Anda di halaman 1dari 60

PERSEKITARAN DAN JARINGAN

TOPIK 14:
SUMBER KEUSAHAWANAN
TANAH
MODAL
SUMBER
MANUSIA
MAKLUMAT
TEKNOLOGI
BAHAN
MENTAH
TANAH
Segala kekayaan yang terdapat di atas
dan di dalam bumi termasuk di dasar
laut
Sumber penawaran terhad
pulangan bagi tanah adalah sewa
Usahawan perlukan tanah sebagai tapak
untuk menjalankan kegiatan
keusahawanan

MODAL
Modal ialah sumber kewangan untuk
menjayakan sesuatu projek atau
perniagaan.

Meliputi alat jentera, bangunan, kilang
dan kenderaan yang digunakan dalam
aktiviti keusahawanan


TEKNOLOGI

Kaedah operasi atau
pemprosesan yang
membolehkan usahawan
menghasilkan barang dan
perkhidmatan
MAKLUMAT

Pengetahuan atau ilmu yang
membantu usahawan dalam
merancang, mengelola dan
melaksanakan sesuatu aktiviti
perniagaan dengan berkesan
BAHAN MENTAH
Bahan yang perlu diproses untuk
menghasilkan barang siap atau
perkhidmatan yang dapat ditawarkan
kepada pelanggan


SUMBER MANUSIA

Ia diperlukan oleh usahawan
untuk menyumbang tenaga
kerja, bakat, daya kreativiti dan
motivasi bagi mencapai
matlamat organisasi
MAKSUD PERSEKITARAN
PERSEKITARAN IALAH KEADAAN, SITUASI ATAU SUASANA YG
BOLEH MEMPENGARUHI SAMA ADA INDIVIDU, UNIT
KELUARGA,ORGANISASI, SYARIKAT, PERNIAGAAN &SEBAGAINYA

Eg. Persekitaran yg tidak selamat kerana peperangan
beri kesan negatif pd individu,
keluarga/masyarakat/perniagaan dlm sesebuah
negara; sebaliknya persekitaran aman & damai dgn
pembangunan ekonomi yg pesat membawa kesan
positif pd semua
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
PERSEKITARAN DARI PERSPEKTIF
USAHAWAN
Keadaan & unsur2 luaran serta dalaman yg boleh
memberi kesan kpdperniagaan & seterusnya
mempengaruhi usahawan dlm membuat keputusan
perniagaan

Eg. Pengusaha restoran: kesan & pengaruh kenaikan
harga ayam/ikan/sayuran,kenaikan sewa, tukang
masak berhenti,pelanggan berkurang, pembekal tak
dapat membekal secara kredit, pesaing jual lebih
murah, dll.
KOMPONEN PERSEKITARAN
Persekitaran terbahagi kepada dua
bahagian iaitu persekitaran luaran
dan persekitaran dalaman.

SOSIO-BUDAYA


PELANGGAN, PESAING,
PEMBEKAL

PERSEKITARAN PERNIAGAAN
PERSEKITARAN MAKRO
POLITIK & UNDANG2
EKONOMI
TEKNOLOGI
PERSEKITARAN MIKRO
AGENSI KERAJAAN, NGO
INSTITUSI KEWANGAN
PERSEKITARAN DALAMAN
STRUKTUR, BUDAYA,
SUMBER
Persekitaran Luaran
Persekitaran luaran khusus atau
tugas (persekitaran mikro)
Persekitaran luaran umum
(persekitaran makro)
Persekitaran Luaran Khusus/Tugas
atau Mikro
Pelanggan
Pembekal
Pihak Kerajaan
Pembiaya/Pemodal
Pesaing
Pertubuhan Bukan Kerajaan
1. Pelanggan
merupakan individu atau kumpulan yang membeli
barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
firma.

Perlu prihatin terhadap keperluan/kehendak/kebajikan
pelanggan dipelihara dengan baik,maka jualan akan
bertambah dan keuntungan meningkat.

Jualan firma menurun dan keuntungan akan terjejas,
jika kebajikan pelanggan diabaikan.
2. Pembekal
merupakan pihak yang membekalkan sumber
input/bahan mentah kepada perniagaan.

Hubungan yang baik antara pembekal dan
perniagaan akan menjamin bekalan yang
berterusan.

Pembayaran hutang yang segera perlu supaya
bekalan tidak terjejas.

