Anda di halaman 1dari 11

RINGKASAN HUKUM WATI DALAM KEADAAN IDDAH

Talak ruji menurut istilah mazhab Syafie Mengembalikan semula wanita kepada ikatan pernikahan yang sempurna
,dari talak yang tidak bain ( talak yang perlu pernikahan semula jika pasangan ingin kembali ) pada masa Iddah, dengan
bentuk tertentu.
i

Dari definisi di atas bermaksud, seseorang yang telah talak isterinya boleh mengembalikan semula ikatan
perkahwinannya dalam masa iddah tanpa perlu akad pernikahan semula.

Dalil pensyariatan ruju dari sumber :
1. Al Quran : Firman Allah


Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan
hendak berdamai. Al Baqarah 228
Imam Syafei menafsirkan Islaha ( berdamai ) bermaksud ruju.

2. Sunnah : Sabda Nabi

:

3. Ijmak ulama.


- Iddah bagi wanita hamil sehingga melahirkan anak.
- Iddah bagi wanita yang tiada kitaran haid ( monopos ) 3 bulan
- Iddah bagi wanita yang ada kitaran haid sebanyak 3 quru

Dalam mazhab syafei quru dikira dari waktu bersih.













Mula talak
Bebas
Tempoh iddah
SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID
Tempoh iddah
Mula talak Bebas
SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID
Apabila berlaku persetubuhan pada talak rujI , beberapa keadaan
berikut perlu di ambil kira untuk menentukan hukum dan kesan dari
wati tersebut;
A - Tidak hamil
B Hamil
C Putus haid ( monopos )






A. Wanita yang punyai kitaran haid ( tidak monopos ) dan tidak
hamil. Wati tersebut memberi kesan jika;

1) Berlaku pada quru pertama ( quru1 ), kesannya ialah ;






1.Tidak dihukumkan had zina kerana wati ini dinamakan
wati syubhah , tetapi di hukum dengan takzir ( denda
yang sesuai ) jika pasangan tersebut tahu hukum haram
wati.
2.Tidak ditambah iddah ( quru ).
Berlaku wati
Iddah wati
Mula talak
Iddah rujuk
SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID HAID
1 quru
2 quru 3 quru 4 quru
3.Perlu membayar emas kahwin kepada pasangan
perempuan.
4.Anak yang terhasil dari wati tersebut dinasabkan pada
suami.
5.Dikenakan had zina jika berlaku lagi wati kali kedua
pada quru ke 4 sedangkan ia tahu hukum haram wati
tersebut.
6.Wanita akan habis iddah pada quru ke 4 dan bebas
ikatan pernikahan.






2) Wati berlaku pada quru ke 2. Kesannya ;






1.Tidak dihukum zad zina kerana wati syubhah ,.
2.Ditambah iddah ( 1 quru ). Menjadikan jumlah quru
kepada 4.
3.Ruju hanya di benarkan pada quru 1 hingga ke 3 sahaja.
4.Perlu membayar emas kahwin.
5.Dikenakan had zina jika berlaku lagi wati kali kedua
pada quru ke 4 sedangkan ia tahu hukum haram wati
Iddah wati
Mula talak
Berlaku wati
Iddah rujuk
SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID HAID
1 quru
2 quru 3 quru 4 quru
tersebut. Dan tidak dikenakan emas kahwin pada wati
kali kedua ini.
6.Anak yang terhasil dari wati tersebut dinasabkan pada
suami.
7.Wanita akan habis iddah pada quru ke 5 dan bebas
ikatan pernikahan.








3) Wati berlaku pada quru ke 3. Kesannya ;






1.Tidak dihukum zad zina kerana wati syubhah.
2.Ditambah iddah ( 2 quru ). Menjadikan jumlah quru
kepada 5.
3.Ruju hanya di benarkan pada quru 1 hingga ke 3 sahaja.
4.Perlu membayar emas kahwin.
5.Dikenakan had zina jika berlaku lagi wati kali kedua
pada quru ke 4 dan ke 5 sedangkan ia tahu hukum haram
SUCI HAID
Iddah wati
Iddah rujuk
SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID SUCI HAID
HAID
1 quru
2 quru 3 quru 4 quru 5 quru
Mula talak
Berlaku wati
wati tersebut. Dan tidak dikenakan emas kahwin pada
wati kali kedua ini.
6.Anak yang terhasil dari wati tersebut dinasabkan pada
suami.
7.Wanita akan habis iddah pada quru ke 6 dan bebas
ikatan pernikahan.

4) Wati berlaku pada quru ke 4, 5 dan seterusnya. Kesannya ;

1.Dikenakan had zina kerana tidak termasuk wati syubhah.
2.Anak yang terhasil dari wati tersbut tidak boleh
dinasabkan pada bekas pasangan.
3.Tidak perlu membayar emas kahwin.
4.Tidak terikat dengan iddah kerana di kategorikan zina.

Seandainya wanita menjadi hamil dari wati syubhah , maka
iddahnya berlanjutan sehingga kelahiran anak. Tetapi dibenarkan
ruju pada quru 1 hingga ke 3 sahaja.

B. Wanita yang hamil. Bagi kategori ini iddahnya sehingga kelahiran
anak atau keguguran. Kesan dari wati yang berlaku pada masa
iddahnya ;
1.Wati yang terjadi pada tempoh iddah ini dikira wati
syubhah dan tidak dikenakan had zina.
2.Dibenarkan ruju pada tempoh iddah.
3.Ditambah lagi 3 quru selepas kelahiran anak.

C. Wanita yang tidak ada kitaran haid ( monopos ). Iddah bagi kategori
ini selama 3 bulan. Jika berlaku wati dalam waktu iddah kesannya;
1.Tidak dihukumkan had zina selama mana dalam waktu
iddah, hanya ditakzirkan jika ia tahu hukum haram. Wati
ini dikira syubhah.
2.Ditambah lagi 3 quru selepas waktu iddah talak.
3.Wati selepas 3 bulan dihukumkan had zina.

RUJUKAN KITAB MUHAZZAB DAN TAKMILATUL MAJMUK ALA SYARHIL
MUHAZZAB JILID 18 DAN 20

OLEH : abu rushda