap
murid. 6 perkara yang dinyatakan adalah seperti berikut:











Setiap murid akan mempunyai ke enam-enam aspirasi tersebut sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaimana yang diketahui dalam era globalisasi ini
bahasa inggeris telah menjadi bahasa antarabangsa, disebabkan itu kemahiran dwibahasa
amat dititikberatkan oleh kementerian dimana setiap murid perlu menguasai bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa
serta mempelajari bahasa lain seperti mandarin sebagai bahasa ke tiga. Melalui penguasaan
bahasa yang pelbagai dalam kalangan murid membolehkan murid lebih berkeyakinan untuk

Kemahiran berfikir
Pengetahuan
Kemahiran
memimpin
Kemahiran
dwibahasa
Etika dan
kerohanian
Identiti nasional
menonjolkan diri sepertinya dengan adanya penguasaan bahasa yang pelbagai memudahkan
individu berkomunikasi dan menjalinkan hubungan baik dengan individu lain.
Selain itu setiap murid juga harus mempunyai pengetahuan yang setaraf dengan dunia
masa kini. Mana mungkin murid masa kini langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang
pengguaan telefon bimbit. Sebagai seorang murid mereka harus mempersiapkan diri dengan
pengetahuan literasi dan numerasi serta mata pelajaran teras yang lain. Sebagaimana yang
dikatakan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi pengetahuan bukanlah sesuatu keistimewaan
tetapi suatu kemestian(RMK 9, Jun 2009)
Menerusi aspek aspirasi murid juga, murid digalakkan untuk menguasai kemahiran
berfikir yang merangkumi tiga kemahiran kognitif yang penting iaitu pemikiran kreatif dan
inovatif, penyelesaiana dan penaakulan dan keupayaan belajar. Sebagaimana yang disarankan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) yang membawa maksud keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM 2013).
Bukan itu sahaja, murid juga harus menguasai kemahiran memimpin. Kemahiran
memimpin ini merangkumi 4 aspek iaitu keusahawanan, budaya tahan, kecerdasan emosi dan
keterampilan komunikasi. Kemahiran memimpin ini sangat penting kerana di dalam Dialog
Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam
satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Peluang kepimpinan ini dapat dijalankan
semasa aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Tambahan, setiap murid harus berani untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Disebabkan itu setiap murid harus mempunyai etika dan kerohanian yang tinggi. Perkara ini
penting supaya setiap masalah dapat diselesaikan secara aman dan tidak berlaku perbalahan.
Bagi memastikan perkara ini berlaku, setiap murid harus mempunyai 3 nilai yang penting iaitu
kerohanian, integrity dan tanggungjawab sivik.
Identiti nasional adalah merujuk kepada sifat-sifat berlainan satu kumpulan. Setiap
murid harus memiliki perasaan tidak berbelah bahagi walaupun terdiri daripada agama, warna
kulit dan bangsa yang berlainan. Disebabkan itu murid harus diterapkan dengan identiti
nasional semenjak dari bangku sekolah lagi. Hal ini penting kerana murid akan lebih memahami
sahabat mereka yang terdiri daripada bangsa yang berbeza mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing dan sekaligus mereka akan menghormati antara satu sama lain
dan perpaduan dapat dikecapi.
Kesimpulannya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini di bina berteraskan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan mengenai keseimbangan
menyeluruh setiap individu tanpa mengira siapa mereka. Hal ini penting bagi mempersiapkan
diri murid dengan cabaran pada masa kini yang semakin mencabar dan sekaligus mendidik
murid menjadi insane yang Berjaya dan berguna suatu hari nanti.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru.
Dunia kini semakin mencabar bagi setiap individu tanpa mengira usia dan siapa kita.
Bukan mudah untuk mempersiapkan diri menghadapi setiap kancah kehidupan yang
mendatang. Setiapnya memerlukan kekuatan dari segala aspek merangkumi kekuatan emosi,
fizikal, kognitif dan sebagainya. Disebabkan itu, pada masa mendatang ini, kemahiran untuk
menghadapi masa hadapan harus diterapkan semenjak dari bangku sekolah lagi. Pepatah
mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada masa sekarang sebagai seorang
guru, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Semuanya adalah kerana mempersiapkan diri
anak-anak didik untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Walaubagaimanpun, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan setiap
murid sudah cukup bersedia menghadapi dunia kini yang penuh dengan pancaroba. Apabila
disebut mengenai cabaran mendidik murid sudah semestinya melibatkan seorang guru yang
mempunyai peribadi yang mulia. Bukan mudah bagi seorang manusia untuk menyayangi dan
mencurahkan ilmu kepada manusia lain yang baru mereka kenali. Sebagai seorang guru,
pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka dalam meneruskan niat murni mereka.
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad
ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan
liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang
pendidik.
Sebagaimana yang diketahui profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di
dunia, kini profesion ini memasuki satu lagi era baru. Pada suatu ketika dahulu peranan utama
guru hanyalah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal.
walaubagaimanapun, pada masa kini peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam
proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu
digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Pada masa dahulu pengetahuan dapat
diperoleh dalam bentuk bertulis dan mendengar. Berbeza dengan zaman serba canggih ini
dimana lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar
menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat.
Bagaimanapun, kehadiran guru penting sebagai fasilitator dan pemudah cara bagi murid untuk
terus bertanya sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami.
Guru seharusnya memainkan peranan untuk mengenal pasti dan membangunkan
potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan
sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah
hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja
negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan
jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada
bersikap negatif, pilih kasih dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.
Kini, zaman semakin mencabar. Peranan guru semakin besar sehingga menuntut
kesabaran serta tanggungjawab yang amat hebat. Jika dilihat pada masa dahulu guru sering
diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat dan mulia oleh para pelajar,
ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun berbeza dengan hari ini dimana sebahagian
besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan, dikutuk dan
dicemuh oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru
disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat
murid terhadap guru semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan
pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan
mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Seharusnya ibubapa lebih prihatin terhadap tugas
guru bukan sahaja mengajar malah guru adalah pendidik kepada bangsa dan negara akan
datang.
Bukan itu sahaja, dalam era yang mencabar ini, pengaruh luar lebih mudah
mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup murid. Sebagai guru semestinya ini menjadi cabaran
berat dimana bagaimana seorang guru ingin menerapkan nilai-nilai murni di dalam bilik darjah
dan memastikan murid akan mempraktikkan nilai tersebut di dalam kehidupan harian mereka.
Sesungguhya inilah cabaran yang menguji kesabaran guru dalam mencorak kain putih.
Sebagaimana yang kita nampak dalam era globalisasi ini setiap maklumat berada di hujung jari.
Boleh dikatakan setiap murid di kawasan bandar terutamanya mempunhyai telefon mudah alih
yang memliki pelan internet yang membolehkan mereka mengakses setiap perkara. Hal ini
memberikan kesan positif dan negatif kepada murid bergantung dari cara penggunaannya.
Sebagai guru hanya boleh menasihat tetapi bergantung kepada cara penerimaan murid
tersebut. Disebabkan itu guru perlu menguasai tentang penggunaan TMK dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran.
Pelbagai cabaran yang lebih mencabar guru pada masa kini. Perkara ini menjejaskan
prestasi dan emosi guru terbabit. Sebagai contoh apabila ibu bapa sering menuding jari
terhadap kesalahan anak mereka dan memfailkan tuduhan terhadap guru, secara tidak
langsung ia bukan sahaja menjejaskan guru tersebut secara individu tetapi sekaligus
menjatuhkan nama baik profesion keguruan. Bukan itu sahaja, masyarakat juga akan
memandang serong terhadap guru dan profesion tersebut. Hal seperti ini akan menjatuhkan
maruah guru-guru kita. Guru yang terbabit juga pasti merasa malu dan boleh menyebabkan
beliau berhenti dari profesion ini.













