Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Semasa saya menjalani praktikum sesi fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Jalan
Tanjung, saya mendapati bahawa terdapat kesukaran untuk mengajar murid dalam
membuat hantaran atas bahu terutamanya dalam modul kemahiran. Saya mendapati
murid tidak berminat untuk melakukannya dengan baik dan membaling tidak tepat ke
arah sasaran serta cepat bosan dengan memberikan pelbagai alasan.
Pada kali ini iaitu praktikum ketiga, saya telah ditempatkan di Sekolah
Kebangsan Jalan Tanjung dan diarahkan mengajar Pendidikan Jasmani tahun 3
Siantan. Kelas ini merupakan kelas yang tercorot dimana hanya mempunyai empat
kelas bagi tahun tiga. Pada kelas minggu pertama sy mengajar tajuk Mari
Menghantar.
Pada minggu pertama saya mengajar kelas tersebut, semua pelajar mengikuti
pembelajaran tetapi dalam satu situasi pembelajaran modul kemahiran dalam tajuk
Mari Menghantar murid tidak dapat melakukan hantaran dengan cara yang betul.
Apabila saya memerhatikan penglibatan mereka, saya mendapati ramai murid yang
tidak menumpu sepenuh perhatian dan melibatkan secara aktif dalam kemahiran yang
diajar. Saya mendapati murid juga merungut dan tidak mahu melakukan walaupun ada
yang melakukan hantaran tetapi ada saja yang tidak dapat melakukannya dan ada saja
masalah yang ditimbulkannya oleh mereka .
Saya juga bertanyakan kepada guru-guru yang lain tentang murid-murid kelas
ini. Rata-rata mereka menjawab mengatakan ok , situasi ini menyebabkan saya rasa
tidak selesa untuk mengajar, saya bertekad untuk mencari punca dan membuat
beberapa andaian. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi
menangani masalah ini? Saya berpendapat lemahnya penguasaan kemahiran balingan
atas bahu di kalangan mereka ialah disebabkan amalan pengajaran saya yang kurang
menarik dan tidak menyeronokkan. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada
pengabaian guru dari segi penglibatan murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti ada diantara murid
kelas ini tidak dapat mengusai kemahiran balingan hantaran atas bahu dengan baik dan
suasana pembelajaran yang kurang menyeronokkan.
Oleh itu saya ingin meningkatkan cara pengajaran saya dengan menggunakan
Teaching Games For Understanding(TGFU) dalam mengajar teknik kemahiran
membuat hantaran atas bahu. Saya akan mengubah kaedah mengajar kemahiran
kepada yang lebih mudah dan menyeronokkan supaya semua murid dapat membuat
hantaran atas bahu dengan baik dan berkesan.
Yang Benar
.
(Mohamad Hafizan Bin Zainuddin)