Oleh AHMAD ABDUL HAMID (Yang Mengikuti Lawatan Perdana Menteri ke Jepun
Baru-baru Ini).
Kemunculan China sebagai kuasa baru ekonomi dunia bukan satu isu lagi kerana ia hakikat yang
tidak dapat diketepikan. Isu utama kini ialah sejauh mana kemunculan China ini akan menggugat
pertumbuhan ekonomi negara-negara Asia Timur, khususnya negara-negara ASEAN.
Bahang kemunculan China ini sudah mula dirasai apabila Pelaburan Luar Langsung (Foreign Direct
Investment - FDI) ke negara-negara ASEAN kini berkurangan kerana kebanyakannya mula
bertumpu ke China.
Syarikat-syarikat utama dunia juga mula memindahkan operasi ke China kerana tenaga kerjanya
yang banyak dan murah berbanding negara-negara ASEAN yang lain.
Tetapi adakah senario ini satu ancaman besar yang mungkin boleh melumpuhkan ekonomi negara-
negara ASEAN? Atau sebaliknya adakah kemunculan China sebagai kuasa ekonomi ini bakal
memberi limpahan yang boleh dinikmati bersama oleh ASEAN?
ASEAN wajar melihat kebangkitan China secara positif. Ini kerana sekalipun China muncul sebagai
kuasa ekonomi, perkembangan ekonominya sudah tentu bergantung kepada kekuatan ekonomi
negara-negara yang bakal menjadi pasaran, khususnya ASEAN.
Kekuatan ekonomi negara-negara ASEAN penting untuk membuka ruang pasaran kepada produk
China bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara itu terus mantap dan stabil.
Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, sewaktu
menyampaikan ucaptama `China-Satu Cabaran atau Peluang untuk ASEAN' pada Persidangan
Antarabangsa Nikkei Ke-8 di Tokyo baru-baru ini, ancaman ekonomi oleh China ini tidak
seharusnya membimbangkan negara-negara ASEAN.
Menurutnya, masih ada peluang yang boleh direbut oleh ASEAN dalam perkembangan ekonomi
serantau dan dunia.
Realitinya setiap negara ASEAN sebagai individu mempunyai kekuatan masing-masing dan
kerjasama di kalangan mereka pula akan membolehkan mereka secara bersepadu menandingi
China.
Kekuatan China pada masa ini adalah tenaga kerjanya yang murah dan terlatih, di samping potensi
pasaran domestik yang besar. Kelebihan ini membolehkan mereka menghasilkan barangan pada
skala besar dengan harga yang murah dan berdaya saing.
Tetapi sebenarnya faktor tenaga kerja murah ini bukanlah sesuatu yang boleh terus dipertahankan
sepanjang masa kerana ia akan berubah menurut peredaran pertumbuhan ekonomi itu sendiri.
Apabila ekonomi semakin mantap dan maju, kos kehidupan turut meningkat. Apabila ini berlaku,
akan timbul pula tuntutan upah yang lebih tinggi. Akhirnya kos tenaga kerja yang suatu ketika dulu
rendah akan meningkat sejajar dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi.
Fenomena ini jugalah yang sebenarnya pernah dialami oleh sebahagian negara ASEAN. Ketika kos
tenaga kerja rendah, ASEAN menjadi pilihan utama pelabur. Tetapi apabila ekonomi semakin
kukuh, kos tenaga kerja ini meningkat dan ada di antara pelabur ini memindahkan operasi ke China.
Justeru apa yang berlaku ini adalah rahmat kepada China. Tetapi fenomena yang pernah dialami
oleh negara ASEAN ini lambat-laun akan dirasai pula oleh China.
Sejarah telah membuktikan perkara ini. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Jepun juga
bermula dengan tenaga kerja murah tetapi ia tidak bertahan lama. Apabila Jepun menjadi semakin
maju dan makmur, kos tenaga kerja juga naik mendadak. Akibatnya Jepun terpaksa melabur di
negara-negara Asia Tenggara di mana tenaga kerjanya lebih murah bagi memastikan mereka terus
mampu bersaing di pasaran.
