Anda di halaman 1dari 2

DYAN NURQISTINA BINTE NURAZHAR

SEKOLAH RENDAH TOWNSVILLE


PRI 6 LOYALTY
Soalan 2
Tertipu

Telefon bimbit berdering. Dia terperanjat melihat nombor dan nama yang
terpancar di skrin telefon bimbitnya. Pemanggil itu sudah lama tidak
menghubunginya. Zul mula berasa serba salah. Dia tidak meladeni panggilan
itu. Tiba-tiba, dia menerima mesej daripada pemanggil yang sama. Mesej itu
mengandungi sekuntum sajak.

Adik
Kau ayam tambatan buatku
Kau penasihat buatku
Kau segalanya, Adikku

Zul kaget seraya terpisat-pisat tatkala membaca sajak itu. Namun, Zul
percaya bahawa pengirim itu ialah kakaknya. Sudah dua tahun kakaknya
meninggalkan Zul dan ibunya. Ayah Zul sudah lama meninggal dunia ketika dia
masih berusia enam tahun lagi. Zul masih teringat lagi alasan kakaknya
meninggalkan mereka. Dia bercadang untuk menelefon kakaknya.
Panggilannya itu tidak dijawab. Dalam kepalanya bercabang-cabang banyak
perkara

Zul! Mengapa kamu kelihatan sedih? tanya ibu.

Zul terdiam membatu seketika

Tidak ada apa-apa ibu, balas Zul lalu memberi senyuman pahit.

Tit..tit.. telepfon Zul berbunyi sekali lagi.

Jumpa kakak di kolong blok sekarang. Kakak perlukan kamu.

Zul menjadi bingung dan terus menelefon kakaknya.

Kakaknya memberitahu Zul tentang masalah yang dihadapinya. Zul tidak
terungkap sepatah kata pun. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya
lalu memutuskan panggilannya. Zul menggapai tabung simpanannya lalu
mengeluarkan semua wang yang ada. Sekarang, dia terpaksa berbohong
demi kakaknya.

IbuZul mahu ke kedai sebentar ibu, kata Zul dengan tergagap-
gagap.

Hati-hati Zul, sahut ibunya yang sedang sibuk memasak.

Tatkala Zul dan kakaknya bersua muka, mereka terus berdakapan.

Mana duit itu? tanya kakak dengan tergesa-gesa.

Zul menyerahkan wang simpanannya yang dibungkus dengan kertas.
Wajah kakaknya kembali berseri ceria. Dia mengukirkan senyuman yang
mendalamkan lesung pipit di pipinya.

Terima kasih Zul! Tanpa pertolongan Zul, kakak tidak dapat meneruskan
hidup kakak ini, ucap kakakku dengan bersungguh-sungguh lalu terburu-buru
beredar.

Berhenti! Angkat tangan kamu! perintah seorang pegawai polis yang
bersuara garau. Zul terkedu. Airmata bertamu lalu merembes deras. Seorang
anggota polis yang lain menggeledah beg kakak. Sebungkus serbuk putih
ditemui. Dadah! Ternyata kakak Zul adalah seorang penagih dadah yang
memerlukan wang untuk membeli dadah yang telah merantai hidupnya. Kakak
Zul digari dan dibawa pergi oleh dua orang lelaki yang berseragam polis.. Zul
berjalan setapak demi tapak pulang ke rumah. Zul mengesat manik-manik suci
yang berhambaran sebelum melangkah masuk ke rumahnya. Zul tidak mahu
ibunya tahu akan peristiwa yang telah berlaku. Biarlah ia menjadi rahsia.

Kala malam mendarat, Zul merenung tabungnya yang kosong lalu
menulis serangkap pantun di dalam diarinya.

Siti cantik ada rahsia,
Bercakap bohong sudah biasa;
Bantuan ikhlasku disia-sia,
Jiwaku remuk hancur binasa


400 perkataan

SEKIAN