Anda di halaman 1dari 11

1 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U .

K E S I H A T A N

Contoh Karangan : Kesihatan Asas Kebahagiaan
Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak cerdas sering diungkapkan oleh orang
ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita
sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil
pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.
Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan
yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas
makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang
berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan,
hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya
mengambil makanan yang berkualiti sahaja.
Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan
senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan
beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan
baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti
bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko
penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah
seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai
rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari.
Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat
yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya
dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa
sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.
Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai
kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen Rakyat Sihat, Negara Maju. Rakyat yang sihat
dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap
rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih
baik daripada merawat.

Usaha-usaha menjalani kehidupan yang sihat.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bangunan-bangunan pencakar langit yang megah
berdiri di Malaysia telah berjaya mengangkat nama Malaysia, iaitu sebuah negara membangun di
persada antarabangsa. Tempias arus deras globalisasi yang melanda dunia pada hari ini turut dirasai
oleh masyarakat pascamoden di Malaysia, sehingga rata-rata daripada komuniti kita bersifat lebih
2 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

mementingkan kejayaan dan kecemerlangan berbanding kesihatan diri kita sendiri. Harus diingat
bahawa kesihatan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, malahan pepatah Inggeris
ada mengungkapkan bahawa kesihatan adalah kekayaan kerana seandainya kita jatuh sakit, kita tidak
dapat merasai nikmat dunia. Menyedari hakikat ini, kita haruslah mengambil langkah-langkah
pragmatik bagi menjalani kehidupan yang sihat.
Kunci utama kepada kesihatan tubuh badan ialah kita seharusnya mengamalkan pemakanan
secara seimbang berlandaskan piramid makanan yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan . Hal ini
demikian kerana kuantiti atau kadar makanan yang kita ambil sehari-hari akan mempengaruhi tahap
kesihatan kita pada masa hadapan. Setiap makanan mengandungi gizi atau khasiat yang berbeza-beza,
penting untuk tubuh badan dan harus diambil secara seimbang. Biar saya mengemukakan contoh,
karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana nutrien ini membekalkan tenaga kepada
tubuh badan kita. Sementelahan itu, sayur-sayuran dan buah-buahan wajar diambil dalam kuantiti yang
agak banyak kerana makanan tersebut merupakan sumber fiber atau serat dan vitamin yang merupakan
elemen-elemen penting dalam mengekalkan kesihatan badan. Sehubungan dengan itu, kita juga
disarankan agar minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana proses biokimia dalam tubuh kita
memerlukan air bagi melancarkannya. Protein dan lemak sepatutnya dikawal atau dihadkan
pengambilannya bagi mengelakkan masalah kesihatan yang kronik seperti obesiti, penyakit
kardiovaskular dan diabetes. Tegasnya, amalan pemakanan secara seimbang dapat menyihatkan tubuh
badan kita.
Selain itu, kita harus menjalani kehidupan yang sihat dengan bersenam dan bersukan sekurang-
kurangnya selama 30 minit dan dilakukan tiga kali seminggu. Aktiviti riadah seperti bermain badminton,
bersenam di taman rekreasi bersama dengan keluarga dan berenang dapat meningkatkan stamina dan
ketahanan fizikal seseorang. Sejajar dengan isu ini, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah bersabda,
ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda, yang secara izharnya menunjukkan
signifikan atau peri pentingnya aktiviti riadah ini. Setelah bersukan, kita akan mendapati bahawa kita
mengalami perpeluhan serta berasa lebih sihat dan cergas. Badan kita semestinya akan menjadi lebih
aktif setelah mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui proses perkumuhan tersebut. Pada waktu
malam, kita akan berasa letih serta ingin mendapatkan rehat yang secukupnya melalui tidur. Impaknya,
kita tentunya akan dapat tidur dengan nyenyak dan tidaklah mengalami penyakit insomnia, iaitu sejenis
penyakit yang menyebabkan pesakitnya sukar tidur malam. Justifikasinya, melalui gaya hidup sihat
seperti bersenam dan berehat dengan secukupnya, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidapi
pelbagai jenis penyakit.
Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat tidak sekadar berhenti di situ. Bagi memastikan
tubuh badan kita sihat, kita perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya
tiga bulan sekali. Pendekatan ini adalah sangat penting bagi mengesan dan mengenal pasti sebarang
penyakit yang kita hadapi sama ada kita sedar ataupun tidak. Langkah ini merupakan langkah awal yang
sinonim dengan memoir peribahasa Melayu yang berbunyi sediakan payung sebelum hujan. Sebelum
penyakit berbahaya bersarang dan bermaharajalela dalam tubuh badan kita, doktor dapat mencegah
penyakit itu daripada terus membelenggu diri kita. Sesungguhnya, bijak pandai ada mengungkapkan
3 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Deduksinya, pemeriksaan kesihatan secara
berkala mampu menjamin kesihatan tubuh badan kita.
Sebagai intihanya, setiap lapisan masyarakat di Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup
yang sihat dalam kehidupan seharian mereka. Sesungguhnya, kita harus sedar bahawa kesihatan tidak
dapat dibeli oleh emas dan permata. Dalam kesibukan dan keghairahan kita mengejar kemewahan
dunia, aspek kesihatan perlu dititikberatkan dan diambil kira bagi menjamin kebahagiaan hidup kita di
bumi yang fana ini. Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya, yang cuba menyedarkan masyarakat supaya lebih mengutamakan kesihatan diri sebelum
penyakit datang menyinggah agar tidak menyesal pada hari kemudian. Jangan sampai nasi sudah
menjadi bubur, baru amalan gaya hidup sihat mahu dipraktikkan. Harus kita sedar bahawa penjagaan
kesihatan merupakan pelaburan yang menguntungkan bagi menjamin kehidupan hari esok yang lebih
sejahtera.


TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS
1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3
hidangan dalam sehari.
2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.
6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan
pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.
3. Kurangkan kafein
Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan
kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.
4. Kurangkan pengambilan garam.
Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan
sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak
seperti makanan segera.
5. Kurangkan gula
Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan
kencing manis dan kegemukan.
6. Berhenti merokok
Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan,
sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk
berhenti merokok.
7. Berhenti dari pengambilan alkohol
Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat
mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.
8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan
ketahanan terhadap stres.
4 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt
Yogurt mengandungi Lactobacillus acidhophitis yang tidak merbahaya dan dapat menghalang
pembesaran bakteria pathogens di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin
dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur
Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu
selama 20 minit.



Amalan menjaga kesihatan bermula dari rumah.
Nyatakan peranan keluarga dalam usaha memastikan anak-anak sentiasa sihat.

Pendahuluan
- Kesihatan yang baik sangat bermakna dalm hidup kita. Harta benda yang banyak tidak
membawa apa-apa erti jika tubuh badan kita tidak sihat.
- Kesihatan tubuh badan yang baik bermula dari rumah.
- Menteri Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan bahawa peranan keluarga terutamanya
ibu bapa sangat penting untuk menjaga kesihatan anak-anak.
- Sikap mengambil berat dan bertanggungjawab ibu bapa sangat diperlukan bagi menjamin
kesihatan keluarga.
- Antara peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga adalah seperti berikut ;

1) Mengamalkan Pemakanan Yang Seimbang.
- Cara pemakanan yang sihat ialah dengan menyediakan makanan mengikut piramid makanan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
- Makan makanan yang tinggi serat dan mengandungi vitamin yang secukupnya seperti
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
- Mengurangkan kandungan gula, garam , serbuk perisa dan kolesterol dalam masakan
misalnya, makanan yang berminyak.
- Menggantikan makanan berminyak dengan makanan yang lebih sihat contohnya, makanan
yang dikukus, dibakar dan dijadikan sup.
- Jelaslah, amalan pemakanan yang seimbang merupakan penyumbang terbesar dalam
meningkatkan tahap kesihatan diri.