2.0 pelan tindakan
Seandainya saya berkhidmat di sekolah yang mempunyai masalah dan cabaran yang sama
seperti yang dinyatakan di atas, saya akan mencadang satu pelan tindakan yang dapat
digunakan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah tersebut. Terdapat beberapa masalah
yang telah disenaraikan di atas antaranya iaitu ketidak kecekapan guru dalam menggunakan
TMK dalam pengajaran di dalam kelas sehingga menyebabkan murid bosan dan tidak
menumpukan perhatian. Masalah kedua iaitu hubungan ibu bapa dan guru dalam membentuk
kesepaduan dan kesefahaman. Masalah kedua ini perlu dibendung supaya hubungan baik
antara ibu bapa dan guru terjalin dan masalah seperti ibu bapa menuduh guru mendenda anak
mereka tidak terjadi. Walaubagaimanapun saya akan menekankan permasalahan yang kedua
iaitu hubungan ibu bapa dan guru dalam membentuk kesepaduan dan kesefahaman.

PELAN TINDAKAN
NAMA PROGRAM
SEHARI BERSAMA UKHWAH TERBINA
RASIONAL
Program ini dijalankan supaya ukhwah antara ibu bapa dan guru dapat dieratkan di samping
meningkatkan kesefahaman di antara kedua pihak tersebut. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga
lebih mengenali guru yang mengajar anak mereka secara lebih dekat
OBJEKTIF
1. Mengeratkan silaturrahim di antara para guru dan ibu bapa
2. Meningkatkan kesefahaman antara para guru dan ibu bapa
TARIKH
Tarikh : 23 ogos 2014
Hari : sabtu
Tempat : Dewan sekolah
Jam : 8.00 pagi 12 tengah hari