Anda di halaman 1dari 10

kajian Puisi Moden - Sajak1 Pertemuan Di Hyde Park oleh Adi Badiozaman

Tuah

Latarbelakang: DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN TUAH

Adi dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak, di mana dia memulakan pendidikanren
dahnya.Adi kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Bintulu dan Miri, memperoleh ijazahSa
rjana Muda dalam Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan pada tahun 1973, dan Sarjana Pendid
ikandalam bidang Perkembangan Kurikulum pada tahun 1979 dari Universiti Malaya, dan ijazah Ked
oktoranPendidikan dari Universiti Bristol,
U.K. pada tahun 1996 dalam bidang Pengurusan Pendidikan
Sebelum menjadi Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam
Sarawak, Adi pernahsebelum bersara daripada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 20
07, bertugas sebagai PengarahPeperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pengarah Pendidikan S
arawak, Pengarah, Maktab PerguruanBatu Lintang, Kuching, Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal
Murid) di Bahagian Sekolah, KementerianPendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur; Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan
Pendidikan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pe
ngarahBahagian Kurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Adi juga pernah menjadi Pegawai Pendidikan Bahagian di Sri Aman dan di Bahagian Miri; me
njadiguru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching
; tutor diFakulti Pendidikan Universiti Malaya; dan Pengetua di SMK Green
Road Kuching, dan Pengetua Kolej TunDatuk Tuanku Haji Bujang, Miri

Pertemuan di Hyde Park
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
Maksud Rangkap 1: Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang
tanah yang agak luas pemberian ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara
tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu kemudiannya ditanam dengan padi huma
setiap tahun dan merupakan milik keluarga.

Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.
Maksud Rangkap 2:Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi
yang sedang membesar, ketika menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau
saja-saja berehat sementara menunggu panggilan emak yang memerlukan air, menemani
ayah menanam getah atau menanam lada.

Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Maksud Rangkap 3:Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang
tentang isu-isu penting ketika mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu
tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya sentiasa berubah
mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya.

Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

Maksud Rangkap 4:Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah
di mana kitalah bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan
sekiranya kita lupaakan amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya.


Bertemakan amanah
Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara
beliau hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak
menimbulkan sebarang masalah. Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak
untuk menyampaikan amanat melalui puisi beliau dengan tema menghargai tanah warisan.
Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah
bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh
digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana keperluan
untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan
persekitarannya kerana kemusnahannya memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat
menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde Park sendiri sudah dikorbankan
untuk kepentingan komersial dan penempatan manusia. Oleh itu masyarakat di kampung
halaman penyajak perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini
dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat
ayahnya yang selalu bercerita tentang erti sebuah tanah (rangkap 3 hlm. 19).

Contohnya :

Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta

Persoalan.

1. Menjaga amanah tanah warisan
2. Menghargai pemberian warisan keluarga
3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan
kemusnahan.



Persoalan tentang kasih sayang Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan
beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa




Persoalan gigih berusaha.
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah
bertujuan untuk bercucuk tanam padi huma, getah dan lada. Contohnya :
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

PERSOALAN KERAJINAN
Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman
Silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
Contoh:
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.


Semuga maklumat yang dipaparkan diblog ini dapat dimanfatkan bersama dan jika ada sebarang
kekurangan harap dimaafkan dan jika ada penambahbaikkan bolehlah dikongsikan diblog ini sila
catatkan ulasan anda...


Pandangan Sarwajagat.
Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat beberapa keadaan yang perlu difahami
oleh kita mengapa pertemuan di tempat penyajak berada menjadi titik tolak pendapatnya tentang
alam sekitar. Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi satu tempat yang indah di tengah kota
London. Di sekeliling taman berkenaan pula telah dipenuhi dengan pembangunan yang pesat
seperti rumah dan pusat-pusat perdagangan. Malah Hyde Park juga menjadi tempat awam
masyarakat kota London melakukan aktiviti sosial termasuklah berhibur dengan konsert di sana.
Malah sejarah juga mencatatkan tentang serangan tentera Ireland yang telah memberontak pada
tahun 1982. Lalu penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang tanah
sebagaimana tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian. Ayat sajak ini
mencatatkan seperti berikut:

betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa
segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara

Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan manusia ke atas tanah atau alam sekitar
yang dikuasai boleh berfungsi mengikut kehendak pemiliknya. Jika melihat kepada Hyde Park,
ia sehingga kini mampu dipertahankan sebagai satu kawasan semulajadi yang terpelihara
sedangkan persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan menjadi Bandar kosmopolitan yang maju
dan sibuk (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).

Perkataan yangperlu difahami:
1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.




PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN

Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Biodata Ringkas Penulis Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)

TOKOH: Baharuddin Bin Zainal, Dato. Juga terkenal dengan panggilan Baha
Zain.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2).
Anglo-Chinese School, Teluk Anson, Perak, 190 1957. (3). Sekolah Anderson,
Ipoh, Perak, 1958 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1960 1963.
(5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970
1972.

Hasil penulisan Beliau

Esei dan puisi Baha Zain tentang penulis dan persekitarannya : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2000.
Mencari imej Malaysia : dialog sastera, seni rupa, seni bina
/ Hamdan Yahyadll,: Yayasan Kesenian Perak, 1998.
Hikayat Umar Umaiyah / Selenggara oleh Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988.
A biography of Malaysian writers / Susunan, Baharuddin Zainal dll: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1985.
Sirih Pinang : kumpulan esei budaya / Penyunting, Baharuddin
Zainal, AnwarRidhwan, Ayob Yamin: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.
Wajah : biografi seratus penulis / Susunan, Baharuddin Zainal dll,: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1981.
Mendekati kesusasteraan / Susunan Baharuddin Zainal. : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1979.
Termasuklah Syair Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian.