2) Menjalankan Pemeriksaan kesihatan.
- Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak menjalani pemeiksaan kesihatan secara
berkala.
- Menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan penyakit kronik
seperti kanser, serangan jantung dan strok.
- Mendapatkan suntikan pencegahan penyakit seperti kancing gigi, rubella, HPV dan
imuniti.
- Mendapatkan rawatan dengan segera jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam
dan batuk yang berpanjangan.
- Jadi nyatalah, pemeriksaan kesihatan juga penting dalam memastikan kesihatan
sentiasa terjamin.


5 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

3) Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.
- Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat.
- Perbuatan merokok, minum arak, tidak bersenam dan terlibat dalam penyalahgunaan
dadah harus dielakkan.
- Bersenam setiap hujung minggu sama ada bermain badminton atau berjoging.Ibu bapa
haruslah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukan di
sekolah.
- Contoh aktiviti sukan yang boleh disertai ialah bola sepak, bola baling dan
sebagainya.
- Setiap keluarga mestilah menjadikan aktiviti riadah sebagai aktiviti wajib keluarga
setiap minggu. Aktiviti berbasikal juga boleh dilakukan semasa beriadah.Jelaslah,
kesihatan tubuh badan dapat dipertingkatkan melalui amalan gaya hidup sihat.

4) Mengamalkan cara menjaga kebersihan
- Mencuci tangan sebelum dan selepas makan serta setelah keluar dari tandas serta
mandi sebersih-bersihnya setiap hari.
- Boleh menggunakan hand-sanitizer pada tangan ketika berada di luar kawasan rumah
untuk melindungi diri daripada segala kekotoran.
- Mencuci pakaian setiap hari dengan bersih dan memastikan penampilan diri sentiasa
bersih seperti tidak membiarkan kuku panjang dan kotor.
- Jadi jelaslah, kesihatan yang baik bermula daripada kebersihan yang diamalkan
dengan baik.

5) Mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan kesihatan..
- Mencari info-info tentang penyakit melalui internet, televisyen atau artikel.
- Mendapatkan nasihat kesihatan daripada doktor pakar bagi menambahkan maklumat
tentang penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan.
- Mengambil makanan sampingan mengikut nasihat doktor misalnya, vitamin, minuman susu
kultur dan lain-lain lagi.
- Nyatalah, mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan kesihatan juga adalah langkah
untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.

Penutup
- Tuntasnya, segala intipati yang telah digubal, sudah terang lagi bersuluh bahawa
kesihatan anak-anak perlulah dititikberatkan.
- Bukan sahaja ibu bapa yang berperanan penting, bahkan setiap anggota keluarga juga
haruslah memainkan watak masing-masing untuk mengekalkan kesihatan keluarga


Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha
menjaga kesihatan diri.
Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam
diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan
mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya
hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat
6 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh
masyarakat Malaysia.
Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat.
Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama
mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang
memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman
moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia
itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat.
Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk
mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan
mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang
terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka
bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga
memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin
peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar
dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang
paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.
Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini.
Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang
lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan
mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang
meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi
pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.
Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat
ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat
dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri
sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu
menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja
mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini.
Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh
manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi
keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan
masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan
badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang
ingin sejahtera kehidupannya.
7 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap
orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat
mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini
seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan produktiviti negara.
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh
itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang
diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi
kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan
darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada
mengubatinya.
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah
yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan
badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak,
menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah
daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan
memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,
diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam
bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini
demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah
sudah terhantuk baru nak tengadah.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan
rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat
untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat
untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama
iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Gaya hidup sihat satu amalan yang murni.
Nyatakan cara-cara mencapai gaya hidup sebegini.
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif
kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu
tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan
8 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu
banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat
pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan
sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang
seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang
menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang
seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang
diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti dan
penyakit kronik.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari
bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung minggu untuk
mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu
menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya, senaman turut
menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman dilakukan,
semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan
yang cergas.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih
terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain Dalam konteks ini, sikap ini didapati
lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka bagaikan kera sumbang. Sikap suka berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama
dengan mereka menjadikan keperluan psikologi manusia yang dapat dipenuhi dengan efektif.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya hidup yang
sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting dimiliki oleh seseorang itu untuk
menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu sentiasa
berfikiran terbuka dan membina. Sehubungan dengan itu individu itu mampu menyelesaikan pelbagai
kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh
dengan cabaran terutama tekanan di pejabat atau di sekolah memerlukan satu persepsi positif daripada
ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat
yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan
tadi. Cuma sikap masyarakat masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah. Kita
semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Janganlah terhantuk
baru tengadah, iaitu setelah berpenyakit kronik baru kita menyesal.

