Anda di halaman 1dari 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN

ABDUL RAZAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP SEKOLAH RENDAH)
SEMESTER 8, AMBILAN JANUARI 2011
------------------------------------------------------------------------------------------------------
KERJA KURSUS KEPIMPINAN DAN
PROFESIONALISME
PEMBANGUNAN KEGURUAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAMA PELAJAR : NURUL NADIA BINTI REDZUAN
NOMBOR MATRIK : 2009 / 5642
NOMBOR KAD PENGENALAN : 910619-13-5826
KUMPULAN / UNIT : PISMP 1111 SAINS
KOD DAN NAMA SUBJEK : SCE 3111
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK MANOGARAN A/L
SUBRAMANIAM
















NAMA:
NURUL NADIA BINTI REDZUAN

NOMBOR KAD PENGENALAN:
910619-13-5826

TARIKH LAHIR:
19 jun 1991

TEMPAT LAHIR:
HOSPITAL BESAR SARIKEI, SARAWAK.

BANGSA:
MELAYU

AGAMA:
ISLAM

ALAMAT RUMAH:
LOT 161 JALAN BUNGA RAYA , 96100 SARIKEI SARAWAK.

NOMBOR TELEFON:
0109620154 / 0145995019

E-MAIL:
putree_naddya@yahoo.com.






HALAMAN PENGAKUAN

Dengan ini, saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya


Tandatangan : .
Nama Penulis : ..
Tarikh : .




















Bismillahirrahmanirrahim. Terutama sekali, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Manogaran A/L Subramaniam atas segala
tunjuk ajar yang telah banyak diberikan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini.
Sesungguhnya, segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami amatlah kami hargai.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-
kawan sekelas atas segala bimbingan dan sokongan yang diberikan.
Sesungguhnya, segala budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
saya tunjuk ajar tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
sama-sama menjayakan kerja kursus ini secara langsung ataupun tidak langsung
kerana tanpa kerjasama semua, maka kerja kursus ini tidak akan dapat disiapkan
dengan jayanya. Sekian, terima kasih.























Kerja kursus ini merupakan tugasan bagi subjek Kepimpinan Dan Profesionalisme
Pembangunan Keguruan. Dalam kerja kursus ini, bagi tugasan pertama, saya
bersama pasangan saya dikehendaki untuk me laksanakan pemerhatian tentang
sekurang-kurangnya satu aspek kecemerlangan (atau kegagalan) sekolah di mana saya
menjalani program internship dan menghasilkan satu penulisan bagi menjelaskan
perincian tentang bukti-bukti kecemerlangan (atau kegagalan) tersebut. Kami juga diminta
untuk melampirkan bukti-bukti pemerhatian.
Bagi tugasan kedua pula, secara individu, saya perlu menghasilkan satu penulisan bagi
memperjelaskan faktor-faktor kecemerlangan (atau kegagalan) dan mengaplikasikan
teori-teori yang telah dipelajari daripada pelbagai topik yang relevan dalam kursus ini.

Untuk tugasan ketiga, kami diminta untuk menyediakan satu rangka terperinci
(detailed outline) tentang sebuah Sekolah Idaman saya sekiranya anda
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sekolah tersebut. Dalam pada itu, saya juga
perlu merujuk kepada teori-teori relevan yang telah dipelajari melalui pelbagai topik dalam
kursus ini.
Pada pendapat saya, tugasan ini amat bermanfaat bagi kami sebagai bakal
guru . Sesungguhnya, banyak ilmu pengetahuan yang telah kami perolehi dan
diharap , segala ilmu pengetahuan ini dapat kami aplikasikannya sepanjang
perkhidmatan kami sebagai guru kelak. Insyaallah.




































