Anda di halaman 1dari 3

2.

0 JUSTIFIKASI REKAAN BILIK SAINS


Sebuah Bilik Sains direka supaya memenuhi justifikasi bagi sesebuah bilik sains di sekolah
rendah. Dengan ini sedikit penambahbaikan dilakukan ke atas bilik sains sedia ada,
memandangkan kelengkapan yang memuaskan.
Bahagian hadapan
i. Meja guru kekal dibahagian hadapan dengan ada penambahan singki. Pada meja
hadapan juga diletakkan LCD projector juga visualizer. Ini adalah peralatan yang
membantu penyampaian pdp yang lebih menarik dan efisien.


ii. Pada bahagian atas papan tulis disediakan layar putih (skrin) untuk tujuan
penggunaan lcd projector ataupun penggunaan visualizer.
iii. Dua buah almari pameran bercermin diletakkan di hadapan iaitu di kiri dan kanan
papan tulis. Ini adalah sebagai daya penarik untuk murid-murid belajar di dalam bilik
sains di samping mendapat info sampingan melalui bahan yang dipamerkan.
Contohnya, relik hidup, model torso dan sebagainya.
iv. Di bahagian sisi hadapan juga diwujudkan sudut info seperti jadual penggunaan bilik
sains, peraturan bilik sains, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan
matapelajaran sains juga Panitia Sains.

Bahagian tengah
i. Meja pelajar dikekalkan seperti sedia ada iaitu sebanyak 8 buah meja, yang mana
dapat menampung bilangan murid di dalam satu-satu kelas.
ii. Di kiri dan kanak ruang tengah di kosongkan untuk memudahkan murid
menyelamatkan diri jika ada kecemasan. Bahagian ini ditandakan dengan anak
panah pada lantai menunjukkan arah keluar.
iii. Kerusi murid dikekalkan penggunaan kerusi tinggi tanpa sandar.


Bahagian tepi kiri
i. Kabinet penyimpanan dikekalkan dan dilabelkan mengikut alatan atau bahan yang
disimpan.

ii. Di bahagian ini juga diadakan ruang rekacipta. Ruangan ini dapat menempatkan
hasil rekaan murid.

iii. Ruang literasi maklumat diwujudkan. Beberapa buah komputer meja diletakkan di
atas kabinet. Ini bertujuan menggalakkan murid mencari maklumat melalui internet,
disamping meningkatkan kemahiran literasi maklumat.
Bahagian tepi kanan
i. Pada bahagian ini ditambah meja berkabinet yang dilengkapi dengan singki. Di mana
singki ini memudahkan murid mencuci tangan sebelum beredar dari bilik sains
setelah menjalankan eksperimen atau aktiviti sains. Meja berkabinet ini juga
ditempatkan ruang penyimpanan dan dilabelkan.
ii. Bahagian atas ruangan ini, iaitu atas aras tingkap dilengkapi dengan kabinet
bercermin. Dalam kabinet ini dapat menyimpan alatan seperti mikroskop, teropong
dan sebagainya.

Bahagian belakang
i. Kabinet penyimpanan dikekalkan dan dilabelkan.
ii. Penambahan kabinet bercermin di bahagian atas untuk mempamerkan anugerah
yang diperolehi sepanjang tahun.
iii. Mewujudkan sudut sumber maklumat, di mana pada kabinet ini juga disimpan
pelbagai sumber rujukan yakni buku yang berilmiah. Ini membolehkan murid
membuat sebarang rujukan selain daripada menggunakan internet.

Anda mungkin juga menyukai