Apa yang dialami oleh Jepun ini akan dirasai oleh China. Malah petanda ke arah itu kini sudah
wujud. Di kawasan di mana perindustrian telah pesat membangun, kos tenaga kerjanya lebih tinggi
daripada kawasan lain.
Gejala ini dijangka merebak ke semua kawasan pembangunan dan akhirnya kos tenaga kerja di
China tidak lagi kompetitif, sekalipun ia mengambil masa yang agak lama kerana saiz penduduk
China yang besar.
Namun kos tenaga kerja ini bukanlah faktor tunggal yang diambil kira oleh pelabur. Kestabilan
politik, tenaga kerja terlatih dan keamanan adalah faktor utama lain yang diambil kira. Di Malaysia
misalnya, ramai pelabur terus bertekad untuk beroperasi di negara ini kerana iklim pelaburan di
negara ini amat menggalakkan. Kerajaan juga mesra pelabur dan para pekerja amat jarang
mengadakan tindakan perusahaan. Ini penting kepada pelabur bagi memastikan pelaburan mereka
memberi pulangan yang diharapkan.
Senario di Malaysia ini boleh menjadi contoh yang baik kepada negara-negara ASEAN untuk
menyediakan suasana pelaburan yang kondusif. Setiap negara ASEAN mempunyai keistimewaannya
tersendiri dan mereka boleh secara bersama menghadapi cabaran China. Yang penting mereka perlu
memahami cabaran ini dan berusaha meminimumkan cabaran tersebut dan memaksimumkan
peluang.
Dilihat secara positif, cabaran China sebagai kuasa ekonomi sebenarnya akan menyebabkan negara
itu lebih banyak bergantung kepada ASEAN. Ini kerana dengan penduduk sebanyak 650 juta orang,
ASEAN merupakan pasaran besar bagi China. Sudah pasti China tidak akan mengabaikan pasaran
ini.
Justeru dalam proses pertumbuhan ekonominya, China tidak boleh mementingkan diri sendiri
sehingga `memiskinkan' ASEAN. Jika ini berlaku, rakyat negara ASEAN tidak lagi mempunyai daya
beli untuk membeli produk China. Akibatnya China yang akan rugi. Dalam keadaan ini, amat
penting bagi China memastikan kemakmuran ASEAN terus terpelihara.
Apabila China menjadi kuasa ekonomi yang kaya, ia akan memerlukan banyak barangan atau
komponen yang tidak dapat dikeluarkan oleh negara itu sendiri. ASEAN perlu merebut peluang
memenuhi keperluan itu. Malah langkah ini boleh mendorong kepada peningkatan pelaburan China
di ASEAN dan seterusnya meningkatkan perdagangan ASEAN-China.
Perlu diingat, China adalah dalam kelompok ASEAN+3 (ASEAN + China, Korea Selatan dan Jepun).
Berteraskan matlamat bersama memakmurkan jiran, China sebagai anggota kelompok ini sudah
tentu tidak akan sewenang-wenangnya merosakkan ekonomi negara sekelompok. Justeru ASEAN
tidak seharusnya terlalu bimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi China ini.
Sebaliknya kebangkitan ini boleh dianggap sebagai `rahmat' kepada negara ASEAN kerana apabila
China semakin maju, daya beli penduduknya juga semakin tinggi. Ini akan membuka luas pasaran
China kepada produk ASEAN. Dengan penduduk sebanyak 1.3 bilion, pasaran China boleh menjadi
sasaran utama ASEAN.
Namun begitu, dalam mengimbangi kebangkitan China ini, perpaduan dan semangat kerjasama di
kalangan negara ASEAN perlu dikekalkan. Segala tindakan perlu sekata dan bersama. Oleh itu tidak
wajar bagi mana-mana anggota ASEAN mengadakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan
negara-negara lain dengan membelakangkan rakan-rakan yang lain.