9 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

TAKRIF KESIHATAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai: Keadaan sempurna fizikal,
mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah
satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar
(input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga
membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan
kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan
sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi
meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk
sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya
sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya
APAKAH KAITAN KEBERSIHAN DENGAN KESIHATAN DIRI ??
Kebersihan sangat berkait rapat dengan kesihatan diri. Jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri,
dia akan mudah dijangkiti penyakit yang merbahaya. Sebagai contoh, jika seseorang itu tidak mandi
dengan sempurna, dia akan mudah dihinggap penyakit kulit seperti panau, kayap, dan sebagainya.
Kuman, bakteria dan pelbagai lagi mikroorganisma yang membawa pelbagai penyakit berjangkit yang
merbahaya sangat suka tinggal di tempat yang kotor. Langkah langkah menjaga kebersihan diri akan
diterangkan di laman ini.
Tahukah kita bahawa menurut satu kajian yang pernah dijalankan oleh Jabatan kesihatan Negeri Melaka
menunjukkan penyakit tidak berjangkit atau penyakit-penyakit kronik yang berasaskan amalan gaya
hidup tidak sihat seperti diabetis, sakit jantung, darah tinggi dan kanser telah menyumbang kepada
jangka hayat yang kurang berbanding kadar jangka hayat peringkat kebangsaan. Kajian juga mendapati
22.2% golongan dewasa dan 27% remaja merupakan perokok tegar. Selain daripada penyakit penyakit
kronik yang disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat, penyakit berjangkit seperti denggi, HIV, AIDS juga
menular dalam masyarakat, sebanyak 1267 kes dikesan sepanjang tahun 2010. Dalam satu kajian yang
pernah dibuat di negara kita juga menunjukkan bahawa sejumlah 35.6% golongan masyarakat kita
antara 18-69 tahun merupakan golongan yang mempunyai kolestrol yang tinggi. Ia juga merupakan
peratus tertinggi berbanding dengan kaum lain.
Wabak penyakit berjangkit yang merebak di seluruh dunia pada masa ini disebabkan kurangnya
kesedaran masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
penyataan ini?

Fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarakat masa kini. Di Malaysia
khususnya, fenomena penyakit berjangkit ini sering diuar-uarkan di media cetak, elektronik dan
sebagainya. Namun begitu, masyarakat kini kurang mengambil berat terhadap amalan gaya hidp yang
sihat. Oleh hal yang demikian, masyarakat akan mudah untuk dijangkiti penyakit terutamanya penyakit
berjangkit yang semakin menular kebelakangan ini seperti penyakit selesema H1N1. Oleh itu, tindakan
10 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti penyakit
berjangkit. Hal ini demikian kerana, penyakit berjangkit ini semakin menular disebabkan amalan yang
kurang sihat.
Masyarakat yang tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang akan mudah untuk dijangkiti
penyakit berjangkit. Hal ini demikian kerana, pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai
jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan kita. Sekiranya kita tidak mengamalkannya, antibodi yang
terdapat di dalam badan akan menjadi lemah, kurangnya zat di dalam tubuh badan dan sebagainya. Hal
yang sedemikian akan menyebabkan kita mudah untuk dijangkiti penyakit berjangkit disebabkan
antibodi atau ketahanan diri yang lemah untuk melawan penyakit tersebut. Oleh hal yang demikian,
langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini
daripada dijangkiti, bak kata pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati".
Selain itu, masyarakat juga kurang menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran. Hal yang
sedemikian akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini.
Dengan persekitaran yang kotor, seseorang akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini. Sebagai
contohnya, apabila seseorang itu memegang tombol pintu, kemudian tanpa membasuh tangan lalu
makan, sudah tentu seseorang itu akan mendapat penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi
kuman yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk membasuh tangan perlulah
dipraktikkan oleh semua anggota masyarakat untuk mengelakkannya daripada djangkiti oleh penyakit.
Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, "Jangan sudah terhantuk baru nak tengadah".
Hubungan sosial tanpa sekatan turut juga menyumbang kepada penularan fenomena penyakit
berjangkit yang berteraskan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Hubungan seks yang dilakukan oleh
segelintir masyarakat akan menyebabkan viris HIV tersebar. Hal ini berlaku demikian kerana, tanpa
pemakaian alat pencegahan seperti kondom, virus tersebut akan tersebar melalui alat sulit mereka. Hal
yang sama juga berlaku seperti penggunaan atau perkongsian jarum suntikan untuk dadah. Amalan
tersebut akan menyebabkan seseorang itu akan dijangkiti virus HIV dan seterusnya menghidap AIDS.
Oleh itu, langkah yang bijak perlulah diambil oleh semua anggota masyarakat supaya dapat
mengatasinya, bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".
Selain itu, kurang kesedaran daripada masyarakat turut menyebabkan penularan fenomena ini.
Masyarakat pada masa kini terlalu mengejar kemewahan dengan mengumpul harta dunia sehingga
kurang mengambil tahu terhadap isu semasa pada masa ini. Masyarakat jenis ini terlalu mementingkan
diri mereka sendiri serta hidup di dalam dunianya sendiri. Kebanyakan daripada mereka ini tidak
mengetahui isu semasa yang berkaitan dengan virus H1N1 yang mementingkan penjagaan kebersihan
diri dan mengelakkan mereka daripada pergi ke luar negara untuk mengelakkan diri mereka daripada
dijangkiti oleh virus tersebut.Namun begitu, segelintir daripada mereka terlalu mementingkan diri
sendiri sehingga melanggar larangan tersebut. Apabila sudah dijangkiti barulah hendak menyesal, bak
kata pepatah, Nasi sudah menjadi bubur".

11 | K A R A N G A N B A H A S A M E L A Y U . K E S I H A T A N

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan supaya sesiapa yang disyaki dijangkiti
penyakit virus H1N1 supaya dikuarantin bagi mengelakkan virus tersebut daripada merebak. Namun
begitu, masyarakat kini keras kepala sehingga mengancam nyawa orang lain. Perbuatan yang
sedemikian telah membantu penyebaran virus tersebut sehingga sukar untuk dikawal oleh pihak
berkuasa kesihatan. Langkah yang diambil seperti mengadakan kuarantin seperti yang disarankan oleh
pihak berkuasa bertujuan untuk menjaga kepentingan orang lain serta mengawal mereka daripada terus
menyebarkan virus tersebut dengan lebih cepat.
Oleh hal yang demikian, penularan wabak penyakit berjangkit ini memang disebabkan oleh
kurangnya amalan gaya hidup yang sihat oleh masyarakat. Jadi, langkah yang proaktif perlulah diambil
oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan dengan cara yang lebih efektif seperti mempertingkat kempen-
kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga turut memainkan peranan yang penting untuk
memberikan input mengenai penyakit berjangkit ini kepada para pelajar. Sekiranya langkah ini tidak
diambil, nescaya masyarakat akan menjadi mangsa kepada ancaman penyakit berjangkit ini. Oleh itu,
kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapinya dan hal ini bersesuaian dengan peribahasa
Melayu, Sediakan payung sebelum hujan.