Anda di halaman 1dari 16

Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 1

DRAMA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH


oleh: NADIPUTRA

untuk
SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PRASEKOLAH




Drama prasekolah memang menarik, tetapi rumit dan mencabar. Ia melihatkan
kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Tumpuan kanak-kanak mudah meliar dan
sering juga diganggu suasana persekitaran mereka. J ustru para guru yang
mengendalikan permainan teater kanak-kanak pra-sekolah harus peka terhadap
psikologi kanak-kanak yang berusia 4 6 tahun, agar dapat menanam sifat-sifat
pendidikan melalui permainan, lakonan dan hiburan. Ia lebih rumit dari
mengendalikan bengkel drama untuk orang dewasa. Sifat sabar, ceria, rajin dan
yakin harus jadi pakaian harian seorang guru tadika.


BEKALAN ASAS - FALSAFAH

Tujuan Tadika ialah untuk memberi kanak-kanak ruang, melibatkan diri secara aktif
peluang yang disediakan untuk dimanfaatkan secara meluas oleh kanak-kanak,
ibubapa mereka dan para guru dalam proses pendidikan yang berterusan (jika boleh
didasarkan kepada pengenalan awal tentang agama)

Tadika adalah permulaan persekolahan secara formal. Bila seorang anak
memasuki Tadika, ia akan merasakan inilah pengalaman pertama persekolahan
sebenarnya dan bagi ibubapa pula, satu cabaran utama dipisahkan dengan anak
mereka.

Para guru tadika dan para pentadbir sekolah-sekolah tadika perlu merancang
pembinaan satu hubungan kepercayaan dan persafahaman antara rumah dan
sekolah. BIla ini sudah terjalin, hubungan ini akan memberi berbagai ruang untuk
berkerjasama dan perbuhungan diantara kedua-dua institusi utama ini, dalam
kehidupan kanak-kanak.

Tentu sekali tujuan program tadika ialah membentuk sifat-sifat keperibadian melalui
pendidikan yang mempunyai nilai-nilai moral, akhlak, sosial, emosi serta perwatakan
lahiriah dan batiniah kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Para guru, para
pentadbir dan kanak-kanak yang lebih dewasa harus menunjukkan contoh
peradaban, kelakuan, akhlak yang baik kehidupan di sebuah tadika, kerana kanak-
kanak cepat mencontohi orang-orang yang mereka minati. Kehidupan di sesebuah
kelas tadika telah dikatakan oleh ROBERT FULGHUM sebagai:





Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 2

Apa yang sebenarnya ingin saya ketahui, saya pelajari di Tadika.
Apa yang sebenarnya perlu saya ketahui tentang kehidupan, sesuatu
yang mahu saya lakukan dan inginkan, saya pelajari di Tadika.
Kebijaksanaan tidak terdapat dipuncak menara gading, tetapi di
hampir setiap tadika.

Semua ini saya pelajari - berkongsi apa saja, berlaku adil, jangan
pukul orang, letakkan kembali di mana anda dapat benda-benda itu,
kemaskan sendiri serakan anda .......


Untuk mencapai matlamat ini semua, program tadika harus sediakan kanak-kanak
itu dengan:

1. Peluang-peluang fisikal, sosial, konigtif, dan peningkat moral mengikut
kemampuan dan tahap peningkatan kanak-kanak itu.

2. Suasana Islamiah agar maruah dan keakuan kanak-kanak itu boleh dibentuk
dibawah panduan dan kemuliaan manusia yang berakhlak dan mulia.

3. Suasana yang terjamin dan selamat agar kanak-kanak tidak bimbang atau
takut membuat percubaan-percubaan yang baru.

4. Pengalaman yang berbeza untuk pembelajaran, menangani dalam
menyiapkan kerja-kerja pembentukan.

5. Orang-orang dewasa yang mesra dan mendorong untuk membimbing dan
menggalakkan dalam aktiviti-aktiviti perseorangan mahupun kekumpulan
sekaligus bertindak sebagai contoh, mentor yang berwibawa dan mulia di
kacamata kanak-kanak.

6. Kebebasan, kesempatan-kesempatan dan galakan terhadap pembinaan
tanggungjawab, penguasaan diri dan berdikari disamping menghurmati antara
satu sama lain.

7. Mendidik dengan sifat kasih sayang, jelas dengan pengajaran awal yang
boleh berpandukan Qur`an, Hadith, Sirah, Akhlak, Fiqh & Ibadah untuk
menanamkan sifat-sifat murni, toleransi, kasih sayang dalam jangka
membentuk keperibadian mulia insan.


