Anda di halaman 1dari 8

KARANGAN CATATAN

1. Karangan ini merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau sesuatu peristiwa
penting yang berlaku pada anda.

2. Karangan jenis ini seakan-akan ringkasan daripada sebuah karangan biasa.

3. Nyatakan tarikh, hari dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.

4. Catatan yang anda tulis itu harus diolah dan disusun mengikut urutan peristiwa atau kejadian.

5. Catatan yang anda tulis itu harus diolah dan disusun mengikut urutan peristiwa atau kejadian.

6. Bahasa yang digunakan haruslah mudah dan menarik. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis
ayat dan ungkapan atau peribahasa dalam catatan anda.

Keluarga kamu telah berpindah.Kamu terpaksa berpindah sekolah.Tulis catatan pengalaman
kamu di sekolah baru.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Menunggu di depan bilik Guru Besar.
-Guru Besar sedang berucap.
-Hati berdebar dan risau.

Idea
1)Ayah bersalaman dengan Guru Besar.
-Mereka berbual-bual mesra.
-Saya diperkenalkan kepada Guru Besar.

2)Saya masuk ke kelas 6 Harapan.
-Duduk dibarisan tengah.
-Berbual-bual dengan Jacinta.

3)Ke kentin sekolah.
-Melihat taman sains.
-Banyak burung dan ayam hutan.

4)Berkenalan dengan rakan baharu.
-Mereka bersikap mesra.
-Hati terasa gembira.

Penutup
Rakan beratur menaiki bas.
-Kereta ibu telah tiba.
-Melangkah ke kerata ibu.

Karang karangan berpandukan peta minda diatas.

Pengalaman Hari Pertama di Sekolah Baharu.
Isnin, 7 Januari 2013
8.00 pagi - Sudah lebih setengah jam saya bersama ayah duduk di kerusi di depan bilik Guru
Besar. Orang yang ditunggu masih berucap di perhimpunan rasmi.Hati saya agak
gelisah seperti duduk di atas duri.

8.15 pagi - Guru Besar, Cikgu Razali menghulurkan tangannya kea rah ayah. Mereka
berbual-bual dengan begitu mesra.Kemudian, ayah memperkenalkan saya kepada Guru
Besar.

8.30 pagi Saya dibawa oleh kerani sekolah masuk ke kelas 6 Harapan.Saya duduk dibarisan
tengah, di sebelah Jacinta.Sementara guru kelas menulis sesuatu, saya sempat bersembang
dengan Jacinta.
14
10.10 pagi Apabila loceng berbunyi, saya bersama Jacinta ke kentin.Selepas itu, Jacinta
membawa saya ke taman sains. Saya berasa seronok melihat banyak burung dan ayam hutan
yang terdapat di taman sains.

11.50 pagi Sementara menanti guru masuk, saya sempat berkenalan dengan murid-murid
sekolah ini.Mereka melayan saya dengan baik.Hati saya yang sedih kerana meninggalkan
kawan lama sedikit terhibur.

1.50 tengah hari Rakan-rakan beratur menaiki bas sekolah.Saya melihat kereta ibusedah
tiba.Saya melangkah ke kereta ibu dengan perasaan gembira.


Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti duduk di atas duri bermaksud seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram.

Contoh 2.
Kamu pernah mengalami peristiwa yang mengembirakan atau menyedihkan.Tulis satu catatan
tentang peristiwa tersebut.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Gembira menerima surat.
-Abang long belajar selama lima tahun.
-Terlalu lama menanti Abang long pulang.
Idea
1)Emak menyuruh saya mengemaskan bilik
abg.
Ayah memberitahu rakannya.
Emak bercadang untuk mengadakan
kenduri.

2)Paksu tiba dari UKM.
-Berjanji bersama menjemput abang long.
-Tidak sabar ingin tahu tentang buah hati
3)Hairan melihat mak menangis.
-Ayah berwajah murung.
-Datuk dan nenek meminta saya bersabar.
-Seperti ada kematian.

4)Bangun awal untuk menjemput abang long.
-Emak asyik menangis.
Jenazah abang long tiba.

abang long.

Penutup
Abang long dikebumikan.
-Cuba bertenang.
Akhirnya, menangis.
Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Air Mata Menyambut Kepulangan.
Selasa, 16 April 2013
Alangkah gembiranya saya apabila saya menerima surat daripada abang long. Abang long
belajar di Universiti Tokyo selama lima tahun dalam bidang Linguistik Bahasa Jepun. Sudah
terlalu lama saya menanti kepulangannya.
Emak meminta saya mengemas bilik abang long.Ayah yang terlalu gembira menelifon
rakan-rakannya untuk bercerita tentang kepulangan abang long.Emak memberitahu jiran
tentang rancangan untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Khamis, 17 April 2013
Pak su yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia telah tiba. Pak su berjanji akan
bersama-sama menyambut kepulangan abang long. Pak su yang sudah bertunang tidak sabar
ingin mengetahui tentang buah hati abang long.
16

Jumaat, 18 April 2013
Saya kehairanan melihat emak yang tiba-tiba menangis, manakala ayah pula tiba-tiba
murung.Tuk tam dan Nek Ju meminta saya banyak bersabar. Begitu ramai orang mengunjungi
rumah saya seperti ada kematian.