3. Pihak Kerajaan
pihak yang menggubal dasar-dasar/undang-undang
dan menguatkuasakan undang-undang agar
perniagaan dapat beroperasi dengan lancar

Mesti patuh dan bekerjasama dengan kerajaan agar
hubungan baik dapat dilakukan.

Jika abaikan alam sekitar dan menaikkan harga
sewenang-wenangnya, sokongan masyarakat akan
berkurangan.

4. Pembiaya dan Pemodal
pembiaya adalah pihak yang memberi pinjaman kepada
perniagaan seperti bank (kreditor)
pemodal adalah pihak yang melabur modal dalam
perniagaan sebagai pelabur atau pemegang saham.
Pembayaran dividen yang tinggi dan tepat pada masanya
akan menambahkan kemasukan modal syarikat.
Kelewatan pembayaran dan dividen yang rendah akan
menyebabkan firma kehilangan/kekurangan modal pada
masa depan.
Pembayaran balik ikut jadual kepada pihak kreditor.

5. Pesaing
merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk
yang sama dan dijual dalam pasaran yang sama
dengan produk usahawan.

pesaing boleh memberi sumbangan dari segi
meningkatkan kualiti produk secara umum.

Persaingan perlu adil tanpa melanggar
etika/peraturan perniagaan.

6. Pertubuhan Bukan Kerajaan
NGO yg aktif boleh mempengaruhi perniagaan
melalui berbagai kempen & publisiti massa.

NGO juga boleh mempengaruhi keputusan
pengguna & kerajaan.

Harus peka terhadap peranan badan2 ini & isu2 yg
sensitif pada masyarakat.

Eg. Kebersihan, alam sekitar,kesihatan,
keselamatan pengguna,status halal-haram dll.

Persekitaran Luaran Umum atau Makro
Faktor sosial
Faktor Ekonomi
Faktor Politik
Faktor Teknologi
1. Faktor Sosial
Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu
kumpulan masyarakat.

Budaya unik-kepelbagaian agama, adat resam,
perayaan , makanan,pakaian dsb.

Perubahan gaya hidup-gaya hidup moden dan nilai
tradisional.

Perubahan dan peningkatan nilai sosial-penjagaan
kesihatan, hak-hak pengguna,alam sekitar dsb.

2. Ekonomi
keadaan/persekitaran ekonomi-melambung atau
meleset, kuasa beli, harga barangan.

kadar pertukaran mata wang.

sistem kewangan dan perbankan yang efisien.

peniaga yang beretika.



3. Politik dan Perundangan
tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan kerajaan
serta penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan.

Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan.

Keselamatan dan keadilan sistem perundangan

Kestabilan politik akan menjamin kestabilan
ekonomi.

4. Teknologi

kaedah dalam proses penukaran input kepada
output.

Penggunaan teknologi dapat meningkatkan
pengurusan operasi,produktiviti, kecekapan dan
maklum balas pelanggan.



Persekitaran dalaman unsur yg
terdekat dgn usahawan & berupaya
mempengaruhi aktiviti perniagaan
secara langsung
Dgn menganalisa persekitaran
dalaman usahawan dapat
mengenalpasti kekuatan &
kelemahan perniagaan

Persekitaran Dalaman
Terdapat 3 komponen di persekitaran
dalaman iaitu:-
1. Struktur
2. Budaya
3. Sumber

1. Struktur
Organisasi ialah kaedah sesebuah organisasi
diorganisasi atau disusun.
- Aliran kerja, autoriti/bidangkuasa, rantaian
perintah, & komunikasi secara grafik dlm carta
organisasi

Perniagaan yg bersaiz kecil, struktur hiraki autoriti
lebih rata, besar lebih tinggi. Bagi perniagaan baru
struktur berpusat lebih sesuai dlm proses membuat
keputusan, struktur tidak berpusat sesuai bagi
perniagaan yg telah berkembang & banyak
cawangan.

2. Budaya organisasi

Ialah satu set nilai & corak bergelagat atau
berkelakuan, kepercayaan & harapan yang dikongsi
oleh organisasi.

Eg.Bmana firma melayan pelanggan, bmana ikatan
diantara k/tangan, semangat kekitaan, sistem kerja
dll


3. Sumber
Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah
usahawan itu sendiri, kewangan, sumber manusia,
harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan
reputasi.