SIFAT-SIFAT KANAK-KANAK BERUSIA ANTARA LIMA HINGGA ENAM TAHUN

Kanak-kanak berusia diantara lima dan enam tahun sedang mengakhiri ZAMAN
AWAL KANAK-KANAKnya (early childhood)



Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 3

FIZIKAL

Kanak-kanak tadika yang aktif biasanya sibuk, ingin tahu dan rajin. Dia bergerak
dengan pintar dan selesa. Dia boleh berjalan berlari ke huju ke hilir, melompat
dan bermain dengan cergas dan pantas. Dia mampu berdiri sebelah kaki,
melompat dan jejak lantai kembali dua tiga tapak dengan selesa.

Dia boleh mencuci tangan tanpa memercikkan air ke bajunya, memakai baju dan
mengikat tali kasutnya sendiri. Kanak-kanak tadika gemar bermain dengan air,
membina sesuatu dengan kotak-kotak mainan kecil atau besar. Mereka sudah
boleh gunakan gunting atau tukul. Teka-teki (puzzle) adalah salah satu
permainan kegemaran kanak-kanak berusia diantara lima hingga enam tahun.

Mereka juga boleh meniru lukisan rajah tiga segi, empat persegi, bentuk berlian
(diamond) serta menulis huruf-huruf, angka-angka dan nama mereka dengan
betul. Burung, manusia, ikan dan haiwan seumpamanya dapat mereka
gambarkan melalui lukisan. Ketika ini juga kita boleh kenalpasti sama ada
kanak-kanak itu kidal atau tidak.

VISI

Kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun boleh setarakan deria sentuhan,
pendengaran dan visi. Ini berbeza sekali dengan mereka yang berusia tiga
hingga empat tahun, yang lebih bergantung kepada naluri sentuhan ketika
meneroka ruang dan suasana. Kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun
pula lebih menggunakan naluri kesan pandang. Sebagai contoh mereka yang
berusia tiga hingga empat tahun akan sentuh benda-benda yang mereka lihat,
sementara yang berusia lima hingga enam tahun memberi perhatian kepada
warna dan saiznya dan lebih banyak mencari makna melalui apa yang mereka
lihat.

KOGNITIF

Kanak-kanak berusia antara lima dan enam tahun masih dalam peringkat pra
pengendalian (perlakuan) dimana pemikiran yang berbentuk simbolik menguasai
kehidupan mereka. Fikiran simbolik membolehkan mereka memberi semacam
gagasan atau bayangan terhadap kata-kata dan wajah-wajah yang digambarkan
atau sesuatu kelakuan di fikiran anak itu. Dia boleh menggunakan bahasa
dengan lebih bermakna. Namun, kemampuan fikiran simbolik ini disertai dengan
tabii yang begitu penting seperti Egocentrisme, Animisme, Finalism dan
Centration.

EGOSENTRISME
Egosentrisme adalah satu kondisi dimana kanak-kanak berfikir dan mengalami
setiap kejadian yang berhubong dengan diri mereka. Sebagai contoh, misalnya,
terbitnya matahari menggembirakan mereka supaya dapat keluar rumah dan
bermain. Malam adalah waktu untuk mereka tidur. Ayah dan ibu keluar rumah
dan bekerja adalah untuk mendapatkan wang untuk mereka berbelanja.



Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 4

ANIMISME
Animisme lebih menunjukkan kecenderungan kanak-kanak mengaitkan
hubungan kehidupan seperti benda yang tidak bernyawa, seperti memadan rasa
sakit dan kegembiraan pada patung-patung dan binatang-binatang mainan.
Bagaimana pun, bila mereka berusia lima dan enam tahun, mereka akan mula
tinggalkan kondisi ini dan akan berfikiran lebih matang. Namun mereka masih
akan membuat kesilapan dalam pertimbangan mereka.

FINALISME
Finalisme adalah tahap keyakinan seorang kanak-kanak pra-operasional bahwa
setiap aksi yang dilakukan mempunyai arah tujuan. Arah tujuan terhadap setiap
aksi seseorang kanak-kanak itu begitu unik. Mereka percaya bahwa setiap
pergerakan itu (oleh manusia atau sesuatu objek) mempunyai arah tujuan
tertentu, kerana pergerakan mereka sendiri juga berarah tujuan.

SENTRASI
Sentrasi merujuk kepada kecenderungan kanak-kanak pra operasional yang
hanya menumpukan satu aspek situasi saja dan abaikan yang lainnya. Mereka
belum memahami bahwa penukaran wajah sesuatu objek itu tidak semestinya
meluputkan sifat-sifat lain objek itu. Sebagai contoh, mereka percaya bahwa
gelas yang tirus dan tinggi mengandungi lebih banyak air dari gelas yang rendah
tetapi lebar, sedangkan kedua-dua gelas itu mengandungi sama banyak
kandungan airnya.