Sabtu, 19 April 2013
Saya bangun awal kerana ingin menjemput abang long. Apabila saya mengatakan tidak sabar
kepada emak, emak menangis.Teka-teki yang menyelubungi perasaan saya terjawab apabila
sebuah kereta jenazah tiba di perkarangan rumah.
Jam 5.15 petang, jenazah abang long yang meninggal dunia kerana terlibat dalam
kemalangan jalan raya di Tokyo di masukkan ke liang lahad. Pada mulanya, saya cuba untuk
bertenang. Akhirnya, saya menangis bersungguh-sungguh.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Buah hati - kekasih




Contoh Karangan Catatan

64. Pada musim cuti persekolahan yang lalu, kamu bercuti di kampung datuk kamu. Tuliskan
catatan aktiviti yang kamu lakukan sepanjang berada di kampung datuk kamu itu.

27 Oktober 1997,
Selasa,
Aku bertolak dari rumah ke kampung datuk di Kedah. Setengah jam kemudian, aku pun tiba di
perhentian bas berhampiran dengan rumah datuk. Apabila tiba di rumah datuk, aku berehat seketika
untuk menghilangkan penat.

28 Oktober 1997,
Rabu,
Aku mengikut datuk pergi ke sungai. Sesudah kecut tangan bermain dengan air, aku dan datuk
pulang ke rumah. Kemudian, nenek menjamu kami air kopi dan biskut kering. Kemudiannya datuk
megajakku ke dusunnya yang terletak di hujung kampung.

Di dusun datuk, aku memanjat pokok manggis untuk mengambil buahnya yang telah masak.
Datuk pula mengait buah rambutan. Setelah penat, aku dan datuk pulang kerumah.
Tibanya di rumah, aku ke tandas untuk mandi. Selepas mandi, aku bersama nenek dan datuk makan
tengah hari bersama-sama. Aku begitu berselera sekali makan nasi bersama ulam dan sambal belacan.

Pada petang harinya, aku, nenek dan datuk pergi ke dusun. Kami mengutip buah durian yang
gugur. Kemudian, kami menikmati buah durian yang enak itu. Beberapa jam di sana, kami pun pulang.
Aku berasa begitu letih tetapi gembira kerana dapat memenuhi masa lapangku di kampung.

29 Oktober 1997,
Khamis,
Bapaku datang untuk menjemput aku pulang. Walaupun berat hatiku untuk meninggalkan
nenek dan datuk di kampung. Aku terpaksa pulang juga walaupun itu bukan ke hendak hatiku. Tapi
apa yang boleh aku kata kerana esok di sekolahku ada kelas tambahan. Percutian ini sungguh
bermakna bagi diriku.


65. Anda telah terpilih ke suatu pertandingan akhir yang diadakan di sekolah anda. Berbaga-
bagai persiapan telah diatur menjelang hari tersebut. Tulis suatu catatan tentang persiapan
anda itu.

27 Jun 1998,
Jumaat,
Aku sibuk mencari isi untuk merangka ucapan untuk pertandingan itu nanti. Aku mengambil
isinya dari akhbar dan dengan bantuan guru-guru dan kawan-kawanku. Aku juga meminta bantuan ibu
dan bapaku untuk mengembangkan isi yang aku ada.

28 Jun 1998,
Sabtu,
Ucapannya telah aku sediakan. Kemudian aku sibuk menghafaznya pula. Memang sudah
menjadi kelazimanku untuk menghafaz teks ucapan setelah membuatkannya menjadi satu karangan.
29 Jun 1998,
Ahad,
Aku ke rumah guruku dan ditemani oleh sahabat karibku. Aku ke sana untuk berlatih dan
membuat aksi di hadapannya. Guruku juga akan memberi tunjuk ajar kepadaku.

Dia menyuruhku membuat persembahan dan reaksi yang terbaik pada hari itu nanti. Dia juga
banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepadaku.

30 Jun 1998,
Isnin,
Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku berlatih. Aku akan membuat yang terbaik. Hari ini
aku akan berlatih bersungguh-sungguh. Aku berlatih di hadapan cermin supaya tidak berasa kekok di
hadapan orang ramai nanti. Aku berasa sungguh gembira kerana berjaya membuat persembahan yang
terbaik untuk hari terakhir aku berlatih.

