Anda di halaman 1dari 10

8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera

http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 1/10
0 23:35 GPK HEM
TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-
PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH )
1959
TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja.
Ia mempunyai tujuan mendidik dalam ertikata yang lebih luas.
Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui
peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan social secara amnya, di mana ketiga-tiga
aspek ini tidak diuji secara formal.
2.0 PIHAK BERKUASA DISIPLIN
Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Guru Besar adalah orang yang
bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan
murid-murid di sekolah itu.
Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan
kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu dan dalam menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut.
Selain Guru Besar, Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di
sekolah-sekolah.
Apabila menerima perintah bertulis sama ada dari Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar, Guru Besar di
bawah kuasa yang diberi oleh Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,
hendaklah segera mematuhi perintah itu.
3.0 PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI DALAM MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
3.1 Di samping kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada pihak berkuasa disiplin sepertimana yang
diperuntukkan dalam undang-undang kecil, dalam pelaksanaannya, pihak berkuasa disiplin haruslah
mengamalkan keadilan.
Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai natural justice hendaklah juga diberi perhatian.
Popular Tags Blog Archives
SOCIAL PROFILES
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara"
.
POPULAR POSTS
Pekeliling Ikhtisas: Hal Ehwal Murid
Subjek Fail Bil. Tarikh Kategori Surat
Pekeliling Ikhtisas No.5/1969 Kemasukan
Kanak-kanak dari Si...
PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG
SEKOLAH
PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG
SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4
DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
1. Tujuan 1.1 Tu...
Bidang dan Senarai Tugas PK HEM
1. Bidang Tugas Menjalankan tugas-tugas
Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan
Guru Penolong Kanan. Mengajar sebilangan
waktu mengikut ara...
TATACARA DISIPLIN MURID
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (
DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
TATACARA DISIPLIN MURID
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (
DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 1.0
PENDAHULUAN Sekolah bukanlah sebagai
badan penga...
Surat Siaran HEM Bil.1/2012
Search
HOME PROGRAM HEM