PEMBENTUKAN KONSEP

Pembentukan Konsep merupakan salah satu dari pencapaian paling penting
dalam tahun-tahun terawal zaman kanak-kanak. Konsep adalah kategori-
kategori kognitif yang membantu kanak-kanak di peringkat awal ini, dalam
pembentukan satu-satu konsep tertentu, yang mewujudkan sifat manusia-
manusia berguna di dalam kehidupan kanak-kanak.


PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan Bahasa berlaku dengan begitu cepat sekali untuk membantu
seorang kanak-kanak melahirkan fikirannya. Perbendaharaan kata akan
meningkat dengan pesat pada setiap ayat ketika berusia lima dan enam tahun.
J ustru penggunaan bahasa yang sopan, baik, berakhlak, mula harus dijadikan
pakaian dan basa basi para guru tadika untuk dicontohi.

PERKEMBANGAN SOSIAL
Kemahiran perkembangan social kanak-kanak berusia lima dan enam tahun jelas
terlihat ketika mereka berkawan dan semakin jelas perhubungan dan kerjasama
mereka sesama mereka. Mereka boleh bermain sama-sama, membantu antara
satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan. Selalunya ketika
bermain-main dan penglibatan dalam lain-lain kegiatanlah yang menampakan
sifat kerjasama dan tolong menolong ini.




Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 5

Kanak-kanak tadika berusia lima dan enam tahun ini lebih bersedia untuk
berpisah dengan ibubapa mereka untuk beberapa jam dari yang berusia tiga atau
empat tahun. Mereka sudah bersedia dan boleh berkongsi sesuatu, bertolak
ansur dengan kawan-kawan, menunggu giliran dan memikul tanggungjawab
yang ringan-ringan (jika disuruh) di dalam bilik darjah.

Kanak-kanak berusia antara tiga dan lima tahun percaya bahwa segala peraturan
datangnya dari kuasa luaran seperti Tuhan, para ibubapa atau para guru dan ia
tidak boleh diubah. Namun, disebabkan egosentrisme mereka buat apa yang
mereka fikir betul, mengabai atau menukar peraturan-peraturan yang telah
diadakan.

PERKEMBANGAN EMOSI
Kanak-kanak tadika masih bersifat egosentrik, sekali pun mereka sudah boleh
bertolak ansur dengan kawan-kawan mereka. Rasa takut peringkat awal zaman
kanak-kanak sudah mulai mereda. Mereka yang berusia lima dan enam tahun
lebih mudah menerima penjelasan dan penerangan tentang sesuatu yang
menakutkan mereka. Mereka boleh memberi perhatian terhadap sebab
musabab mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku. Ringkasnya, mereka
sudah dapat membezakan antara reality dan fantasi. Kemarahan diluahkan
dengan lebih lantang dan fisikal. Mereka juga sudah bersedia menerima dan
mengikuti peraturan-peraturan.

Para guru dan ibubapa harus sedar perasaan dan emosi kanak-kanak. Orang-
orang dewasa harus sensitif terhadap perasaan yang diluahkan kanak-kanak.
Mereka dapati sukar tetapi akan berusaha melakukan segala-galanya sendirian,
dan bila mereka merasa terlalu banyak yang hendak dilakukan sendiri, para guru
atau ibubapa harus sedia membantu. Kanak-kanak harus juga difahamkan
bahwa mereka juga harus bergantung kepada seseorang untuk beberapa ketika.
J USTRU, KEGIATAN-KEGIATAN DI BILIK DARJ AH HARUS LAH DIRANCANG
DENGAN MEMIKIRKAN SIFAT-SIFAT KANAK-KANAK YANG TERTERA DI
ATAS SEBAGAI PANDUAN. IA J UGA AMAT PENTING UNTUK GUNAKAN
KAEDAH TEATER ATAU DRAMA DALAM USAHA MEMBANGUN KEYAKINAN
KANAK-KANAK DALAM PEMBELAJ ARAN DAN PEMBENTUKAN PERIBADI
SETIAP KANAK-KANAK.

PENGGUNAAN KAEDAH DRAMA
UNTUK KANAK-KANAK TADIKA

Tentu sekali kebanyakan guru-guru tadika sudah pun jalani kursus dan arif
tentang akan kaedah-kaedah mendidik di tadika. Apa yang saya nyatakan
sebelum ini adalah sebagai rujukan dan bekalan sampingan, supaya ia dapat
dijadikan panduan didikan terhadap drama, yang ingin disepadukan dalam usaha
mendidik anak-anak di tadika.