Sehingga kini nampaknya hanya Singapura mengambil langkah sendiri dengan mengadakan FTA
dengan Jepun, Singapura dan New Zealand. Dr. Mahathir ketika mengulas perkara ini pada sesi soal
jawab selepas ucaptama Persidangan Antarabangsa Nikkei berkata, Malaysia tidak menyertai
sebarang FTA.
Katanya, Malaysia akan memerhatikan apa yang akan berlaku kepada FTA di antara Singapura
dengan negara-negara lain sama ada akan menjejaskan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA) atau tidak.
Beliau sendiri optimis dengan masa depan ASEAN dalam menghadapi gelombang kebangkitan
China. Tugas ini lebih mudah jika ASEAN bersatu dan berusaha meningkatkan perdagangan di
antara mereka.
Dewasa ini pun perdagangan antara negara ASEAN berkembang pesat dan pelaksanaan AFTA akan
menjadikan pertubuhan 10 negara Asia Tenggara itu semakin menarik kepada pelabur-pelabur luar
yang ingin melabur dalam pasaran ASEAN yang besar.
Seperti yang ditegaskan oleh Dr. Mahathir, sekalipun FDI semakin berkurangan dan pertumbuhan
eksport semakin sukar, Asia Tenggara masih mampu mendapat bahagian ekonomi untuk diri
mereka sendiri dan masih mampu menandingi China.
China adalah cabaran ekonomi. Itu hakikat. Tetapi cabaran ini perlu dihadapi secara positif oleh
ASEAN agar cabaran bertukar menjadi peluang.
Seperti kata Dr. Mahathir: ``China adalah cabaran dan peluang. Perkara ini nyata. Sama ada kita
untung atau rugi daripada cabaran dan peluang yang ditawarkan oleh China, bergantung kepada
Asia Tenggara sendiri.''
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&se
c=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz39DHnhpEN
Utusan Melayu (M) Bhd
Objektif kajian ini diadakan bagi mengenalpasti kesan minyak terhadap Negara kita pada sejak
awal bulan jun 2008. Pelbagai respon diwar-warkan oleh rakyat bagi membatah kenaikan
minyak. Kesan kenaikan minyak juga turut mengganggu corak hidup harian rakyat apatah lagi
pembelian barang keperluan harian turut terjejas. Blog ini telah mengkaji tetntang kesan minyak
terhadap rakyat, peniaga, pengangkutan awam dan juga makanan, turut diselitkan beberapa
artikel berkaitan.
Posted by BmCs KumPulaN 2at 9:04 AMNo comments:
Pengenalan...
Isu kenaikan harga minyak pada tahun lepas (2008) tidak langsung menunjukan penurunan
harga sehinggalah memasuki tahun baru tahun 2009. Harga minyak sekata pada hari ini ialah
RM1.80 untuk seliter petrol. kenaikan harga minyak telah banyak mejejaskan pertumbuhan
ekonomi negara.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari sumber tenaga baru bagi menggantikan petrol
sebagai bahan altenatif lain selain minyak. Peningkatan terus harga minyak menyebabkan sedikit
sebanyak penjejasan ekonomi negara. Minyak telah menjadi bahan asas yang digunakan oleh
manusia dalam pelbagai aktiviti bagi memacukan ekonomi negara. Tanpa minyak segala aktivi
negara akan terhenti.
Jadual berikut menunjukkan harga minyak Malaysia sejak 1990 yang merujuk kepada harga
runcit di stesyen minyak bagi RON 97.
Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran
dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di
Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31
pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$67 akhir-akhir ini.
Antara punca utama kenaikan harga minyak adalah seperti berikut:
Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0 juta
tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan.
Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi,
khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat.
Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC.
Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di
Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu
Kegiatan spekulasi harga minyak.
Berikut ialah perbandingan harga minyak di Malaysia dan Negara ASEAN :
Posted by BmCs KumPulaN 2at 8:32 AMNo comments:
Kesan Terhadap Rakyat...
