Anda di halaman 1dari 1

Teori behaviorisme pula ialah kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan melalui

baka dan persekitaran dan berkaitan dengan pembelajaran. Manusia sentiasa mengambil
tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran ( Mohd Aziz et all 2009).
Manusia bertindak dengan mempelajari tingkah laku daripada persekitaran yang dipengaruhi
oleh kesan positif dan negatif. Tingkah laku yang berlaku secara spontan dinamakan tingkah
laku operan manakala kelaziman iaitu tingkah laku semula jadi ada dalam diri seseorang
individu tersebut. Rahil Mahyuddin dan Habibiah Elias (2008) mengatakan tumpuan utama
pembelajaran ialah ransangan dalam persekitaran luaran iaitu ransangan, gerak balas,
pujukan, hukuman dan modifikasi tingkah laku. Tingkah laku bergantung kepada ransangan
seperti peneguhan untuk membolehkan individu tersebut membuat modifikasi tingkah laku.
Secara kesimpulannya, teori ini menekankan kepada aspek pembelajaran untuk membantu
klien membuat modifikasi tingkah laku.
Matlamat teori kaunseling behavioris ialah untuk mengurangkan dan menghapuskan tingkah
laku yang tidak disesuaian. Tingkah laku disesuaikan perlu dikukuhkan untuk mengatasi
kekurangan yang terdapat dalam tingkah laku tersebut. Selain itu, teori ini penting untuk
meningkatkan kawalan kendiri individu untuk mengarah diri mereka kearah modifikasi
tingkah laku yang positif. Teori ini juga penting untuk memperkembangkan kemahiran sosial
demi mengukuhkan proses pembelajaran.
Dalam teori kaunseling behaviorisme pula, kaunselor berperanan sebagai guru. Kaunselor
memainkan peranan secara aktif untuk menganalisis tingkah laku bermasalah dengan
kesannya terhadap kehidupan klien. Kaunselor perlu menjelaskan matlamat sebenar klien
dan merancang modifikasi tingkah laku yang bersesuaian.
Teori kaunseling behaviourisme menggunakan teknik seperti kaedah bersantai, teknik
peneguhan, pemodelan, penstrukturan semula kognitif, latihan asertif, latihan kemahiran
sosial, program pengurusan kendiri, pengulangan ingkah laku dan lain-lain lagi, diagnosis
dan penilaian dijalankan di luar sesi bagi membentuk dan mengendalikan pelan rawatan.

Anda mungkin juga menyukai