Latihan asas drama cukup untuk memberi kanak-kanak tadika bermain
disamping mengalami perubahan peribadinya dan juga meningkatkan keberanian
mereka berkomunikasi.

Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 6

Beberapa contoh kegiatan boleh dilakukan dalam merangsang kanak-kanak
tadika belajar melalui drama yang boleh:

a. MEMBENTUK PERIBADI LUARAN DAN DALAMAN KANAK-KANAK

Membentuk body awareness dan spatial perception, dengan :
Meniru pergerakan fisikal
Analisa pergerakan fisikal
Meluahkan mood dan konsep melalui gerakan
Membentuk kesedaran deria
Sertakan informasi deria ke bentuk penceritaan
Bermain dan meneka dengan watak-watak ciptaan

b. MEMBENTUK KEMAHIRAN PERIBADI BERINTERAKSI DAN KESEDARAN

Menyertai dan berinteraksi dalam aktiviti-aktiviti drama bersama kawan-kawan
atau kekumpulan.
Pelajari aktiviti-aktiviti yang terkawal
Berinteraksi dengan patong-patong
Menyertai dan berinteraksi dengan aktiviti-aktiviti grup lain
Improvisasi adigan-adigan dan kata bual secara kekumpulan
Bekerjasama secara kekumpulan untuk selesaikan masaalah
Melakukan lakonan bercermin yang mudah
Melakonkan watak teman-teman

c. MEMBENTUK ESTETIKA SENSITIVITI DAN KEMAHIRAN BERTEATER

Membanding dan membezakan corak-corak persembahan
Menonton dan bincangkan persembahan teater
Mengenal pasti dan menganalisa konsep drama yang penting
Membanding dan bezakan corak-corak persembahan
Tonton dan bincang persembahan teater
Terangkan aspek-aspek seni visual, muzik dan tarian yang wujud
dalam teater
Terangkan bagaimana kedudukan, keperluan, matlamat, dsb.
Mempunyai persamaan atau lain dari dirinya sendiri

d. MENCIPTA TEATER MELALUI KOLABORASI ARTISTIK

Berlakon/memainkan peranan
Bayangkan sesuatu watak dan berinteraksi dalam improvisasi
Lakukan improvisasi berdasarkan pengalaman peribadi, imaginasi,
sastera dan sejarah.
Bayangkan sesuatu watak dan berinteraksi melalui improvisasi
Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 7

Gunakan berbagai variasi pergeralan dan suara untuk lain-lain
perwatakan.

e. MENGGUNAKAN DRAMA SEBAGAI ALAT PEMBELAJ ARAN

Cipta teater berdasarkan tema dari berbagai tajuk.
Penglibatan dalam gerak pantomim secara naratif
Gunakan peranan-peranan atau watak-watak secara spontan dengan
menggunakan suasana cerita yang berbeza.

Perkara-perkara yang tertera diatas adalah panduan yang boleh digunakan oleh
para guru tadika dalam menyesuaikan kanak-kanak dan bermain dengan teater
(drama). Berikut adalah latihan-latihan mudah yang boleh diajak bermain dengan
kanak-kanak disamping menghiburkan mereka.


Kita mulakan dengan mengenalkan kanak-kanak RUANG atau bahagian-bahagian
pentas seperti yang tertera di rajah berikut:
LATIHAN 1


UPSTAGE
RIGHT


UPSTAGE
CENTRE

UPSTAGE
LEFT

CENTRE STAGE
RIGHT


CENTRE STAGE

CENTRESTAGE
LEFT

DOWNSTAGE
RIGHT


DOWNSTAGE
CENTRE

DOWNSTAGE
LEFT

PENONTON

1. Permainan ini boleh digunakan dengan menggunakan atau
menyanyikan lagu NENEK NENEK SIBONGKOK TIGA.
LIRIK: Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Tekalah nenek cucu nak tanya
Di ruang mana nenek berada ?

Seorang murid boleh jadi NENEK SIBONGKOK TIGA dan ditutup
matanya.

a. Kemudian bila lagu dinyanyi NENEK akan dipimpin oleh murid-
murid yang menyanyi ke ruang yang mereka mahu nenek itu
berhenti. Kemudian mereka minta nenek teka ruang yang dia
Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 8

berada. Ini boleh dilakukan oleh orang perseorangan atau
kekumpulan dimana ramai NENEK-NENEK akan beraksi dan
dipimpin oleh kumpulan lawannya dan hentikan NENEK-NENEK itu
diruang yang dikehendakki dan teka.
b. Kumpulan boleh bertukar giliran atau orang perseorangan boleh
bertukar setelah ruang diteka dengan betul.