Kita sebagai rakyat malaysia turut merasa tekanan dari kenaikan harga minyak. sebagai pelajar
universiti, ade yang membawa kenderaan sendiri selain meggunakan bas kolej yang telah
disediakan. mereka yang menggunakan kenderaan sendiri dapat merasakan perubahan dari
kenaikan harga minyak. perbelanjaan yang berbeza dari sebelumnya. di bawah merupakan
artikel dari seroang rakyat yang prihatin terhadap isu ini.
KERESAHAN RAKYAT TERHADAP KENAIKAN HARGA MINYAK
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Jun 2008
Oleh: Salza Hedra
Sejak dari tengahari hingga ke malam 5 Jun 08, berduyun-duyun kereta, motosikal dan
kenderaan-kenderaan lain beratur di seluruh stesen minyak disebabkan oleh pengumumnan
kerajaan akan menaikkan harga minyak daripada $1.92 sen kepada $2.70 sen. Hari ini tangki
kenderaan mereka perlu diisi penuh. Setidak-tidaknya, mereka dapat menjimatkan sedikit wang
saku kerana mulai esok mereka perlu membayar harga yang lebih mahal. Inilah bayangan
keresahan pertama mereka. Ianya juga tindakan pertama mereka untuk merlakukan penjimatan
dalam usaha menangani kesan kenaikan tersebut.
Rakyat Malaysia pada secara umumnya peka terhadap perkembangan semasa dunia. Mereka
tahu bahawa kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak. Mereka juga faham bahwa
lambat laun harga minyak akan naik juga disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia. Mereka
juga mengerti bahawa kerajaan telah, sedang dan akan melaksanakan usaha-usaha gigih dalam
mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah
dan sederhana. Antara langkah awal yang telah dijalankan kerajaan adalah menaikkan gaji
kakitangan awam dan kawalan terhadap harga barangan keperluan asas. Kerajaan juga telah
memulakan industri biodiesel yang dijangkakan dapat sedikit sebanyak mengurangkan
penggantungan kepada petrol pada masa akan datang.
Apabila Malaysia mengorak langkah daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri,
kemajuan mula terserlah. Malaysia kini menjadi salah sebuah negara membangun yang sedang
menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Rakyat telah dimaklumkan bahawa kesan
pembangunan dan kemajuan akan membawa kepada kenaikan kos sara hidup. Langkah-langkah
proaktif telah rancang dan ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Kesan kenaikan harga minyak ini bukan sahaja dirasai oleh Malaysia malahan masyarakat dunia.
Walaupun negara kita dan juga beberapa negara di Asia merupakan negara yang menghasilkan
minyak, namun hampir kesemuanya mengimpot minyak dari luar.
Dua perkara yang menjadi keresahan dan kebimbangan
keseluruhan rakyat Malaysia. Pertamanya adalah kenaikan harga barangan keperluan asas.
Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka akan berlaku.
Apa yang kita harapkan agar mereka tidak menaikkan harga tersebut sehingga membebankan
pengguna. Penulis begitu optimis, bahawa langkah menaikkan harga keperluan tersebut dapat
diimbangi oleh kuasa beli rakyat. Namun penulis juga percaya akan wujud golongan opurtinis
yang akan meletakkan beban kenaikan yang ditanggung mereka kepada pengguna. Perkara ini
harus dipantau oleh kerajaan dan kerjasama rakyat untuk membendung gejala ini amat-amat
diharapkan.
Keduanya adalah kenaikan kadar inflasi. Menurut Ybhg Dato Dr Zeti, Gabenor Bank Negara,
kadar inflasi akan meningkat pada kadar 4.2% daripada unjuran awal 2 3 % lewat tahun ini
dan meningkat lagi kepada 5.2.% awal tahun hadapan. Ia merupakan kesan jangka pendek.
Beliau menegaskan bahawa keadaan akan dapat dikawal melalui langkah dan pemantauan yang
dibuat, kadar inflasi dijangka akan menurun kepada 3% lewat tahun depan.