1 Julai 1998,
Selasa,
Hari ini merupakan hari pertandingan. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil. Aku berasa
gementar tetapi aku tabahkan hati. Aku harap aku dapat membuat persembahan yang terbaik.

66. Pada musim cuti sekolah yang lalu, kamu bercuti di rumah seorang kawan di sebuah
kampung nelayan. Tuliskan catatan harian sepanjang percutian kamu itu.

2 Disember 1997,
Sabtu,
Setelah enam jam menaiki bas, aku pun tiba di bandar Dungun. Setibanya di sana aku
tercangak-cangak mencari Azwa. Kemudian aku bertemu dengannya dan terus menaiki beca menuju
ke kampungnya. Rupa-rupanya ianya sebuah kampung nelayan.

Apabila sampai di rumahnya, aku terus berehat kerana terlalu letih. Aku tidak berasa kekok
sangat walaupun berada di tempat orang kerana aku telah lama mengenali ahli keluarganya. Kemudian
aku telah dijamu dengan air the dan biskut.

3 Disember 1997,
Ahad,
Aku bangun seperti biasa dan terus ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi, aku terus
sembahyang Subuh. Kemudian aku menolong ibu Azwa menyediakan sarapan pagi. Sejurus selepas
makan kami berehat sebentar. Azwa mengajakku bersiar-siar di tepi pantai. Dari jauh aku lihat air laut
begitu tenang. Angin laut bertiup lembut. Udaranya sungguh segar dan hawanya sungguh sejuk.

Apabila tiba waktu petang, aku lihat ramai nelayan pulang dengan membawa hasil tangkapan
mereka. Aku begitu kasihan melihat mereka bekerja begitu keras tetapi itulah mata pencarian mereka.
Hasil tangkapan mereka akan dipasarkan dan esok mereka akan berjuang lagi dengan laut.

Malam itu kami makan keropok lekor di sebuah gerai yang terletak di tepi laut. Aku begitu
berselera sekali makan di situ dengan anginnya yang bertiup lembut. Lepas itu kami terus pulang ke
rumah.

4 Disember 1997,
Isnin,
Aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Walaupun berat hatiku untuk meninggalkan tempat
itu, tetapi sekolah akan dibuka tidak lama lagi.Aku berharap suatu hari nanti, aku akan datang ke sini
lagi. Percutian ini amat bermakna buat diriku ini.






Karangan jenis Berita.(UPSR)
Penerangan.
*Karangan jenis ini memerlukan murid menjawap persoalan yang berkaian dengn apa, siapa, bila,
mengapa, dimana, dan bagaimana.

*Apa: Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita. Aspek ini memberikan
maklumat kepada keseluruhan berita.

*Siapa: Nama dijelaskan dengan lengkap, termasuklah gelaran dan usia.

*Bila: Menerangkan masa dan tarikh peristiwa berlaku.

*Mengapa: Sebab-sebab peristiwa itu berlaku. Sebab-sebab belum diketahui, nyatakan belum
diketahui atau pihak polis masih menjalankan siasatan.

*Di mana: Menerangkan tepat kejadian tersebut berlaku. Jika tempat kejadian kurang diketahui
umum, letakkan nama negeri.

*Bagaimana: Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan peristiwa tersebut.

*Yang berikut ialah cara penulisan awal berita.

BATU PAHAT, 25 Februari Penulisan tarikh lebih tepat berbanding hari.

*Perlu ada pendahuluan empat idea dan penutup. Oleh sebab karangan ini jenis karangan berita
dalam kedaan tertentu, satu perenggan hanya mengandungi satu ayat sahaja.

*Setelah meletakkan nama tempat dan tarikh, berita boleh ditulis dalam bentuk cerita dengan
menyatakan peristiwa mengikut urutan.

Format permakahan (Maksimum: Ditolak 3 markah)
*Menulis dalam bentuk karangan biasa (Ditolak 3 arkah)

Contoh 1.
Di sekolah kamu telah berlaku pristiwa yang menggemparkan. Tulis berita tentang kejadian tersebut.


Rangka karangan.
Pendahuluan
Seramai 14 orang murid mengalami keracunan makanan.
-Kejadian berlaku pada waktu rehat.
-Mangsa telah dihantar ke hospital.

Idea
1)Peringkat awal hanya tiga orang mangsa sahaja yang
muntah.
-Jumlah mangsa semakin bertambah.
-Murid dilarang makan nasi lemak.

2)Mangsa dibawa ke bilik kesihatan.
-Pihak hospital telah dihubungi.
-Murid dibawa ke hospital.

3)Pegawai kesihatan telah memeriksa kentin.
-Keadaan kentin sangat kotor.
-kantin diarah tutup.