2. Permainan ini boleh juga menggunakan kaedah Musical Chair.
Sepuluh orang murid akan rebut 9 ruang yang digantikan dengan
kerusi.
a. Seterusnya bila 1 murid tidak dapat duduk, dia terkeluar.
b. Seterusnya murid murid di minta duduk di 8 kerusi, kecuali kerusi
ruang UPSTAGE RIGHT.
c. Muzik diteruskan.
d. Bila muzik berhenti, sesiapa yang duduk di kerusi UPSTAGE
RIGHT terkeluar.
e. Proses ini berterusan hingga tinggal satu kerusi ruang yang
dikecualikan.


LATIHAN 2
LATIHAN SEBUTAN

Latihan sebutan ini menggunakan huruf-huruf saksi: A E I O U dan
diselaraskan sekali dengan pernafasan.
a. Ambil nafas panjang hingga perut membesar dan tahan nafas selama 5 saat,
kemudian lepaskan nafas melalui hidung perlahan-lahan.
b. Ambil nafas panjang hingga perut membesar dan tahan nafas selama 5 saat,
dan hembuskan nafas perlahan-lahan sambil melaongkan huruf A yang
berbunyi Aaaaaaaa, seterusnya dengan menggunkan huruf E, I, O dan U
dengan laongan mengikut bunyi huruf-huruf tersebut.
c. Ambil nafas panjang hingga perut membesar dan tahan nafas selama 5 saat
dan hembutkan nafas perlahan-lahan sambil sekaligus melaongkan huruf A
E I O U.





Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 9


IMAGINASI
LATIHAN 3

Imaginasi merupakan keperluan terpenting bagi diri seorang pemain teater.
Kekuatan imaginasi membolehkan seorang pemain itu mencipta watak lahiriah dan
dalamannya. Berbagai cara boleh digunakan untuk bermain dengan kanak-kanak
dalam memperkayakan angan-angan atau imaginasi mereka.

PERMAINAN 1.

a. Murid-murid disuruh duduk bersila dalam bentuk bulatan. Kemudian di
arahankan salah seorang dari murid itu mengangan-angankan:
1. Memegang cawan yang penuh air dengan sebelah tangan dan
menyerahkan cawan itu kepada murid di sebelahnya, hingga satu
pusingan bulatan. (Perhatinkan cara murid itu memegang cawan itu
supaya lakonannya menunjukkan yang dia tidak tumpahkan air yang
penuh itu bila dia menyerahkan kepada kawannya. Proses ini
melihatkan gerak badan pelakon itu, perasaannya dan pendekatannya
terhadap cawan, air penuh dan tanggungjawabnya terhadap misi
penyerahan yang memerlukan ketelatinan kerja)
2. Mengambil cawan yang berisi air panas dan menyerahkannya kepada
murid disebelahnya, hingga satu pusingan bulatan juga. (Perhatikan
gelagat murid itu dalam angan-angan atau imaginasinya menangani
cawan yang berisi air panas dan cara cawan itu ditangani dan
diserahkan hingga ke murid di akhir bulatan. Latihan ini juga
melihatkan proses lahiriah dan batiniah seseorang pelakon itu dalam
menangani adigan yang diperlukan, tanpa menggunakan air panas
yang sebenarnya)
3. Seterusnya murid-murid boleh di suruh beranika ragam aksi lahiriah
dan batiniah dengan menggunakan lain-lain objek, seperti:
(i) Mengangkat dan menyerahkan barang berat
(ii) Menyerahkan besi panas
(iii) Menyerahkan nota untuk dibaca keliling.
(iv)
PERMAINAN 2

Bahagikan murid-murid kepada dua kumpulan supaya ada rasa persaingan. Seperti
charade setiap murid dari setiap kumpulan, bergilir-gilir akan ditunjukkan gambar
haiwan untuk dilakonkan. Murid itu akan melakonkan gerak laku haiwan yang
ditunjukkan kepadanya kepada kumpulannya untuk diteka.
Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 10

Markah akan diberi kepada kumpulan yang dapat meneka haiwan lakonan teman-
teman mereka dengan baik dan betul.