Sekolah Kebangsaan Tarat atau nama ringkasnya SK Tarat, merupakan sebuah Sekolah
kebangsaan yang mempunyai faktor kecemerlangan yang tertentu. Antara faktor kecemerlangan
yang boleh dilihat di sekolah ini adalah melalui kecemerlangan kokurikulumnya iaitu pertandingan
sukan badminton. Bagi pendapat saya, antara faktor kecemerlangan sukan badminton pada
sekolah ini adalah penguasaan ilmu yang mendalam serta kecekapan dalam bidang tersebut. Ini
adalah merupakan salah satu ciri dalam suatu profesion bagi mendorong kecemerlangan telah dinyatakan oleh
Ornstein dan Levine (1993) ,
Adalah

Di samping itu, antara faktor kecemerlangan sukan badminton dalam yang agak jelas terlihat adalah kerana guru-guru di
sekolah tersebut mempunyai ciri ciri guru professional. Ini dibuktikan oleh Abdul Shukor Abdullah ( 1998 ) iaitu sikap
professional adalah merupakan faktor yang penting dalam menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

Antara faktor kecemerlangan yang lain adalah hubungan yang mesra antara komuniti.

Dalam pada itu, menurut McEwan (2002)

- Dorongan oleh misi dan passionate
- Positif dan benar

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
- Peringkat Impak

Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu
dan kumpulan untuk mencapai sesuatu
matlamat".

Sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah
untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau
keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan
organisasi. Mengikut John Adair pula, tugas
pemimpin ialah untuk mengimbangi antara
keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu
"Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya
berusaha secara sukarela untuk mencapai objekti
kumpulan dan organisasi."(Jaafar Muhammad).

"Satu usaha mempengaruhi individu untuk
mengikut ke arah pencapaian matlamat yang
sama". (Koontz & O'Donnell).

Pemimpin demokratik: melibatkan pengikut
dalam pembuatan keputusan. Biasanya disukai
ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai
dan ada rasa pemilikan dan kekitaan.
Dalam tulisannya Leadership Dynamic,
Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan
sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di
antara pemimpin dan pengikut. Meskipun
pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan
pengaruh lebih Pengurusan Persatuan dan Kelab
bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses
kepimpinan selalunya melibatkan pertalian
pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan
utama ialah untuk mencapai matlamat
bersama. Daripada pelbagai definisi yang
dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan
seperti berikut:
i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang
disusun secara rapi dan sistematik.Kepimpinan
juga berkait secara langsung dan tidak langsung
dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.
ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat
dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki
perancangan sendiri yang mantap.
.2 Kepimpinan Berperikemanusiaan
Kepimpinan yang berperikemanusiaan
menunjukkan minat yang lebih terhadap
kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja
yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan
yang mesra di kalangan semua kakitangan.
Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan
permuafakatan.
3.3 Kepimpinan Demokrasi
Stail kepimpinan demokratik dikenali juga
sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua
kakitangannya melibatkan diri dalam
organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat atau
pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

Pada dasarnya stail kepimpinan dapat
dibahagikan kepada empat jenis seperti yang
dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:
3.1 Kepimpinan Autokratik



4.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan
sesebuah organisasi adalah tanggungjawab
eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti,
kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan
Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap
prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti
perkhidmatan.
4.2 Edmond (1978) berpendapat principals can
make a difference, yang membawa maksud
bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan
dan kemajuannya berpunca daripada kepimpinan
pihak pengurusan. Keupayaan memupuk
kerjasama antara pengurusan dan pekerja di
dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan
prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan.
Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar
pengurusan menyatakan ciri-ciri yang lazim ada
pada kepimpinan yang berkesan ialah :
i. Semangat mereka mempunyai cita-cita,
ketabahan, ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga
dan hasrat untuk berjaya.
ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai
sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh
diharapkan.

iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai
hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu
lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan
dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh
pemimpin.
iv. Keyakinan diri- mereka sangat p
EDU3108 - Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Keguruan: August 2012

Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role
Model
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur
mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour
(2007) guru harus membentuk murid-murid
untuk memiliki akhlak yang mulia dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-
nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama,
terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional,
dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada
murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada para pelajar.
Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung akan diterapkan
dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003)
guru yang beriltizam akan menjadi role model
kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung,
guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa
ciri peribadi yang positif melalui amalan-
amalannya di dalam bilik darjah.
Guru sebagai pengamal ilmu perlu
mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca,
berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran,
dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman
baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru
akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan
adab murid, serta memberi petunjuk ke arah
kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.
Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus
menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam
diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar
mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru
dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu
matlamat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi
yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya
menjadi teras dan tunjang dalam amalan
pendidikan seumur hidup.

Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi dalam bidang pendidikan perlu
dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik yang mampu mengharungi segala
cabaran sama ada di peringkat domestik atau global.

Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara. Dalam usaha untuk
mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering dijadikan fokus utama.
Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih
penting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fizikal dan berkeupayaan
menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka
berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan. Kepimpinan
yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang
berkesan atau cemerlang.
Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh pengetua, antaranya
mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan.
Pengetua perlu mempunyai visi dan misi untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang. Di samping itu,
mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang holistik iaitu memiliki pelbagai kemahiran dan
kebolehan serta bersedia menghadapi sebarang persaingan dan cabaran.
Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan dan
strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada
semua peringkat warga sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk dilaksanakan oleh semua sekolah.

Justeru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang telah disediakan,
keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh pengetua
berkenaan. Di sinilah letaknya perbezaan antara seorang pengetua dengan yang lain.
Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi
dan tidak mudah berputus asa. Bukanlah suatu yang mudah untuk mentadbir ratusan orang guru dan beribu bilangan
pelajar di sesebuah sekolah.
Hal ini belum lagi berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Namun demikian perancangan yang rapi dan
ditambah dengan keupayaan peribadi kebiasaannya segala masalah dan halangan dapat diatasi dengan mudah.
Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas dengan lancar.
Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan dapat mempengaruhi
orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan kata lain pemimpin yang
berkesan adalah pemimpin yang berkebolehan menggunakan pelbagai stail kepimpinan mengikut situasi dan keadaan.
Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan dapat
membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada sekolah.
Dengan memberikan empowerment dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan yakin
dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan. Pengetua yang berkesan tidak akan
mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu diadakan secara berterusan seperti
majlis jamuan makan malam, gotong royong atau solat hajat.
Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar dengan pihak-pihak
di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.
Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan
warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa depan.


Modal insan yang juga dikenali sebagai pembangunan sumber manusia merupakan
antara agenda utama dalam perealisasian Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) .
RMK-9 yang dilancarkan oleh Perdana Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
memberi fokus kepada unsur ini memandangkan manusia itu sendiri akan berperanan
dengan begitu ketara pembangunan justeru mampu membawa Malaysia menjadi sebuah
negara maju. Konsep pembangunan modal insan ini adalah proses untuk membentuk
insan yang baik, kamil dan berguna, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada
masyarakat, agama dan negara.

8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA
Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan
Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan
diri sendiri.
Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah
Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah
Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah
Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan
Keterampilan pemimpin pelajar
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik
Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun
Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas
Keceriaan sekolah diberi keutamaan
Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar

Saya merumuskan bahawa agenda pembangunan modal insan ini perlu diutamakan
dalam proses pembangunan negara kita kerana menjadi pemangkin yang bakal
mencorakkan tahap ketamadunan bangsa kita. Kita perlu berfikir dan bertindak secara
produktif . Pendidikan merupakan faktor penting terhadap usaha ini.
















Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk murid menimba ilmu
pengetahuan. Sekolah ibarat rumah kedua kepada pelajar kerana di sinilah sebahagian
besar masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah kedua ,sudah pastinya
sekolah perlu mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada para
penghuninya.
Di sini, saya telah menyediakan sediakan satu rangka terperinci tentang sebuah Sekolah
Idaman saya sekiranya saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sekolah tersebut.
Antara ciri-ciri sekolah idaman yang saya inginkan adalah:
1. Mempunyai guru yang berdedikasi,bertanggungjawab dan berkasih sayang dalam
menjalankan tugasnya
Untuk memastikan murid memperoleh ilmu pengetahuan yang sewajarnya , mereka
sememangnya memerlukan warga guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi
terhadap tugas menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru-guru juga perlu
menyemaikan perasaan kasih sayang kepada anak didiknya supaya mereka akan
sentiasa dihormati dan bukan ditakuti.
Berdasarkan Teori Maslow, kasih sayang amat penting untuk mendapatkan
hubungan yang mesra. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar akan
mudah berasa terganggu apabila terjadi perkelahian antara satu sama lain
serta tidak diberikan perhatian oleh guru. Mereka berasakan diri dan emosi
mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tumpuan
dalam proses pembelajaran mereka terjejas.
Sikap kepekaan dan keprihatinan guru yang bertanggungjawab terhadap
anak muridnya perlu demi menjaga keselamatan murid-murid mereka. Hasil
penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan
kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan
sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak.
Guru yang boleh dijadikan model kepada anak didik.
Menurut Albert Bandura dalam teori perlakuan model, beliau menyatakan bahawa
proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan
menggunakan pendekatan permodelan. Dalam pada itu, beliau menjelaskan lagi
bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh
guru akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