MUAT TURUN

POLISI DAN TATACARA

PEKELILING TAKWIM

UNCATEGORIZED
HOME
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 2/10
3.2 Hak untuk didengar (hearing).
Peraturan ini menentukan bahawa seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela
diri dan ini merangkumi keseluruhan maksud prosedur yang adil sehinggalah dalam hal-hal mengendalikan
masalah kanak-kanak.
3.3 Peluang yang diberi haruslah munasabah.
Seseorang itu haruslah mendapat peluang yang menyatakan kesnya dan dia juga belum boleh didapati
bersalah atas sebarang salah laku yang membolehkan dia dihukum atau hukuman berkenaan yang
dicadangkan itu lebih berat dan melampau daripada apa yang sepatutnya dia terima.
3.4 Walau bagaimana pun, pihak berkuasa disiplin tidaklah diharapkan bertindak seperti di mahkamah.
Sesuatu kes itu boleh didengar secara lisan atau dimaklumkan secara bertulis dan ini bergantunglah kepada
sifat dan beratnya tuduhan itu.
4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL
4.1 Langkah Pertama bagi tindakan disiplin adalah menerima aduan.
Tanggungjawab Guru Besar adalah mempastikan kebenaran aduan itu dan mempastikan sama ada kes itu
bersabit (prima facie) atau tidak.
Langkah berikutnya adalah membuat siasatan awal serta mengumpul bukti serta menentukan kebenaran dan
bukti-bukti tuduhan.
4.2 Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab kes bersabit (prima facie) itu.
Sebelum mengenakan sebarang perintah hukuman, peluang yang munasabah hendaklah diberi kepada
murid itu untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya.
4.3 Langkah Ketiga haruslah diambil untuk membolehkan murid beri sebab ( To Show Cause ) jika murid itu
menafikan kesalahannya.
Maksud beri sebab di sini adalah pihak berkenaan itu diberi peluang untuk menyatakan kesnya, iaitu untuk
membela diri dan memberi bukti bahawa tuduhan-tuduhan yang dihadapkan itu tidak betul.
4.4 Langkah Keempat mestilah diambil untuk membuat keputusan dan dapatan Guru Besar.
4.4.1 Dapatan Guru Besar Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan dan dia dapat
membebaskan dirinya daripada tuduhan yang dihadapkan kepadanya, maka Guru Besar boleh membuat
keputusan bahawa tuduhan itu tidak ada bukti dan tindakan selanjutnya adalah tidak perlu.
4.4.2 Pengakuan atau Didapati bersalah
Jika murid mengaku melakukan salah laku, sebagai alternatif, selepas mendengar keterangan Guru Besar
SURAT SIARAN UNIT HEM BIL.1/2012
Kepada, Semua Guru SMK Taman Sutera,
81300 Johor Bahru Perkara: BAHAN
BAHAN EDARAN UNIT HEM 2012 ...
Takwim Sekolah 2012
Takwim Penggal Persekolahan 2012
TAKWIM PERSEKOLAHAN NEGERI
JOHOR TAHUN 2012 PENGGAL CUTI &
HARI PERSEKOLAHAN MULAI AKHIR...
Pendahuluan
Alhamdulillah bersyukur
saya kepada Allah S.W.T
kerana dapat merealisasikan
pembinaan sebuah blog
khusus bagi menyebarkan maklumat
berhubun...
PENGUMUMAN
31.12.2012(Isnin): Pendaftaran Masuk
Pelajar Baru Peralihan dan Tingkatan 1
(Aliran Biasa) 01.01.2013 (Selasa) :
Pendaftaran Masuk Pelajar Baru T1 Kelas
Rancangan Khas (KRK) 01.01.2013
(Selasa) : HARI TERBUKA 02.01.2013
(Rabu) : Sesi Persekolahan 2013 Bermula
FOLLOWERS
Join this site
with Google Friend Connect
There are no members yet.
Be the first!
Already a member? Sign in
FEEDJIT
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 3/10
mendapati bahawa tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah membuat keputusan terhadap
hukuman yang hendak dikenakan terhadap pesalah itu.
5.0 FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR GURU BESAR TERHADAP HUKUMAN
Mengenai kesalahan-kesalahan yang terkumpul di bawah undang-undang jenayah umum di mana jenayah
yang diadukan itu tidak dilakukan dalam kawasan sekolah, walau pun mengambil tindakan disiplin tidak
dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu hasil keputusan mahkamah sebelum tindakan disiplin
dikenakan.
5.1 Masalah Hukuman
Adalah jelas berbagai-bagai salah laku mungkin berlaku di sekolah, di mana hukuman-hukumannya tidak
dapat ditentukan dengan berpandukan kepada undang-undang sebab undang-undang telah meletakkan
kuasa mutlak kepada Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai.
Setelah mendengar sesuatu kes itu, Guru Besarlah orang yang lebih memahami akan fakta-fakta dan
keadaan-keadaan dalam masa salah laku itu terjadi.
Dialah yang lebih menyedari akan sifat dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan itu.
Dengan itu, Guru Besarlah juga orang yang amat sesuai menentukan apakah hukuman yang paling setimpal
bagi sesuatu salah laku yang berkaitan.
Tindakan-tindakan disiplin kerana kesalahan yang dilakukan hendaklah bersifat adil dan tegas supaya
dengan tindakan-tindakan itu, murid dapat dibimbing ke jalan yang menghindarkannya dari melakukan
perbuatan-perbuatan salah laku yang sama.
Dengan demikian dapatlah murid itu memahami perlunya ia berbudi bahasa, bermurah hati, mempunyai