Sebagai rakayat Malaysia, kita perlulah bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan
bijaksana. Keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam menangani dan mengurang kesan
kenaikan ini perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kita perlu melaksanakan tanggung jawab kita
walaupun dengan hanya berjimat dalam perbelanjaan harian.
Posted by BmCs KumPulaN 2at 8:27 AMNo comments:
Kesan Terhadap Makanan...
Minyak dan gas asli kini adalah
sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apa sahaja yang berlaku kepada pasaran dan
pengeluaran sumber terbabit, akan memberi kesan kepada sesebuah negara serta masyarakat
dunia. Kita terpaksa menanggung bebanan hiper, hasil daripada magnet tarikan ekonomi yang
jelas berasaskan petroleum. Inilah kemelut yang Malaysia hadapi, sekaligus merencatkan
pertumbuhan ekonomi HPA dari segi kos pengeluaran, bahkan bukan kita(HPA) sahaja yang
merasai tempias ini akan tetapi syarikat-syarikat lain juga turut merasai.
Umumnya, ahli ekonomi bersetuju bahawa inflasi ini adalah
disebabkan tolakan kos atau tarikan permintaan atau hasil daripada kombinasi kedua-duanya.
Namun begitu, pada hari ini nampaknya penyumbangan inflasi ini sebahagian besarnya adalah
tarikan kos. Senario ini disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi, yang sebahagian
besarnya berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia. Lonjakan harga minyak ini amat
ketara, pada Julai 2006 harga minyak ialah AS$70 seterusnya meningkat kepada AS$148 setong
pada Julai 2008.
Meskipun harga minyak dunia telah menurun kepada AS$118 setong pada 28 Ogos, ekonomi
negara dijangka akan terus menghadapi tekanan inflasi. Di samping berpunca daripada harga
minyak yang masih tinggi, harga komoditi yang tinggi juga menyumbang kepada tekanan
tersebut. Pada 24 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 15 sen daripada RM2.70
seliter kepada RM2.55 seliter, manakala RON92 dikurangkan 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter
kepada RM2.40 seliter. Harga diesel pula turun lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada
RM2.50 seliter. Seterusnya pada 24 september di turunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen.
Namun begitu, kemelut harga minyak tetap sukar untuk ahli ekonomi ramalkan kestabilannya.
Posted by BmCs KumPulaN 2at 8:18 AMNo comments:
Kesan Terhadap Peniaga...
Menurut artikel yang ditulis oleh presiden haluan dalam artikel yang bertajuk kenaikan harga
minyak-antara kesimpitan dan bala menyatakan fenomena kenaikan harga minyak berlaku
disebabkan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran. Harga akan meningkat jika terdapat
permintaan yang tinggi dari negara dunia dan kurang penawaran pengeluaran minyak dari
pengeluar minyak dunia seperti negara Arab Saudi dan pengeluar minyak utama dunia.
Kesan daripada kenaikan harga minyak bukan sahaja melibatkan
kerajaan malah melibatkan semua pihak samada pihak industri pembuatan, peniaga-peniaga
dan juga rakyat. Kenaikan harga minyak telah membebankan semua pihak, apabila harga
minyak meningkat kos bahan api juga telah meningkat dan menyebabkan semua kos
pengeluaran serta barang runcit juga meningkat. Pengilang akan menaikan harga barang kerana
kenaikan bahan api telah mempengaruhi kenaikan kos pengeluaran. Kesan daripada ini telah
membebankan peniaga-peniaga yang terpaksa menaikan harga barangan kerana pengilang telah
menaikan harga barangan sejajar dengan kos pengeluaran.
