Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih kepada pengerusi majlis, yang berusaha guru besar sk bidor 2, encik Mohamed nahar bin

kahar, guru2 penolong kanan pn ruziah bt abduri, encik tarmizi bin Husain dan en. zakri bin desa,
penolong kanan pendidikan khas, en mohd khairi azizan bin mohd zamri, guru cemerlang pn hadijah bt
wahi, guru2, pembantu pengurusan murid dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum
w.b.t dan salam sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada warga SK Bidor 2.
Baiklah, tajuk yang akan dibicarakan pada hari ini adalah Bina Insan. Bina insan ini seperti mendidik jiwa
& akal fikiran supaya berfikiran positif, berfikir yang baik2 dan mempunyai nilai-nilai murni dalam diri
sendiri. Seandainya kamu tahu, salah satu tujuan kamu semua datang ke sekolah adalah untuk membina
insan yang positif, yang baik, yang berakhlak mulia dalam diri masing-masing. Selain kamu ingin
mendapat kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran, kamu juga harus mempunyai sikap dan sahsiah
yang baik. Antara contoh sikap yang baik seperti menghormati guru-guru, menumpukan perhatian
dalam kelas, menyayangi rakan-rakan, tolong-menolong dan lain-lain.
Selain itu, jika kamu mempunyai nilai murni dalam diri, sudah tentu kamu mempunyai semangat
cintakan negara, oleh itu kena doakan kesejahteraan dan keamanan negara kita, dan juga doakan
keselamatan saudara2 seislam kita di Gaza, Syria, Rohingya.
Jadi, saya berharap supaya, setiap yang ada di depan mata saya ini dapat mendidik diri serta kita sama-
sama boleh berubah menjadi lebih baik dan dapat membina dan membentuk diri kita menjadi insan
yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sekian sahaja, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.