PERMAINAN 3

Sebelum mengarahkan murid-murid melakukan latihan atau permainan angan-
angan ini murid-murid ditunjukkan gambar-gambar haiwan seperti:
a) Ular
b) Kuda
c) Harimau
d) Kambing
e) Burung
f) Monyet
g) Ikan
h) Seladang
i) Orang Unta
j) Gajah
k) Ketam

Kemudian arahkan murid-murid melakukan gerakan haiwan-haiwan yang disebutkan
satu persatu untuk dilakukan pergerakannnya. Latihan ini memerlukan juga para
murid mengeluarkan bunyian haiwan-haiwan yang mereka lakonkan.

LATIHAN 4

TIRU GAYA

Tiru gaya boleh dilakukan mengikut kaedah mengangankan gerak-geri haiwan.
Bezanya, dalam latihan ini murid-murid lebih memusatkan gerak geri umum yang
dilihatnya atau diketahuinya, seperti:

1. J alan Seorang Raja / Permaisuri
2. J alan di panas terik
3. J alan dalam hujang lebat tanpa paying
4. Dikejar anjing
5. Lagak peminta sedekah
6. Lagak seorang yang sedang memanah
7. Lagak seorang yang sedang memancing ikan.
8. Lagak seorang yang sedang mengantuk dan tertidur
9. Sedang menyapu sampah
10. Sedang Memandu Kereta, Laju atau Perlahan
11. J alan orang yang sombong
12. J alan orang yang susah
13. J alan orang senang
14. J alan orang buta
15. J alan orang tempang dan bertongkat
16. Memancing ikan dan sebagainya.

Latihan ini boleh dilakukan secara perseorangan, dua tiga orang, atau secara
kekumpulan.
Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 11

Tiru gaya meningkatkan daya pemerhatian seorang pelakon (murid). Deria
pandang, bauan, rasa, pendengaran dan sentuhan. Ia meningkatkan lagi

LATIHAN 5

KATABUAL (DIALOG)

Mengajar dialog untuk murid-murid tadika bukan perkara mudah. Peringkat usia
lima hingga enam tahun, jika digarap apa yang tertulis di awal kertas kerja ini,
mereka lebih diajak bermain dengan kata kata dan panduan yang rapi akan lakonan.
Berdasarkan huruf-huruf saksi A E I O U mereka boleh diajar bertutur
dengan betul dengan menyebut perkataan-perkataan yang jelas kedengaran huruf-
huruf saksinya. Sebagai contoh, dengan menggunakan rajah dan ilustrasi gambar-
gambar haiwan, manusia, bangunan, alam semula jadi mereka dapat sekaligus
mengeja dan memadankan ejaan dengan objek yang ingin kita kenalkan kepada
mereka.

Dan latiihan menyebut-nyebut huruf-huruf saksi ini berulang-ulang boleh membantu
sebutan mereka dengan betul:

1. Mulakan seperti biasa dengan A E I O U yang dilaongkan kuat dan jelas.
a. A disebut Aaaaaaa(seperti are dalam bahasa Inggeris)
b. E disebut E (seperti air dalam bahasa Inggeris)
c. I disebut Eeeee
d. O disebut O (seperti Or dalam bahasa Inggeris)
e. U disebut Ooooo

A E I O U boleh dilaugkan semuanya sama sekali. Latihan ini boleh
gunakan teknik pernafasan seperti yang di atas.

2. Dari sini kita boleh melangkah ke sebutan kata-kata tunggal yang menggunakan
huruf-huruf saksi tadi.
a. M A K A N, S A Y A P, K A L A M dan seumpamanya.
b. E J E K, B E L E K, T E L E K dan sebagainya.
c. T I T I, L I D I, P I P I dan sebagainya
d. O L O K, J O L O K, P O L O K dan seumpamanya
e. U R U T, L U T U T, P U L U T dan sebagainya.

3. Kemudian boleh di ragamkan sebutan huruf-huruf saksi itu dalam kata-kata yang
berbeza.

a. B A L E K, T E P I, I K U T, C A B U T dan seumpamnya.

4. Menyebut dialog mudah dengan menggunakan ragam perasaan yang berbeza-
beza, seperti marah, suka, sedih, takut, geram dan sebagainya..

a. Saya mahu makan
b. Nama saya Ramli.
c. J angan ganggu saya.


Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 12


LATIHAN 6


LATIHAN MENYANYI
Lagu-lagu kanak-kanak yang lazim dan berunsur keMelayuan boleh digunakan
sebagai latihan awal dan menghibur untuk kanak-kanak tadikan, seperti lagu-lagu
ENJ IT-ENJ IT SEMUT, CAN MALI CAN, TREK TEK TEK dan sebagainya.

Kesemua lagu-lagu ini boleh menebalkan sifat mewarisi tradisi bangsa dari peringkat
awal lagi dari disogokkan dengan lagu-lagu rakyat Inggeris seperti Old Mcdonald
dan seumpamanya.