Maksud Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Bahagian Satu
Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak
cuba mengaitkan kegelapan malam yang dilihat remang-remang kerana ada sedikit
cahaya pelita. Secara intrisiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan
cahaya samar-2samar untuk menggambarkan kehidupan yang sedang dihadapinya.
Bahagian Dua
Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap ( sukar ) menyebabkan diri terasa
terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan
menghasut diri.
Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian
masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara
pejuang-pejuang keamanan yang dilihat amat baik. Terdapat juga manusia yang
suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang kemanusiaan
melaungkan slogan cinta akan kedamaian. Seruan mereka adalah supaya manusia
berjuang dengan harata dan negara. Diatas nama matlamat mencapai kedamaian
maka manusia sanggup bertelingkah.
Bahagian Tiga
Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perebutan kuasa
akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah
kegemilangan negara
Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana
terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup
memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.
Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam
kehidupan. Penyajak juga mengingatkan kita berwaspada supaya tidak
dipermainkan tanpa sedar.

Ciri-ciri Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Mempunyai 7 rangkap
Contoh : 2 rangkap bahagian (I)
2 rangkap bahagian (II)
3 rangkap bahagian (III)
1 rangkap 4 baris
Contoh : Bahagian (I)
1 rangkap 8 baris
Contoh :Bahagian (II) rangkap 1
Bahagian (III) rangkap 1
1 rangkap 20 baris
Contoh : Bahagian (II) rangkap 2
1 rangkap 7 baris
Contoh : Bahagian (III) rangkap 2
1 rangkap 5 baris
Contoh : Bahagian (III) rangkap 3
SETIAP BARIS 1-7 PATAH PERKATAAN
1 baris 1 perkataan
Contoh : Rangkap 3 baris 2 ( orang )
1 baris 2 perkataan
Contoh : Rangkap 4 baris 4 ( tanah perkuburan )
1 baris 3 perkataan
Contoh : Rangkap 4 baris 11 / baris 18 ( jadi slogan perjuangan / setinggi mana
pun )
1 baris 4 perkataan
Contoh : Rangkap 5 baris 2 ( muzium, galeri dan universiti )
1 baris 5 perkataan
Contoh : Bahagian (III) Rangkap 7 baris 2 ( untuk semua bangsa yang membenci )
1 baris 6 perkataan
Contoh : Bahagian (II) Rangkap 4 baris 20 ( sebuah kota yang telah menjadi
perebutan )
1 baris 7 perkataan
Contoh : Bahagian (III) Rangkap 5 baris 7 ( sejarah baru itu hanya derap kaki
askar-askar )
SETIAP BARIS MENGANDUNGI 2-19 SUKU KATA
Contoh : 2 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 3 , baris 2 ( orang )
Contoh 19 suku kata
Bahagian (II) Rangkap 4 baris 7 ( kita laungkan suara-suara keramat seolah-
olah )
Rima akhir tidak tetap
Contoh : Rangkap 3 ( a-b-a-b-a-c-a-d-e )
Nada patriotik
Mempunyai jeda
Sajak bukan naratif

Nilai Estetika
Hiperbola
Contoh : Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 Baris 3)
Mendengar bisikan hati nuraninya sendiri (Bhg.2 rangkap 2 ,
baris 14)
Metafora
Contoh : Bisikan hati (Bhg.2 rangkap 2, baris 14)
Bau wang (Bhg.3 rangkap 2, baris 3)
Kata Ganda
Contoh : Halaman-halaman (Bhg.3)
Remang-remang (Bhg.1)
Rongga-rongga (Bhg.2)
Anafora
Contoh : Perang-perang (Bhg.3)
Kita-kita (Bhg.2)
Sejarah-sejarah (Bhg.3)
Responsi
Contoh : Pemimpin-pemimpin (Bhg.3)
Engkau-engkau (Bhg.1)
Epifora
Contoh : Baru-baru (Bhg.3)
Asonansi
Contoh : Pengulangan vokal a 7 kali
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan (Bhg.3 rangkap 1, baris 1)
Aliterasi
Contoh : Pengulangan konsonen m 3 kali
Perang telah mengoyakkan halaman-halaman (Bhg.3 rangkap 1, baris 3)

Persoalan Dalam Puisi Pernahkah Kau Mentafsir Kedamaian
Persoalan membandingkan kegelapan malam dengan kesusahan hidup
Persoalan godaan anasir jahat (syaitan)
Persoalan pembawaan sikap pura-pura
Persoalan menjadikan agama sebagai topeng
Persoalan manusia yang sanggup mati dalam merebut kuasa
Persoalan sikap pemimpin yang zalim

Nilai Masyarakat Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian
Masyarakat yang memperingati antara satu sama lain
Masyarakat yang mencari kedamaian
Masyarakat yang mencari keamanan
Masyarakat yang berusaha mencari kemenangan bagi kota mereka
Masyarakat yang mencuba untuk mendapatkan kuasa

Pengajaran Dalam Puisi Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamian
Kuatkan iman dalam diri
Jangan sesekali biarkan agama menjadi bahan permainan
Jangan tamak akan harta sehingga menyebabkan kematian orang tidak bersalah
Sentiasa pelihara bahasa, bangsa dan kesenian untuk mengelak diri ditindas
Jauhkan diri daripada hasutan syaitan