Anda di halaman 1dari 1

1.5 Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik.

Ini
adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang
responden alami.

1.6 Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik
mewujudkan suatu situasi yang membina.

2.0 : Fokus Kajian Tindakan.
2.1 Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan
dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika
membaca dengan mengikut intonasi yang betul.

2.2 Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan
kami kaji dalam kajian tindakan ini.
3.0 Objektif Kajian Tindakan.
3.1 Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama
iaitu objektif sampingan dan objektif utama.

3.2 Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam
penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda soalan.

3.3 Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar
ketika mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan serta
intonasi yang betul.

4.0 Responden yang terlibat.
4.1 Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat iaitu 12 orang murid perempuan dan
10 oarang murid lelaki.

4.2 Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dengan baik.

5.0 Fokus kajian/ Isu keperihatinan.
5.1 Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan
masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca sesuatu
petikan atau prosa dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi
bacaan dan hanya meneruskan pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada
bertanda baca.

5.2 Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami
fungsi setiap tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang sepatutnya.

5.3 Segelintir responden juga tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan
betul. Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah.
Jelas responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma )
dan membaca berhenti tetap ( noktah ).

Anda mungkin juga menyukai