4)Mangsa dimasukkan ke wad.
-Ibu bapa mangsa dihubungi.
-Doktor telah membuat pemeriksaan rapi.

Penutup
Murid bercadang membawa bekal ke sekolah.
-Kesihatan terjaga dan menjimatkan wang.
-Murid sedar pentingnya menjaga kesihatan.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Seramai 14 Orang Murid Keracunan Makanan
KLUANG,7 Jun Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah
mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid
makan nasi lemak di kantin sekolh. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital
Kluang.
Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga awal murid
sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah.
Tanpa berfikir panjang, beliau melarng murid supaya tidak memakan nasi lemak yang sudah dibeli.
Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa kebilik kesihatan. Oleh sebab kejadian
tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulan telah
dating dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.
Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin
sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat memasak kantin sangat
kotor. Mereka mengarahkan kantin mentup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.
Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah dihubungi.
Doktor yang bertugas telak membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.
Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara ini
bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini, murid-
murid semakin sedar bertapa pentingnya menjaga kebersihan.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti ayam berak kapor tubuh yang kelihatan letih dan lesu.


Contoh 2.

Pasukan atau persatuan di sekolah kamu telah Berjaya dalam satu pertandingan yang dijalankan. Tlis
berita tentang kejayaan tersebut.

Rangka karangan.
Pendahuluan
SKBB1 menjuarai bola sepak.
-berjaya mengalahkan SKBB2.
SKBB1 3, SKBB2 1.

Idea
1)Perlawanan bermula jam 4.30 petang.
-Awal perlawanan pasukan hanya bertahan.
-Selepas rehat permainan semakin rancak.

2)SKBB1 terus mengatur rancangan.
-Kesilapan memberikan ruang untuk menjaringkan
gol.
-Kedua-dua pasukan mengubah strategi serangan.

3)Penonton memberikan sokongan padu.
-Riuh rendah apabila pemain saling membalas
serangan.
-Sikap para penonton mendapat pujian.

4)Pengarah Pelajaran memuji mutu permainan.
-Yakin pemain berkaliber dapat dilahirkan.
-Selangor dapat menjuarai Piala Malaysia.

Penutup
Kejayaan dicontohi pasukan lain.
-Pasukan bola jaring dan hoki sedang mara.
-Menjadi pilihan murid.








Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 Juara Bola Sepak Bawah 12 Tahun.
RAWANG, 5 Mei Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 SKBB1), telah
menjuarai Piala Datuk Irfan Hadi. Kejayaan ini telah dicapai apabila megalahkan pasukan Sekolah
Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2) dalam perlawanan akhir yang dijalankan di
padang StadiumPerbandaran Selayang. Dalam perlawanan tersebut SKBB1 mengalahkan SKBB2
dengan tiga jaringan berbalas 1.
Perlawanan untuk murid bawah 12 tahun itu dimulakan jam 4.30 petang. Pada awal
perlawanan, kedua-dua buah pesukan hanya bertahan. Akan tetapi, selepas masa rehat, pasukan
SKBB1 terus mengasak sehingga jaringan pertama dilakukan oleh ketua pasukan SKBB1, Zanafi
Zakaria.
Pasukan SKBB2 tidak patah semangat dan terus mengatur serangan. Hasil kesilapan penjaga gol
SKBB1, penyerang SKBB2, Mamat Berjaya menjaringkan gol yang pertama. Kedudukan yang terikat 1
1 menyebabkan kedua-dua buah pasukan banyak mengubah strategi serangan.
Penyokong kedua-dua pasukan yang melebihi 500 orang telah memberikan sokongn yang padu
erhadap pasukan masing-masing. Cma keadaan yang sesak seperti ikan dalam belat menjadikan
keadaan kurang terkawal untuk seketika. Sikap berhemah yang ditunjukkan oleh para penonton telah
mendapat pujian daripada tetamu khas yang hadir.
Ketika menyampaikan ucapan, Pengarah Pelajaran Melaka, Datuk Haji Ali Hasan melahirkan
rasa bangga terhadap mutu permainan yang ditunjukkan. Jika bakat yang ada terus diasah, beliau
yakin ramai pemain berkaliber akan lahir di Negeri Selangor. Jika ini menjadi kenyataan, impian
Selangor untuk mengondal Piala Malaysia bukan sesuatu yang mustahil.
Keselruhannya, kejayaan SKBB1 meraih tempat pertama telah memeri dorongan kepada
pasukan-pasukan lain di SKBB1 untuk mencontohinya. Kini, pasukan bola jaring dan pasukan hoki
sedang mara ntk merebut gelaran juara dalam acara masing-masing. Jika semangat kesungguhan ini
dikekalkan, banyak lagi kejayaan yang bakal diraih oleh mereka.

Maksud peribahasa yang digunakan.

Seperti ikan dalam belat keadaan yang terlalu sesak.