Ciri-ciri peribadi keusahawanan, kemahiran, tenaga,
idea, pengetahuan dan pengalaman adalah
sebahagian daripada sumber usahawan.Kesemua
sumber ini akan proses bersama di dalam perniagaan
untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan

Cabaran Usahawan Dlm
Persekitaran Keusahawanan
Ancaman drpd persekitaran luaran dan kelemahan
drpd persekitaran dalaman
Menilai persekitaran luaran
Usahawan perlu menyedari pengaruh2 dlm
persekitaran luaran yg mempengaruhi pembuatan
keputusan.
Mengintergrasi pengaruh2 yg wujud dlm persekitaran
luar kpd r/kerja komprehensif.
Mempunyai kemahiran berpolitik, kompromi &
membuat perundingan.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi yg baik.
Kemahiran intelektual untuk menganalisis isu2semasa


Pengurusan Persekitaran
Memahami unsur2 persekitaran luaran
khusus/mikro
Memantau & peka kpd perubahan persekitaran
Berpengetahuan di dalam bidang ekonomi
Meramal perubahan citarasa pengguna &
perubahan teknologi
Membuat perancangan strategi, taktikal dan
operasi
Mengubah struktur organisasi untuk disesuai
kan dengan kehendak persekitaran.

Perniagaan Sebagai Satu Sistem
Kilang
Bahan Mentah
Pejabat
Buruh
Mesin, Peralatan
Wang, Tanah
Pengurus dll
INPUT
Proses
Pertukaran
INPUT
Kepada
OUTPUT
PROSES TRANSFORMASI
Kasut
Tayar
Kereta
Pakaian
Beras
Getah
Hospital
Perhotelan dll
OUTPUT
Gaji
Faedah
Sewa
Bahan-bahan
Overhead dll
Pelanggan
HASIL
KOS
USAHAWAN
Untung/Rugi
FAKTOR PERSEKITARAN LUARAN
PESAING
PEMBEKAL
KERAJAAN
TEKNOLOGI
INSTITUSI PEMBIAYAAN
SYARIKAT SWASTA
MASYARAKAT
EKONOMI

KONSEP JARINGAN USAHAWAN
Jaringan usahawan ditakrifkan sebagai
semua hubungan yang dibentuk (wujud)
dan dikekalkan oleh seseorang usahawan
dengan masyarakat disekelilingnya.
(Abu Bakar, 1995)
Hubungan ini adalah untuk faedah
bersama.
Penting bagi membantu penubuhan
perniagaan usahawan dan seterusnya
perkembangan perniagaan

Hubungan usahawan dengan pihak-pihak tertentu
seperti keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan
lain-lain akan memberi banyak faedah seperti
mendapat sokongan dari segi sumber-sumber
tertentu seperti kewangan, peralatan, maklumat,
sokongan, bantuan dan peluang kepada usahawan.

Jika hubungan yang baik dan hormat-mhormati
tidak dibentuk akan memberi ancaman kepada
perniagaan

Kejayaan usahawan dipengaruhi oleh keupayaan
mereka mengenalpasti peluang2 dan mendpt
sumber terhad drp persekitaran melalui pertukaran
hubungan dgn jaringan sosial mrk

jaringan usahawan spt keluarga, rakan, pembekal,
krj akan memberi sokongan dr segi sumber,
maklumat, sokongan dan peluang kpd ushawan.

hubungan jaringan antara usahawan dgn keluarga dan
rakan memberi kesan yg besar kpd pembentukan dan
pembangunan perniagaan

jaringan membantu usahwan membina reputasi dan
kreadibiliti seterusnya memberi kelebihan saingan.