Peniaga-peniaga terpaksa menerima keadaan ini walaupun mereka tahu ini akan menjejaskan
perniagaan mereka. Rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga barang dan ini akan
menyebabkan peniaga-peniaga dipersalahkan dalam perkara ini. Contohnya, barangan runcit
seperti beras, gula, tepung dan barangan basah seprti ayam ikan dan sebagainya adalah
keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Setiap kali barang-barang in dinaikan rakyat akan
mempersoalkan kenaikan harga tersebut. Peniaga-peniaga ini akan dipersalahkan kerana
menaikan harga walhal mereka terpaksa menaikan harga barang-barang ini kerana mereka
memborong barang-barang ini dengan harga yang tinggi dari peruncit. Walaupun merka
menaikan harga barangan ini tetapi mereka tidak menerima keuntungan yang lumayan seperti
anggapan orang awam. Mereka tidak harus dipersalahkan, rakyat perlu faham dengan keadaan
ekonomi dan fenomena kenaikan harga minyak. Ada antara peniaga-peniaga terpaksa gulung
tikar kerana menghadapi pelbagai kesulitan. Ada diantara mereka pula terpaksa berhutang
kerana hal ini.
Pihak kerajaan pula telah
mengawal harga barangan seperti harga beras, gula, ayam dan sebagainya bagi menggurangkan
beban rakyat. Persoalannya disini adakah mengawal harga barangan ini dapat menggurangkan
beban peniaga-peniaga?. Menurut sebahagian peniaga-peniaga, kawalan harga bagi barangan
kawaln tidak mendatangkan kesan yang baik kepada peniaga tetapi hanya kepada rakyat.
Kawalan harga ini dikatakan berat sebelah kerana kerajaan hanya hanya memikirkan
kepentingan rakyat dan bukan peniaga-peniaga. Menurut Encik Razak, peniaga ayam dari pasar
borong jalan Meru Klang, kawalan harga oleh kerajaan telah membebankan peniaga kerana
peniaga hanya mendapat keuntungan minimum kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi
kepada peruncit. Kerajaan perlu mengawal harga dari akar umbi lagi iaitu dari pengeluar bukan
dari peniaga kerana peniaga adalah orang tengah antara rakyat dan pengeluar atau peruncit.
Kenaikan harga minyak bukan sahaja menjejaskan peniaga-peniaga runcit malah menjejaskan
peniaga yang menjual produk mereka di internet. Di Malaysia fonomena ini kurang berlaku
kerana rakyat di negara kita kurang melanggan produk atau membeli belah melalui internet.
Di negara barat pula lain keadaannya, mereka lebih gemar membeli barangan melalui online
terutamanya di Amerika syarikat kerana cara ini lebih mudah dan menjimatkan kos dan masa.
Disebabkan kesibukkan mereka terhadap kerja dan aktiviti harian mereka memilih untuk
membeli barangan melalui internet.
Berikut adalah survey yang dijalankan kepada 1234 orang di negara uncle Sam oleh Jupiter
research dan linkShare:
-Secara keseluruhannya, pembeli di internet menjangkakan mereka akan mengurangkan lebih
banyak pembelian secara offline berbanding membeli secara online.
-Perbelanjaan Offline dijangkakan akan menurun sebanyak 6.3% berbanding online sebanyak
4.2% .
-Ramai pengguna online (81%) percaya mereka sedang mengalami kegawatan ekonomi.
-56% bakal pembeli lebih cenderung untuk membuat kajian secara online terlebih dahulu
mengenai sesuatu produk dan harga. Ini kerana, mereka ingin memastikan, mereka mendapat
harga yang terbaik sewaktu kegawatan ekonomi ini
Pada pendapat saya, rakyat Malaysia juga perlu menggorak langkah seperti negara barat.
Membeli belah melalui internet bukan sahaja mejimatkan kos malah masa dan menggurangkan
penggunaan bahan api untuk mengisi petrol pada kenderaan. Selain itu mereka juga tidak perlu
bersesak-sesak untuk pergi ke pusat membeli belah hanya dgn melayari internet sahaja kita
mampu untuk membeli barangan tanpa membuang masa dan bersesak-sesak. Malah kita boleh
berbelanja diman-mana yang kita selesa sama ada dirumah atau ketika berada di tempat kerja
jika terdapat talian internet.
