Anda di halaman 1dari 1

! " # $ # % # !

#

PRAKATA

Modul ini telah ditulis dan disusun secara khusus bagi membantu para pelajar yang mengikuti kursus
Aljabar Asas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) agar dapat mengenali dan memahami konsep
asas aljabar. Seramai lima orang pensyarah daripada Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik,
UPSI telah terlibat dalam penghasilan modul ini. Kesemua mereka adalah terdiri daripada pensyarah yang
berpengalaman dan berketrampilan dalam pelbagai bidang Matematik. Perkongsian pengalaman dan
kepakaran mereka ini akhirnya telah menghasilkan Modul Aljabar Asas bagi kegunaan para pelajar dalam
bidang ini.
Modul ini mengandungi 10 unit yang terdiri daripada: Unit 1 - Operasi ke atas polinomial dan pemfaktoran;
Unit 2 - Teorem baki, teorem faktor dan penyelesaian persamaan kuadratik; Unit 3 - Pengenalan dan
operasi matriks; Unit 4 - Sistem persamaan linear; Unit 5 - Jujukan dan siri; Unit 6 - Aruhan matematik dan
siri binomial; Unit 7 - Pengenalan fungsi dan graf; Unit 8 - Gabungan aritmetik bagi fungsi; Unit 9 - Bulatan
dan elip; dan Unit 10 - Parabola dan hiperbola. Setiap unit dalam modul ini disusun mengikut struktur
format yang mudah diikuti dan difahami. Unit-unit dimulakan dengan memberikan gambaran awal tentang
hasil pembelajaran yang akan diperoleh, diikuti dengan contoh-contoh yang sesuai, latihan formatif, kata
kunci dan latihan sumatif serta jawapan bagi setiap latihan formatif dan sumatif. Di samping itu, soalan-
soalan perbincangan berasaskan setiap unit juga disediakan supaya pelajar dapat membuat aplikasi dan
penilaian terhadap pemahaman konsep dan asas aljabar dalam kehidupan seharian. Soalan-soalan juga
dibekalkan bertujuan untuk penilaian kendiri untuk menguji dan meningkatkan kefahaman pelajar pada
setiap unit yang dipelajari. Di akhir setiap unit, jawapan disediakan sebagai panduan dan semakan bagi
setiap soalan yang dikemukakan. Penggunaan ayat dan laras bahasa yang mudah telah memberikan
kelebihan dalam penggunaan modul ini.
Justeru, penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar UPSI khususnya dan pelajar-pelajar lain
di Institut Pengajian Tinggi secara amnya. Akhir sekali, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pendapat, kritikan,
sokongan dan apa juga dorongan secara langsung mahupun tidak sehingga terhasilnya modul ini.

Penulis
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, PhD
Azhar Ahmad, PhD
Nor'ashiqin Mohd Idrus, PhD
Sazelli Ab. Ghani, PhD
Shahrizal Shamsuddin