Selain dari itu, lagu popular semasa yang didendang oleh kumpulan-kumpulan
RAIHAN, HIJ AZ dan seumpamanya, yang memaparkan akhlak dan amalan budi
pekerti yang mulia dan harmonis sebagai seorang Islam boleh diajarkan. Ini
sememang satu pendekatan yang begitu berkesan dalam menyuntik keyakinan
beragama dari peringkat tadika lagi.

Banyak juga CD-CD dan DVD mengenai gurindam kanak-kanak terhadap
pengenalan awal Tuhan, para Nabi boleh dimainkan sebagai mengimbangi
pendidikan awal duniawi dan ukhrawi kanak-kanak.

LATIHAN 7


LATIHAN LAKONAN TANPA DIALOG
Latihan ini merupakan latihan luahan perasaan dan imaginasi spontan kanak-kanak
dengan menggunakan arahan berbentuk penceritaan yang harus dilakonkan kanak-
kanak secara kekumpulan.

Sambil anda memberi arahan atau bercerita kanak-kanak akan lakonkan cerita itu
ala pantomime.


CERITA 1
Anda semua sedang bermain dengan teman-teman di taman yang indah. Angin
mulai bertiup dan membuat anda merasa semakin sejuk. Kemudian hujan turun
dengan lebatnya. Guruh berdentum kuat, anda terperanjat dan jatuh pengsan.


CERITA 2
Anda sedang memasukki sebuah bilik yang cantik dan wangi baunya. Anda
suka bilik itu. Tapi bilik itu lama kelamaan bertambah panas. Anda berpeluh.
Anda hendak keluar dari bilik itu, tapi bilik itu terkunci dari luar. Kemudian bilik
itu menjadi semakin sejuk. Anda menggigil kesejukan. Tiba-tiba pintu bilik itu
terbuka. Anda segera berlari keluar. Anda merasa lega.




Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 13

LATIHAN 8


SKRIP LATIHAN LAKONAN RINGKAS 1 - BADANG
LOKASI :SUNGAI
PELAKON :BADANG, J IN
KEPERLUAN :PUKAT, BEBERAPA EKOR IKAN, PARANG BADANG,
POKOK BESAR DAN BATU BESAR.
BADANG SEDANG BERSEMBUNYI DI SEBALIK POKOK
BESAR TEPI SUNGAI DAN MEMERHATIKAN KE ARAH
PUKATNYA DI SUNGAI SAMBIL BERCAKAP SENDIRIAN.

1.BADANG
(CAKAP SENDIRI SAMBIL MEMERHATI KE ARAH
PUKATNYA DI SUNGAI) Aku nak tengok siapa curi ikan-ikan
aku.

SEJ URUS KEMUDIAN BADANG TERDENGAR SUARA J IN
KEGEMBIRAAN MENDEKATI PUKATNYA.

2.J IN
(KESUKAAN KETAWA) Ha.. .. ha.. ha.. hari ini aku dapat
makan banyak ikan lagi

3.BADANG
(SAMBIL DENGAN GERAM MEMERHATIKAN J IN CUBA
KELUARKAN IKAN-IKAN DARI PUKATNYA)
Oh .. ini rupanya pencuri ikan-ikan di pukat aku selama ini.
BADANG SEGERA KELUAR DARI BALEK POKOK
PERSEMBUNYIANNYA DAN MENERKAM KE ARAH J IN DAN
MEMEGANG KUAT LEHER J IN, HENDAK DI PARANGNYA.
J IN KETAKUTAN MINTA DILEPASKAN.

4.BADANG
(SAMBIL ACU PARANG KE LEHER J IN DAN ANCAM
HENDAK BUNUH J IN)
Oh .. jadi kau curi ikan-ikan yang aku tangkap ya .. aku bunuh
kau !!

5.J IN
(KETAKUTAN)
Tolong !! Tolong .. lepaskan aku. J angan bunuh aku. Aku tidak
mencuri lagi Tolong ..lepaskan lah aku .

6.BADANG
Tidak .. aku mesti bunuh kau ..

7.J IN
Tolonglah .. jangan bunuh aku. Aku boleh beri kau apa saja.
Percayalah.

Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 14

8.BADANG
(MASIH MEMEGANG J IN) Baiklah .. apa dia !

9.J IN
(MASIH TAKUT) Cakaplah apa yang kau mahu . Aku akan beri.

10.BADANG
(GAGAH MEMERINTAH) Aku mahu jadi kuat ! J adi gagah.

11.J IN
(MASIH) Boleh ! Tapi dengan satu syarat.