NEW DELHI 7 Nov. - Usaha bersungguh-sungguh India untuk menjadi
sebuah kuasa ekonomi dunia dengan jangkaan mencatatkan pertumbuhan
tahunan antara tujuh dan lapan peratus setahun dalam tempoh sedekad
akan datang kemungkinan akan memberi `durian runtuh' kepada
negara-negara ASEAN di bawah rangka dasar `Pandang ke
Timur'nya.
Untuk mencapai pertumbuhan setinggi itu, India perlu menarik
pelaburan besar yang signifikan dari sumber domestik dan
asing.
Ia juga perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi para
pelabur dan pengusaha untuk menggunakan keupayaan dan
sumbernya yang produktif.
Selain memperluaskan kerjasama perdagangan dan pelaburan serantau
dengan negara-negara ASEAN, India yang telah melaksanakan dasar
`Pandang ke Timur'nya sendiri dalam awal tahun-tahun 1990'an, telah juga
menyatakan bahawa ia kini bersedia untuk berkongsi kepakaran
dalam teknologi maklumat (IT) dan bioteknologi yang telah
menunjukkan kemajuan yang menakjubkan.
Sebagai permulaan, kerajaan India telah mengenal pasti
infrastruktur fizikal sebagai satu bidang yang penting yang perlu
dinaikkan taraf.
Ia memerlukan satu pelaburan yang besar sebanyak AS$55 bilion di dalam
projek-projek infrastruktur seperti jalan kereta api, lebuh raya, pelabuhan
dan lapangan terbang untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Menurut Laporan Infrastruktur India (IIR), sekitar lima peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu dilaburkan dalam sektor
infrastruktur yang perlu dipertingkatkan kepada minimum antara tujuh
peratus dan lapan peratus daripada KDNKnya.
Inisiatif seperti itu dijangka memberi faedah kepada negara-
negara seperti Malaysia yang telah mengukuhkan namanya
dalam industri pembinaan di sini, terutama sekali di Tamil
Nadu.
Syarikat-syarikat pembinaan Malaysia sehingga ini telah menyiapkan 21
buah projek di India bernilai AS$830 juta. Kini, mereka sedang
melaksanakan 26 projek bernilai AS$1.2 bilion di India yang terdiri
daripada lebuh raya dan jalan raya, pembekalan air dan perumahan.
Lebih banyak peluang akan diterima daripada Lembaga Lebuhraya
Kebangsaan India (NHAI), yang melaksanakan salah satu projek lebuh raya
terbesar di dunia melalui pembinaan dan menaikkan taraf lebuh raya
kebangsaan sepanjang 13,146 km yang bernilai AS$12 bilion.
Projek berkenaan yang telah sampai ke peringkat persediaan lanjutan bakal
dibiayai melalui campuran geran kerajaan (dari dana jalan raya pusat),
pembiayaan multilateral dan pinjaman di pasaran.
Selain melaksanakan projek-projek Pembangunan Lebuhraya Kebangsaan
(NHDP), NHAI kini juga turut melaksanakan sesetengah projek bukan
NHDP sepanjang 1,000 km yang membabitkan jalan raya menyambung
pelabuhan dan koridor trafik sesak yang lain.
Risalah Yes Bank Ltd yang bertajuk `Peluang bagi Kerjasama India-
ASEAN,'' menyatakan bahawa negara-negara ASEAN merupakan sumber
penting pelaburan di sektor jalan raya India.
Malaysia dan Singapura secara tradisinya telah menjadi rakan karib India
dalam sektor infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, pelabuhan,
taman-taman perindustrian dan logistik. - Bernama
Selain projek-projek jalan raya, India turut memerlukan pelaburan
yang besar untuk menaikkan taraf pelabuhan dan lapangan
terbang untuk membolehkan negara itu menarik lebih ramai
pelancong, meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat dan
perdagangan dengan negara-negara ASEAN.
India mempunyai 12 pelabuhan utama dan 185 pelabuhan kecil dan
perantara. Nilai keseluruhan pelabuhan India ialah AS$3.75 bilion.
