Anda di halaman 1dari 1

kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca)

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3.



Abstark
Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah membaca yang
dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat
sebagai responden dalam kajian ini.

Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja
murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati
terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang
betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid
mencapai kemahiran membaca.

Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi
peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan..
Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada
kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan
kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar
dan betul.

1.0 Pengenalan.
1.1 Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran
Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid
dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan
memudahkan proses menimba pelbagai ilmu.

1.2 Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem
bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu.
Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang
betul di kalangan murid.

1.3 Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah
pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 2
sesi persekolahan 2011. Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini.

1.4 Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Pada keseluruhannya
murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang
berbangsaIndia dan warga asing. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur
dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah
dan di rumah.