Anda di halaman 1dari 15

KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL DALAM

PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI


Al-Wasl atau disebut juga sebagai al-Mausul ialah
menulis sesuatu kalimah serta menyambungkan dengan
kalimah yang selepasnya..
Al-Fasl atau disebut juga sebagai al-Maqtu' pula ialah
menulis sesuatu kalimah serta memisahkan dengan
kalimah yang selepasnya.
Dua istilah tersebut adalah merupakan salah satu dari
kaedah penulisan Rasm Uthmani.
Kaedah penulisan ini hanya berlaku pada beberapa
kalimah yang tertentu sahaja dalam mushaf-mushaf
Uthmaniah.

Secara keseluruhannya al-Wasl dan al-Fasl yang terdapat
dalam mushaf-mushaf Uthmaniah boleh dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu:
(a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua
mushaf Uthmaniah.
(b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf
Uthmaniah.
(c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung
atau berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.
(d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan
bersambung atau berpisah dalam semua mushaf
Uthmaniah.
BAHAGIAN AL-WASL DAN AL-FASL
(a) Kalimah yang Ditulis Bersambung dalam Semua
Mushaf Uthmaniah
Ditulis dengan bersambung dalam semua mushaf
Uthmaniah pada kalimah-kalimah
berikut:
1. Semua Ya al-Nida dengan kalimah yang selepasnya
seperti:

(b) Kalimah yang Ditulis Berpisah dalam Semua
Mushaf Uthmaniah
Ditulis dengan berpisah dalam semua mushaf
Uthmaniah pada kalimah-kalimah berikut:
1. Kalimah dengan pada dua tempat sahaja dalam al-
Quran iaitu:

(c)Kalimah yang Berbeza Bentuk Penulisannya dalam
Mushaf-mushaf Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang
berbeza cara penulisannya di mana ia akan bersambung
pada sebahagian tempat, tetapi akan bercerai pula pada
sebahagian tempat yang lain.
1. Kebanyakannya Ditulis dengan Bersambung
(a) Kalimah dengan seperti:

(d)Kalimah yang Harus Ditulis Sama Ada Bersambung
atau Berpisah dalam Semua Mushaf Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang harus ditulis
sama ada dengan bersambung atau berpisah. Ini bermaksud
bahawa kalimah-kalimah tersebut harus ditulis
dalam semua mushaf Uthmaniah dengan menggunakan salah
satu atau mana-mana cara tersebut. Kalimah-kalimah yang
dimaksudkan itu ialah:
1. Kalimah dengan pada sepuluh tempat dalam al-Quran
iaitu:

3.5 KAEDAH AL-HAMZ DALAM AL-QURAN RASM
UTHMANI
Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan
salah satu dari enam kaedah yang telah digariskan oleh para ulama
dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani.
Sekiranya kaedah tersebut dibuat perbandingan dengan Rasm
Qiyasi, maka kita akan dapati bahawa kaedahnya begitu berbeza
sekali, di mana ia ditulis dengan bentuk yang berbeza-beza antara
satu sama lain.
Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk
penulisan atau rumah Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan
rasm yang sebenarnya. Perkara ini perlu diperjelaskan terlebih
dahulu kerana ramai yang beranggapan bahawa perkara yang
dibahaskan berkaitan dengan huruf Hamzah ini adalah tandanya
iaitu sama ada berbentuk
huruf sad kecil ataupun kepala huruf Ain , sedangkan perkara yang
dibahaskan
dalam Rasm Uthmani adalah berkaitan surah (rumahnya).
BAHAGIAN HAMZAH
Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran
terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Hamzah al-Wasl Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya
terletak pada permulaan kalimah-kalimah tertentu. Ia hanya dibaca
ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.Dalam al-
Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk
huruf Alif.
Contohmya seperti
2. Hamzah al-Qat'
Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan,
pertengahan ataupun di hujung
kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya
ataupun menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.
Contohnya seperti Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah
Qata' ini ditulis dalam bentuk yang berbagai-bagai iaitu sama ada
dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'.
1.KAEDAH PENULISAN HAMZAH AL-WASL
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi
kepada dua bahagian iaitu
sama ada dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila
bentuknya dikekalkan, maka ia
ditulis dengan surah huruf Alif seperti Kalimah dan sebagainya.
Akan tetapi terdapat juga beberapa keadaan di mana surah Hamzah
al-Wasl itu perlu
dibuang. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu iaitu:
1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il)
2.KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-QAT'I
Dalam mashaf-mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf
Hamzah tersebut adalah
berbeza antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada
kedudukannya sama ada ia
terletak di permulaan kalimah atau di pertengahannya ataupun di
hujung. Penjelasan
mengenainya adalah seperti berikut:
1. Huruf Hamzah di Pangkal Kalimah
Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada
pada isim (kata nama),
fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif
(berumahkan huruf Alif),
sama ada ketika ia fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti:
2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah
Huruf Hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara
penulisannya antara satu
sama lain:
(a) Sekiranya Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu
huruf sukun, maka ia
ditulis tanpa surah. Contohnya seperti:
Melainkan tiga kalimah yang ditulis dengan surah iaitu:
1.(Al-Najm: 47)
2.(Al-Rum: 10)
3.(Al-Ahzab: 20)
Huruf Hamzah di Hujung Kalimah
Huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga
berbeza cara penulisannya di antara
satu sama lain.
(a) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia
ditulis dengan surah Ya. Contohnya
seperti: