Anda di halaman 1dari 20

SOALAN 1

Bandingkan istilah modenisasi dan pembaratan serta berikan contoh-contoh yang


sesuai.

Modenisasi merupakan istilah yang popular dalam konteks masyarakat dan negara
membangun meskipun tidak ramai yang memahami istilah tersebut dengan tepat. Konsep
modenisasi mendokong prinsip-prinsip rasionalisme, sekularisme, liberalisme dalam
menjadikannya sebagai suatu konsep yang bersifat universal. Oleh yang demikian ia tidak
mengiktiraf sifat-sifat yang bersangkutan dengan dogmatisme yang dikatakan tidak
universal. Pengaruh besar modeniti dalam bidang keilmuan jelas tersebar melalui sains
moden. Pendekatan sains moden dianggap serasi bagi memenuhi tuntutan konsep
kemajuan moden kerana berjaya meningkatkan kehendak nafsu fizikal manusia pada tahap
yang optimum.
Pembaratan dan pemodenan atau modenisasi merupakan dua konsep dan proses yang
saling berhubung kait . Berdasarkan sumber sejarahnya konsep dan proses tersebut
merujuk kepada perubahan sosial yang melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi
kepada fungsi yang sentiasa berubah. Pada asalnya hasrat negara-negara Barat adalah
untuk mentamadunkan dunia luas dan membentuk negara-negara itu akur kepada institusi
yang sediada. Proses pembaratan ini membawa implikasi transformasi budaya secara
menyeluruh dan penyusunan semula semua aspek kehidupan asli anak-anak pribumi.
Proses pembaratan ini telah bermula di kalangan negara Eropah sendiri apabila
negara-negara itu cuba mendapatkan kuasa dan mengatasi satu sama lain. Dalam proses
mendominasi masyarakat bukan barat dan dalam usaha hendak menjalankan pemerintahan
dan pentadbiran sendiri, budaya bukan barat telah dirungkai, adat tempatan dan amalan
tradisional termusnah. Pemusnahan beberapa institusi tradisional negara bukan barat itu
membolehkan pihak penjajah menggunakan kuasa untuk mengubah institusi yang dianggap
tidak cekap, tidak berfeadah dan sebagainya. Menjelang abad ke-19 dan awal abad ke-20
kebanyakkan negara-negara bukan barat telah dijajah dan terletak di bawah pemerntahan
kuasa-kuasa utama Eropah, diketuai oleh Britain. Perubahan yang berasal dari Eropah
Barat mula tersebar ke masyarakat lain di dunia dan menghasilkan transformasi yang
membawa kesan terhadap kehidupan masyarakat tersebut. Pemodenan telah dibawa
keseluruh dunia melalui persaingan sesama negara barat untuk mendominasi dunia.
Sebagai suatu ideologi pembangunan pula, proses pembaratan boleh dianggap sebagai
mendokong kepentingan barat, terutama dari segi ekonomi.
Pada mulanya perluasan kuasa barat bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah,
kuasa perdagangan bagi memonopoli dan mengawal laluan perdagangan serta keuntungan.
Namun, akhirnya perluasan kuasa barat dikembangkan untuk menguasai politik bag
mempertahan, mengawal dan mengekalkan negara-negara yang selama ini membekalkan
kekayaan, keuntungan, bahan mentah dan pasaran, yakni perkara-perkara yang genting
bagi kemajuan dan pembangunan negara meraka sendiri. Bagi mengekalkan empayar pula
mereka mempengaruhi, mengubah dan membentuk institusi, kepercayaan, ideologi, sikap,
nilai dan amalan adat resam tradisional tempatan bersesuain dengan matlamat dan
keperluan mereka. Proses pembaratan ini dijalankan dengan menerapkan budaya barat dan
galakan oleh kerajaan dalam proses industrialisasi moden. Usaha ini dilakukan samada
melalui paksaan atau secara lembut dan diwajarkan atas alasan untuk kebaikan orang
tempatan atau kononnya untuk mengelak orang tempatan daripada menghadapi
kehancuran. Dalam proses untuk membaratkan masyarakat negara-negara luar Eropah,
corak pemerintahan secara tradisional negara-negara tersebut perlu dihapuskan.
Sungguhpun dari satu segi, proses pembaratan itu membawa kemusnahan dan kehancuran
kepada sistem dan nilai tradisional serta mengekalkan ketaksamaan, tetapi dari segi yang
lain pula ia mendatangkan sumbangan positif dari segi memperbaiki keadaan kehidupan
material penduduk tempatan.
Selepas Perang Dunia Kedua banyak daripada negara yang dijajah mendapat
kembali kebebasan politik mereka. Negara bangsa yang baru terbentuk, mendapati diri
mereka meneruskan proses pembaratan bagi menyediakan atau membekalkan makanan
perumahan, pengangkutan, pendidikan dan pekerjaan penduduknya disebabkan tidak mahu
ketinggalan dari segi pembagunan. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini proses
perubahan itu telah memasuki fasa yang berbeza dan tidak lagi diistilahkan sebagai
pembaratan tapi sebaliknya istilah untuk menerangkan proses itu dianggap sebagai
pengalaman pemodenan atau pembangunan yang juga merupakan istilah dan konsep barat.
Sesebuah masyarakat memiliki ciri-ciri masyarakat moden seperti perindustrian,
pembandaran, pendidikan, komunikasi massa dan sebagainya, belum tentu lagi masyarakat
itu boleh dianggap moden. Sesebuah masyarakat perlu memiliki ciri-ciri luaran sebelum
boleh diklasifikasikan sebagai moden seperti memiliki cara-cara baru untuk berfikir,
bertindak dan berperasaan. Pemodenan merupakan satu proses perubahan sosial apabila
masyarakat yang membangun mendapatkan ciri-ciri yang lazim terdapat di kalangan
masyarakat indurtri barat yang jauh lebih maju.
Memberikan definisi terhadap istilah modenisasi bukanlah semudah menyebutnya.
Suatu realiti yang perlu difahami mengenai modenisasi adalah, ia merupakan perkataan
yang terbit daripada fenomena sejarah. Atau dengan kata lain, modenisasi merupakan
sebahagian daripada pengalaman kehidupan dalam lipatan sejarah Barat. Dalam
kebanyakan wacana ilmiah, pelbagai bentuk pendefinisian terhadap modeniti telah
dilakukan dan pengertian tersebut dibuat berdasarkan perspektif serta fokus perbincangan
mengenainya. Antara wacana ilmiah yang sering menjadi rujukan dalam memahami konsep
dan definisi modenisasi adalah menerusi penulisan-penulisan buku dan artikel yang
berkaitannya.
Perbincangan oleh Krishan Kumar (1995) menerusi bukunya yang bertajuk From
Post Industrial to Post Modern Society tidak hanya menggalurkan perkembangan sejarah
masyarakat moden Eropah secara umum. Sebaliknya maklumat asas mengenai modeniti
begitu diberi penekanan, sebagai contoh pengertian modenisasi diteliti bermula pada
peringkat pengusulan etimologi lagi. Berdasar penulisan beliau, definisi modenisasi dapat
diperolehi dengan jelas. Selain itu, penulisan Tourine (1995) juga turut memberi maklumat
berharga mengenai modenisasi dan pengertiannya. Walaupun perbincangan beliau lebih
berpusat kepada kritikan falsafah, namun ia telah membawa pengertian mendalam dalam
memahami falsafah modenisasi itu sendiri. Persoalan modenisasi terus mendapat perhatian
dan diwacanakan oleh para sarjana, termasuklah para sarjana muslim seperti Shamsul Amri
(1995) danAbdul Wahab M-Elmessiri (1997).

Pengertian modenisasi dari sudut bahasa
Modenisasi bukan sekadar suatu perkataan biasa. Suatu signifikasi penting
mengenai modenisasi adalah perkaitannya dengan projek pembinaan tamadun. Secara
etimologinya, konsepmodeniti berasal daripada perkataan Latin. Bermula dengan akar kata
modo yang bersamaan maksudnya dengan recently, just now dan mula digunakan pada
abad ke 15 lagi (Krishan 1995).
Seterusnya kata ciptaan itu turut dikaitkan dengan perkataan hodiernus (daripada
perkataan hodie yang bermaksud today). Terdapat juga terminologi-terminologi lain terbit
dan berkembang daripada akar kata tersebut. Antaranya adalah terminologi modernitas
yangmerujuk kepada modern times dan modeni yang bermaksud men of today (Krishan
1995).
Berpandukan rujukan yang dilakukan oleh Ghazali Darussalam (1998), pengertian
moden boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat kini atau yang baru-berhubung
dengan waktu yang berlalu atau waktu kini. Dalam konteks ini, sesuatu yang baru selalunya
dikaitkan dengan perubahan, di mana perubahan tertakluk kepada apa yang selama ini ada
dan kemudian ia mungkin diganti dengan yang lain, atau boleh difahami juga sebagai suatu
tindakan pengubahsuaian.
Tiada pengertian yang kompleks dalam menjelaskan modeniti secara literal jika
dirujuk kepada kamus-kamus bahasa kini.Dalam Longman Dictionary of Contemporary
English (1995), perkataan modeniti didefinisikan dengan pengertian yang agak umum iaitu
sebagai the quality of being modern: a conflict between tradition and modernity.
Dalam pengusulan etimologi juga, selain daripada perkataan modenitas dan modeni,
masih terdapat perkataan lain yang agak sinonim dalam perbincangan mengenai modeniti
iaitu merujuk kepada perkataan modenisme dan modenisasi. Walaupun dalam beberapa
keadaan ia sering diguna bertukar ganti dengan perkataan modeniti tetapi kedua-dua
perkataan tersebut tetap mendokong makna yang tersendiri dalam melengkapkan
pengertian moden kepada kita.
Sebagai contoh, terjemahan modernisme dalam Reese (1980) adalah merujuk
kepada sesiapa yang mengambil norma-norma pemikiran moden dan mengamalkannya
dalam kehidupan sebagai seorang modenis dan percaya kepada modenisme di samping
mengaitkannya dengan pemikiran agama. Edward (1967) pula mengaitkan modernisme
sebagai pergerakan dalam agama Katholik terutama dalam membuat kritikan terhadap Bible
yang dibangunkan pada abad ke-19.
Artikel yang bertajuk Pengalaman Modenisasi dan Sekularisasi di Asia oleh
Shamsul Amri (1995) secara tidak langsung menjelaskan perbezaan makna antara modeniti,
modenisasi, dan modenisme. Baginya, modenisme dan modeniti merupakan dua komponen
utama yang menjadi teras kepada proses modenisasi. Modeniti dikatakan sebagai asas
material kepada modenisasi dan modenisme pula merupakan gagasan ideologikal yang
mengiringi fenomena modenisasi. Modenisasi pula walaupun tidak diterjemahkan secara
khusus, tetapi disebut sebagai proses sosial yang membawa perubahan politik, ekonomi
dan ideologi.
Bagaimanapun, istilah modenisasi pernah dijelaskan secara panjang lebar
olehMohammad Mumtaz Ali (1997)menerusi artikelnya yang berjudul The Concept of
Modernization: An Analysis of Contemporary Islamic Thought, iaitu sebagai proses
perubahan dalam struktur sosial dan sistem sosial melalui peningkatan pengetahuan dalam
bidang sains dan teknologi; sebagai pergerakan perubahan daripadamasyarakat tradisional
yang berpegang kepada agama, sihir dan tahyul kepada masyarakat moden dan pasca
moden yang bebas daripada perkiraan agama dan norma tradisi ; sebagai proses
perubahan dalam ikatan perhubungan antara individu dan masyarakat; sebagai proses
pergerakan, perbezaan, perindustrian, dan sekularisasi; sebagai proses ke arah
peningkatan ekonomi, kestabilan demokrasi dan ekonomi kapitalis.






















Soalan 2
Huraikan konsep modenisasi serta bincangkan proses modenisasi di Malaysia

Modenisasi merupakan istilah yang popular dalam konteks masyarakat dan negara
membangun meskipun tidak ramai yang memahami istilah tersebut dengan tepat.
Modenisasi, sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat, harus ditempuhi oleh semua bangsa atau negara. Perubahan yang
dialami oleh sesuatu masyarakat dapat berlangsung sama ada secara berencana atau
secara tidak berencana. Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai
matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu
perubahan dilaksanakan. Perubahan berencana ini disebut sebagai modenisasi atau
pembangunan. Secara umum, modenisasi mengandungi dua aspek utama; pembangunan
ekonomi dan pembangunan politik.
Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula dari Eropah Barat
akibat daripada dua revolusi besar, iaitu Revolusi Perancis (yang mengubah sistem politik
feudal Eropah Barat) dan Revolusi Perindustrian (yang mengubah sistem ekonomi Eropah
Barat). Secara umum, modenisasi di Eropah Barat yang dipacu oleh dua perkembangan
besar ini telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.
Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut. Pertama, sudut falsafah yang
berkaitan dengan pemahaman tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya melahirkan
pelbagai teori sosial tentang perubahan sosial. Dalam hal ini, teori evolusi merupakan teori
yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat.
Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah
menjadi masyarakat moden ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga dapat
diramalkan.
Teori evolusi berpijak atas gagasan bahawa terdapat semacam ketentuan atau yang bersifat
sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan manusia yang berjalan melalui tahap-
tahap tertentu. Semua masyarakat yang dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap
perkembangan daripada yang dianggap tidak bertamadun sehinggalah kepada yang moden.
Namun demikian, dalam teori evousi juga muncul gagasan bahawa evolusi itu tidak
semestinya bersifat sehala tetapi mungkin juga bersifat banyak hala (multilinear). Dengan
kata lain, sesebuah masyarakat tidak semestinya terlibat dalam suatu proses evolusi
universal tetapi boleh mengalami perkembangan yang bersifat khusus sesuai dengan
keadaan masing-masing. Beberapa sarjana antropologi ketika membicarakan tahap-tahap
perkembangan dalam sejarah umat manusia dalam aspek perubahan teknologi
menganggap bahawa sesebuah masyarakat itu tidak perlu melalui semua tahap
perkembangan yang dilalui masyarakat lain.
Kedua, sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada kemajuan yang dicapai di
Eropah Barat. Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi
yang akhirnya mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar.
Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat Eropah Barat mula mencari cara
untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Aspek yang menonjol
dalam proses tersebut ialah penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang
menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera.
Manifestasi proses ini pertama kali muncul di Britain pada abad ke-18, dan disebut sebagai
Revolusi Perindustrian.
Secara ringkas, dapat dikatakan bahawa matlamat modenisasi di Eropah Barat adalah untuk
mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. Matlamat tersebut dicapai dengan
meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Industrialisasi seterusnya dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan perekonomian dan
kemakmuran negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah perhitungan ekonomi
seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Proses modenisasi di Malaysia
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kedatangan penjajah British. Oleh yang
demikian, perjalanan yang dilalui adalah mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi
di Eropah Barat. Sebagaimana negara baharu yang lahir setelah Perang Dunia Kedua,
Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.
Proses modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial British telah dilanjutkan
dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.
Komponen Ekonomi: Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan dan
Peningkatan Kualiti Hidup
Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi
dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian. Bagi mencapai tujuan tersebut,
pada peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan
prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Selanjutnya, pada
akhir tahun 1960-an pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan
teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan
eksport. Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian kepada
pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi (ekonomi yang berasaskan ilmu atau
knowledge).
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang
dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu sekitar 8-
9 peratus terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ukuran pencapaian bagi
pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran ekonomi seperti
KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat
secara amanya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi
yang rendah.
Acuan ekonomi Malaysia: Hubungan timbal balik Ekonomi dan etnisiti
Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah oleh British.
Alam Sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit
untuk memenuhi bekalan industri di Eropah Barat. Begitu juga industri bijih timah. Aspek lain
yang turut penting ialah pembinaan rangkaian prasarana yang kompleks lagi mahal sebagai
sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian kereta api, jalan raya dan pelabuhan
yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport. Tenaga buruh di Malaysia juga
unik kerana terdapat pembahagian buruh (division of larbour) mengikut kumpulan etnik.
Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal Kaum Cina dan
sebagainya.
Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus
bertahan sehingga hari ini. apa yang pasti, apabila kita memperkatakan aspek ekonomi di
Malaysia, aspek etnisiti tidak dapat dipisahkan begitu sahaja. Dalam membicarakan Dasar
Ekonomi Baru misalnya, kita tidak hanya membahaskan tentang matlamat dan kaedah
untuk mengejar pembangunan ekonomi tetapi turut menyentuh etnisiti. Oleh hal yang
demikian, aspek ekonomi dan etnisiti ialah dua perkara yang salin mempengaruhi dan tidak
dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam kehidupan di Malaysia.
Ciri-ciri etnik dalam konteks majoriti demografi, politik dan ekonomi
Secara umum, warga Malaysia dapat dikategorikan kepada beberapa kelompok etnik yang
utama iaitu Melayu, Cina, India dan kelompok peribumi di Sabah dan Sarawak. Dalam
aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik yang majoriti, manakala Cina
dan India ialah kelompok minoriti. Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah
daripada 22.08 juta orang pada tahun 2000 kepada 24.36 juta pada tahun 2005. Bancian
penduduk berdasarkan etnik Melayu dan bumiputera yang lain adalah 65.9 peratus daripada
24.36 juta penduduk Malaysia. Jumlah etnik Cina pula sebanyak 25.3 peratus, manakala
etnik India sebanyak 7.5 peatus dan selebihnya iaitu 1.3 peratus merupakan etnik lain-lain
termasuk Sabah dan Sarawak.
Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan
dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu
kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi dalam
pilihan raya. Atas dasar itulah terdapat kebimbangan dalam kalangan etnik Cina tentang
kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami
kemerosotan. Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik
Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik. Namun begitu, penurunan jumlah
penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah
nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.
Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ini
tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain. Dalam bidang ekonomi,
faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi
tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan. Dalam hal ini, etnik Cina merupakan
majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik lain.
Perkara yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi
berdasarkan etnik. Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum
paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah berusaha
menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap kumpulan etnik
di Malaysia. Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan
menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian
dan bekerjasama antara kumpulan etnik tidak dilupakan.





Soalan 3
Jelaskan dengan contoh-contoh yang relevan langkah-langkah yang telah kerajaan
ambil dalam usaha merapatkan jurang perbezaan Antara etnik dalam konteks
ekonomi di Malaysia.

Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan
daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat
dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan
menurut golongan etnik. Oleh hal yang demikian, untuk merapatkan jurang perbezaan
antara etnik dalam kontes ekonomi di Malaysia, terdapat beberapa langkah-langkah yang
relevan yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan objektif tersebut tercapai. Kita
akan melihat langkah-langkah tersebut dalam konteks Pertumbuhan dan Agihan, Equality
dan equity, dasar ekonomi baru dan hubungan etnik, pendidikan, ekonomi dan etnisiti:
Bahasa, Sains dan Ekonomi, Dasar Penswastaan dalam konteks Hubungan Etnik dan
Industri Automobil Nasional dan Penglibatan Etnik.

Pertumbuhan dan Agihan
Di celah-celah kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, isu agihah
kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang
diharapkan ialah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai dengan
agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota masyarakat. Di Malaysia, isu
agihan pendapatan ini dapat dilihat dari dua sudut pertama, antara kelas sosial yang
berbeza, iaitu antara kelas atasan, menengah dan kelas bawahan. Kedua, antara kelompok
etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina, India dan Iain-Iain. Pada dasarnya, isu
pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu telah cuba diatasi oleh
Dasar Ekonomi Baru. Namun, Ini tidak bermakna sumbangan golongan etnik lain tidak
diakui seperti yang ditekankan oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga. Malah, pelbagai laporan dan kenyataan oleh pemerintah telah memperakui hal ini.
Peranan orang Cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi negara adalah
antara sumbangan mereka yang terpenting. Hal ini telah diakui sejak awal-awal kedatangan
golongan imigran Cina. Misalnya, Sir Francis Light (seorang pegawai atasan British yang
mengasaskan Pulau Pinang sebagai jajahan British) pernah mengatakan pada tahun 1794
bahawa orang Cina adalah antara aset terpenting jajahan mereka kerana ketekunan mereka
serta kebolehan mereka menguasai pelbagai bidang. Beliau juga dilaporkan berkata
bahawa orang Cina ialah penduduk yang dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan
dan usaha luar biasa kerajaan British.
Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad telah
memperkenalkan Dasar Penswastaan pada tahun 1983. Dasar Penswastaan melibatkan
pemindahan perkhidmatan atau perusahaan kepada sektor-sektor swasta. Dasar tersebut
adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan iaitu satu proses yang menambahkan
pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. Tun Dr Mahathir Mohamad telah
menyatakan hal ini dalam ucapan perasmian persidangan The Securities Industry in
Malaysia pada 28 April 1984.
Tujuan utama, kerajaan telah membelanjakan ribuan jutaan ringgit dalam sektor kesihatan,
pertahanan, air, elektrik, jalan, kereta api, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya.
Perbelanjaan tersebut meningkat daripada semasa ke semasa dan kadar pulangan balik
kepada kerajaan adalah sangat rendah. Dengan menjalankan dasar ini, kerajaan dapat
mengurangkan beban kewangan dan pelaburan dan pentadbiran kerajaan.
Tujuan kedua pula berkaitan dengan pencapaian perusahaan awam yang terlibat dalam
bidang perdagangan dan perindustrian yang tidak memuaskan walaupun mereka
mempunyai kedudukan pemonopolian dan menikmati pelbagai sokongan daripada pihak
kerajaan. Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan, kepakaran yang ada
dapat meningkatkan kecekapan, pencapaian dan kualiti perkhidmatan.
Dalam konteks tujuan yang ketiga pula, harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih
belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak
menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara dengan cekap dan
sepepuhnya. Melalui Dasar Penswastaan, lebih banyak syarikat swasta dapat diwujudkan
dan secara tidak |angsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara, Di samping
itu, kerajaan juga dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan
daripada syarikat-syarikat berkenaan.
Tujuan keempat, iaitu mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam ditentukan
berdasarkan pertimbangan bahawa lebih banyak penglibatan kerajaan dalam ekonomi
bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan-
keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan juga biasanya tidak berasaskan pertimbangan
ekonomi pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh kerajaan tidak mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut
berasaskan subsidi dan sumber yang ada tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan
pengekalan sikap yang mengutamakan kebajikan akan menggalakkan rakyat Malaysia
terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keadaan tersebut tidak sesuai dengan
kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.
Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, tujuan kelima cukup penting untuk diperhatikan.
Melalui proses penswastaan, kerajaan dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan
syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi
kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru. Golongan Bumiputera juga akan lebih
berpeluang untuk terlibat dalam sektor perlndustrian. Tidak sedikit pihak yang bimbang
terhadap pelaksanaan Dasar Penswastaan. Misalnya, terdapat pihak yang bimbang akan
wujud keadaan monopoli akibat pemindahan hak milik national monopoli daripada sektor
awam kepada syarikat swasta. Perpindahan hak milik tersebut itu juga dikhuatiri boleh
menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak sama rata
disebabkan oleh pemonopolian tersebut. Namun demikian, sehingga kini Dasar
Penswastaan telah menunjukkan hasil yang positif sebagaimana yang digariskan dalam
tujuan pelaksanaan dasar tersebut.
Industri Automobil Nasional dan Penglibatan Etnik
Pada awal tahun 1980-an, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir
Mohamad memulakan program Industri Automobil Nasional. Program Ini dilaksanakan
melalui usaha sama dengan syarikat permotoran Jepun, iaitu Mitsubishi, program ini
dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diutarakan oleh Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk mencapai matlamat pemindahan teknologi moden. Pada masa
yang sama industri automobil nasional merupakan sebahagian daripada Rancangan
Perindustrian Negara yang betujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara.
Namun demikian secara tersirat industri automobil nasional diharapkan dapat menjadi
wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian umumnya dan industri
automobil dan pengedaran automobil khususnya Program Industri Automobil Nasional
dimulakan dengan penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON)
pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RMI50 juta.
Bermula dari tarikh tersebut PROTON merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.
Penubuhannya bertujuan untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian.
Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) yang
menjadi pemegang saham utama (70 peratus), serta rakan-rakan usaha sama, Iaitu
Mitsubishi Motors Corporation, Japan (15 peratus) dan Mitsubishi Corporation, Japan (15
peratus). Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komersial model kereta nasional yang
pertama, iaitu Proton Saga dilancarkan.
Bagi memastikan kejayaan program industri automobil nasional, kerajaan mengamalkan
dasar melindungi industri automotif negara melalui beberapa mekanisme termasuk duti
eksais. Setelah 20 tahun berlalu, kini Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Dasar
Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi
ekonomi dan persaingan global. Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara
ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat
memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara dan pada masa
yang sama memberi manfaat kepada pengguna. Secara khusus Dasar Automotif Negara
menggariskan beberapa matlamat, iaitu:
i. Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan, khususnya
bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasional
ii. Menjadikan Malaysia sebagal hub automotif serantau
iii. Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik
iv. Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat ganti ke pasaran
antarabangsa
v. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif tempatan
vi. Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segl nilai wang, keselamatan
dan kualiti produk serta perkhidmatan.
Apa yang jelas ialah Dasar Automotif Negara telah menyatakan keinginan untuk
meningkatkan penglibatan Bumlputera dalam sektor autonriotif. Namun tidak dapat
dipastikan dengan terperinci sejauh mana pencapaian golongan Bumiputera dalam industri
automotif. Walau bagaimanapun kita dapat mengandaikan bahawa penglibatan golongan
Bumiputera dalam sektor automotif cukup menggalakkan. Andaian tersebut cukup berasas
memandangkan PROTON telah mewujudkan sejumlah rangkaian perkhldmatan yang
menyokongnya. Dilaporkan bahawa terdapat 24 pemegang francais dan 350 pembuat
komponen kenderaan. Menurut catatan rekod, lebih kurang 250 syarikat vendor diwujudkan
melalui PROTON. PROTON sendiri telah melaburkan hampir RM8 bilion dalam pasaran
tempatan dan menggajikan seramai 9,500 orang. Dianggarkan 100,000 peluang pekerjaan
telah diwujudkan oleh PROTON, yang termasuk vendor, pekerja luar negara, dan mereka
yang bekerja di sektor Industri sampingan. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa
sektor industri automotif negara telah menjadi wadah kepada penglibatan golongan
bumiputera yang lebih luas dalam sektor industri.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu kejuruteraan sosial (social engineering) yang
digubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah.
Dalam proses tersebut, kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara dalam
pendapatan, gunatenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan
dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum di negara ini. Falsafah asas
DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. la bertindak sebagai satu
dasar kejuruteraan sosial untuk memperbaiki ketidakseimbangan masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Dalam usaha merealisasikan matlamat 'serampang dua mata dalam
DEB, pelbagai rancangan dan pembangunan diimplimentasikan oleh kerajaan ke arah
melahirkan golongan usahawan di kalangan bumiputera Melayu sebagai citra dan ikon
kepada golongan 'Malay middle class' setanding dengan masyarakat bukan Melayu yang
telah lama menguasai sektor perdagangan dan perindustrian negara. Hal ini penring dalam
usaha kerajaan untuk merealisasikan perpaduan kaum dari sudut ekonomi dan sekali gus
mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.
DEB dan matlamatnya adalah berasaskan kepada prinsip perpaduan negara. Ini jelas
sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diperjelaskan lagi
dalam Rukunegara iaitu satu ideologi negara yang telah diterima secara sepakat dalam
Majlis Perundingan Negara - sebuah badan yang diwakili oleh pelbagai kumpulan
masyarakat yang ditubuhkan berikutan rusuhan kaum pada tahun 1969. la bertujuan
membincangkan masalah-masalah perpaduan negara serta mencari jalan ke arah membina
sebuah negara yang lebih bersatu padu. Rukunegara, yang menekankan penghayatan
bersama objektif-objektif dan nilai-nilai murni negara oleh semua rakyat, juga menetapkan
prinsip-prinsip asas untuk membimbing rakyat dan negara ke arah tanggungjawab
membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, adil dari segi ekonomi dan sosial,
liberal dan bersatu padu.
DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang
dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua bagi
memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di
wilayah yang sama. Tempoh 20 tahun dijadikan tempoh perancangan DEB dalam mencapai
matlamat menjelang tahun 1990 (Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustaffa dan Fauziah
Shaffie (1994). Berikut merupakan rancangan pembangunan yang telah diadakan sejak
selepas kemerdekaan dicapai:
1956-1960 : Rancangan Malaya Pertama
1961-1965 : Rancangan Malaya Kedua
1966-1970 : Rancangan Malaysia Pertama
1971-1975 : Rancangan Malaysia Kedua
1976-1980 : Rancangan Malaysia Ketiga
1981-1985 : Rancangan Malaysia Keempat
1986-1990 : Rancangan Malaysia Kelima
1991-1995 : Rancangan Malaysia Keenam
1991-1995 : Rancangan Malaysia Ketujuh

Membasmi Kemiskinan
Menurut Zakry Abadi (1992) kemiskinan orang Melayu disebabkan oleh berlakunya
penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu
hanya digalakkan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing
digalakkan membuka ladang-ladang, perlombongan, dan perniagaan di bandar-bandar
besar. Inilah antara sebab kebanyakan penduduk luar bandar yang berbangsa Melayu
mengalami kemiskinan. Penglibatan orang Melayu pula adalah lebih tertumpu kepada
perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak
Inggeris. Begitu juga dengan pasukan polis dan angkatan tentera di mana orang bukan
Melayu tidak tertarik untuk menyertainya.
Just Faaland (1991) diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu juga dilakukan
oleh golongan perdagangan dan industri yang dikawal oleh orang bukan Melayu dan
dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk. Dalam bidang perniagaan, bank Inggeris dan bank
Cina enggan melayan orang Melayu kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman
yang sesuai. Dalam bidang pekerjaan swasta pula, orang Melayu disekat oleh keutamaan
dan halangan suku kaum, bahasa dan budaya. Pekerjaan di bandar yang bukan merupakan
jawatan kerajaan seperti pekerjaan buruh kasar yang paling rendah sahaja ditawarkan
kepada orang Melayu. Dari segi sejarah, walaupun terdapat desakan dan tekanan dalam
susunan ekonomi dan sosial, namun orang Melayu dapat menyesuaikan diri dengan baik
terhadap perubahan serta menyerap pengaruh asing ke dalam masyarakatnya. Orang
Melayu tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan pada masa yang
sama mereka tetap mengekalkan identiti diri sendiri. Namun demikian, kebanjiran kaum
pendatang yang mengambil tempat orang Melayu menyebabkan orang Melayu sendiri
berundur jauh dari pekan dan pusat bandar. Hal ini menyebabkan orang Melayu mula
berasa bimbang terhadap penyertaan kaum pendatang. Kemiskinan adalah salah satu
sebab utama yang membangkitkan rasa tidak puas hati antara kaum. Keadaan kemiskinan
terdapat di semua kawasan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar dan melibatkan
semua kumpulan tanpa mengira kaum.
Menurut Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) oleh sebab kemiskinan boleh
menghancurkan perpaduan negara, maka pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
merupakan matlamat DEB Dalam Rancangan Malaysia Ketiga dinyatakan bahawa punca
utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan yang produktif.
Ini telah mengakibatkan berlakunya pengangguran dan gunatenaga tidak penuh kerana
kekurangan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan. Kemiskinan di
kampung pula berpunca daripada tanah yang tidak subur, tidak sesuai dan kekurangan
kaedah cara moden. Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi
kemiskinan dan meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-
pekebun kecil getah, kelapa sawit dan kelapa,nelayan dan pekerja ladang.
Antara usaha yang dijalankan adalah:
a) Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam
pekerjaan produktiviti rendah sama ada di bandar dan luar bandar dengan
memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah
dan modal yang perlu untuk membasmi pengangguran.
b) Mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya untuk mengurangkan paras
pengangguran dan seterusnya mencapai tingkat gunatenga penuh.
c) Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan
etnik
d) Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin di luar
bandar dan bandar melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya
penyediaan tempat kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan
kesihatan dan kemudahan rekreasi.
e) Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat
Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya
30% daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindustrian negara.
f) Menstruktur pola guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai-
bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum (Khadijah Muhamed
dan Halimah Awang (1991)

Penyusunan Semula Masyarakat
Salah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk
menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan
kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat
biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan
pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula
masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang
perniagaan dan perusahaan. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British
melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya.
Menurut Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991) dasar ini bertujuan untuk
memecahbelahkan kaum yang terdapat di Tanah Melayu bagi tujuan untuk menguatkan dan
mengekalkan pemerintahan mereka. Dasar ini telah membahagikan kaum di Tanah Melayu
mengikut kegiatan ekonomi masing-masing dan ditempatkan di kawasan yang berlainan.
Interaksi antara kaum amat terhad. Sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
lagi, orang Melayu telah sedar tentang kedudukan ekonomi mereka dan telah menyuarakan
bantahan mereka terhadap kaum Cina yang dibenarkan oleh kerajaan menguasai ekonomi
luar bandar dengan mengawal pengangkutan luar bandar dan pengilangan. Beberapa
usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Menurut
Tengku Anuar (1991) usaha-usaha yang dijalankan serentak dengan program-program
membasmi kemiskinan terutama sekali di kawasan luar bandar dan Bandar.
Program menyusun semula masyarakat dalam tempoh DEB telah dirangka seperti berikut:
i. Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar
melalui permodenan kawasan luar bandar;
ii. Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi, supaya guna
tenaga dalam berbagai-bagai sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan
mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini;
iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian
rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham
sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.
iv. Perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang pada masa ini
memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka
dalam jumlah penduduk;
v. Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi, mereka akan memiliki
dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan
perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta
menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.
Menurut Ishak Saat (2005) dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia
mengatakan kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara
berperingkat-peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat Malaysia akan memiliki dan
menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum
bumiputera menjelang tahun 1990. Walau bagaimanapun, matlamat DEB untuk orang
Melayu mencapai 30% pemilikan ekuiti selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 1990 tidak
tercapai sepenuhnya. Peratusan ini turun naik sekitar 20% sahaja. Bahkan pada tahun
2002, pegangan ekuiti orang Melayu hanya berjumlah 18.7%. Apabila dipecahkan hanya
segelintir sahaja menjadi hak milik pemodal Melayu atau bumiputera. Berhubung dengan
penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan ekuiti
bumiputera dalam perniagaan. Pada masa ini, bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada
ekuiti korporat.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bahagian pemilikan mereka kepada sekurang-
kurangnya 30% menjelang tahun 2010. Dalam penentuan pemilikan ekuiti oleh bukan
bumiputera, bahagian bagi keturunan India akan diberi perhatian. Memandangkan syarikat
bumiputera telah menembusi sektor pembinaan, pengangkutan dan pertanian, mereka
perlulah mempelbagaikan kegiatan dalam aktiviti lain yang mempunyai nilai ditambah yang
tinggi terutama sektor pembuatan, perkhidmatan dan runcit. Persekitaran yang boleh
membantu mereka akan diwujudkan, termasuk penyediaan insentif dan pembiayaan bagi
membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan. Di
samping itu, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak
peluang untuk usahawan bumiputera di peringkat korporat.