3. Mempunyai murid-murid sekolah yang berdisiplin.
Hal ini kerana disiplin yang baik menjadi asas kepada suasana sekolah
yang tenteram dan harmoni. Jika keadaan sekolah tidak terkawal kerana masalah
disiplin yang dilakukan oleh pelajar sudah pasti proses penerimaan ilmu pengetahuan
kepada pelajar akan terganggu.
Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar
memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk
disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar
mengenai disiplin. Mereka perlu dididik dengan kaedah-kaedah bagi
mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang lebih
berpengalaman, wajarlah guru memainkan peranannya dalam mendidik
dan mengajar kanak-kanak akan hal ini.

Memiliki kemudahan fizikal sekolah yang lengkap dan mencukupi untuk menampung
bilangan anak murid
Kemudahan fizikal yang lengkap akan membolehkan pelajar belajar dengan
selesa dan para guru dapat mengaplikasikan pengunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Bilik darjah-mempunyai rangkaian akses internet,projector LCD, CCTV, komputer
riba, penghawa dingin dan alatan kerusi meja yang fleksibel dan selasa.
Perpustakaan, makmal computer,bilik guru dan dewan turut mempunyai penghawa
dingin.
Perpustakaan yang lebih besar supaya boleh menyimpan lebih banyak buku dan juga
mempunyai ruang untuk murid-murid mengulangkaji ataupun membaca buku.Hal ini
disebabkan ada murid yang suka datang ke perpustakaan untuk meminjam buku ataupun
membaca pada masa lapang atau pada waktu rehat
Tidak dilupakan juga, kemudahan fisiologi murid seperti kantin sekolah yang
menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para murid. Membicarakan teori
motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat
kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya
terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan
keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau
terjejas.
Kemudahan sukan: seperti peralatan sukan, padang sekolah, padang
badminton, bola jaring, bola sepak dan kolam renang. Kemudahan-
kemudahan ini penting kerana, bagi mewujudkan murid yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademiknya, malah juga cemerlang dari segi
jasmaninya. Secara tidak langsung, dengan wujudnya kemudahan-
kemudahan yang lengkap ini, kebarangkalian untuk sekolah melahirkan
atlet seperti Pandelela Rinong akan lebih tinggi.
Pada pendapat saya, dengan mewujudkan kemudahan fizikal sebegini, barulah murid
mudah untuk menumpukan sepenuhnya perhatian dalam pelajaran. Sekiranya keperluan ini
tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.

5. Persekitaran sekolah yang mempunyai landskap yang cantik dan bersih.
Dalam pada itu, kebersihan juga merupakan aspek yang penting dalam kehidupan
manusia. Oleh itu, persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik akan
memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada setiap warga di sekolah.
Landskap seperti taman sekolah ataupun kolam ikan juga boleh mewujudkan
persekitaran yang cantik serta menarik bagi memberi murid perasan yang tenang dan
sayang pada sekolah.