Pelabuhan-pelabuhan utama di India seperti Vizag, Chennai, Mumbai dan
Kandla mengendalikan 345 juta tan kargo setiap tahun. Pelabuhan-
pelabuhan kecil mengendalikan 113 juta tan kargo setiap tahun.
India perlu peningkatan yang signifikan kepasiti pelabuhan dan
kemudahan pelabuhan yang baru kerana trafik pelabuhan
keseluruhannya dianggarkan sebanyak 565 juta tan menjelang
tahun 2007.
Dalam masa yang sama, lapangan terbang-lapangan terbang
India akan menyaksikan satu lonjakan yang besar volum trafik
untuk penumpang dan fret.
Kerajaan India telah mencadangkan penyertaan sektor swasta (PSP) dalam
menaikkan taraf lapangan terbang antarabangsa utama seperti Kolkata dan
Chennai. Ini akan dilakukan selepas langkah menaikkan taraf Lapangan
Terbang Delhi dan Mumbai dilaksanakan, kata Yes Bank.
Bank itu berkata, infrastruktur semasa di mana 61 buah lapangan terbang
beroperasi boleh meningkatkan hanya 20 peratus trafik penumpang dan 10
peratus pertumbuhan kargo.
Sekarang ini, lapangan terbang India mengendalikan 45 juta penumpang
setiap tahun. Daripada jumlah ini, Delhi, Mumbai, Kolkata dan Chennai
mencatatkan 66 peratus daripada penumpang.
``Lapangan terbang-lapangan terbang kecil akan dinaikkan taraf melalui
PSP. Perkhidamtan lapangan terbang juga telah diberi
penyumberan luar. Sebagai contoh perkhidmatan pengendalian kargo
dan pembangunan komersial dan peluang perundingan sedia ada bagi reka
bentuk dan arkitek lapangan terbang, kajian trafik, kontrak sewaan,
penyeliaan kejuruteraan dan projek,'' kata Yes Bank.
Lapangan terbang baru bernilai AS$260 juta di Hyderabad adalah usaha
sama antara kerajaan Andhra Pradesh dan Lembaga Lapangan Terbang
India yang setiap satunya memegang 13 peratus ekuiti. Baki 74 peratus
dipegang oleh konsortium sektor swasta yang diketuai oleh GMR Group
dan Malaysia Airports Holding Bhd.
Pada awalnya, ia mengendalikan lima juta penumpang dan 100,000 metrik
tan kargo setiap tahun.
Setiausaha Agung Persekutuan Dewan Perniagaan dan Perdagangan India
(FICCI) Dr Amit Mitra berkata, memandangkan syarikat-syarikat Malaysia
telah melaksanakan kerja yang cemerlang dalam projek-projek
infrastruktur seperti pembinaan jalan raya di India, mereka juga dialu-
alukan untuk menyertai sektor estet perumahan yang
menawarkan potensi yang besar.
Sebagai contoh, beliau berkata, wujud peluang untuk membina estet
perumahan bagi 10,000 orang penduduk dan kemudahan lain seperti
sekolah, pusat-pusat membeli belah dan perhentian bas.
Walaupun kerajaan pusat India sekarang ini tidak akan memberikan
kontrak berasaskan kerajaan dengan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri
dibenarkan berbuat demikian mengikut pertimbangan masing-masing.
Atas pertimbangan itu, kerajaan negeri seperti Karnataka yang terkenal
dengan sektor teknologi maklumat (IT)nya sangat berminat melaksanakan
perancangan seperti itu dengan Malaysia, kata menteri industri berskala
besar dan sederhananya, P.G.R Sindhia.
``Ya, kenapa tidak boleh? Kami sangat gembira untuk mengadakan usaha
sama dengan kerajaan Malaysia,'' katanya ketika ditanya sama ada kerajaan
Malaysia dan kerajaan negeri Karnataka dapat bekerjasama dengan
Malaysia menyediakan sumber bagi pembangunan infrastruktur dan
Karnataka memindahkan kepakaran bioteknologinya. - Bernama
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1108&pu
b=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm#ixzz39UuIhUnm
Utusan Melayu (M) Bhd