Anda di halaman 1dari 1

juga gembira semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi

yang berlainan. Guru juga menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.

8.1. 3 Refleksi.
8.1.3..1 Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan
penglibatan semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang
dicatatkan. Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan
kerjasama kepada guru sepanajang aktivti dijalankan.

8.1.3.2 Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan.
Ini kerana guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran.
Penglibatan murid yang aktif serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta
matlamat pembelajaran tercapai.

8.2. Aktiviti permainan bahasa.
Aktiviti permainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain.
8.2.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
8.2.1.1 Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk mengingati
aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap
kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti
koma, tanda noktah dan tanda soal.

8.2.1.2 Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula.
Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak
secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik
diberhentikan.

8.2.1.3 Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak
beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ). Murid
diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan
diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

8.2.2 Pemerhatian.
8.2.2.1 Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan
murid. Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua
muid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.

8.2.3 Refleksi.
8.2.3.1 Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana murid-
murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan
bahawa aktiviti permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.

9.0 Cadangan kajian.
9.1 Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di
dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

9.2 Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem
tatabahasa.