6. Buku-buku sekolah dikurangkan atau ditukarkan kepada penggunaan teknologi
seperti ipad . Dengan adanya pengaplikasian teknologi sebegini, maka ianya
bukan sahaja memudahkan para murid, malah turut juga meringankan beban guru
kerana boleh menjalankan sesi PdP dengan menggunakan ICT. Para murid juga
tidak perlu membawa buku teks yang berat apabila datang ke sekolah. Perkara ini
diperkukuhkan lagi dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata
pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat
perkembangan anak murid, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif
dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka.

7. Persekitaran pembelajaran serta perancangan yang sesuai
Persekitaran seperti bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan
menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan murid mengikuti
pengajaran dengan mudah dan berkesan. Suasana yang aman, tenang, dan
tenteram juga mampu mempengaruhi pemikiran murid.
Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri bagi setiap
kanak-kanak sebenarnya adalah berbeza. Oleh yang demikian, semua perancangan yang
melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus
sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Seperti yang dinyatakan Mok Soon
Sang (2002), Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada
manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Teori ini merupakan
kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur
dalam persekitaran secara tiba-tiba bagi menolongnya menyelesaikan masalah yang
sedang dihadapi. Sebagai contoh, apabila guru mengajarkan sesuatu tajuk baharu kepada
murid, guru hendaklah menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai untuk merangsang celik
akal murid dalam memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

8. Bilangan murid pada tiap kelas hanya 20 orang sahaja pada setiap kelas.
Bilangan murid yang optimum menjamin sesi pembelajaran yang lebih efektif dan teratur. Semasa
sesi PdP, guru dapat mengajar dengan lebih mudah dan terkawal. Selain itu, bilangan murid yang
kecil juga membantu guru untuk memberi fokus kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran
tersebut. Fokus yang lebih utama dapat diberikan kepada pelajar yang lemah bagi membantu mereka
meningkat kefahaman degan lebih baik.

Penutup

Sebagai guru, kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya kerana itu
adalah amanah daripada Allah. Guru hendaklah menunjukkan keghairahan dalam proses P&P
kerana aura positif ini boleh mempengaruhi pelajar-pelajar kita agar mereka berminat untuk
belajar. Selain itu, guru juga harus menunjukkan sikap kasih sayang dan berperikemanusiaan
supaya pelajar-pelajar merasakan diri mereka diterima dan dihargai.
Sebagai guru yang berdedikasi, kita seharusnya memberikan peluang dan ruang kepada pelajar-
pelajar kita menyuarakan pendapat atau permasalahan mereka. Sekiranya mereka diberikan
peluang tersebut, nescaya lebih mudah untuk kita mendekati para pelajar. Di samping itu,kita
mesti membantu mereka dengan memberikan sokongan dan panduan agar mereka boleh
mengatasi masalah pembelajaran dengan betul dan berkesan. Guru yang baik juga perlu bijak
dalam memberikan ganjaran atau peneguhan yang bersesuian setiap kali pelajar memberikan
tindak balas yang diingini semasa proses P&P. Galakan dan motivasi juga sangat diperlukan
untuk mengatasi masalah pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar. Sekolah boleh di ibaratkan
seperti sebuah rumah. Kita memerlukan sebuah rumah yang cantik, selesa dan tenteram untuk
didiami. Begitu juga halnya dengan sekolah iaitu tempat setiap pelajar menimba ilmu
pengetahuan.






Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.
Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007).
Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember
1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara
Menuju Abad
21.http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.ht
m%20online%20on%2024/02/2008.
Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke
Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran. http://www.tutor.com.my/ online
on 24/02/2008
Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan)
Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,
Subang Jaya.
Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan
dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru.
Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak
(26-28 Disember 2006). Peningkatan Kualiti
Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh,
Prosiding Persidangan Antarabangsa
Pembangunan Aceh, UKM Bangi.
http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008

________________


Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal
ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu:-
(a) perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran;
(b) penyampai ilmu pengetahuan;
(c) pembentuk akhlak;
(d) pembimbing; dan
(e) contoh teladan atau model.
Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang
amat berat, rumit dan mencabar


Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksana
guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah
yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran
(Weber,1999) .


Rujukan:
1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina
Aksara.
3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk
Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second
Edition, New York. American Book Company.
5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan
di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill
Book Company.

7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur,
8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..
9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan
Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai