Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Teaching Games for Understanding

Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal


sebagai asas membuat keputusan semasa bermain.

Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi
ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam
lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan
keseronokan semasa bermain. TGfU mencadangkan cara seseorang mampu
menghargai keseronokan bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan
belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan.

Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa
soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras
domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan
penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan
pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang
mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan
mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan
pelbagai.

TGfU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu
pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki
supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu.

TGfU menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas
pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial,
bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar
melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang
perkembangan pergerakan kognitif.

Anda mungkin juga menyukai