Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN
Psikologi adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia.
Pendidikan pula bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk
menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi
sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat. Justeru, psikologi pendidikan
merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu guru
memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan
keberkesanan pengajaran guru.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mata pelajaran ini meninjaukan suasana, faktor dan
keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru pula
didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh
daripada pengalaman dan kajian yang lain. Maka psikologi pendidikan membekalkan guru
dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan,
perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas.
Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan
pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu didedahkan kepada konsep psikologi
perkembangan, psikologi pembelajaran, pembentukan personaliti dan psikologi sosial.

Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai mazhab teori pembelajaran, kaedah
pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas
untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Bidang ini juga
menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran, penanggapan, penaakulan,
ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi kecerdasan, sikap dan minat.

Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu. Dengan pengalaman
ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Oleh itu, psikologi pembelajaran
merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada
perubahan tingkah laku seseorang individu. Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud
sebenar pembelajaran. Bagi seseorang yang biasa, pembelajaran hanya bermakna
memperoleh kemahiran membaca, mengeja atau mengira. Sebenarnya, pembelajaran
adalah lebih daripada ini. Kanak-kanak akan mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina
yang sesuai, minat, kebolehan dan perwatakan. Selain daripada itu, mereka belajar supaya
mengasihi dan berkeyakinan.

Ahli psikologi pembelajaran akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan
pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran, proses
pembelajaran. Jenis-jenis pembelajaran dan teori-teori pembelajaran seperti teori
behaviouris, pelaziman operan, teori kognitif, teori sosial dan teori pembelajaran humanis.
Kajian ini dapat membantu guru merancang proses pembelajaran pengajaran secara
fleksibel dan wajar untuk setiap situasi yang tertentu. Sebagai kesimpulan, adalah jelas
sekali bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran akan meningkat dengan adanya kajian
pskologi pembelajaran.