usahawan perlu memiliki kemahiran know-who bg
memajukan perniagaan krn sumber manusia di luar
perniagaan boleh menawarkan pelbagai bentuk
bantuan dan sokongan
Keluarga dan Rakan:
Bantuan modal, tenaga kerja,
Maklumat, sokongan lain.
Agensi Kerajaan:
Bantuan memulakan
perniagaan,modal,
Maklumat, latihan dan sokongan.
Pelanggan dan Pembekal:
Pasaran, pengalaman, kemahiran,
Kontek jaringan, kewangan dan
Bantuan lain.
Konsultan:
Penasihatan, pengauditan
dan perkhidmatan lain.
Persatuan-Persatuan:
Penasihatan, maklumat
Jaringan, perundingan dan lain-lain
Institusi Latihan:
Pengetahuan, kemahiran,
Penasihatan, kontek jaringan.
Institusi Kewangan:
Modal, nasihat,
Maklumat,
Perkhidmatan lain.
Usahawan dari:
Maklumat, sokongan
Moral, kontek jaringan,
Pasaran, sokongan lain.
Firma Besar:
Kontek, bantuan, teknologi,
Sokongan lain.
Perniagaan
Usahawan
Jalinan antara Usahawan dan Komuniti
Jenis Jaringan Usahawan
Jaringan Peribadi
Jaringan Awam
Jaringan Perniagaan
Jaringan Peribadi
Merujuk kepada jaringan tidak formal yang
melibatkan hubungan personel secara langsung
dan bersemuka antara usahawan dengan pihak
tertentu.
Aktiviti perniagaan tidak menjadi asas kepada
jaringan peribadi.
Jaringan peribadi ini dapat membantu usahawan
dengan memberi bantuan seperti modal,
sokongan moral, tenaga kerja, nasihat dan
maklumat perniagaan.
Cth jaringan peribadi ialah ibubapa, rakan-rakan,
keluarga, bekas guru/pensyarah, ahli persatuan
sosial, kumpulan belia dsb.
Samb..Jaringan Peribadi
Hubungan peribadi ini membentuk ikatan yg kuat.

Pihak2 dlm jaringan ini biasanya menjadi sumber
pertama usahawan mendpt pelbagai bantuan
terutama di peringkat pembentukan perniagaan
dan di awal perniagaan.

Bantuan diberi bdasarkan kejujuran dan
keikhlasan tidak mengharapkan usahawan
membayar bantuan mrk.

Gembira jika pihak yg dibantu berjaya dlm bidang
yg diceburi.
Jaringan Awam
Jaringan awam merujuk kepada sumber
awam(Cooper, Folta & Woo, 1991) iaitu usahawan
dapat menggunakan sumber ini untuk
meningkatkan pengetahuan, mendapatkan
maklumat serta sebagai perantaraan dng pihak2
tertentu.

Cth sumber awam seperti majalah, surat khabar,
buku, tv, radio, internet dsb.

Ilmu perniagaan sentiasa berkembang dan
usahawan pula kekurangan masa.- penting bg
usahawan mdptkan bahan2 sumber awam utk
kepentingan perniagaan mrk
Samb.Jaringan Awam
Sumber awam juga boleh merupakan program
latihan, seminar dan bengkel serta persatuan
yang ahlinya usahawan.

penglibatan usahawan dlm program ilmu dan
persatuan sosial boleh memberi banyak manfaat
kpd usahawan seperti bkongsi pengalaman dan
pengetahuan, pyelesaian masalah dan
mwujudkan jaringan perniagaan.
Jaringan Perniagaan
Dikenali juga sebagai jaringan formal atau
extended network.
Merupakan hubungan yang pada amnya
berasaskan kepada aktiviti yang berkaitan dengan
perniagaan.
Hubungan ini ialah hubungan usahawan dengan
pihak luar organisasi dan penting untuk
perniagaan usahawan.
Cth: pelanggan, pembekal, bank, akauntan,pihak
kerajaan, persatuan perniagaan, badan
profesional dsb.


Samb.Jaringan Perniagaan

Holmlund and Tornroos(1997) mentakrifkan
hubungan perniagaan(dlm konteks jaringan
pniagaan usahawan) sbg suatu proses saling
bgantungan yg mn interaksi dan pertukaran yg
bterusan blaku antara sekurang-kurangnya 2
individu

Hubungan ini akan mwujudkan rantaian jaringan
hubungan antara usahawan dgn pihak luaran

Kontek bergantungan
Embeddedness. Konsep ini
membincangkan hubungan peribadi,
sosial dan perniagaan adalah
bercampur dalam satu jangka masa
tertentu. (biasanya lama).
Dimensi Jaringan
Jaringan usahawan satu hubungan yang
dinamik dan berubah-ubah mengikut
jangka masa tertentu.
Perubahan hubungan juga akan terjadi
sekiranya berlaku insiden yang tidak
diduga.
Abu Bakar, 1995 melihat hubungan
antara usahawan dengan kontek jaringan
daripada beberapa dimensi, antaranya
ialah:
sambungan
Pertukaran.
Hubungan pertukaran wajib dan
sukarela.
Hubungan lemah dan kuat.
Ringkas dan Multipleksiti.
Kepercayaan.
Saiz jaringan.
Faedah Jaringan Usahawan
Sokongan kewangan.
Sumber maklumat.
Peluang pasaran.
Idea perniagaan.
Promosi barangan.
Maklumat pasaran.
Maklumat pembekal.
Sokongan moral dan motivasi.
Sumber pengetahuan dan kemahiran.
Penasihatan perniagaan.
Orang perantaraan atau kontek dsb.