12.BADANG
Apa syarat itu ?

13.J IN
Kau makan muntah aku .. kau akan jadi kuat dan gagah.

14.BADANG
Boleh.

J IN PUN MUNTAH. BADANG SEGERA MAKAN MUNTAH J IN.

15.BADANG
Aku sudah makan muntah mu!

17.J IN
Kau boleh cabut pokok besar itu. Angkat batu besar itu.
BADANG CABUT POKOK BESAR ITU DENGAN SEBELAH
TANGANNYA DAN KEMUDIAN ANGKAT BATU BESAR PULA.
BADANG GEMBIRA DENGAN KEKUATANNYA.

18.BADANG
Pergilah kau sekarang wahai J in. Aku bebaskan.

J IN BEREDAR SEGERA. BADANG MEMANDANG GEMBIRA.

LATIHAN 9


SKRIP LATIHAN LAKONAN RINGKAS 2 - ARNAB DAN KURA-KURA
SKETSA RINGKAS INI AKAN DIGEMAR KANAK-KANAK
KERANA IA MENGGUNAKAN WATAK-WATAK BINATANG
YANG BOLEH DILAKONKAN OLEH KANAK-KANAK DENGAN
KOSTUM KEGEMARAN MEREKA.

LOKASI : PADANG ATAU MANA-MANA PANDANGAN ALAM SEMULA
J ADI YANG MENARIK.



Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 15

PELAKON :ARNAB, KURA-KURA, HARIMAU, GAJ AH, RUSA DAN
SEBAGAINYA.

KEPERLUAN TALI PERMULAAN DAN PENAMAT PERLUMBAAN.
SUARA RIUH RENDAH BINATANG BERSORAK
MENYOKONG ARNAH YANG HIDUNG TINGGI DAN ANGKOH
MENUNGGU KURA-KURA MERANGKAK-RANGKAK
DATANG. MEREKA MELAONG-LAONG NAMA Arnab
..Arnab!!

1.ARNAB
Tengok tu ! lambat betul. Cepatlah !!
SEMUA BINATANG KETAWAKAN KURA-KURA DEKATI
GARIS MULA PERLUMBAAN..

2.KURA-KURA
(MELAONG MENDEKATI GARIS LUMBA) Sabar-lah !!

3.RUSA
(MENGEJ EK) Lebih baik tak usah lawan Arnab, kura-kura. Kau
tentu kalah.

4.HARIMAU
(MENGAUM GARANG) Ya lah .. buang masa aja.
SEMUA BINATANG KETAWAKAN KURA-KURA. ARNAB
MENDABEK.

5.KURA-KURA
Tak apa, aku nak cuba.

6.GAJ AH
(SAMBIL MENIUP TRUMPET, MENGALU-ALUKAN
PERLUMBAAN)
Kita mulakan perlumbaan. Beratur di garis mula.
KURA-KURA DAN ARNAB BERATUR.

7.GAJ AH
Sedia. Satu .. dua tiga.
ARNAB DAN KURA-KURA MULA LARI. KURA-KURA
TERPUSING DITINGGALKAN ARNAB.
MELIHAT KURA-KURA TERTINGGAL ARNAB KETAWA,
BERHENTI DAN PERLI.

8.ARNAB
(KETAWA EJ EK) Macam ni nak lumba lari dengan aku. Baik
aku baring dulu.

ARNAB BARING DAN KETAWAKAN KURA-KURA.
SEMUA BINATANG KETAWA DAN BERSORAK-SORAK
Arnab ! Arnab
Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Prasekolah | 16

MELIHAT KURA-KURA LAMBAT, ARNAB TUTUP MATA DAN
TIDUR SAMBIL BERDENGKUR.
SUARA SORAK RIUH RENDAH BINATANG TIDAK
SEDARKAN ARNAB YANG TERTIDUR, DAN DITINGGALKAN
KURA-KURA, YANG BERPATAH KEMBALI KE GARIS
PENAMAT.

SEMUA BINATANG BERSORAK PULA Kura-kura ! Kura-
kura! YANG HAMPIR TIBA DI GARIS PENAMAT.
ARNAB TERJ AGA-J AGA DARI TIDURNYA DAN TERKEJ UT
MELIHAT KURA-KURA SUDAH HAMPIR KE GARIS
PENAMAT.

ARNAB BERKEJ AR KE GARIS PENAMAT TAPI TERLAMBAT,
KURA-KURA MENANG. SEMUA BINATANG J ULANG KURA-
KURA DAN SORAK NAMA KURA-KURA.
ARNAB TERSIPU-SIPU MALU.