keluhuran diri dan juga mempunyai sifat merendahkan diri dan juga mempunyai aturan dan disiplin yang baik.
Faktor-faktor penting yang patut dijadikan asas dalam dasar Guru Besar menyeragamkan tindakan
mengenakan hukuman adalah seperti berikut ;
5.1.1 Beratnya Kesalahan
Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan.
Cara pemeringkatannya bergantung kepada tujuan orang yang membuat kesalahan itu dan setakat mana
perbuatan itu membahayakan.
Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, maka lebih
beratlah pula hukuman yang patut diberikan.
5.1.2 Perwatakan dan latar Belakang Murid.
Dalam menentukan apa hukuman yang sesuai, Guru Besar tidak sepatutnya berpuas hati setakat
menyesuaikan hukuman dengan kesalahan.
Powered by Blogger.
ABOUT ME
GPK HEM
VIEW MY COMPLETE PROFILE
BLOG ARCHIVE
2012 (2)
February (2)
TATACARA DISIPLIN MURID
PERATURAN-PERATURAN
PELAJA...
PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG
SEKOLAH
2011 (5)
Live Traffic Feed
Real-time view Menu
A visitor from Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "TATACARA
DISIPLIN MURID PERATURAN-
PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN
SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera" 6
mins ago
A visitor from Ipoh, Perak left "Pekeliling
Ikhtisas: Hal Ehwal Murid ~
myhem@sutera" via moe.gov.my 30 mins
ago
A visitor from Ipoh, Perak left "Pekeliling
Ikhtisas: Hal Ehwal Murid ~
myhem@sutera" via moe.gov.my 31 mins
ago
A visitor from Ipoh, Perak viewed
"Pekeliling Ikhtisas: Hal Ehwal Murid ~
myhem@sutera" 32 mins ago
A visitor from Ipoh, Perak viewed "Bidang
dan Senarai Tugas PK HEM ~
myhem@sutera" 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Johor Bahru, Johor viewed
"Pekeliling Ikhtisas: Hal Ehwal Murid ~
myhem@sutera" 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed "Bidang dan Senarai
Tugas PK HEM ~ myhem@sutera" 5 hrs 1
min ago A visitor from Bandar, Selangor viewed
"Pekeliling Ikhtisas: Hal Ehwal Murid ~
myhem@sutera" 10 hrs 22 mins ago
A visitor from Bandar, Selangor left
"Pekeliling Ikhtisas: Hal Ehwal Murid ~
myhem@sutera" via moe.gov.my 10 hrs 29
mins ago A visitor from Bandar, Selangor left
"Pekeliling Ikhtisas: Hal Ehwal Murid ~
myhem@sutera" via widget5.linkwithin.com
10 hrs 29 mins ago
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 4/10
Pertimbangan hendaklah diberi kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan
kesalahan.
Hukuman yang dikenakan tidak sepatutnya disesuaikan dengan kesalahan tetapi juga kepada yang
melakukan kesalahan itu.
5.1.3 Kekerapan Kesalahan dan kesungguhan Murid Yang melakukannya.
Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih
beratlah hukuman yang boleh dikenakan.
6.0 PENGERTIAN HUKUM
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman yang menyakitkan bagi sesuatu salah laku.
Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman ;
6.1 Ia hendaklah merupakan aspek hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang
telah dilakukan.
6.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.
6.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi
tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.
7.0 NILAI HUKUMAN
7.1 Pertimbangan hendaklah dibuat oleh Guru Besar tentang keperluan mengenakan sesuatu hukuman yang
boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan
yang serupa, tetapi juga kepada yang melakukan salah laku itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi salah
laku itu.
Satu system hukuman bersifat mencegah adalah bergantung kepada beratnya hukuman itu.
7.2 Guru Besar juga hendaklah menimbangkan pemulihan sebagai satu unsur hukuman iaitu hukuman yang
dikenakan sesuai dengan yang bersalah.
Dalam memberi pertimbangan kepada hal ini, Guru Besar hendaklah jangan lupa akan perlunya hukuman
untuk salah laku yang telah dilakukan dan perlunya hukuman itu menjadi sebagai pencegah kepada murid-
murid lain yang mungkin melakukan kesalahan yang serupa.
8.0 HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN
8.1 Pembuangan
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 5/10
Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkahlaku yang mengganggu berulang-ulang kali
dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Guru Besar atau tingkah lakunya
mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah,
tindakan yang sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.
8.2 Penggantungan
Dalam keadaan di mana seorang murid itu berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu ia diasingkan
dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya,
Guru Besar boleh mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu.
Penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan
sekolah atau menikmati sesuatau kemudahan sekolah.
Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan.
8.3 Lain-lain Hukuman Biasa
Dalam hal ini, Guru Besar dikehendaki menggunakan budi bicaranya dengan bijak dalam mengenakan
sebarang hukuman yang difikirkan sesuai.
Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti yang berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak
ramai atau lain-lain hukuman yang liar hendaklah dielakkan.
Di antara hukuman-hukuman biasa yang boleh dikenakan adalah seperti berikut ;
8.3.1 Hukuman Dera ( corporal punishment )
Hukuman dera ( rotan ) boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-murid perempuan ) tertakluk kepada syarat-
syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.
Di bawah peraturan ini [ Subperaturan 5 (1) ] menjelaskannya dengan syarat bahawa ;
( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan
( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah
dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik
dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.
8.3.2 Penahanan ( detention )
Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat ( delinquent ) supaya tingkah lakunya pada masa
akan dating diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan
menggunakan masa lapangnya.
Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.
8.3.3 Denda
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 6/10
Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah kepada Guru Besar ingin
mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk
membayar denda itu.
8.3.4 Amaran
Amaran adalah sesuai apabila Guru besar, setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan
kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan
hukuman yang lebih berat lagi.
9.0 HUKUMAN DERA ( CORPORAL PUNISHMENT )
Hukuman Dera yang dimaksudkan adalah Rotan, di mana boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-murid
perempuan ) tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959.
Hukuman Dera atau Rotan adalah sangat berguna dan berkesan apabila dijalankan sebaik-baik sahaja
sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid.
Namun begitu ianya hendaklah dibuat setelah sesuatu salah laku itu telah dapat disahkan.
Kesan hukuman dera bukan hanya sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke
atas yang melakukan kesalahan itu sendiri.
Mengikut Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, hukuman dera hendaklah dijalankan oleh
Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama
ada secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan.
Adalah mustahak bagi Guru Besar yang menurunkan kuasa hukuman dera kepada guru lain
mempertimbangkan hubungan antara murid berkenaan dengan guru yang menjalankan hukuman dera itu.
Dalam hal mengenakan hukuman yang menyebabkan rasa sakit seperti yang dibuat melalui hukuman dera,
hukuman hanya dapat diterima jika murid itu mempunyai perasaan suka atau sekurang-kurangnya hormat
kepada guru yang menjalankan hukuman itu.
Murid yang berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman dera itu adalah dibuat untuk
kepentingan dan kebajikannya sendiri.
Hukuman Dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan hanya boleh
dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang dilapik dengan pakaian. Guru Besar mestilah
mencatatkan hukuman dera yang dikenakan dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan
yang dikenakan, bahagian anggota dirotan ( tapak tangan atau punggung ) tarikh dan tandatangan Guru Besar
dan seorang Guru yang menjadi saksi.
Hukuman Rotan merupakan salah satu pilihan hukuman yang boleh dibuat oleh Pengetua dan Guru Besar
bagi mengawal disiplin murid di sekolah.
Hukuman ini yang kadang-kadang dilihat sebagai keterlaluan oleh sesetengah pihak, namun ianya masih
diperlukan dalam keadaan-keadaan tertentu.
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 7/10
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1979 ) juga telah memperakukan hukuman
ini di mana dalam Perakuan 76 jawatankuasa tersebut menjelaskan ; No. Perakuan 76 ;
Adalah diperakukan bahawa :
( a ) Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai dan mengawas disiplin murid-murid di
sekolah dengan melibatkan semua guru, dan bukan setakat Guru-Guru pengawas disiplin dan pengawas
murid-murid sahaja.
( b ) Hukuman Dera kepada murid-murid seperti merotan hendaklah dikekalkan.
Guru Besar dan Guru-Guru lain yang tertentu diberi kuasa untuk merotan.
Di samping itu Guru-Guru tersebut hendaklah diberi garis-garis panduan dalam menggunakan hukuman dera
serta cara dan bila hukuman itu boleh dikenakan.
Bagi menjelaskan lagi tatacara yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan hukuman rotan, peruntukan dalam
Peraturan 4 , 5 ( 1 ) dan 5 ( 2 ) serta ( 6 ), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang digubal
di bawah Ordinan Pelajaran 1957 perlu dirujuk.
Peraturan 4 , memperuntukkan ; Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin
sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu.
Peraturan 5 ( 1 ), memperuntukkan ; Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar
hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau
bermanfaat :
Dengan syarat bahawa
( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan
( b ) hukuman dera kepada murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah
dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik
dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.
Peraturan 5 ( 2 ), pula memperuntukkan ; Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di
bawah perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar.
Peraturan 6, memperuntukkan ; Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa
menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya
bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan
kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:
Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang
selain daripada guru berdaftar.
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 8/10
10.0 RUMUSAN
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah dirumuskan kuasa dan tindakan merotan seperti berikut ;
Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan
disiplin, mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman rotan kepada murid di sekolahnya.
Oleh yang demikian juga mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha
dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing.
Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diturunkan kuasa
hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan.
Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan murid dan bukan sebagai alat
yang akan merosakkan fizikal dan mental murid.
Hukuman Dera yang dimaksudkan oleh peraturan ini hanya melibatkan hukuman rotan sahaja.
Hukuman ini menggunakan rotan yang ringan.
Hukuman rotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.
Ini bermakna apa-apa bentuk deraan yang lain seperti menampar, mencubit, menumbuk, mengetuk dengan
tangan atau menggunakan pembaris atau lain-lain alat atau lain-lain tindakan seumpamanya adalah tidak
dibenarkan sama sekali di bawah peraturan ini.
Hukuman rotan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu mematuhi peruntukan seperti
dalam peraturan yang disebutkan di atas.
Hukuman rotan hendaklah seboleh-bolehnya dilakukan sendiri oleh Pengetua dan Guru Besar kerana
merekalah orang yang diberi kuasa membuat keputusan terhadap hukuman tersebut.
Walau bagaimanapun Pengetua dan Guru Besar masih boleh menurunkan kuasa tersebut kepada guru-guru
lain yang berdaftar dan perlu mematuhi tatacara yang telah ditetapkan.
Tempat yang boleh dirotan hanya melibatkan tapak tangan dan punggung yang berlapik dengan pakaian.
Ini bermakna kawasan lain daripada dua tersebut tidak dibenarkan.
Pengetua, Guru Besar atau guru-guru yang diturunkan kuasa dalam melaksanakan hukuman tersebut
hendaklah melaksanakan hukuman ini bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi
pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya.
Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses
Pengajaran dan Pembelajaran adalah dilarang.
Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negative terhadap perkembangan
keperibadian murid berkenaan.
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 9/10
Older Post
Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai saksi.
Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi paras bahu
orang yang melaksanakan hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu.
Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman hendaklah mengangkat rotan dan tidak
menariknya.
Sekiranya pengetua atau guru besar hendak menurunkan kuasa kepada guru lain dalam melaksanakan
hukuman rotan, maka surat penurunan kuasa hendaklah dikeluarkan kepada guru tersebut.
Hukuman Rotan bukanlah merupakan satu-satunya pendekatan untuk mendisiplinkan murid.
Ia hendaklah digunakan sebagai langkah akhir setelah semua usaha membimbing dan kaunseling telah
dilaksanakan.
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Posted in: Tatacara Disiplin Murid
Home
0 comments:
Post a Comment
Sign out
Notify me
Enter your comment...
Comment as:
MIlk (Google)
Publish

Preview
Blogger news Blogroll Labels
Bidang Dan Senarai Tugas PK
HEM (1)
Pekeliling Iktisas HEM (1)
Pendahuluan (1)
Prosedur Gantung Dan Buang
Sekolah (1)

Recommend this on Google
8/26/2014 TATACARA DISIPLIN MURID PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 ~ myhem@sutera
http://myhemsutera.blogspot.com/2012/02/tatacara-disiplin-murid-peraturan.html 10/10
Surat Siaran HEM (1)
Takwim Sekolah 2012 (1)
Tatacara Disiplin Murid (1)
Copyright 2011 myhem@sutera | Powered by Blogger
Design by Free WPThemes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes
Microsof t Exchange Alternative

Anda mungkin juga menyukai