mendapatkan sumber-sumber dan mengintai
peluang-peluang yang diperlukan oleh perniagaan
mereka

membina reputasi dan kredibiliti diri dan perniagaan
dan seterusnya dapat memberi kelebihan
persaingan kepada usahawan


SambFaedah Jaringan Usahawan
Kepentingan Jaringan Kepada
Usahawan
1. Membina keyakinan.

Jaringan yang baik dapat membantu
usahawan memperolehi maklumat
sebelum membuat sebarang pelaburan.

Ia memberi keyakinan dan dapat
mengurangkan risiko kerugian, persaingan
serta produk yang tidak dapat menembusi
pasaran.


2.Mengurangkan birokrasi.

Birokrasi kadang-kadang melambatkan
proses atau sesuatu urusan. Jaringan boleh
membantu dalam perkara-perkara seperti
berikut:
- Mempercepatkan proses permohonan
- Menjimatkan masa, kewangan dan sumber-
sumber lain.
- Menghalang usahawan daripada mengulangi
kesilapan
3. Menambah maklumat.

Banyak maklumat boleh diperolehi dari
dalam linkungan jaringan itu sendiri
seperti siapa yang diperlukan untuk
memajukan perniagaan.
4. Membentuk kepercayaan

Jaringan membantu membentuk kepercayaan
kerana banyak maklumat dapat disalurkan.

Dengannya seseorang atau sesebuah
organisasi akan bersedia memberi
keutamaan keatas satu-satu produk dan
memberikan motivasi kepada usahawan untuk
mempromosikan barangan atau perkhidmatan
usahawan melalui mulut ke mulut
5. Mewujudkan situasi pergantungan.

Kita sebenarnya hidup saling bergantung
antara satu sama lain.

Jaringan perlu untuk mewujudkan situasi
ini terutamanya dalam perniagaan.

6. Sumber kreativiti

Melalui jaringan banyak idea baru dapat
diperolehi bagi mencipta produk atau
perkhidmatan baru

Ia juga membantu memberi idea yang
lebih kreatif dalam mengeluarkan dan
memasarkan barangan.
Mengurus jaringan
Hubungan jaringan usahawan bukanlah
sesuatu yang statik.
Empat langkah dalam mengurus jaringan
(Abu Bakar, 1995):
Merancang(plan) hubungan dengan ahli
jaringan.
Mewujudkan(form) hubungan dengan ahli
jaringan.
Memupuk(develop) hubungan dengan baik.
Mengekalkan(maintain) hubungan agar tidak
berlaku sebarang masalah atau terputus.
1. Peringkat pertama: Merancang
hubungan dengan ahli jaringan mereka..
Menyenaraikan maklumat setiap ahli
jaringan
Bertukar2 kad pniagaan di majlis2
tertentu
Menonjolkan diri dlm kegiatan sosial,
persatuan, kemasyarakatan dll.



SambMengurus jaringan
2. Peringkat kedua dan ketiga : Bagaimana
mewujudkan dan memupuk hubungan yg baik
dengan mereka ini?
Peringkat ini melibatkan proses hubungan yang masih
dalam percubaan dan akan berkembang. Interaksi
akan berlaku lebih kerap sekiranya terdapat
kepentingan bersama dan saling bergantungan
dalam pertukaran sumber, maklumat, peluang
perniagaan dan sebagainya.
Merekodkan/menyimpan maklumat jaringan spt
nama, alamat, no telefondll.
Kepentingan jaringan tersebut kpd usahawan
SambMengurus jaringan
3. Peringkat Keempat: Mengekalkan
hubungan agar tidak berlaku masalah

Menjaga imej syarikat
Menghantar kad pd majlis tertentu
Menelefon, sms, e-mail dll.

SambMengurus jaringan



SEKIAN