Anda di halaman 1dari 4

Jurnal Minggu 2

1

KUALITI DALAM MEMBERI PENERANGAN DAN ARAHAN

Oleh:
Ainun Bariah binti Jaafar
PISMP Matematik Januari 2012

Masalah
Sepanjang minggu kedua saya berada di sekolah untuk berpraktikum, saya
mempunyai masalah dalam menyampaikan arahan yang jelas kepada semua murid.
Latar belakang murid dalam kelas saya merupakan murid bercampur pelbagai aras
kepintaran. Hal ini membuatkan ramai murid kurang faham dengan apa yang cuba
saya sampaikan. Tanggapan saya terhadap anak murid Tahun 2 saya terlalu tinggi.
Saya menganggap murid Tahun 2 mempunyai aras kefahaman yang tinggi dan
mampu berfikir sendiri tanpa diterangkan secara mendalam. Hal ini menyebabkan
saya memberi arahan dalam kadar yang laju dan tidak mengulangi arahan saya.
Saya juga terlalu mengejar masa untuk memastikan standard pembelajaran pada
hari tersebut dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Hal ini sekaligus
membuatkan murid saya kurang faham kepada arahan yang diberikan dan
membuatkan kualiti pembelajaran merosot.

Analisis Masalah
Dalam usaha untuk menjadi seorang guru berdedikasi dan beriltizam, kelemahan ini
perlu saya perbaiki. Saya perlu pertingkatkan cara saya berikan penerangan semasa
mengajar. Meningkatkan kemahiran memberikan penerangan perlukan saya
meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Menurut Mansor, et. al., (1984) dalam kajian Shafrin, et. al., (2009),
komunikasi ialah merupakan satu proses sesuatu idea, nilai, sikap dan sebagainya
disalur dan dipindahkan serta dikongsikan oleh seseorang individu dengan orang
lain. Guru merupakan agen yang memainkan peranan dalam menyampaikan ilmu
serta menerapkan nilai murni kepada murid. Bagi seorang guru yang ingin
menyampaikan ilmu kepada muridnya melalui penerangan, beliau mestilah
Jurnal Minggu 2
2

menguasai kemahiran komuniasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Guru yang gagal
memberikan penerangan dengan baik akan membuatkan kualiti pembelajaran
merosot dan objektif pembelajaran kurang tercapai. (Aziz Nordin, et. al., 2011)

Persoalan
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:
1) Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kualiti penerangan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran?
2) Apakah bahan yang membantu guru untuk memudahkan pemahaman murid?

Cadangan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), komunikasi ialah satu proses yang
melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu
penghantar dan penerima. Dalam konteks bilik darjah, perhubungan di antara orang
dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku
dalam bentuk percakapan atau gerak geri.
Penerangan dan arahan yang disampaikan oleh guru di dalam kelas
merupakan suatu bentuk komunikasi. Zamri dan Razah (2011) menyatakan tujuan
memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka
memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi
arahan. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum
pembelajaran bermula. Berdasarkan buku Pengurusan Bilik Darjah: Strategi
Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Berkesan oleh James Ang Jit (2007), berikut
merupakan cadangan untuk menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti oleh
murid:
1) Guru boleh menuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan semua
arahan diingati dan akan dipatuhi.
2) Kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika langkah
banyak, maka perlulah guru mendemonstrasikannya semasa memberi
Jurnal Minggu 2
3

arahan, atau semasa membahagikan aktiviti pembelajaran itu kepada
beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu memberikan arahan
yang terperinci.
3) Arahan yang diberikan oleh guru hendaklah jelas, tepat, pendek, ringkas serta
menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan aras murid.
4) Pastikan murid bersedia dan memberi tumpuan semasa arahan diberikan.
5) Nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara
bertanya kembali sama ada mereka ingat akan arahan guru atau guru
bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan seterusnya.
Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis
masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak
tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid
melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

Tempoh Penyelesaian
4 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014


Kesimpulan
Arahan dan penerangan yang jelas sememangnya amat penting dalam
memastikan kualiti pembelajaran berada dalam tahap yang terbaik. Kualiti suara,
cara penyampaian yang baik perlu digabungkan dengan menjalankan aktiviti yang
menarik bersesuaian dengan aras keupayaan murid.



Jurnal Minggu 2
4

Rujukan
Aziz Nordin, Md. Norakmal. (2011). Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM dalam
Pendidikan Sains. Journal of Information Technology Education, 2,331-348.
J. A. Jit. (2007). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. Selangor: PTS Akademia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Shafrin, Fadzilah Amzah, Rahimi Che Aman. (2009). Kemahiran Komunikasi
Guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
Jil.24, 125-142.
Zamri Mahamod, Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan
Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1),51-65.

Anda mungkin juga menyukai